Anda di halaman 1dari 20

ISI KANDUNGAN

PERKARA
Penghargaan

MUKA SURAT

Pengenalan
1.0

3.0

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah


1.1. Konsep Bimbingan Dan Kaunseling
1.2. Matlamat Bimbingan Dan Kaunseling
1.3. Keperluan Bimbingan Dan Kaunseling
Peranan Guru Sebagai Kaunselor Dan Pembimbing
2.1. Konsep
2.2. Perbezaan Guru Biasa Dan Guru Kaunseling Sebagai
Guru Pembimbing
Persepsi Terhadap khidmat Bimbingan Dan Kaunseling

4.0
5.0
6.0

Di Sekolah
Menghadapi Klien Bermasalah
Rumusan
Refleksi

2.0

Bibliografi
Lampiran

PENGHARGAAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Bersyukur saya ke Hadzrat Illahi kerana dengan Limpah KurniaNya telah
mengizinkan saya untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus saya ini. Setinggi-

tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah yang membimbing saya,


********nama***********kerana banyak membantu dan membimbing saya dalam
penghasilan tugasan saya. Atas bimbingan beliau, saya dapat menyiapkan tugasan ini
dalam tempoh masa ditetapkan.
Tidak lupa juga kepada keluarga tercinta, sekalung penghargaan saya ucapkan
kerana banyak memberi dorongan, pendapat dan memberi kritikan-kritikan yang bernas
buat saya. Kepada rakan-rakan sekelas, terima kasih kerana banyak membantu ketika
saya dalam kesusahan dalam menyiapkan tugasan ini. Hasil daripada idea mereka,
saya tidak kekeringan idea untuk menghasilkan tugasan ini.Segala ilmu dan manfaat
yang saya perolehi pasti akan saya manfaatkan pada masa akan datang.
Akhir kalam, setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan buat semua yang terlibat
dalam penghasilan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.

PENGENALAN
Semenjak tahun 1980-an, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
reformasi Pendidikan yang menyeluruh, khususnya pada peringkat rendah dan
menengah. Dalam perkembangan pendidikan, proses memanusiakan manusia telah
diberi tumpuan utama melalui satu pernyataan yang jelas dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (1988) iaitu:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Hasrat negara untuk melahirkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang
dalam semua aspek memerlukan pemerhatian, pemantauan dan tindakan susulan
secara teliti dan langsung kepada individu dan kelompok demi memupuk nilai- nilai
yang diharapkan. Setiap individu memerlukan panduan serta bimbingan yang betul dan
bersistematik bagi

memperkembangkan potensi secara menyeluruh. Pembangunan

ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan negara. Justeru itu, peranan
guru kaunseling menjadi tonggak utama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.
Melalui hasrat ini perkhidmatan bimbingan & kaunseling telah diberi penekanan yang
serius dan semakin ketara pengamalannya di sekolah dan organisasi seperti jabatanjabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta,pusat-pusat kebajikan dan sebagainya.
Seperti di negara-negara maju, Malaysia juga mengalami perkembangan yang
pesat dalam aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kronologi bimbingan dan
kaunseling di Malaysia bermula apabila perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mula
diperkenalkan di dalam sistem persekolahan pada tahun 1960-an. Pada tahun 1962
hingga 1963 seorang pakar perunding dari Kanada telah datang ke Malaysia untuk

memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kanan pelajaran yang berperanan untuk


memberikan kursus-kursus

kaunseling kepada guru-guru untuk dilaksanakan di

sekolah-sekolah.
Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus
pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikkan selama
seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun
1982.
Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan
program pengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan
(Bimbingan

dan

Kaunseling).

