Anda di halaman 1dari 25

1.

2.0

BIODATA
1.1
NAMA
Lim Chen Ching
1.2

NOMBOR KAD PENGENALAN


921012-12-6302

1.3

MAJOR DAN AMBILAN


PISMP Semester 2 Pendidikan Seni Visual Ambilan Januari 2012.

1.4

TARIKH PBS
26 Ogos 2012 sehingga 30 Ogos 2012.

1.5

GAMBAR

PENYATAAN PROFESIONAL
2.1

PENYATAAN SEBELUM PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu program


wajib bagi guru pelatih program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
yang menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG). Program PBS ini
dijalankan adalah untuk membuka peluang kepada guru pelatih untuk

lebih memahami tentang sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan


serta lebih mendalami tentang profesion keguruan.

Bagi PBS fasa 2, selain daripada tugasan yang diberikan dalam


senarai semak penyediaan portfolio, kami juga telah diberi tugasasn yang
berkaitan dengan subjek PSV 3103 dan PSV 3104. Tugasan PSV 3103
adalah mencari hasil karya seni 2D dan 3D murid manakala tugasan PSV
3104 adalah berkaitan dengan panitia PSV di sekolah. Oleh itu, saya telah
memilih Sekolah Kebangsaan Padang Garong (2) yang terletak di
kompleks sekolah, Kota Bharu, Kelantan kerana saya tidak pulang ke
Sabah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Sebelum menjalani PBS fasa 2, saya telah menyediakan senarai


semak saya yang tersendiri supaya saya dapat mengatur masa dan
menggunakan yang sebaiknya di sekolah untuk mendapatkan maklumatmaklumat yang diperlukan. Senarai semak ini adalah termasuk tugasan
yang disediakan oleh IPG dan juga tugasan subjek PSV.

BIL.
1.

Senarai

PERKARA
semak
penyediaan

portfolio.

SEMAK

CATATAN
Membuat semakan senarai
semak

penyediaan

portfolio.
2.

Tugasan PSV 3103:

Hasil Karya 2D.


(Gambar)
Hasil karya 2D
(Hasil karya)

Mengambil

hasil

karya

murid

sekiranya

dibenarkan.

Hasil karya 3D
(Gambar)
Hasil karya 3D
(Hasil karya)

Mengambil
murid

hasil

karya

sekiranya

dibenarkan.
3.

Tugasan PSV 3104:

Sejarah

sekolah.
Carta organisasi panitia

Mengambil gambar ataupun

PSV sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas

membuat salinan.
Membuat salinan SPI Bil.

Bil. 4/1986.

4/1986.

panitia

PSV

Dengan adanya senarai semak ini, pengaturan masa saya semasa


berada di sekolah akan lebih teratur kerana jelas akan apa yang hendak
dicari dan diambil.

Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya telah membuat persediaan


dengan menetapkan beberapa kaedah yang akan saya gunakan nanti di
sekolah. Antara kaedah yang akan digunakan ialah pemerhatian iaitu
dengan mengambil gambar, membuat temu bual sama ada dengan guru
mahupun murid dan membuat perbincangan.

Selain itu, sebelum memulakan PBS di SK Padang Garong (2),


saya telah mengunjungi sekolah tersebut untuk menanyakan waktu
persekolahan supaya tidak berlaku kelewatan. Saya juga telah membuat
persiapan dari segi penampilan untuk menampakkan ciri-ciri seorang guru
dengan berpakaian kemas seperti memakai name tag.

Saya berharap PBS fasa 2 ini mampu memberikan saya lebih


banyak pengalaman tentang situasi di sekolah. Saya pasti akan
menghargai segala pengalaman yang didapati untuk dijadikan sebagai
panduan bagi menyediakan diri saya untuk bergelar guru kelak.

2.2

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Sepanjang menjalani PBS selama seminggu di SK Padang Garong (2),


saya telah menjalankan beberapa aktiviti seperti yang dirancang
berpandukan senarai semak yang diberikan oleh IPG dan juga senarai
semak saya sendiri. Banyak yang telah saya dapati dan pelajari
sepanjang PBS fasa 2. Berikut merupakan tindakan yang dilakukan
sepanjang PBS di SK Padang Garong (2).
BIL.
1.

