Anda di halaman 1dari 19

1.

PENGENALAN

Profesion perguruan merupakan profesion mulia dan mempunyai kehebatannya


yang tersendiri bagi melahirkan masyarakat yang agung. Sejarah telah membuktikan
betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan
jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara. Tugas guru bukanlah sekadar
mengajar subjek mata pelajaran sahaja di dalam kelas, namun pada hakikatnya
tugas guru merangkumi semua aspek perkembangan murid iaitu jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sahsiah.
Profesion perguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini
memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu
sebagai penyampai ilmu semata-mata berbanding dengan sistem pendidikan pada
masa kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara dan seharusnya
lebih bersedia dan peka dalam melahir dan menggunakan situasi-situasi
pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan
pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta
sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka
dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat
abad ke-21 ini.
Pendapat Liberman (1956), profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang
melaksanakan fungsi sosial yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap
kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori
yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu profesion ialah suatu
bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan
ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati
autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai
tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon
Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ).
Sementara itu, menurut Kamus Dewan pula, profesion adalah suatu bidang
pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang
tinggi dan latihan yang khas. (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan
lain-lain).

Tuntasnya, profesion perguruan memerlukan guru-guru yang berkaliber dan


berkeupayaan untuk menjunjung aspirasi dan hasrat kerajaan bagi merealisasikan
Falfasah Pendidikan Negara. Pengorbanan yang dilakukan oleh para guru ini akan
membantu negara melahirkan pemimpin-pemimpin yang bersifat global dan berdaya
saing.
Dewasa ini, dunia seolah-olah tidak memberikan penghormatan sepenuhnya
kepada guru seperti mana masa dahulu. Kini, integriti seseorang guru diragui.
Masyarakat seolah-olah tidak lagi mempercayai guru seratus peratus. Malah
terdapat segelintir ahli masyarakat menunding jari ke arah pihak guru dan
menyalahkan guru sepenuhnya atas kerosakan masyarakat yang berlaku pada hari
ini. Mengapakah hal ini terjadi?. Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh guru
sehingga masyarat sudah tidak lagi menyanjungi profesion mulia ini?
Apabila kita mengkaji masalah ini, kita haruslah meneliti dengan jelas kes-kes
yang berlaku sehingga menyebabkan penghormatan yang diberikan kepada guru
tergugat. Untuk tugasan ini, fokus yang diberikan adalah berkaitan dengan isu murid
ponteng sekolah.
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolahsekolah di Malaysia sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah
menengah semakin meruncing dan perlu diatasi dalam kadar yang segera. Masalah
disiplin berlaku tidak kira sekolah di kawasan bandar ataupun luar Bandar, sekolah
harian

biasa

ataupun

sekolah

berasrama

penuh. Fenomena

ini

semakin

merunsingkan banyak pihak terutamanya para guru dan ibu bapa. Kes ponteng
sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes disiplin
yang lain.
Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena pendidikan.
Ia telah lama wujud malah semakin serius kerana tiada jalan penyelesaian yang
efektif walaupun pelbagai langkah penyelesian telah dilaksanakan sama ada bersifat
undang-undang mahupun bukan undang-undang. Malah, isu ponteng sekolah ini
mendapat liputan hangat daripada pihak media massa. Bukan itu sahaja, ponteng
sekolah

sering

dikaitkan

dengan

masalah

disiplin

lain

termasuklah,

isu

merokok, melepak di cafe siber dan pusat membeli belah, kurang ajar dan
sebagainya. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk Mahadzir Mohd Khir
dalam Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap

kritikal dan dianggap sebaga langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh
dengan masalah. Pelajar sekolah menengah terutamanya di peringkat usia 14 dan
15 tahun, dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala
ponteng (Berita Harian, 2 April 2001). Walaupun masalah disiplin di Malaysia masih
terkawal, namun gejala sosial harus dipandang serius kerana ianya ibarat suatu
virus yang menjadi titik tolak permulaan kepada salah laku disiplin yang lebih
besar seperti vandalisme, gengsterisme, penyalahgunaan dadah, mat rempit, ragut
serta pelbagai aktiviti idak bermoral yang jelasnya akan meruntuhkan akhlak
pelajar .