Bimbingan

dan

Kaunseling

kemudiannya

terus

berkembang sebagai satu bidang pengajian di universiti-universiti di Malaysia. Mulai


tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus khas selama
setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan
dan Kaunseling.
Pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 ) Kementerian
Pelajaran

Malaysia

mengarahkan

sekolah-sekolah

menubuhkan

Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 /

Jawatankuasa
( 78 ) pula

menegaskan adanya kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Pada


tahun 1996 diperuntukkan supaya di setiap sekolah menengah mempunyai seorang
kaunselor sepenuh masa. Manakala di sekolah rendah pula mempunyai seorang
kaunselor sepenuh masa bermula tahun 2002.
Bahagian Kaunseling telah diwujudkan pada 1 April 1998 berikutan penyusunan
semula jabatan melalui surat Jabatan Perkhidmatan Awam JPA (s) 253/2/17-6 klt. 5

(874) bertarikh 26 Mac 1998 dan Waran Perjawatan bilangan 50 tahun 1998 bertarikh
23 Mac 1998. Bahagian ini pada asalnya dinamakan Bahagian Perkaunselan.
Bahagian ini diwujudkan hasil penggubalan dan penguatkuasaan Akta Kaunselor
1998 (Akta 580). Pada peringkat awal dua tahun pertama pelaksanaan akta, bahagian
ini diketuai oleh seorang pengarah yang juga bertindak sebagai Pendaftar Kaunselor
serta menjadi Setiausaha Lembaga Kaunselor pertama. Hasil daripada penyusunan
semula struktur dan fungsi bahagian pada 1 Ogos 2005 melalui Waran Perjawatan
bilangan satu tahun 2005, bahagian telah dikenali sebagai Bahagian Kaunseling dan
Psikologi.

1.0

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

1.1

KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan bukanlah sesuatu aspek yang asing lagi dalam kehidupan seharian kita.
Bimbingan, atau dalam bahasa inggerisnya guidance membawa maksud memberi
panduan atau nasihat kepada seseorang.
mempunyai definisi mereka yang tersendiri.

Dari aspek pendidikan pula tokoh

Menurut Crow dan Crow (1983) dalam Mok Soon Sang (2010), bimbingan dalam
aspek pendidikan adalah merujuk kepada pertolongan atau bantuan yang diberikan
dengan kaedah yang betul kepada murid yang berkenaan.
Abd Rahman Khalid (2005) pula mendifinisi bimbingan sebagai satu konsep
pendidikan yang melibatkan pengalaman yang membantu setiap murid untuk
memahami, menerima dirinya dan dapat menyesuaikan diri secara efektif dalam
masyarakat
Menurut Choong Lean Keow Phd. (2010), bimbingan adalah kemahiran atau
ilmu tertentu yang dibekalkan kepada individu atau ahli kelompok.
Daripada pendapat tokoh-tokoh di atas dapat disimpulkan bahawa bimbingan
merupakan suatu kewajipan yang harus diberikan oleh para pendidik untuk mendidik,
membimbing, menasihati dan merancang masa depan pelajar-pelajar ke arah
kehidupan yang sihat dan positif.
Kaunseling pula berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang
membawa maksud memberi bantuan psikologi dan nasihat kepada seseorang . Dalam
pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik
secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa dan guru. kaunseling
mempunyai pengertian, prinsip dan tujuan yang luas maka terdapat berbagai-bagai
definisi yang diberikan oleh pakar-pakar dalam perkhidmatan kaunseling, diantaranya
menurut Shertzer dan Stone (1968) dalam Mok Soon Sang (2010), kaunseling adalah
proses yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya melalui interaksi.
Kenyataan Shertzer dan Stone (1968) disokong oleh Arbuckle (1965) dalam Mok Soon