TARIKH
26.08.2012

TINDAKAN
o Melapor diri melalui Guru Besar.
o Menghadiri perhimpunan mingguan sekolah.
o Guru Besar mengenalkan saya dan rakan-rakan
kepada guru-guru dan staf sekolah.

o Mendapatkan maklumat daripada kerani.


o Menemu ramah penyelaras Pendidikan
2.

27.08.2012

Khas

Intergrasi.
o Mengambil gambar sekitar kawasan sekolah.
o Meninjau keadaan proses Pengajaran

dan

Pembelajaran (PdP) di kelas Tahun 2.


o Mengumpul maklumat sekolah.
Carta organisasi sekolah.
Pelan sekolah.
Maklumat murid.
Sejarah sekolah.
o Menemu ramah pengawal sekolah berkaitan dengan
3.

28.08.2012

keselamatan sekolah.
o Menemu ramah guru PSV berkaitan dengan aktiviti
PSV di sekolah.
o Memerhatikan proses PdP bagi mata pelajaran PSV

4.

29.08.2012

di kelas Pendidikan Khas.


o Mengambil gambar persekitaran sekolah.
o Menyemak senarai tugasan.
o Memerhatikan proses PdP di kelas Tahun 2 dengan
menggunakan Smartboard.
o Menemu ramah PK Hem berkaitan dengan disiplin
murid.
o Membantu

5.

30.08.2012

membuat

persediaan

sambutan

Merdekaraya 2012.
o Membuat semakan terhadap bahan-bahan yang
diperolehi.
o Menyertai sambutan Merdekaraya sempena hari
Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri.
o Mendapatkan tandatangan Guru Besar
pengesahan

kehadiran

PBS

dan

untuk
laporan

perkembangan pelajar.
o Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah
atas kerjasama yang diberikan.
o Saya dan rakan-rakan mengambil gambar bersamasama dengan Guru Besar.

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


3.1

PEMERHATIAN

Bagi menyelesaikan tugasan yang diberi, saya telah menggunakan


kaedah pemerhatian. Saya telah mengambil gambar-gambar yang
berkaitan untuk melengkapkan senarai semak penyediaan portfolio.
Berikut merupakan gambar sepanjang PBS yang berkaitan dengan
tugasan.

Bangunan pentadbiran sekolah

Hasil kerja guru dan murid sekitar sekolah.

Kantin sekolah.

Prasekolah.

Perpustakaan.

Kelas 4 Wawasan.

Bilik guru, pejabat dan bilik mesyuarat.

Bilik Muzik.

Penggunaan Smartboard dalam PdP.

Pertandingan mewarna sempena bulan Kemerdekaan.

Mata Pelajaran PSV di kelas Pendidikan Khas dengan membuat kolaj


sempena hari Kemerdekaan.

Sambutan Merdekaraya SK Padang Garong (2) 2012.

Interaksi dengan murid Tahun 4 Wawasan.

Hasil kerja seni murid yang dipamerkan di dalam kelas.

Hasil kerja murid yang disimpan dalam fail murid.

Sesi bergambar dengan Guru Besar SK Padang Garong (2)

Jaky (IPGKKB), Zulfahmi (IPG Kampus Pulau Pinang), Ling (IPGKKB)

3.2

SENARAI SEMAK

Saya telah melengkapkan dan mendapatkan segala data yang diperlukan


mengikut senarai semak penyediaan portfolio. Dengan senarai semak
tersebut, saya mampu menyusun segala data yang didapati dengan lebih
teratur dan terperinci.
Rujuk Senarai Semak Penyediaan Portfolio di muka surat sebelah.

3.3

TEMU BUAL

Sepanjang menjalani PBS di sekolah, saya juga telah membuat temu bual
bersama guru, kakitangan sekolah dan juga murid. Temu bual adalah
sama ada berkaitan dengan pengurusan sekolah, keadaan di sekolah dan
juga berkaitan dengan mata pelajaran PSV. Bagi mencatat temu bual
tersebut, saya telah catatkan secara bertulis dalam bentuk nota ringkas.
Rujuk di bahagian 4.0.