2.0

DEFINISI PONTENG SEKOLAH

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini
bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah
tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian,
ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan
menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada
tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk
kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada
salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Menurut Rasidah Bt. Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng sekolah
boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa sebarang alasan
yang munasabah. Gejala ponteng sekolah selalunya dikaitkan dengan masalah
disiplin. Kamus Dewan (2000), disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan
kelakuan supaya ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri, peraturanperaturan yang telah ditetapkan untuk melatih seseorang berkelakuan baik.

2.1

Kategori Ponteng Sekolah

Fenomena gejala sosial adalah satu tabiat atau tingkahlaku yang tidak dapat
diterima oleh masyarakat terutama oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Sehubungan
dengan itu, ponteng sekolah dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
2.1.1. Ponteng Sekolah dengan Kebenaran
Pengertian ponteng sekolah dengan kebenaran ini lazimnya dikaitkan apabila
didapati seorang pelajar yang tidak menghadirkan diri ke sekolah disebabkan oleh
sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan di luar bidang kawalan sama ada secara
sengaja atau tidak. Dengan syarat pelajar tersebut mestilah membuat kenyataan
sama ada dalam bentuk bertulis iaitu melalui surat atau pemberitahuan secara lisan
dibuat melalui panggilan telefon atau disampaikan terus oleh saudara terdekat
seperti ibu bapa atau penjaga.
2.1.2 Ponteng Sekolah Tanpa Kebenaran
Pengertian ponteng sekolah tanpa kebenaran pula bertentangan dengan ponteng
sekolah dengan kebenaran. Ponteng sekolah tanpa kebenaran ialah situasi pelajar
yang tidak hadir ke sekolah tanpa menyertakan sebarang apa jua bentuk penyataan
sama ada secara bertulis atau pemberitahuan lisan.

3.0

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA PONTENG SEKOLAH.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ponteng sekolah dalam


kalangan pelajar. Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah akan
dibincangkan dari lima aspek iaitu faktor ibu bapa, pengaruh rakan sebaya,
persekitaran, pelajar, dan sekolah.
3.1

Ibu Bapa

Salah satu punca utama wujudnya gejala ponteng sekolah adalah disebabkan faktor
keruntuhan institusi kekeluargaan. Majoriti pelajar yang terlibat dengan masalah
ponteng sekolah ini datang dari keluarga yang bermasalah atau tidak bahagia.
Pertelingkahan yang timbul antara ibu bapa menyebabkan kebajikan anak-anak
diabaikan. Kesannya kepada anak-anak ialah segala perilaku anak-anak di luar
rumah dan di sekolah diabaikan.
Keadaan ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih sayang dan berasa
tidak diberi perhatian oleh ibu-bapa mereka sehingga menyebabkan mereka
memberontak dengan melakukan sesuatu perkara yang boleh menarik semula
perhatian ibu bapa mereka. kegagalan pelajar mengawal emosi menyebabkan
konflik diri berlaku sehingga pelajar sanggup melanggar peraturan sekolah seperti
ponteng sekolah, buli, merokok, vandalisme serta melakukan aktiviti-aktiviti yang
tidak bermoral seperti berjudi, mat rempit, seks bebas demi menarik perhatian ibu
bapa mereka. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh
yang besar kepada masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Selain itu, faktor kesibukan ibu bapa bekerja mencari rezeki tidak kira siang
dan malam sehingga menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab utama
mereka terhadap anak-anak. Malah, mereka langsung tidak mempunyai masa untuk
bertemu dengan anak mereka apatah lagi berkongsi masalah, berbual, dan
mengambil tahu perkembangan anak-anak di sekolah. Kekangan masa bersama
anak-anak ini menyebabkan anak-anak berasa terabai dan tidak disayangi
sehingga memberikan kesan emosi seperti sedih, marah, benci, geram. Apabila
masalah ini membebani mereka, konsentrasi mereka terhadap pelajaran semakin
merosot dan tidak berminat lagi untuk belajar. Malah, mereka akan berjinak-jinak
mencari keseronokkan di luar bagi mengubati kesunyian yang mereka alami. Anakanak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka ponteng sekolah dan