Sang (2010) yang menyatakan bahawa kaunseling adalah bertujuan menolong klien
untuk memahami kelebihan dan kelemahannya serta potensi dan keupayaannya.
Petterson dan Eisenberg (1983) dalam Mok Soon Sang (2010), mendefinisikan
kaunseling sebagai satu proses interaksi secara bersemuka diantara seorang kaunselor
dengan kliennya yang bertujuan untuk membuat perubahan pada kliennya.
Mengikut kamus dewan (1998) dalam Mok Soon Sang (2010), kaunseling
merupakan satu proses yang bersistematik yang melibatkan perbincangan rapi serta
melibatkan bimbingan dan nasihat dalam usaha untuk mengatasi dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi seseorang. Penyataan ini disokong oleh Akta Kaunselor (1998)
yang mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses hubungan menolong yang
sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor professional.
Menurut Tang Chee Yee (1989), kaunseling adalah proses menolong yang
melibatkan interaksi sekurang-kurangnya dua orang. Dalam terma kaunseling orang
yang menolong digelar kaunselor dan orang yang ditolong digelar klien. Kaunselor
bertindak membantu klien meneroka aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan
masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri, situasi dan
pilihan-pilihan yang ada padanya. Kenyataan ini disokong oleh Burks dan Steffire
(1979) dalam Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof Madya Dr . Wan Abdul Kader Wan
Ahmad (2008) yang merujuk kaunseling kepada perhubungan profesional antara
seorang kaunselor terlatih dan klien bersifat person-to-person. Kadang-kadang ia
melibatkan dua orang bagi menyelesaikan masalah emosional dan interpersonal.
Berdasarkan definisi-definisi yang telah diutarakan oleh pakar-pakar dalam
bidang kaunseling, dapatlah kita merumuskan bahawa kaunseling merupakan proses

komunikasi antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang individu atau kelompok
kecil yang bertujuan untuk mengatasi masalah serta kecelaruan yang dihadapi.
1.2.

MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Matlamat bermaksud sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai. Bimbingan pula boleh
dilihat sebagai satu proses menolong murid untuk memahami diri dan alam sekeliling
serta dapat menyesuaikan diri secara efektif. Tang Chee Yee (1987) menyatakan
terdapat 5 matlamat utama bimbingan, iaitu: (elaborate)
a) Bimbingan menolong pelajar mempelajari, memahami pengalaman, nilai, sikap
dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyakat majmuk Malaysia.
b) Bimbingan menjadi pemangkin dan memenuhi keperluan pelajar

bagi

perkembangan potensi dan kebolehan mereka.


c) Bimbingan menolong pelajar-pelajar memilih dan merancang hidup mereka
dengan berkesan.
d) Menolong pelajar menyedari kekuatan dan kelemahan mereka dan memberi
fokus kepada pengukuhan kekuatan-kekuatan yang ada.
e) Bimbingan menjadikan pelajar-pelajar lebih tegas diri, dapat menyesuaikan diri
dalam situasi alam sekitar.
Perkataan kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individu yang
mempeloporinya. Berdasarkan pelbagai definisi yang diberikan kita dapat lihat bahawa
kaunseling merangkumi berbagi-bagai bidang perkhidmatan yang diperlukan oleh
individu, pelajar dan juga masyarakat. Boleh dikatakan setiap perkhidmatan dan sesi
yang diberikan oleh kaunseling mempunyai matlamat yang tertentu. Berdasarkan Dr.
Zainal Abidin Ahmad dan Prof Madya Dr . Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2008),
terdapat 5 matlamat utama kaunseling, iaitu:

a) Memudahkan perubahan tingkah laku. Terdapat klien yang tidak memahami diri
mereka sendiri. Mereka memerlukan bantuan untuk keluar dari kepompong dan
matlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu perubahan
tingkah laku yang membolehkan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan
memuaskan.
b) Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan. Kemahiran
berkomunikasi adalah sangat penting namun terdapat

klien yang menghadapi

masalah komunikasi dan interaksi dengan orang lain. Ini berlaku kerana kurangnya
mempunyai kemahiran intrapersonal dan mempunyai imej kendiri yang negatif.
Matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya kemahiran interaksi klien dapat
ditingkatkan.
c) Membantu klien mengurus diri. Terdapat individu yang tidak mempunyai kemahiran
dan keyakinan untuk menguruskan diri sendiri. Pola tingkah laku yang dipelajari
masa kecil juga menjadi faktor yang mempengaruhi seseorang dalam mengurus
dirinya. Dalam keadaan yang demikian , kaunselor berperanan melatih kliennya
mengurus diri dengan lebih berkesan terutama dalam situasi baru dan tuntutan baru.
d) Menggalakkan proses membuat keputusan. Membuat keputusan yang salah akan
memberikan kesan negatif kepada kita. Terdapat individu yang sukar untuk
membuat keputusan yang penting. Matlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah
membantunya membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan
muktamad diambil oleh klien sendiri dan klien mesti memahami serta tahu kenapa
dan bagaimana keputusan yang diambil akan memberi kesan kepada mereka.
e) Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien. Matlamat ini bermaksud
memberi peluang kepada klien mempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan
minatnya ketahap yang paling maksimum. Matlamat kaunseling ialah mengurangkan

atau mengatasi apa sahaja yang menyekat dan membantutkan perkembangan


potensi kebolehan dan minat seseorang.
1.3.

KEPERLUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (elaborate)

Menurut rachman (1977), sebab-sebab kaunseling diperlukan di sekolah ialah:


a) Terdapat beberapa masalah dalam pendidikan dan pengajaran di sekolah yang
tidak mungkin dapat diselesaikan oleh guru biasa.
b) Guru-guru terikat dengan tugas-tugas lain yang harus diselesaikan dan tugas ini
bertentangan dengan kepentingan dan kehendak murid.
c) Terdapat kegiatan-kegiatan dalam rangka atau program pendidikan yang harus
dilakukan oleh petugas sekolah yang bukan guru.
d) Terdapat konflik antara murid dengan guru yang memerlukan bantuan pihak
ketiga.

2.0

PERANAN GURU SEBAGAI KAUNSELOR DAN PEMBIMBING

2.1

KONSEP

Guru adalah insan yang cukup istimewa kerana mereka bertanggungjawab dan
terpaksa memikul amanah untuk mendidik manusia menjadi insan yang berperibadi
mulia, berakhlak tinggi dan kamil. Guru merupakan role-model oleh itu sudah
semestinya guru menunjukkan contoh dan teladan yang baik.
Jika dilihat di sekolah, guru biasa memainkan peranan yang hampir sama
dengan guru bimbingan dan kaunseling. Walaubagaimanapun terdapat beberapa
perbezaan diantara guru biasa dengan guru bimbingan dan kaunseling.
Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bimbingan merupakan guru yang terlatih
dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Manakala dalam aspek

bimbingan dan kaunseling, guru biasa ialah guru yang tidak mendapat latihan secara
khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling.
2.2

PERBEZAAN GURU BIASA DAN GURU KAUNSELING SEBAGAI GURU


PEMBIMBING

Ciri peranan guru biasa


Mata
pelajaran

Ciri peranan guru kaunseling


diberikan
Personaliti dititik beratkan.
Keputusan
ujian
menunjukkan

keutamaan
Keputusan ujian menentukan aras

keperluan peribadi dan pelbagai

potensi pencapaian dalam mata

halangan

pelajaran. Gred merupakan fungsi


penilaian bagi pembelajaran mata

pelajaran sahaja.
Hanya
pelajar
mempelajari

yang

matapelajaran

dapat

Berjaya ke tahap yang tinggi.


Tidak banyak temu bual secara

selain

pencapaian

misalnya

matapelajaran

akan

pencapaian

membuat

penyesuaian diri.
Gred menunjukkan pelbagai jenis
pencapaian

estetik.
Pelbagai

sosial,

cara

untuk

psikologi,
mencapai

peribadi dilakukan dengan pelajar

kejayaan bagi pelbagai kecerdasan

kecuali tentang masalah akademik.


Jarang merujuk kepada guru lain

amatlah penting.
Beberapa temubual secara individu

atau kaunselor tentang kemajuan

diadakan

bagi

pelajar.
Tidak banyak lawatan ke rumah

masalah

peribadi

dilakukan dan jarang mengadakan

sekolah.
Kurang sensitif

terhadap

emosi

menyelesaikan
dan

masalah

akademik.
Masalah pelajar sering dibincang

bersama kaunselor dan guru lain.


Melakukan lawatan ke rumah dan

pertemuan dengan ibu bapa di

untuk

menjemput

ibu

bapa

untuk

pelajar.

menghadiri perjumpaan di sekolah.


Sentiasa sensitif terhadap emosi
keseluruhan pelajar di bilik darjah

Jadual 2.1
Rujukan
Sumber
Sdn.

dan emosi pelajar secara individu.