4.0

KOLABORASI

Bagi mendapatkan maklumat tentang tugasan, saya telah berkolaborasi dengan


beberapa individu dan membuat catatan dalam rekod kolaborasi beserta dengan
tanda tangan pengesahan. Bagi pendapat saya, kolaborasi adalah penting bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan di samping mampu membantu dalam
meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta keyakinan diri ketika berinteraksi.
Rujuk Amalan Refleksi di muka surat sebelah

5.0

ILMU/ PENGETAHUAN BAHARU


5.1

ILMU/ PENGETAHUAN BAHARU MELALUI PEMERHATIAN.

Melalui kaedah pemerhatian yang digunakan sepanjang PBS, saya telah


memperolehi banyak pengalaman berkaitan dengan situasi dan budaya di
sekolah tersebut. Saya dapat perhatikan bahawa semua guru berpakaian kemas
dan sesuai dengan profesion keguruan.

Selain itu, saya juga dapat melihat bahawa pengurusan sekolah tersebut
amat teratur. Melihat kepada fail panitia PSV dan panitia Bahasa Inggeris, segala
dokumen dan fail adalah disusun dan disimpan dengan rapi dan kesemua fail
panitia diletakkan di dalam almari. Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin
merujuk kepada panitia, senang bagi mereka untuk merujuk semula kerana
semua dokumen disimpan dengan teratur.

Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, murid di SK Padang


Garong (2) mempunyai disiplin yang memuaskan. Murid di sekolah tersebut
banyak memberikan kerjasama sepanjang saya berada di sekolah tersebut
seperti menghasilkan lukisan untuk tugasan PSV saya. Selain itu, juga
mengucapkan selamat kepada guru ketika berlintas dan turut bersalam serta
mencium tangan guru. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang boleh
dijadikan contoh dan diteruskan bagi melahirkan modal insan yang terbilang.

Walaupun kebanyakkan latar belakang keluarga murid adalah daripada


keluarga yang agak serba kurang, namun jelas kelihatan bahawa ahli keluarga
tidak pernah mengabaikan pelajaran malahan membantu anak-anak mereka
untuk lebih maju. Ini dapat dilihat dengan situasi di mana murid berpakaian
kemas semasa pergi ke sekolah, ibu bapa menghantar murid sehingga ke dalam
sekolah sebagai langkah keselamatan dan keperluan murid yang lengkap.
Dorongan dan sokongan seperti ini akan membantu dalam meningkatkan lagi
semangat murid untuk menimba ilmu.

5.1

Pengalaman di Bilik Darjah

Selain membuat pemerhatian, saya juga berpeluang untuk memasuki beberapa


kelas bersama-sama dengan guru di sekolah. Semasa berada di dalam kelas,
saya dalam melihat sebenar cara guru mengajar dan teknik yang digunakan.

Saya dan rakan-rakan yang lain telah diberi peluang untuk memasuki
kelas Tahun 2 iaitu mata pelajaran Bahasa Inggeris. SK Padang Garong (2) telah
diberikan 2 buah Smartboard iaitu alat bantu mengajar (ABM) yang canggih.
Sepanjang kelas tersebut berlangsung, saya dapat lihat bahawa murid lebih
tertarik dengan cara pengajaran menggunakan ABM dengan adanya video dan
audio yang menarik. Saya berpendapat bahawa pengajaran menggunakan ABM
mampu meningkatkan keberkesanan PdP dan membantu murid meningkatkan
daya ingatan serta kefahaman terhadap sesuatu pembelajaran.