kesannya kawan baharu ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk
berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajaran. Oleh itu, pelajar
beranggapan dengan ponteng sekolah dan melepak dapat melupakan masalah yang
mereka hadapi.
Selain daripada itu, masalah kewangan juga antara faktor menyebabkan
gejala ponteng sekolah semakin berleluasa. Sebagai contohnya, kegagalan dan
ketidakmampuan ibu bapa untuk memenuhi perbelanjaan sekolah seperti tidak
dapat melunaskan pembayaran yuran sekolah dan tidak mampu membeli peralatan
dan buku-buku pelajaran yang digunakan. Kajian yang dilakukan oleh Mohamad
Yunus (1977) menyatakan salah satu sebab berlakunya ponteng sekolah ialah ibu
bapa tidak mampu membeli peralatan sekolah seperti buku, alat tulis dan pakaian
sekolah. Pada masa yang sama ,pelajar menerima tekanan daripada guru apabila
sering bertanya tentang pembayaran yuran. Hal ini menyebabkan mereka berasa
malu dan tertekan untuk berhadapan dengan guru dan kawan-kawan lain. Justeru,
untuk melarikan diri dari tekanan masalah ini pelajar mengambil jalan mudah dengan
ponteng sekolah.
Faktor didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang, turut
menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di
rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap
tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung
mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah
merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka.
Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan
mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan
yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh
mereka. Ini membuktikan didikan daripada ibu bapa yang kurang sempurna secara
tidak langsung mempengaruhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.
Tidak dinafikan untuk membina keluarga harmoni dan kukuh bukanlah
sesuatu

yang

mudah.

Ibu

bapa

perlulah

mempunyai

pengetahuan

keibubapaan.Tetapi, apa yang menyedihkan ibu bapa masa kini mempunyai


pengetahuan keibubapaan yang cetek dan ia mengakibatakan keruntuhan
rumahtangga. Malah, terdapat juga ibu bapa yang lepas tangan meletakkan
tanggungjawab mengasuh anak-anak kepada pengasuh semata-mata. Keruntuhan
rumah tangga ini akan mengurangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa

menyebabkan mereka mudah terjerumus terlibat dengan salah laku disiplin di


sekolah.
3.2

Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor yang mendorong pelajar ponteng
sekolah. Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng adalah mereka yang
mempunyai

pendirian

yang

lemah.

Lemahnya

pendirian

seseorang

akan

menyebabkan seseorang itu mudah dipengaruhi oleh orang lain. Pelajar ialah
remaja yang dalam proses ingin mencari identiti diri maka mereka suka mencuba
sesuatu yang baharu tanpa berfikir panjang. Dalam hal ini, pelajar mudah menerima
ajakan rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah dan mempengaruhi minda
mereka dan tidak berfikir secara rasional. Biasanya, mereka akan menurut segala
pelawaan

dan

ajakan

rakan-rakan

tanpa

berfikir

panjang.

Fenomena

ini

berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan


memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Sebagai
contohnya, pelajaran di sekolah dikatakan agak membosankan dan aktiviti ponteng
sekolah dianggap boleh menangani masalah itu serta merupakan aktiviti yang
menyeronokkan.

Ini

jelas menunjukkan

pengaruh

rakan

sebaya

berupaya

mempengaruhi seseorang pelajar untuk ponteng sekolah. Dalam hal ini, pelajar
perlu bijak memilih kawan yang baik dan ibu bapa perlu mengambil tahu dengan
siapa anak mereka berkawan untuk mengelakkan anak mereka berkawan dengan
pelajar yang bermasalah.
3.3

Persekitaran

Faktor persekitaran juga turut mempengaruhi pelajar melakukan perkara yang


negatif terutamanya ponteng sekolah. Kemudahan-kemudahan untuk berhibur yang
terlalu banyak seperti pusat permainan video, pusat permainan snooker, kafe-kafe
siber dan pusat membeli-belah yang dibina berhampiran dengan kawasan sekolah
khususnya. Pembangunan pusat-pusat hiburan ini sebenarnya menyebabkan pelajar
lebih mudah lari dari sekolah dan merayau-rayau di pusat membeli-belah.
Di samping itu, program-program yang berbentuk hiburan dan konsert
tempatan mahupun diimport dari barat amat melekakan pelajar. Terdapat banyak
rancangan-rancangan realiti televisyen pada masa kini yang berkonsepkan hiburan
dan menyimpang jauh dari sudut ilmiah dan agama. Secara tidak langsung, pelajar
mudah terdorong untuk mengamalkan cara hidup berhibur semata-mata dan
seterusnya melunturkan semangat untuk menuntut ilmu di sekolah. Secara tidak