: Perbezaan ciri-ciri peranan antara guru biasa dengan guru kaunseling
: Jean D. Grambs Dan Wiliam J. Iverson, Modern Methods In Secondary
Education (New York : The Dryden Press,1952), hal 413.
:Mok Soon Sang (2002), Bimbingan Dan Kaunseling Untuk Kursus
Diploma Perguruan Semester 3 & 4. Percetakan Sentosa (K.L.)
Bhd. Kuala Lumpur.

3.0

PERSEPSI TERHADAP BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga Cetakan ketujuh (2002), persepsi bermaksud
gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu, pandangan menerusi
pancaindera dan tanggapan.
Menurut Meng (2003) dalam Azhari abd. rahman (1998), persepsi adalah satu
proses bila otak menerima maklumat dari deria (seperti melihat, mendengar, merasa,
menghidu dan menyentuh), menyusun semula maklumat tersebut dan memberi makna
kepadanya.
Jika dilihat secara kasar, khidmat bimbingan dan kaunseling disekolah kurang
mendapat perhatian daripada pelajar. Hal ini kerana, unit bimbingan dan kaunseling
menerima persepsi yang negatif daripada pelajar. Menurut Unit Bimbingan, Kaunseling
Dan Kerjaya university Malaysia sabah, terdapat dua persepsi negatif terhadap khidmat
kaunseling iaitu:
1) Kaunseling adalah untuk orang bermasalah. Setiap kejadian menimpa manusia
pasti ada sebab serta mempunyai hikmah. Pasti setiap individu pernah
mengalami dugaan dan rintangan dalam hidu mereka.

Pasti setiap individu

mempunyai pelbagai cara dan alternatif tersendiri di dalam menyelesaikan


masalah dan kerumitan situasi yang dialami. Perkhidmatan kaunseling boleh
menjadi rujukan alternatif apabila seseorang itu memerlukan pandangan dari
sudut professional selain daripada pandangannya sendiri, keluarga dan rakanrakan.
2) Kaunseling adalah untuk orang yang bermasalah gangguan mental. Tanggapan
ini adalah tidak benar kerana sesi kaunseling tidak dijalankan ke atas pesakit
yang mengalami masalah gangguan mental. Mengikut kamus dewan (1998)
dalam Mok Soon Sang (2010), kaunseling merupakan satu proses yang
bersistematik yang melibatkan perbincangan rapi serta melibatkan bimbingan
dan nasihat dalam usaha untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi seseorang.

Masalah dalam definisi di atas adalah merujuk kepada

masalah sosial, peribadi, interpersonal dan sebagainya dan ia tidak merujuk


kepada masalah kecacatan fizikal.
Terdapat banyak kajian tentang persepsi pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling telah dijalankan. Kajian-kajian nini dilaksanakan untuk mendapatkan
maklumat terkini tentang keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Kajian-kajian ini menggunakan persepsi pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sebagai pembolehubah.
Arapan Kolenthi (1982) dalam Azhari Abd. Rahman (1998),

4.0

MENGHADAPI KLIEN BERMASALAH

Proses bimbingan dan kaunseling dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya klien
berjumpa dengan kaunselor secara sukarela. Klien jenis ini selalunya bermotivasi untuk
berjumpa

kaunselor

dan

mempunyai

komitmen

yang

tinggi

untuk

berubah.

Walaubagaimanapun, adakalanya terdapat klien yang dirujuk kepada kaunselor tanpa


kerelaan mereka. Klien yang terpaksa menjalani proses kaunseling oleh otoriti di luar
kehendak mereka akan menyebabkan kaunselor menghadapi masalah untuk
menyelesaikan masalah yang klien hadapi. Terdapat beberapa jenis klien bermasalah
yang mungkin dihadapi oleh kaunselor, antaranya ialah:
a) Klien yang degil dan tidak komited. Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof
Madya Dr . Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2008), klien yang degil adalah klien
yang tidak bermotivasi untuk mendapatkan pertolongan dari sesiapa pun. Hal ini jika
dibiarkan akan menyebabkan klien menjadi pasif dan tidak akan berinteraksi dengan
kaunselor.
Klien seperti ini kebiasaannya berpandangan negatif terhadap proses kaunseling
dengan menganggapnya sebagai satu pendekatan yang tidak munasabah dan tidak
realistik. Klien yang tidak komited tidak akan bekerjasama dalam proses kaunseling
kerana mereka menganggap proses kaunseling akan menceroboh kosep kendiri
yang mereka rasakan selesa sekarang. Klien ini percaya cara mereka sekarang