Selain itu, saya juga telah memasuki kelas Pendidikan Khas iaitu semasa
mata pelajaran PSV dijalankan. Walaupun di antara mereka yang kurang upaya
dari segi fizikal, namun ianya tidak menghalang mereka untuk melakukan aktiviti
seni bahkan lebih menyukainya. Pengajaran mata pelajaran PSV dalam kelas
biasa dan kelas PK berbeza kerana penglibatan guru adalah lebih bagi kelas PK.
Guru banyak membantu dalam kelas PK untuk mengawal serta membantu murid
semasa melakukan aktiviti. Mata pelajaran PSV juga banyak membantu murid
PK meningkatkan daya kreativiti mereka dan membantu dari segi meningkatkan
kemahiran psikomotor
6.0

REFLEKSI

Saya telah membuat beberapa refleksi berkaitan dengan sekolah dan tugasan.
Dengan membuat refleksi, saya dapat mengesan keadaan sekolah, proses PdP
yang lebih berkesan, kekuatan dan penambahbaikan. Melalui refleksi, saya
mampu membuat penilaian terhadap sesuatu perkara dan membantu dalam
meningkatkan kualiti tugasan. Di samping itu, refleksi juga membantu saya
dalam lebih memahami keadaan dan situasi sekolah serta profesion keguruan.
Rujuk Amalan Refleksi di muka sebelah.

7.0

LAPORAN AKHIR

Sepanjang menjalani PBS di SK Padang Garong (2) dari 26 Ogos 2012 sehingga
30 Ogos 2012, banyak pengalaman yang saya dapati dan benda baharu yang
dipelajari. Walaupun hanya selama seminggu, namun saya percaya pengalaman
selama seminggu itu boleh membantu saya dalam menyediakan diri untuk
menempuhi situasi semasa berada di sekolah kelak.

Guru, kakitangan sekolah dan murid di sekolah tersebut banyak


membantu saya dan rakan-rakan untuk mendapat maklumat berkaitan dengan

tugasan. Mereka memberikan komitmen yang sepenuhnya apabila saya ingin


mendapatkan maklum balas daripada mereka. Sikap mereka yang banyak
terbuka dan banyak membantu mengajar saya bahawa guru tidak boleh bersifat
sombong dan perlu lebih mesra supaya murid lebih selesa berinteraksi dengan
guru.

Selain itu, sepanjang menjalankan aktiviti seperti kolaborasi dan temu


bual, ianya sebenarnya banyak membantu saya dalam meningkatkan lagi
kemahiran komunikasi semasa berinteraksi. Saya sedar bahawa kemahiran
komunikasi amat penting bagi guru kerana guru bukan sahaja perlu
berkomunikasi dengan murid malahan dengan ahli keluarga murid serta
masyarakat. Oleh itu, kolaborasi dengan guru, kakitangan sekolah dan murid
mengajar saya cara berkomunikasi yang baik dan di samping itu juga membantu
dalam meningkatkan keyakinan diri saya semasa berkomunikasi.

Saya juga telah melengkapkan senarai semak penyediaan folio dan juga
tugasan bagi subjek PSV 3103 dan PSV 3104. Melalui tugasan yang diberikan,
saya banyak didedahkan kepada situasi dan keadaan sebenar di sekolah.
Senarai semak yang diberikan membuka peluang kepada saya untuk lebih
memahami tentang pengurusan sekolah serta situasi sekolah tersebut. SK
Padang Garong (2) sememangnya memenuhi ciri-ciri sebagai sebuah institusi
pendidikan. Tidak kiralah sama ada dari segi kelengkapan sekolah mahupun
guru, sekolah tersebut mampu membantu murid untuk menimba ilmu dan
sekaligus membantu dalam melahirkan insan modal yang terbilang. Selain itu,
saya juga dapat melihat bahawa mata pelajaran PSV sememangnya mampu
menarik murid untuk belajar.

Secara keseluruhannya, PBS fasa 2 di SK Padang Garong (2)


sememangnya memberikan saya banyak pengalaman baharu. Pengalaman
sebenar seperti memasuki kelas, berinteraksi dengan murid dan guru di sekolah
banyak mengajar saya tanggungjawab sebenar seorang guru. Guru memainkan
peranan penting dalam mendidik generasi muda untuk membantu dalam
melahirkan insan modal yang terbilang selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS.

Anda mungkin juga menyukai