langsung mereka turut dipengaruhi dengan tanggapan bahawa kemewahan dan


populariti dapat dicapai denagn mudah seandainya mengikuti arus industri hiburan.
Ini menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar dan berpendapat mereka
boleh maju tanpa perlu hadir ke sekolah untuk menimba ilmu.
Realitinya, hiburan yang melampau ini boleh membawa kepada salah laku
yang lebih serius seperti amalan seks bebas dan penyalahgunaan dadah.
Penerbitanpenerbitan buku bertemakan cinta remaja, majalah hiburan seperti
Mangga , URTV hanya menarik minat golongan muda kepada keseronokan hidup
berpasangan. Penyiaran secara berleluasa bahan bacaan picisian ini sebenarnya
mengkhayalkan dan mempengaruhi pemikiran pelajar. Secara tidak langsung
langsung fenomena ini akan meruntuhkan akhlak pelajar serta usaha melahirkan
remaja yang berakhlak berasaskan kehendak agama dan ketinggian nilai moral.
Sepatutnya personaliti-personaliti dunia hiburan yang ditonjolkan sebagai idola
harus mempunyai akhlak yang baik untuk dicontohi.
3.4

Pelajar

Dalam lingkungan usia pelajar sekolah menengah khususnya masih mengalami


proses perkembangan dan pertumbuhan yang pesat iaitu zaman peralihan
alam kanak-kanak menuju ke alam remaja. Pada ketika ini, ibu bapa seharusnya
tidak mengambil sikap lepas tangan dengan membiarkan anak-anak mereka
merentasi zaman remaja begitu sahaja tanpa mengetahui pergolakan yang dihadapi
oleh anak-anak mereka.
Tempoh peralihan inilah merupakan suatu masa yang penting untuk
menentukan konsep diri mereka. Hal ini kerana, apabila anak-anak melangkah ke
alam dewasa, mereka sudah pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup
ibu bapa, mencuba sesuatu yang baharu dan berkhayal. Selain itu, perubahan
emosi dan sosial mendorong pelajar membesarkan rakan sosialnya. Mereka
meluaskan rakan sosial dengan cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk
kumpulan baharu berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang
sama atau taraf sosial yang sama. Pada ketika inilah pelajar berhadapan dengan
situasi genting dalam memilih rakan rakan. Seandainya tersalah pilih, maka
mereka akan cenderung ke arah salah laku negatif termasuklah ponteng sekolah.
Ketiadaan bimbingan menyebabkan mereka beranggapan mereka berada di jalan
yang benar dan tiada siapa boleh menghalang perbuatan mereka kerana pada
pendapat mereka, apa-apa sahaja yang dilakukan adalah betul.

3.5

Sekolah

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik antara alasan yang
kerap diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang kurang menarik dan membosankan menyebabkan mereka lebih
suka ponteng sekolah daripada hadir ke sekolah. Keadaan ini berlaku apabila
sesetengah guru kurang proaktif dalam menarik minat pelajar. Pemilihan strategi,
kaedah dan teknik pemgajaran yang kurang menarik, di samping tiada variasi aktiviti
atau gerak kerja yang menarik. Malah, penggunaan kaedah pengajaran tradisional
iaitu chalk and talk juga membosankan pelajar. Pelajar masa kini, memerlukan
kaedah pengajaran secara induktif dan gaya pembelajaran konstruktivisme dan
mempergiatkan aktiviti berkumpulan yang berpusatkan murid Selain itu, penggunaan
Bahan bantu mengajar secara interaktif perlu diaplikasinya untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif. Selain itu, guru perlulah bersikap adil
terhadap pelajarnya dan menunjukkan personaliti yang baik sebagai role
model kepada pelajar.
Sekolah merupakan tempat berlakunya aktiviti pengajaran dan pendidikan
kedua

selepas

ibu

bapa. Ini

bermakna

guru juga

amat

penting

dan

bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah pelajar. Mengikut Hussein (1993)


pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram,
kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik dalam
kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan
sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan
perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan
mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.
Setiap sekolah di Malaysia telah diperuntukan dengan jumlah kewangan
yang besar bagi memastikan suasana sekolah berada dalam keadaan selamat, ceria
dan kondusif. Tetapi malangnya terdapat sebilangan sekolah gagal menggunakan
peruntukan ini bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan yang selamat, ceria
dan kondusif. Sebagai contoh,. pagar-pagar yang sedia ada telah rosak tetapi tidak
dibaiki segera. Ini menyebabkan pelajar mudah untuk ponteng sekolah dan keluar
masuk sesuka hati. Kerosakan pagar di sekeliling sekolah akan menyukarkan tugas
guru untuk mengawal pelajar.

