Anda di halaman 1dari 16

Perkembangan fizikal HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini,

anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan perkembangan fizikal kanakkanak dari aspek kawalan anggota badan dan kawalan manual; 2.
Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek
perkembangan deria, kinestetik dan persepsi 3. Menghuraikan
perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek perkembangan motor halus,
motor kasar dan deria motor. PENGENALAN Bagi tajuk ini kita akan
membincangkan perkembangan fizikal kanak- kanak dari sudut yang lebih
khusus. Sebelum kita membincangkan tajuk ini dengan lebih lanjut, elok
rasanya kita faham dulu apa yang dimaksudkan dengan Perkembangan
Fizikal. Perkembangan bermaksud proses yang berlaku sepanjang masa.
Dalam proses perkembangan ini kita akan lihat perubahan yang berlaku
pada seorang individu hasil interkasi di antara faktor genetik yang diwarisi
dan pengaruh persekitaran ( Doherty1. Topik 2 & Brennan, 2008). Kanakkanak dilahirkan dengan memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yang
diwarisi dari ibubapa mereka. Keadaan persekitaran pula, menentukan
bagaimana kanak-kanak ini menggunakan bakat yang diwarisi untuk
berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai situasi. Oleh
itu, dalam perbincangan ini kita akan melihat beberapa aspek
perkembangan fizikal kanak-kanak. Antara aspek yang akan kita lihat
adalah bagaimana perkembangan kawalan anggota dan gerakan badan
kanak-kanak. Kita juga akan menyentuh tentang perkembangan deria
kanak-kanak, khususnya penggunaan deria untuk mereka

16 berhubung dengan persekitaran. Peringkat perkembangan ini


sangat penting terutama dalam proses tumbesaran seperti ini kanak-kanak
akan menggunakan deria seperti sentuhan, bau, merasa, melihat dan
mendengar untuk pembelajaran dan membentuk konsep. Pada peringkat
ini juga kanak-kanak akan belajar untuk mengawal gerakan anggota badan
mereka sama ada motor kasar seperti berlari dan melompat atau kawalan
motor halus seperti mewarna dan menulis. AKTIVITI 2.1 Cuba perhatikan
bagaimana kanak-kanak meneroka persekitaran mereka. Apa yang akan
mereka lakukan sekiranya mereka ingin mengetahui sama ada objek itu

lembut atau keras? KOMPONEN PERKEMBANGAN MOTOR 2.1 2.1.1


Kawalan Anggota Pemerhatian kita terhadap perkembangan dan kawalan
anggota badan kanak-kanak merupakan suatu yang sangat menarik.
Bagaimanakah kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
persekitaran mereka? Cuba kita perhatikan bagaimana kanak-kanak mula
mempelajari sesuatu. Bagaimana mereka mula mengenal objek dan
mencuba untuk memegangnya. Bagaimana pula kanak-kanak ini mula
bergerak seperti merangkak untuk mendapatkan objek tersebut.
Bagaimana mereka menggunakan kawalan anggota badan mereka untuk
mempelajari sesuatu. Semua aktiviti di atas merupakan perkembangan
fizikal anggota badan kanak-kanak. Proses yang kompleks ini berlaku
memerlukan kekuatan fizikal, koordinasi otot, keseimbangan badan dan
persepsi yang tepat. Peringkat perkembangan ini melibatkan bagaiamana
kanak-kanak memperkembangkan kemahiran baru mereka. Kebolehan ini
perlu2. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 digalakkan dengan aktiviti yang sesuai dapat disediakan untuk


pembelajaran kanak-kanak tersebut. Perkembangan fizikal dan cara
kanak-kanak mengawal anggota badan membolehkan mereka meneroka
dan berinteraksi dengan dunia di persekitaran mereka. Bagi kanak-kanak
apa sahaja yang mereka lihat dan buat adalah sesuatu yang baru.
Penggunaan kemahiran anggota badan mereka dapat mencetuskan
pengalaman yang baru dan berbeza. Mereka akan mengulang hingga
mereka terbiasa. Gerkan ulangan ini secara tidak langsung akan melatih
kawalan bahagian anggota badan. Selepas selesa dan bosan dengan cara
gerakan tersebut mereka akan mencuba cara yang berbeza dan baru..
Pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak ini, mereka akan
memperkembangkan otot anggota badan dahulu. Setelah otot berkembang
dengan baik dan kuat, mereka akan cuba menggunakan kekuatan otot
dengan melakukan aktiviti tertentu. Mereka akan cuba bergerak,
merangkak dan memegang objek yang dijumpai. Contohnya mereka
apabila ternampak pensil mereka akan cuba memegangnya. Kemudian
kanak-kanak ini akan melukis atau melorek mengikut imaginasi mereka.