adalah yang terbaik untuk dirinya dan apa-apa tindakan yang yang mempamerkan
kesediaan mengubah diri atau mendapatkan pertolongan akan dianggap sebagai
satu kegagalan atau kelemahan.
Klien yang yang dipaksa akan menunjukkan keengganan mereka untuk
bekerjasama dalam beberapa cara. Klien yang degil akan mendiamkan diri , tidak
menjawab soalan dan enggan menunjukkan minat untuk berbincang. Keadaan ini
mungkin akan menyebabkan sesi kaunseling bersifat interogatif dan akan
menimbulkan suasana tegang. Ada juga klien yang cuba mengelak dari bertemu
kaunselor. Mereka mungkin mempunyai perwatakan ingin bekerjasama tetapi selalu
pelupa, datang lewat atau selalu ponteng temujanji.
Mengendalikan kaunseling dengan klien yang degil dan tidak komited adalah
sukar dan membebankan. Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof Madya Dr .
Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2008), terdapat beberapa panduan yang boleh
digunakan oleh kaunselor untuk menangagani klien seperti ini iaitu:
1) Terima hakikat tahap pencapaian kaunseling. Kaunselor harus berfikiran
positif dan menerima kenyataan bahawa tidak banyak jalan penyelesaian
yang boleh dicapai dengan klien seperti ini. Kaunselor tidak perlu merasa
kecewa atau putus asa apabila menemui jalan buntu dalam sesi kaunseling.
2) Harapan yang relistik. Kaunselor hendaklah mempunyai harapan yang
realistik terhadap kejayaan proses kaunseling mereka. Dengan cara begini
kaunselor tidak akan berasa tertekan dan proses berkomunikasi akan lebih
bersifat membantu. Kaunselor perlu memastikan klien merasakan dirinya
dihormati dan tidak terancam. Persepsi positif klien terhadap kaunselor
adalah penting supaya klien dapat berterus terang. Penumpuan harus

diberikan kepada kefahaman kendiri klien kerana perkara utama yang


difikirkan oleh klien yang enggan bekerjasama adalah soal kendiri.
3) Fahami punca sikap keengganan. Klien yang enggan memberi kerjasama
dalam perbincangan haruslah diatasi dengan segera. Kaunselor harus
membantu klien untuk memahami kenapa keengganan ini wujud dan harus
menyedarkannya tentang ketidak produktifnya sikap ini baginya. Kaunselor
perlu mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengurangkan sifat ini.
Sebagai contohnya kaunselor mesti menunjukkan kehadiran mereka dalam
semua aspek percakapan klien, memperakui perasaannya dan harus
menginterpritasi sikap dan tingkah laku yang dipapar.
4) Sikap kaunselor perlu betul. Kaunselor mestilah mempunyai sikap yang
bertoleransi dan tidak prejudis terhadap klien. Setiap klien yang datang
berjumpa dengan kaunselor samaada secara sukarela atau tidak sedang
mengalami masalah. Klien yang mempunyai komitmen yang tinggi

akan

cuba melihat bagaimana kliennya mempersepsikan masalahnya, dan ini ada


kaitan dengan tahap penerokaan dalam proses kaunseling. Jika kaunselor
dapat menuonjolkan sifatnya sebagai orang yang menerima, ikhlas hendak
menolong dan memahami, lambat laun ia akan dapat menembusi minda klien
yang degil.
b) Klien degil tetapi komited. Dalam kes ini, klien biasanya secara sukarela berjumpa
dengan kaunselor. Mereka membina hubungan yang baik dengan kaunselor dan
melibatkan diri secara aktif dalam proses kaunseling walaubagaimanapun, mereka
tidak mahu mengubah perasaannya , pemikiran dan kelakuannya yang sebelum ini
telah membawa masalah kepadanya.