Faktor kawalan disiplin sekolah yang longgar juga memberi ruang kepada
pelajar untuk ponteng sekolah dan melakukan perkara-perkara negatif yang lain.
Badan disiplin sekolah termasuklah guru disiplin dan pengawas tidak berfungsi
dengan baik bagi membanteras kegiatan yang melanggar disiplin. Justeru, tugas
guru bukan sahaja mengajar dan mendidik, malah mereka juga perlu prihatin kepada
perkembangan pelajar. Ketidakprihatinan guru terhadap pelajar menyebabkan
pelajar berasa tidak dihargai dan tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan pelajar
membuat perkara-perkara yang negatif bagi mendapatkan perhatian guru mereka.

4.0

KESAN PONTENG SEKOLAH

Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan


kepada pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri.
Antara kesan-kesan negatif yang timbul adalah seperti berikut:

4.1

Pembaziran Masa Dan Tenaga

Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan
tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulangkan
ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik
iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya
dalam masa yang akan datang dan kejayaannya dapat memberi kehidupan yang
lebih baik dan selesa kepada generasi seterusnya.

4.2

Masyarakat Memandang Serong Kepada Pelajar

Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah ataupun
hina kepada mereka dan ini secara tidak langsung akan memalukan maruah
keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar yang
ponteng sekolah, satu-satunya pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah
mereka adalah sampah masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi
perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan. Masyarakat juga akan memarahi
ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anak dengan baik dan
mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa atau penjaga.

4.3

Masa Depan Tidak Terjamin

Kesan lain yang akan dihadapi oleh pelajar tersebut adalah mereka akan
ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar
ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan
kesannya negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.

4.4

Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar

Lazimnya para pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya turut
menjejaskan rekod kedatangan fail peribadi pelajar. Kesannya lebih meruncing
sekiranya peratus kedatangan pelajar terbabit tidak mencapai syarat wajib
kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%. Justeru, berkemungkinan rekod
peribadi pelajar akan dicatatkan tidak cemerlang dari segi sahsiah.

4.5

Kesan Gejala Ponteng Sekolah Kepada Guru

Selain melihat kesan gejala ponteng sekolah terhadap para pelajar sendiri, perlu
juga dititikberatkan berkaitan implikasi gejala ponteng sekolah kepada pihak sekolah
terutamanya guru-guru. Antara ada guru-guru yang merasa tertekan dengan
perlakuan para pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah.
Mereka berasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan
pelajar lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan mengakibatkan
kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Selain

dari

itu,

gejala

ponteng

sekolah

juga mengganggu

proses

pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana
terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta
tidak difahami oleh pelajar yang ponteng. Pelajar yang ponteng sering mengganggu
kelas dan pelajar lain serta memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu
melibatkan keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu.
5.0

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA PONTENG SEKOLAH


Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total adalah
agak sukar untuk dicapai. Ini kerana ia melibatkan komitmen daripada pelbagai
pihak dan tindakan secara menyeluruh dan bersepadu di setiap peringkat bagi
memastikan penularan gejala ponteng sekolah.
5.1

Guru Dan Pihak Sekolah

Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan
peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana,
antara salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah
kelas yang membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak
atau berpeleseran di pusat membeli-belah dan pusat kafe siber. Guru seharusnya
melihat alasan ini sebagai cabaran untuk mereka berusaha melakukan sesuatu agar
proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan menarik.
Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat ke
sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran.
Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan suasana persekolahan dan pembejaran
yang kondusif, dinamik dan memberangsangkan. Pendekatan dan strategi p&p serta
aktiviti perlu dipelbagaikan dan diperbaharui untuk menjana perkembangan kognitif
pelajar. Selain itu, perbanyakkan pengunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dan
menarik serta banyakkan aktiviti berpusatkan murid sesuai dengan gaya
pembelajaran kontruktivisme melalui strategi berpusatkan murid bagi melahirkan
pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu yang baharu dan bijak
dalam menyelesaikan pemasalahan yang dihadapi. Hubungan interpersonal dengan
pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu mempunyai personaliti yang baik dan
bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini bermakna guru perlu menjadi
role model yang baik kepada pelajar. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti
menarik melalui aktiviti kokurikulum seperti perkehemahan, Program rakan Muda
dan Program Latihan Khidmat Negara adalah wajib disertai supaya pelajar dapat
mengisi masa lapang dengan berfaedah di samping memperolehi banyak ilmu