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan sedar tentang kawalan badan


mereka seiring dengan kebolehan mereka mengerakkan anggota badan
tersebut. Justeru, pada peringkat awal pembelajaran kawalan tubuh badan
ini, tumpuan juga harus diberikan kepada pengetahuan mereka tentang
nama dan mengenal bahagian-bahagian anggota tubuh badan mereka.
Contohnya, kita mengajar mereka seperti; memegang dengan tangan,
menendang dengan kaki dan melihat menggunakan mata. Apabila kita
mengajar mereka memegang bola dengan tangan kita juga boleh
menunjukkan bagaimana kawalan tangan itu boleh dilakukan. Mereka juga
perlu peka terhadap gerakan anggota badan mereka dan kebolehan untuk
membuat beberapa bentuk gerakan. Contohnya dalam aktiviti senaman,
kita minta kanak-kanak membuat imaginasi seperti, buat badan kamu
seluas lautan sambil mendepakan tangan seluasnya. Atau cuba capai
buah di atas pokok yang tinggi sambil menyuruh kanak-kanak
merengangkan badan mereka untuk mencapai tempat yang tinggi. Aktiviti
seperti ini, selain kanak-kanak akan berasa seronok ia juga akan dapat
menggalakkan imaginasi kanak-kanak tersebut.3. TOPIK 2
PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 Terdapat beberapa gerakan anggota tubuh badan yang sesuai


dijalankan oleh kanak-kanak ini bagi melatih kawalan anggota badan.
Antara aktiviti untuk kawalan badan adalah seperti melenturkan badan,
meregangkan badan dan memusingkan badan. Lain-lain aktiviti adalah
seperti berpusing dalam bulatan, melompat bersama rakan dan melangkah
bersama-sama seperti keretapi sedang bergerak. Aktiviti seperti ini akan
memperkukuhkan kebolehan kanak-kanak itu mengawal anggota badan.
Selain itu adalam aktiviti ini akan melibatkan koordinasi untuk bergerak
dalam kumpulan. Aktiviti yang dinyatakan di atas merupakan aktiviti yang
melibatkan kawalan anggota badan secara serentak. Ia melibatkan
kawalan terhadap tangan, kaki dan badan. Contohnya dalam aktiviti
bermain keretapi bergerak bersama rakan. Kanak-kanak akan membuat
kawalan tangan agar sentiasa memegang bahu rakannya. Gerakan kaki
juga perlu dikawal agar bergerak serentak dengan kaki rakan yang lain.

Kawalan badan pula perlu agar mereka dapat bergerak dalam satu barisan
yang lurus. Semak Kendiri 2.1 Bagaimana daya gerak hati (intuitif) ini
membantu dalam perkembangan pergerakan anggota dan otot seorang
kanak-kanak? 2.1.2Kawalan Manual Semasa peringkat perkembangan
seorang kanak-kanak, kemahiran mereka dapat mengendalikan objek
memberi makna yang besar. Cara bagaimana mereka memegang sesuatu
objek dengan yakin akan dapat menunjukkan kebolehan mereka. Misalnya,
jika kita lihat kanak-kanak bermain plastisin. Apakah kawalan manual yang
dilakukan oleh mereka? Kanak-kanak akan menyesuaikan gerakan tangan
bagi membentuk objek yang tertentu. Mereka akan menekan dan4.
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 mengosokkan plastisin antara dua tapak tangan untuk


