Anda di halaman 1dari 7

Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau

diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza
antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak
cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa
sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal
dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan
membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan
arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan,
bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan
syariat.
Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak
selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat
agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.


Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah
S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat
bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan.
Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.
Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan
pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat
bertindak dengan baik.
Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
Mengenai solat di awal waktu
Adab dengan orang tua-tua
Adab dengan guru
Adab dengan kawan-kawan
Tugas harian di rumah
Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
Tatacara makan mengikut sunnah nabi
Cara belajar yang berkesan
Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
Keselamatan jalan raya
Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2. Kaed
rong>
ercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya
kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita
ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda
bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang
boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak
dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas
dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.
3. kaedah Soal jawab
Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang
cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak
dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah
dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti
ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak
tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan

untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan
kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam
bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa
yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya
menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah
menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani
dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh
dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau
barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk
menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh
anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka
berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan
kejayaan yang pernah mereka kecapi.
5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak,
tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan
ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak
boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu
dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih
supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau
dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anakanak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan
anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan
menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau
melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan
ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah
meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah
meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat,
sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan


Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga
disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih
secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa
ciri diantaranya :a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti
tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan
kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak
keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh
melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh
pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan
sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah
enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab
boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya
melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu
akan bersifat takbur.
Selepas baca, bolehlah beramal.

Cari

Pendidikan Anak-Anak Mengikut Islam


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang
terhitung dari orang-orang yang soleh! [As-Shafaat :100]
Rahsia Kejayaan Nik Nur Madihah
EDITOR ANAKKUSOLEH MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA
ADIK NIK NUR MADIHAH ATAS KEJAYAAN BELIAU.
APA YANG LEBIH PENTING IALAH ADIK NUR MADIHAH IALAH HADIR
DARIPADA KELUARGA YANG TAAT KEPADA ALLAH SWT.

INILAH RUMAH MEREKA

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang
menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada
usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga
yang bakal menyinar suatu hari nanti.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah
mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat
keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan),
Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding
pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana
kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk
memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit
dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil
yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang
tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada
setiap hari.
Sumber Utusan

NUR MADIHAH PUASA SEBAB MISKIN


Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com
KOTA BHARU 14 Mac Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan
keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak
ada wang untuk beli makanan.
Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah
itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.
Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani
Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41,
membentuk seorang insan contoh.
Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak
pernah merungut.
Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan
menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.
Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu
banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata
kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.
Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur
kerana dia menerima kekurangan ini, katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila
memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A
dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007,
Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan
walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya
dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa
dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak
pernah dibiarkan begitu saja.
Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa
kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.
Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya, tambahnya.
Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah
Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan
Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan
Parang Puting di sini.
Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami
akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana
kesempitan hidup.
Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20
mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir, ujarnya.
Sumber Utusan 15 Mac

Anda mungkin juga menyukai