pengetahuan. Malah pelbagai kempen perlu giat diadakan sama ada melalui media
massa ataupun kempen di sekolah yang bersifat memberi kesedaran kepada
pelajar akan kesan negatif gejala ponteng sekolah.
Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkah laku dan pergerakan pelajar
dengan meluangkan sedikit masa, walaupun dalam keadaan yang sibuk, untuk
mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan tingkah
laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Sikap ambil berat guru ini, mungkin dapat
mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah. Tindakan yang bersesuaian
dan tegas perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan
dibiarkan bersendirian. Di samping itu, pendekatan bimbingan dan kaunseling perlu
diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang sensitif dan suka memberontak.
Semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa atau guru
disiplin bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar. Justeru, janganlah
menunggu dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling baharulah hendak
mengambil berat tentang latar belakang dan masalah pelajar. Semua warga
sekolah perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif untuk perkembangan
jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa. Kesedaran dan komitmen
semua pihak akan dapat membanteras gejala ponteng sekolah secara berkesan.
Malah tanamkan suasana Sekolah Syurgaku untuk mewujudkan rasa kepunyaan
dan keselamatan di sekolah.
Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari semua pihak di sekolah,
adalah wajar sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring dengan badanbadan lain yang wujud di sekolah. Relevannya kerana pencapaian seseorang pelajar
dalam sesuatu bidang ini baik dalam bidang akademik atau bidang bukan akademik,
bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam
kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin. Pembentukan disiplin di
sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu,
badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik bagi
membendung masalah yang akan timbul, seperti kata pepatah membendung dan
mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya.
5.2

Peranan Ibubapa

Langkah seterusnya ialah melalui peranan Ibu bapa. Ibu bapa perlu memastikan
anak-anak benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya, sekali-sekala ibu bapa

menghubungi pihak sekolah bagi memastikan samada anak mereka benar-benar


pergi ke sekolah ataupun sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik
dengan guru demi kebaikan anak mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan
mata ibu bapa tetapi sebaliknya di sekolah. Masing-masing akan ketakutan apabila
mereka ditangkap atas sesuatu kesalahan dan kebiasaannya mereka akan merayu
agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa pula sering tidak percaya
dan menafikan anak mereka melanggar peraturan sekolah. Anak-anak yang
bermasalah ini biasanya akan membawa dua perwatakan berbeza; baik di rumah
tetapi

nakal

di

sekolah.

Justeru

itu,

ibu

bapa

sewajarnya

menjalankan

tanggungjawab mereka sebaik mungkin demi masa depan anak mereka sendiri.
Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan
yang amat besar dalam membina sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga
akan membawa kepincangan sesebuah negara. Keluarga haruslah memberi
keadaan persekitaran yang mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika dan
seterusnya akan berkembang baik dalam generasi. Keluarga bertanggungjawab
membentuk sikap, watak diri dan wawasan bagi seseorang insan dan ini merupakan
unsur utama dalam pembinaan bangsa dan negara yang cemerlang.
Melalui institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa dalam mencorak
kehidupan anak-anak. Anak-anak dilahirkan bagai kain putih yang bersih. Guru
yang pertama dalam hidup seseorang insan adalah ibubapa dan keluarganya
sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam membanteras gejala ponteng sekolah
ini. Ibu bapa seharusnya mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak
mereka. Kasih sayang bukanlah dengan hanya memberi kemewahan kepada anakanak tetapi perhatian dan asuhan yang baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia,
budi pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu disemai dari rumah
lagi oleh ibu bapa.
Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia
mengakui akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains dan teknologi,
kekukuhan ekonomi dan kecanggihan teknologi dan ketenteraan. Namum, institusi
kekeluargaan mereka sangat rapuh dan terdedah dengan pelbagai penyakit sosial.
Kita tidak mahu dalam keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai
dan kekukuhan institusi kekeluargaan dilupakan.
5.3

Pelajar

Langkah untuk mengatasi gejala ponteng sekolah yang ketiga adalah melalui aspek
sikap pelajar di mana pelajar itu sendiri perlu sedar betapa pentingnya pelajaran
terhadap masa depan mereka. Tanpa pelajaran, kebiasaannya seseorang tidak akan
dapat pekerjaan yang baik dan masa depan yang kurang terjamin. Tambahan pula,
kelulusan akademik yang cemerlang menjadi penanda ukur utama mendapat
pekerjaan yang baik. Malah, persaingan sengit untuk mendapat pekerjaan kerana
semakin ramai pelajar yang pandai pada zaman ini. Oleh itu, sekiranya mereka
ketinggalan, jelaslah akan merugikan mereka sendiri. Dengan keadaan semasa, di
mana setiap orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan ia hanya dapat
dicapai

dengan

pengetahuan,

usaha,

ilmu

dan

pengalaman.

Untuk

itu,

bagaimanakah seseorang pelajar yang sering ponteng sekolah mempunyai masa


depan yang cerah walhal mereka sendiri sudah ketinggalan ilmu pengetahuan.
Pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi supaya
mereka tidak hanyut dek arus kemajuan dan kemewahan yang ada. Mereka perlu
pandai memikirkan dan menentukan antara nilai-nilai positif dan nilai negatif. Pelajar
juga perlu menolak ajakan rakan-rakan untuk melakukan perkara yang negatif
kerana ianya hanya akan membuang masa dan menyusahkan orang lain. Pelajar
perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar dan menimba ilmu
sebaik mungkin.
Sewajarnya, ketika usia muda remaja inilah seseorang itu mengambil berat
tentang pendidikan. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang
asing yang berniat merosakkan akhlak. Pelajar wajar mengikut contoh tauladan yang
baik, menyertai ceramah atau motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah
sebaiknya bersama keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum
sekolah dan memiliki didikan agama yang intensif dan lengkap. Usia remaja tidak
akan kembali lagi. Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa remaja ini sebaik
mungkin demi masa depan yang terjamin.
5.4

Pihak Kementerian Dan Kerajaan

Langkah yang keempat yang perlu ditekankan ialah peranan pihak yang tertinggi
dalam sistem Pendidikan Negara iaitu Kementerian Pendidikan dalam menangani
masalah ponteng sekolah ini (sepertimana dalam lampiran surat dari kementerian
kepada

jabatan

pendidikan

setiap

negeri). Kementerian boleh

mewujudkan

pasukan khas bagi menangkap pelajar yang ponteng sekolah. Kementerian juga
boleh bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras gejala ponteng sekolah

ini. Ini kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini mungkin akan terlibat dengan keskes jenayah lain seperti mencuri dan meragut. Dengan adanya bantuan pihak polis,
gejala negatif ini dapat dibanteras lebih awal.
Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan menyalurkan
lebih banyak peruntukan agar guru dapat lebih kreatif dan inovatif dalam
menjalankan proses p&p. Ini akan menambahkan lagi keberkesanan penyampaian
ilmu pengetahuan. Kementerian juga dapat membantu guru dengan mengurangkan
bebanan kerja sampingan supaya guru dapat fokus kepada proses p&p dan
perkembangan pelajar. Pada masa kini, tugas guru bukan setakat mengajar malah
turut dibebani lima tugas lain iaitu pertama;mengurus data, fail, buku rekod dan
laporan;

kedua, urusan

kurikulum, keempat; kokurikulum dan

pentadbiran, ketiga; kegiatan


kelima; urusan

hal

ehwal

murid. Dengan

kurangnya bebanan tugas ini, guru akan dapat membimbing pelajar dengan lebih
baik lagi dan tidak membiarkan pelajar hanyut dengan permasalahan mereka.
Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan
dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem
sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah
kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di
sekolah sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari
mereka yang terpilih.

6.0

KESIMPULAN

Konklusinya,

semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini

sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang
lebih berguna pada masa hadapan, maka satu langkah drastik daripada semua
pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan
membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding bahu untuk menangani
masalah ponteng sekolah. Meskipun terdapat pelbagai cadangan mengenai cara

mana mengatasi masalah ponteng sekolah ini, namun ia hanya berakhir di meja
perbincangan, forum atau seminar. Sememangnya terdapat pelbagai program
yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat
kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru,
dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama

dalam memikul

tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Adalah wajar supaya pelajar
didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di
sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang
agar mereka gementar dengan hukuman.
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan
masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal
memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara
ini. Namun demikian, masalah disiplin di kalangan remaja adalah salah satu
daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara
dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para
remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman
besar terhadap aset utama yang merupakan sumber modal insan yang selaras
dengan

falsafah

pendidikan

negara

yang

akan yang

akan

mempastikan

kelangsungan kemajuan dan keharmonian negara.

REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,
akhirnya saya berhasil menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek (KKP) bagi subjek
(EDU 3083) Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ini. Telah
terbayar rasanya, segala usaha, penat lelah dan pengorbanan yang telah
dicurahkan apabila tugasan ini berjaya dihasilkan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Sesungguhnya tugasan ini merupakan sebuah wahana rintis ilmu yang
saya kira amat baik untuk direnungi dan dihayati.
Dunia pendidikan semakin mencabar pada hari ini. Pelbagai isu yang
berkaitan dengan guru dan keguruan sering dibincangkan melalui media massa.
Berdasarkan tugasan projek yang telah diberikan, pelbagai manfaat telah saya
perolehi. Dengan menyiapkan tugasan projek ini, saya dapat meningkatkan
kefahaman tentang ruang lingkup kerjaya sebagai seorang guru. Isu-isu yang

berkaitan dengan guru dan keguruan merupakan topik yang sering mendapat liputan
menyeluruh oleh semua pihak. Hal ini memberi pendedahan kepada saya untuk
lebih matang dalam menempuhi isu-isu yang bakal berlaku pada masa hadapan.
Tugasan projek ini mengkehendaki saya menganalisis, mengulas dan
mengutarakan pendapat berkaitan isu yang berkait dengan guru dan keguruan. Hal
ini sekaligus akan dapat mempengaruhi tindakan saya pada masa hadapan
sekiranya menghadapi masalah yang berkaitan dengan bertindak secara matang.
Tindakan yang diambil hendaklah berlandaskan kepada profesionalisme sebagai
seorang guru tanpa mengikut hawa nafsu semata-mata.
Malah, dengan adanya tugasan projek ini, saya dapat berfikir secara kreatif
dan kritis dalam menangani setiap masalah yang berlaku. Hal ini disebabkan,
bertindak tanpa berfikir akan mendatangkan kesan yang negatif kepada individu itu
sendiri. Jadi, setiap masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan sekiranya saya
dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha untuk mencari jalan
penyelesaian.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dapat menganalisis dan mengkaji
secara lebih jauh bahan-bahan ilmiah yang saya baca untuk mendapatkan maklumat
tambahan tentang isu ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang menjadi tajuk
kajian saya. Dengan analisis yang lebih mendalam, saya dapat memahami isi pokok
yang cuba disampaikan oleh pengarang.
Selain daripada itu, melalui pengkajian yang teliti tentang aspek isu etika
keguruan, saya dapat menanam rasa cinta akan bidang keguruan ini. Betapa
banyaknya kesan gejala ponteng sekolah yang dilakukan oleh pelajar baik kepada
diri pelajar itu sendiri, ibubapa, guru, sekolah dan masyarakat amnya. Saya
melihat isu ini sebagai suatu masalah yang serius dan amat memerlukan kerjasama
daripada semua pihak agar berganding bahu membantu pihak sekolah menangani
masalah ini.
Sepanjang usaha membuat tugasan ini, saya juga dapat belajar dengan
lebih mendalam tentang cara membuat blog yang sangat mudah. Walaupun perkara
ini telah dipelajari dalam semester yang lepas, saya seolah-olah meneroka ke alam
yang baharu. Maklumlah, hanya beberapa kali sahaja saya memuatkan bahan

dalam blog saya. Itupun kerana keperluan kerja kursus. Dewasa ini blog menjadi
suatu medan luahan idea dan pendapat oleh masyarakat.
Terdapat beberapa kesukaran yang telah saya tempuhi semasa menjalankan
kajian ini. Antara kesukarannya adalah memilih tajuk kajian. Lambakan artikel-artikel
mengenai isu keguruan menyukarkan saya untuk memilih isu yang terbaik. Namun
begitu masalah ini dapat diatasi selepas melakukan perbincangan dengan ahli
kumpulan yang nyata sangat membantu.
Saya amat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing Encik Ridzuan b.
Ahmad yang telah banyak memberikan maklumat melalui penceritaan beliau
tentang subjek (EDU 3083) Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru
di dalam kelas. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan sekelas yang
banyak berkongsi maklumat dan idea.

Anda mungkin juga menyukai