membuat bentuk bujur. Atau mereka akan mengenggam plastisin tersebut
dengan kuat untuk membuat bola. Begitu juga, mereka akan
menyelaraskan daya yang bersesu5. TOPIK 2 PERKEMBANGAN
FIZIKAL aian ketika membentuk plastisin tersebut semasa membuat
bentuk bulat seperti bola itu. Aktiviti kawalan manual juga merujuk kepada
kebolehan kanak-kanak untuk membuat aktiviti motor halus. Aktiviti ini
adalah seperti memegang, menggengam, menggosok dan menggunakan
jari tangan. Contohnya, seperti kanak-kanak membuka skru pada alat
mainan mereka. Aktiviti ini memerlukan kecekapan kanak-kanak untuk
menggunakan jari tangan bagi memegang, mengenggam dan
memusingkan skru tersebut. Kawalan manual ini akan melatih kemahiran
mereka menyelaraskan kekuatan genggaman dan pegangan jari-jari
tangan mereka. Aktiviti lain seperti memindahkan biji manik dalam
susunan warna, bentuk atau saiz yang berbeza. Contohnya kanak-kanak
diminta menyusun biji manik secara berurutan dari saiz yang paling kecil
ke saiz yang paling besar. Semasa kanak-kanak ini menentukan saiz objek
tersebut telah wujud koordinasi mata-tangan. Mereka akan melihat objek
yang paling kecil dan membuat perbandingan dahulu sebelum mengambil
biji manik tersebut. Aktiviti yang melibatkan pelbagai bentuk, saiz, tekstur
dan berat objek seperti ini akan memperkembangkan kecekapan kawalan

manual kanak-kanak semasa mengendalikan sesuatu objek. Aktiviti


membuat guntingan kertas juga dapat meningkatkan kawalan manual
kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak diminta membuat guntingan kertas
bentuk sebuah rumah. Mereka akan cuba mengunting dari satu sudut.
Gerakan dan genggaman tangan mereka sangat penting bagi membuat
guntingan yang kemas mengikut garisan bentuk rumah tersebut. Semasa
mengunting mereka juga perlu membuat gerakan mata bagi memfokus
pada bahagian yang betul untuk dipotong. Kawalan manual juga boleh
dilihat semasa kanak-kanak sedang bermain. Contohnya semasa kanakkanak bermain batu seremban, mereka akan membaling dan menangkap
batu dalam permainan tersebut. Kawalan manual dalam permainan ini
melibatkan kemahiran kanak-kanak mengawal gerakan membaling dengan
daya yang sesuai. Selain itu, mereka juga perlu cekap menangkap dan
mengenggam batu tersebut pada masa yang tepat.

16 Rajah 2.1: Semasa kanak-kanak bermain mereka akan


mengembangkan kemahiran manual. KENDIRI 1.1 Gambar kanak-kanak
sedang bermain batu seremban/plastisin. PERKEMBANGAN DERIA 2.2
2.2.1Deria Kemahiran kanak-kanak untuk menerima maklumat dengan
tepat berkait dengan kebolehan deria mereka mengesan rangsangan.
Rangsangan dari persekitaran wujud dalam pelbagai bentuk iaitu; bau,
rasa, cahaya, panas atau sejuk, kesakitan dan bunyi. Oleh itu terdapat
beberapa organ deria pada kanak-kanak yang berfungsi untuk mengesan
rangsangan ini. Deria yang utama untuk mengesan rangsangan adalah
mata, telinga, hidung, lidah dan kulit untuk sentuhan. Setiap organ deria ini
mempunyai fungsi yang tertentu. Secara amnya fungsi organ deria ini
dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 2.1 di bawah;6. TOPIK 2
PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 Jadual 2.1: Organ deria dan fungsinya Organ Fungsi Jenis


rangsangan deria Mata Penglihatan Cahaya Telinga Pendengaran Bunyi
Hidung Bau Wangi, busuk Lidah Rasa Manis, masam, masin, pahit Kulit
Sentuhan Sejuk, panas, sakit Di peringkat awal perkembangan kanakkanak, mereka banyak bergantung kepada kemahiran organ deria mereka

untuk bergerak dan bertindak. Kanak-kanak yang baru dilahirkan


mengenali persekitarannya secara kabur sahaja kerana keupayaan
otaknya masih belum berupaya berfungsi sepenuhnya. Pada tahap ini
kanak-kanak bergerak dengan menggunakan gerakan pantulan. Kanakkanak menunjukkan perubahan daripada tindakan reflektif kepada tindakan
yang bertujuan. Contohnya, kanak-kanak berubah daripada keadaan di
mana dia hanya memegang apa-apa yang diberikan kepadanya kepada
keadaan cuba memegang apa-apa yang dia nampak. Mereka cuba
menggunakan sebanyak mungkin penggunaan organ deria mereka. Walau
bagaimanapun pada peringkat awal ini juga kanak-kanak tidak mempunyai
konsep pengekalan contohnya apabila sesuatu benda yang dilihatnya
disembunyikan, kanak-kanak tersebut tidak berusaha untuk mencarinya.
Mereka menganggap objek tersebut telah tidak ada lagi. Perkembangan
kognitif pada tahap ini adalah cepat tetapi kebolehan mental hanya terhad
kepada objek-objek yang boleh dilihat sahaja. Oleh itu pada peringkat awal
ini penggunan deria penglihatan, sentuhan, pendengaran dan rasa sangat
membantu perkembangan kanak-kanak. Bagi Piaget (1952), peniruan
merupakan satu petunjuk penting kepada perkembangan kecerdasan
mental bayi pada tahap deria motor. Bagi membolehkan bayi meniru
tingkah laku orang lain, bayi sekurang-kurangnya telah membuat
pemerhatian yang rapi sama ada melalui tingkah laku perantaraan atau
menerusi proses dalaman secara simbolik. Reaksi sekular ialah7. TOPIK
2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 cara pengukuhan skema dan generalisasi yang boleh


diperlihatkan oleh bayi. Piaget menyatakan sebagai satu rangkaian
gerakan yang diulang-ulang disebabkan perlakuan itu merupakan suatu
penglahiran tingkah laku bersebab daripada rangsangan tertentu yang
diterima. Gerakan rangkaian inilah yang dinamakan reaksi sekular seperti
tingkah laku menghisap susu pada bayi. Rangsangan bibir bayi semasa
menyusu menyebabkan penglibatan rangkaian tingkah laku termasuklah
bibir, rahang dan pergerakan leher. Apabila kanak-kanak ini semakin
membesar, semakin banyak rangsangan yang telah diterima. Kanak-kanak

menjadi semakin matang dalam mengesan dan mengendalikan


rangsangan ini. Melalui penggunaan organ deria ini kanak- kanak mula
membentuk konsep objek. Mereka mula memahami bentuk, saiz, tekstur
atau ciri objek yang berbeza. Mereka juga telah faham cara yang sesuai
untuk bertindak terhadap sesuatu rangsangan. Jenis rangsangan yang
diterima juga akan menentukan tingkah laku dan jenis gerakan yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Melalui penggunaan organ deria yang
cekap kanak-kanak akan dapat meningkatkan kemahiran gerakan mereka.
Mereka juga dapat memahami konsep ruang, keseimbangan, kestabilan
badan dan kesediaan anggota badan untuk bertindak melalui pengesanan
rangsangan dari persekitaran. 2.2.2 Kinestetik Kinestetik merupakan
kemahiran yang penting bagi kanak-kanak melakukan gerakan tubuh
badan. Kebolehan kanak-kanak membuat gerakan dan mengkoordinasi
gerakan badan membolehkannya melakukan banyak aktiviti yang lebih
bermakna. Misalnya, kanak- kanak yang baik daya kinestetik akan cepat
untuk berguling, merangkak dan akhirnya dapat berjalan. Banyak aktiviti
yang kita lakukan seharian juga melibatkan kebolehan kita membuat
gerakan kinestetik anggota badan. Malah mereka yang dapat
mengerakkan anggota badan dengan baik berupaya untuk menjadi atlit,
penari atau individu yang lebih cergas, kuat dan sihat.8. TOPIK 2
PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 Gerakan kinestetik dapat dilihat semasa peringkat awal


perkembangan kanak-kanak lagi. Misalnya, di peringkat bayi satu daripada
cara untuk mereka menunjukkan keinginan mereka adalah melalui
gerakan. Bayi akan mengerakkan tangan dan menendang-nendang kaki
mereka sekiranya mereka inginkan sesuatu. Kanak-kanak sedar melalui
gerakan seperti ini mereka akan memperoleh respons yang lebih cepat.
Selain itu, melalui gerakan juga kanak-kanak dapat meneroka persekitaran
mereka. Kanak-kanak yang sedang membesar merupakan seorang yang
penuh dengan imaginatif dan curiousity yang tinggi. Oleh itu, apabila
berpeluang mereka akan cuba meneroka di tempat yang baru tersebut.
Contohnya, kali pertama mereka di kelas prasekolah, kanak-kanak ini akan

berasa seronok dan mencuba sesuatu dengan cara melompat dan


memanjat tempat yang baru bagi mereka. Gerakan kinestetik dapat
dikaitkan dengan kebolehan untuk belajar, meningkatkan kesihatan diri dan
menambahkan keyakinan kanak- kanak (Doherty9. TOPIK 2
PERKEMBANGAN FIZIKAL & Brennan, 2008). Guru perlu memainkan
peranan bagi membantu kanak-kanak bergerak dengan lebih berkesan dan
meningkatkan kualiti gerakan kinestetik mereka. Gerakan kinestetik
merupakan perkara penting dalam perkembangan dan latihan fizikal
kanak-kanak. Penggunan gerakan kinestetik dan perancangan yang baik
dapat membantu kanak-kanak lebih prihatin terhadap anggota badan dan
bagaimana melakukan gerakan yang lebih berkesan. Menurut (Bucher,
1979) ciri-ciri dalam pendidikan gerakan kinestetik adalah; a) berpusatkan
murid b) perlu melibatkan penyelesaian masalah c) pendidikan yang tidak
terlalu formal d) melibatkan penggunaan alatan e) membenarkan
pembelajaran kemahiran motor f) dapat meningkatkan kepusan dalam
membuat gerakan g) menggalakkan analisis dalam gerakan yang
dilakukan 2.2.3 Persepsi Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian
deria, kanak-kanak perlu diberi latihan bagi menerima maklumat dengan
tepat melalui deria (sensori). Maklumat ini kemudiannya perlu diinterpretasi
dengan tepat yang dikenali sebagai proses persepsi. Kemahiran ini amat
penting

16 dalam perkembangan gerakan dan tindakan kanak-kanak


tersebut. Terdapat enam bentuk persepsi iaitu; penglihatan, pendengaran,
kepekaan anggota badan, sentuhan, bau dan rasa. Antara kesemua ini,
penglihatan dan kepekaan tubuh badan (kinestetik) adalah persepsi yang
sangat penting dalam perkembangan fizikal kerana kedua-duanya
berhubung terus kepada kebolehan prestasi motor ( Gabbard, 2004).
Persepsi penglihatan mempunyai beberapa bahagian. Ini termasuklah;
persepsi ketekalan, orientasi ruang, corak persepsi/ kedudukan dalam
ruang, persepsi mendalam, kawasan penglihatan, persepsi gerakan dan
koordinasi visual-motor. Persepsi terhasil apabila kanak-kanak ini
memperoleh maklumat atau rangsangan daripada persekitaran.

Rangsangan ini dikesan melalui organ deria mata dalam bentuk


rangsangan penglihatan cahaya. Persepsi ketekalan merujuk kepada
kebolehan kanak-kanak membuat pemerhatian dan membandingkan.
Perbandingan yang dibuat adalah bagi mengesan ciri sepunya, yang sama
atau berbeza antara dua objek. Melalui persepsi ketekalan ini, kanakkanak dapat membandingkan bentuk dan rupa antara dua objek yang
diperhatikan. Misalnya, kanak-kanak diberikan objek belon dan bola.
Mereka dapat menyatakan persamaan objek tersebut iaitu berbentuk bulat.
Mereka juga dapat memberikan perbezaan antara objek tersebut iaitu
seperti saiz, warna, lembut atau keras. Orientasi ruang pula merujuk
kepada kebolehan kanak-kanak melihat hubungan antara sesuatu objek di
suatu ruang kawasan dengan objek lain atau kepada orang lain yang
terdapat dalam persekitaran tersebut. Misalnya, kanak-kanak sedang
bermain bola dan bola tersebut tercampak ke bawah meja. Kanak-kanak
akan membuat gerakan yang bersesuaian seperti membengkokkan
badannya untuk mengambil bola yang terdapat di bawah meja tersebut.
Kedudukan dalam ruang pula adalah kebolehan menentukan secara
menegak atau arah apabila sesuatu objek diletakkan dalam kedudukan
yang berbeza. Contohnya, dalam permainan rebut bola. Seorang murid
meletakkan bola diletakkan di atas kepala atau dicelah kakinya. Murid yang
lain dikehendaki merebut bola tersebut dari kedudukan yang telah
ditetapkan. Bagaimana kanak-kanak tersebut berusaha untuk cuba
mengambil bola dan mengawal keseimbangan badannya berkait dengan
pemerhatian kedudukan ruang bola tersebut. Persepsi kedalaman (depth
perception) adalah kebolehan kanak-kanak menganggarkan jarak
menegak (vertical) antara dua tempat.10. TOPIK 2 PERKEMBANGAN
FIZIKAL

16 Contohnya kanak-kanak perlu menggunakan persepsi ini ketika


memanjat antara anak tangga untuk bermain gelongsor. Ketepatan
anggaran jarak antara anak tangga penting supaya kanak-kanak dapat
melangkah dengan luas yang betul. Begitu juga untuk melompat bagi
melepasi halangan seperti lari lompat berpagar. Kanak-kanak memerlukan

persepsi jarak yang betul untuk melompat dengan kadar daya yang sesuai.
Koordinasi visual-motor melihat bagaimana tindakan kanak-kanak dalam
mengkordinasi mata dan anggota badan. Contohnya kanak- kanak dapat
membuat koordinasi yang tepat antara tangan dan mata atau kaki dan
mata. Dalam permainan bolasepak, kanak-kanak yang menjadi penjaga
gol perlu cekap dapat membuat koordinasi tangan dan kaki(contohnya
dalam menangkap bola) atau kaki dan mata (contohnya dalam menendang
bola). Persepsi kinestetik pula merujuk kepada kebolehan deria atau
kepekaan terhadap gerakan dan kedudukan badan. Maklumat diperoleh
daripada dalam badan melalui reseptor yang terdapat di dalam otot, tendon
dan sendi dan juga melalui sistem keseimbangan yang terletak dalam
sistem auditori telinga. Persepsi ini membantu kanak-kanak mengekalkan
kedudukan badannya yang seimbang dan stabil. Kanak-kanak yang
mempunyai masalah dalam menerima maklumat atau rangsangan, akan
cuba menginterpretasi maklumat yang mereka terima. Mereka akan cuba
memadankannya dengan pengalaman atau maklumat dari persekitaran
dan ini akan menyebabkan mereka menunjukkan masalah dalam membuat
sesuatu gerakan (Horvat et. al., 2007). Contohnya, apabila kanak-kanak
sedang bermain lontar dan tangkap bola. Seorang kanak-kanak yang cuba
untuk menangkap bola akan mula bersedia apabila dia melihat kawannya
mula ingin melontar bola tersebut. Pada masa ini kanak-kanak ini
menerima maklumat dari deria penglihatannya. Dia mula bersedia untuk
menangkap bola tersebut dengan mendepakan tangannya dan matanya
tepat melihat ke arah bola yang cuba hendak dilontar. Apabila bola
tersebut dilontar, kanak-kanak ini akan membina persepsinya sama ada
kedudukan bola tersebut tinggi atau rendah, begitu juga sama ada bola
tersebut berada di sebelah kanan atau kiri. Dia juga akan membina
persepsi terhadap kelajuab bola tersebut dan arah lambungan bola itu.
Pada masa yang sama kanak-kanak ini akan11. TOPIK 2
PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 menyesuaikan kedudukan tangan dan badannya untuk


