Anda di halaman 1dari 5

SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI

TAMAN DAHLIA, BANDAR BARU SALAK TINGGI


43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon :03-87068849/ Faks :03-87068851

Kertas Kerja Program


Momentum Kecemerlangan Pelajar
Tingkatan 3
Pada:
22 APRIL 2015 (RABU)
Tempat:
DEWAN MAKAN ASRAMA
SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI
Pemudahcara
AKMAL AIZUDDIN ZULKIFLI
KAKI TRAINING CONSULTANCY
Anjuran Bersama:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
&
UNIT KURIKULUM

KERTAS KERJA
PROGRAM MOMENTUM KECEMERLANGAN PELAJAR TINGKATAN 3
TAHUN 2015
SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG
1.

Pendahuluan
Motivasi menurut istilah Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah keinginan yang
keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk
berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Dalam
erti kata lain, untuk mencapai sesuatu kejayaan yang cemerlang setiap pelajar
memerlukan motivasi yang dapat melonjakkan diri mereka ke satu tahap di mana
mereka mampu menempuh setiap cabaran dihadapi.
Justeru, Jawatankuasa Peningkatan Prestasi dan Klinikal Akademik dengan
kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
telah merancang program-program momentum kecemerlangan yang melibatkan
motivasi diri khusus untuk para pelajar SMK Bandar Baru Salak Tinggi bagi membantu
pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta sahsiah. Selain itu,
diharapkan program motivasi yang dirancang ini akan dapat membantu pelajar
sentiasa bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan dan seterusnya menyediakan diri
mereka dalam menempuh alam pekerjaan dan cabaran hidup akan datang.

2.

Objektif

Pelajar akan mempunyai jiwa dan semangat yang kental dalam menghadapi
setiap cabaran hidup
Pelajar sedar bahawa untuk menjadi insan berjaya perlu ada persiapan dan
perancangan dalam hidup.
Kejayaan lebih mudah dikecapi jika jiwa dipenuhi dengan aktiviti rohani

Pelajar sedar konsep menuntut ilmu bukanlah setakat lulus periksa semata-mata

Pelajar dapat mengurus emosi, stress dan fobia peperiksaan.


Pelajar jelas hala tuju dan matlamat menduduki peperiksaan
Pelajar akan sedar bahawa kecemerlangan akademik harus seiring dengan
kecemerlangan akhlak dan sahsiah.

3.

Sasaran
Semua pelajar tingkatan 3

4.

Tarikh
22 April 2015 (Rabu)

5.

Tempat
Dewan Makan Asrama SMK Bandar Baru Salak Tinggi

6.

Kaedah Pelaksanaan :
6.1 Ceramah Motivasi

7.

Ahli Jawatankuasa Induk


Penasihat
Pengetua- Pn. Norma bt. Daud
Pengerusi
GPK Akademik- En. Salehin bin Abdullah
N/Pengerusi
GPK HEM Pn. Hjh Sabaria bt. Darut
GPK Koko En. Hj Azam bin Daud
GPK Petang - Pn. Hanizam bt. Mohd Rosly
GPK Ting. 6 - Pn. Rohani bt. Othman
Penyelaras Program
Pn.Zainon bt. Jailani
Penolong Penyelaras
Pn. Aida bt. Wahid (Kaunselor Pelajar)
Setiausaha
Pn. Che Azhani bt Che Omar
AJK
Semua Guru Mata Pelajaran
Kaunselor Pelajar

8.

Perbelanjaan : Rujuk Lampiran 1

9.

Tentatif Program :Rujuk Lampiran 2

10.

Penutup
Program ini diharap dapat membantu meningkatkan prestasi akademik dan motivasi
pelajar. Melalui program ini juga diharap pelajar akan lebih berkeyakinan pada diri
sendiri untuk lulus cemerlang selain bersedia dari segi fizikal dan mental dalam
menghadapi cabaran hidup akan datang.
Disediakan Oleh :

..........................................
Pn Che Azhani Che Omar
S/U Peningkatan Prestasi PT3
Tahun 2015

Disokong Oleh:

.......................................

Dilulus Oleh:

.........................................

Lampiran 1

ANGGARAN BELANJAWAN
BUTIRAN
PIBG - KUTIPAN BAYARAN KELAS TAMBAHAN
DAN MOTIVASI

JUMLAH
2 SLOT X RM400

Bayaran penceramah

RM800
RM800

Lampiran 2
Tentatif Program
22 April 2015
7.45 pagi Pelajar berkumpul di Dewan Makan Asrama
(3 CEKAL, 3 AMANAH, 3 MULIA, 3 TEKUN DAN 3 IKHLAS)
8.00 pagi Program Momentum Kecemerlangan Pelajar (Slot 1)
10.30 pagi REHAT
10.45 pagi Pelajar berkumpul di Dewan Makan Asrama
(3 AB,3 SU, 3 BUDI, 3 YAKIN, 3 BAKTI, 3 GIGIH DAN 3 JUJUR )
11.00 pagi Program Momentum Kecemerlangan Pelajar (Slot 2)
1.15 tgh

Bersurai

Anda mungkin juga menyukai