Terdapat klien yang menghadiri sesi kaunseling tetapi tidak menunjukkan


sebarang perubahan yang positif. Selalunya klien tidak begitu yakin dengan diri
sendiri dan takutkan perubahan. Adakalanya klien bukan sengaja atau sedar dengan
perbuatannya hendak mensabotaj kaunseling. Ia berlaku di aras bawah sedar, oleh
yang demikian kaunselor perlu menggunakan pendekatan dan strategi yang sesuai.
Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof Madya Dr . Wan Abdul Kader Wan
Ahmad (2008), terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan oleh kaunselor
untuk menangani klien yang degil iaitu:
1) Elak reaksi negatif. Sebagai kaunselor kita seharusnya sedar bahawa bukan
semuanya akan berlaku mengikut apa yang kita jangkakan. Elak dari
menunjukkan reaksi negatif seperti marah atau kecewa apabila perkara
sebegini

berlaku.

Jangan

menyalahkan

klien

sepenuhnya

kerana

kemungkinan klien akan menjadi takut dan tidak bermotivasi.


2) Terima klien. Kaunselor harus menunjukkan sikap menerima terhadap klien
itu walaupun klien tidak seperti apa yang kaunselor mahukan. Tunjukkan
yang kita masih menghormati, mengambil berat dan benar-benar ingin
menolong klien. Beri klien masa yang mereka mahukan sehingga mereka
benar-benar ingin berubah.
3) Sikap tidak putus asa. Jika kita sedang mengusahakan sesuatu kemudian
hasilnya tak menjadi, janganlah putus asa. Sebaliknya, beri ruang pada diri
kita untuk mencari kembali semangat yang hilang.
Biar inspirasi hadir semula. Tiap kali kita nampak hasil usaha kita tak
seperti yang kita mahukan, kita akan terdorong untuk tidak terus
melakukannya. Inilah pendorong kepada sikap putus asa. Jangan berhenti
terus. Sebaliknya ambil masa untuk berehat sebentar. Kebanyakan individu
cepat putus asa sebab mereka tak tahan berdepan dengan rasa sakit hati

apabila usaha tidak mendatangkan hasil ataupun hasil yang muncul tak
seperti di mahukan.
4) Fahami punca kedegilan. Sebagai kaunselor kita harus melihat dari pelbagai
sudut dan aspek yang berkaitan untuk mencari apakah punca yang
menjadikan klien degil dan enggan berubah.
5) Atasi kedegilan dengan positif. Gunakan pendekatan yang positif untuk
mengatasi masalah kedegilan klien. Sebagai contohnya gunakan cara yang
membina dan menolong. Kaunselor perlu membantu klien untuk memahami
kedegilannya dan nyatakan konflik dalaman yang terlibat. Bimbing klien
walaupun ia mengambil masa yang lama dan ini akan memudahkan
kaunselor

untuk

mendapatkan

maklumat

yang

diperlukan

bagi

menambahbaik proses kaunseling yang telah dijalankan.


c) Klien bersikap prejudis.
d) Klien pasif.

5.0

Rumusan

6.0

Refleksi

BIBLIOGRAFI
Abd Rahman bin Khalid (2005). Khidmat Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur:
Kolej Komuniti.
Azhari Bin Hj.Abd. Rahman (1998). Persepsi Pelajar Terhadap Perkhidmatan
Bimbingan Dan Kaunseling. Kedah: Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

Choong Lean Keow Phd. (2010). Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak : Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd..
Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof Madya Dr . Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2008),
HBEF 2203 Bimbingan dan Kaunseling. Seri Kembangan, Selangor: Meteor Doc
Sdn Bhd.
Kamus Dewan. (2002). Edisi Ketiga. Cetakan ke Tujuh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mok Soon Sang (2002), Bimbingan Dan Kaunseling Untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3 & 4. Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa (K.L.) Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2010),Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong, Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Muhamad Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin (1993), Pengantar
Kaunseling. Ampang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rachman, S. (1977). Behavior Therapy. Dalam B. Berenson Dan R. Carkhuff (Ed.)
Sources Of Gain In Counseling And Psychotherapy. New York: Holt. Rinhart &
Winston.
Tang Chee Yee (1987), Bimbingan Dan Kaunseling: Perkhidmatan, Prosedur Dan
Kemahiran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai