Anda di halaman 1dari 4

3/9/14

Pengendalian Kanak-kanak Cerebral Palsy

Cari...

Mengenai Kami | Hubungi Kami | Peta Laman


UT A M A

BA Y I/KA NA K-KA NA K

REM A JA

DEWA SA

WA RGA EM A S

P EM A KA NA N

UBA T & A NDA

P ERGIGIA N

Bahasa Malaysia

KESIH A T A N M ENT A L

Pengendalian Kanak-kanak Cerebral Palsy

UM UM

Media Berkaitan

AHAD, 09 MAC 2014, 07:39:56

Apa itu Cerebral Palsy (CP)?


Merupakan satu kondisi yang berlaku akibat kerosakan otak yang terjadi semasa di
dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran. Kebolehan mengawal
pergerakan otot yang terjejas menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan &
mengimbangkan diri. Kanak-kanak cereb ral palsy mempunyai peluang yang terhad untuk
bermain, meneroka persekitaran dan berfungsi akibat masalah tersebut.

Kepentingan posisi untuk cerebral palsy


Kanak-kanak cereb ral palsy sukar melakukan pergerakan otot yang dikehendaki untuk
memposisikan dan mengekalkan postur badan pada kedudukan yang betul dan ini
mendedahkan mereka kepada risiko kecacatan yang berkekalan. Keadaan ini menjadi
semakin sukar sekiranya masih terdapat refleks primitif yang sepatutnya sudah tiada
pada usia tertentu.

Antara refleks primitif tersebut adalah:


1. Asymetrical Tonic Neck Reflex
Refleks ini bertindak bila kepala dipusingkan. Tonus otot ektensor (penegak) di
bahagian di mana arah kepala dipusingkan meningkat sementara di bahagian
yang berlawanan tonus otot fleksor (pembengkok). Kewujudan reflex ini
melepasi usia 4-6 bulan adalah tidak normal dan mengganggu perkembangan
untuk berpusing, integrasi bilateral, mencapai dan menggenggam.

Ilustrasi 1. Kanak-kanak sedang mengalami tindakbalas asymetrical tonic neck


reflex

2. Symetrical Tonic Neck Reflex


Refleks ini bertindak bila kepala di bengkok atau ditegakkan. Bahagian atas
badan akan membengkok sementara anggota bawah akan menegak.
Kewujudan refleks ini melepasi usia 4-6 bulan akan mengganggu
perkembangan menyusur, merangkak, berjalan dan kefungsian anggota atas.

Ilustrasi 2. Kanak-kanak sedang mengalami tindakbalas symetrical tonic


neck reflex

3. Tonic Labyrinthine Reflex


Bila terlentang, kepala menegak dan seluruh badan menjadi lebih keras dalam
keadaan menegak, bila meniarap badan menjadi lebih keras dalam posisi
membengkok. Jika refleks ini berterusan melepasi usia 4-6 bulan, ia akan

www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/keperluan-kanak-kanak-khas/pengendalian-kanak-kanak-cerebral-palsy

1/4

3/9/14

Pengendalian Kanak-kanak Cerebral Palsy


mengganggu perkembangan berpusing, menyusur dan bangun dari posisi
duduk.

Ilustrasi 3. Kanak-kanak sedang mengalami tindakbalastonic labyrinthine reflex

4. Moro Reflex
Bila kepala didongakkan, lengan menegak, terbuka dan terpusing ke luar,
diikuti dengan postur membengkok. Jika refleks ini berterusan melepasi usia
4-6 bulan, ia akan mengganggu perkembangan kawalan kepala dan imbang
diri semasa duduk.

Ilustrasi 4. Kanak-kanak sedang mengalami tindakbalas moro reflex

Posisi yang betul bagi kanak-kanak cerebral palsy penting untuk:


Memudahkan dan menggalakan kefungsian anggota
Merencatkan tindakbalas refleks ke atas tonus otot.
Mengurangkan risiko kecacatan
Mengelakkan kudis tekanan
Memudahkan pergerakan yang normal & merencat pergerakan tidak normal
Memberikan keselesaan
Mengelakkan kontraksi yang tidak dikehendaki pada otot
Menjimatkan tenaga

Cerebral Palsy dan Pemulihan Carakerja


Intervensi Pemulihan Carakerja bagi kanak-kanak cereb ral palsy bermula sebaik sahaja
kelewatan perkembangan dikesan. Perkembangan kanak-kanak cereb ral palsy dilihat
dari 4 aspek iaitu:
Perkembangan pergerakan halus iaitu kebolehan kefungsian tangan untuk mencapai,
memegang dan bermain.
Perkembangan pergerakan kasar seperti duduk, bangun, berjalan.
Perkembangan personal-sosial seperti berinteraksi dan melakukan aktiviti harian.
Perkembangan bahasa dan percakapan.

Intervensi yang diberi adalah:


1. Program intervensi awal, iaitu bagi kanak-kanak berusia 0-24 bulan (Early
Intervention Program)
Posisi mengelakkan kecatatan semasa baring, duduk,di dukung.
Posisi memudahkan kefungsian semasa melakukan aktiviti.
Rangsangan oral untuk yang mengalami masalah menyedut/menelan dan air
liur meleleh.
Rangsangan perkembangan motor kasar menggunakan aktiviti permainan
terapeutik.
Ransangan atau diet sensori bagi kanak-kanak yang mengalami masalah

www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/keperluan-kanak-kanak-khas/pengendalian-kanak-kanak-cerebral-palsy

2/4

3/9/14

Pengendalian Kanak-kanak Cerebral Palsy


memproses input sensori yang diterima. Masalah ini dipamerkan dengan
keengganan menggunakan tangan untuk memegang, mencapai atau terlalu
sensitif terhadap sensori tertentu.
Aplikasi alat-alat ortosis ke atas anggota untuk mengelakan kecacatan sendi
dan memudahkan kefungsian.
2. Latihan aktiviti kehidupan harian
Teknik khusus diajar untuk melatih kanak-kanak berdikari menjalankan aktiviti
harian dan penjagaan diri seperti memakai pakaian, makan/minum dan
membersihkan diri.
3. Latihan kefungsian tangan
Diberi untuk kanak-kanak yang mengalami masalah menggunakan tangan
untuk memegang barang/permainan, menjalankan aktiviti harian dan menulis.
4. Lawatan rumah dan sekolah
Dilakukan untuk menilai tahap kefungsian dan adaptasi kanak-kanak dalam
konteks sebenar di mana cadangan pengubahsuaian persekitaran dan aktiviti
diberikan untuk menghasilkan suasana harian yang merangsang
perkembangan dan kefungsian.
5. Cadangan alat bantuan dan pengubahsuaian
Alat-alat bantuan diperlukan bagi sebahagian besar kanak-kanak cereb ral
palsy untuk membolehkan mereka berada di dalam postur yang betul.
Membiarkan mereka berada pada postur yang tidak betul secara berpanjangan
boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang, dislokasi/sublaksasi sendi
pinggul, kependekan otot dan kekejangan sendi.

Pertubuhan dan Sokongan untuk Cerebral Palsy


Terdapat banyak agensi kerajaan dan NGO yang memberi perkhidmatan penjagaan,
pembelajaran dan pemulihan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy di Malaysia:
1. Pusat-pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) yang terdapat diserata Malaysia.
Hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat setempat untuk maklumat lanjut.
2. The Cerebral Palsy (Spastic) Childrens Association of Penang, 425, Jalan Masjid
Negeri, 11600 Penang, Malaysia.
3. Spastic Childrens Association of Johor, 138, Jalan Dato Menteri, 80100 Johor
Bahru. Email: spasticjohor@yahoo.com
4. Spastic Children Association of Selangor and Federal Territory (SCASFT), 14,
Lorong Utara, PO Box 48,46700, Petaling Jaya
5. Persatuan Kebajikan Bagi Kanak-Kanak Cerebral Palsy Perak (Cerebral Palsy
Children Welfare Association Of Perak), C/O Kpmg, C-1-3,1st. Floor, No.2,
Persiaran Greentown 3, Greentown Business Centre, Ipoh, 30460, Kinta, Perak
6. Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) Jalan Padang Tembak, 16100
Kota Bharu, Kelantan.

Penafian

Semakan akhir

: 27 Januari 2014

Penulis

: Zainudin bin Sattar

Dasar Privasi

Dasar Keselam atan

Panduan Pengguna

Jam inan Kualiti

Tarikh Kemaskini

Notis Hakcipta

Paparan Terbaik

07 Mac 2014, 15:59

Hakcipta Terpelihara 2005-2011 -

Menggunakan Internet Explorer 7 atau

Bahagian Pendidikan Kesihatan,

Mozilla Firefox 3 ke atas atau Google

Kementerian Kesihatan Malaysia

Chrome dengan resolusi melebihi 1024

Bilangan Pengunjung
Visitors Counter

x 768 dan ke atas.

www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/keperluan-kanak-kanak-khas/pengendalian-kanak-kanak-cerebral-palsy

3/4

3/9/14

Pengendalian Kanak-kanak Cerebral Palsy

www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/keperluan-kanak-kanak-khas/pengendalian-kanak-kanak-cerebral-palsy

4/4

Anda mungkin juga menyukai