menyambut bola tersebut. Semua yang berlaku ini merupakan interpretasi

daripada maklumat yang diperoleh dari deria penglihatan. Bersedia dan


menyesuaikan kedudukan badan pula adalah interperetasi yang diperoleh
dari deria kinestetik. Kanak-kanak ini perlu meyambut bola itu dalam masa
yang singkat. Dan pada masa yang sama dia juga perlu menyesuaikan
kadar Gambar dua orang kanak-kanak sedang bermain lontar bola.
gengaman yang bersesuaian dengan kelajuan bola tersebut. Proses
menerima rangsangan maklumat, membina persepsi dan kemudian
bertindak ke atas maklumat tersebut memerlukan masa hanya beberapa
saat sahaja. Oleh itu, kebolehan untuk bertindak dengan tepat
berdasarkan rangsangan maklumat dari persekitaran (bola datang ke
arahnya) dan memlilih gerakan yang sesuai berdasarkan apa yang berlaku
di persekitaran tersebut (bagaimana mengawal gerakan badan untuk
menangkap bola) merupakan tindakan yang sangat penting dalam
perkembangan fizikal seorang kanak-kanak. Rajah 2.2 : Kanak-kanak
mengembangkan kecekapan deria dan persepsi mereka ketika sedang
bermain bersama rakan. SEMAK KENDIRI 2.2 Huraikan bagaimana
persekitaran, permainan dan interaksi dengan rakan sebaya12. TOPIK 2
PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 mampu mempengaruhi pembelajaran yang berkesan pada


kanak- kanak? PERKEMBANGAN MOTOR 2.3 2.3.1 Motor Halus Apa
yang dimaksudkan dengan perkembangan motor? Istilah perkembangan
motor merujuk kepada perkembangan fizikal atau pertumbuhan dalam
kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan dan kemahiran
fizikal mereka. Perkembangan motor juga kerap kali didefinisikan sebagai
proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan
gerakan. Oleh itu apabila kita membincangkan tentang perkembangan
motor kanak-kanak kita tidak dapat lari daripada membicarakan
perkembangan motor halus dan motor kasar mereka. Perkembangan
motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak- kanak membuat
gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi
pembelajaran seorang kanak-kanak. Pembelajaran di sekolah misalnya,
menyediakan pelbagai pengalaman bagi kanak- kanak mengembangkan

kemahiran motor mereka. Contohnya, kanak- kanak yang baru memasuki


alam persekolah di Tadika, ak13. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL
an diminta untuk mewarna, memegang berus lukisan ataupun diajar cara
memegang buku yang betul. Bukan itu sahaja, malahan sejak kanak-kanak
lagi kita dapat lihat bagaimana seorang kanak-kanak kecil cuba mengambil
mainan mereka. Mereka juga akan cuba memasukkan mainan tersebut ke
dalam mulut mereka. Apabila mereka berjaya mereka akan tersenyum
tetapi apabila kita menegahnya mereka akan menangis. Semua aktiviti

16 ini termasuk manipulasi mimik muka mereka melibatkan


penggunaan motor halus. Kemahiran motor halus juga melibatkan
pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak
mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki.
Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan
melepaskan gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau
membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak
tersebut. Perkembangan ini berterusan semasa kanak-kanak mula untuk
belajar. Kanak-kanak akan belajar memegang pensil, melukis dan
menconteng menggunakan krayon akan mengembangkan motor halus
mereka. Tansley (1967) menyatakan pemahaman kendiri kanak-kanak
tentang anggota badan dan kebolehan gerakan badan mereka berkait
rapat dengan apa yang mereka rasa selesa dengan diri mereka.
Kekurangan yang mereka rasai akan mempengaruhi cara kanak-kanak ini
bergaul dengan rakan sebaya. AKTIVITI 2.2 Jelaskan apakah aktiviti lain
yang dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor halus
mereka? 2.3.2Motor Kasar Apabila kita membincangkan tentang
perkembangan fizikal, biasanya kita akan lebih merujuk kepada
perkembangan motor kasar berbanding motor halus. Perkembangan motor
kasar merujuk kepada aktiviti penggunaan kaki seperti berlari, melompat
atau menendang bola. Penggunaan motor kasar bagi tangan pula adalah
seperti membaling, memukul malah mengangkat objek yang berat. Kanakkanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi
aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti

ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan,


dan sokongan tubuh badan kanak-kanak. Selain14. TOPIK 2
PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 itu, Gambar kanak-kanak sedang bermain dan memanjat


mainan sarang lelabah bersama rakan di luar kelas. aktiviti ini juga akan
merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Pada peringkat awal ini aktiviti
lantai amat sesuai bagi kanak-kanak ini. Aktiviti seperti berbaring,
meniarap, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk
perkembangan motor kasar kanak- kanak ini ( Doherty15. TOPIK 2
PERKEMBANGAN FIZIKAL & Brennan, 2008). Apabila kanak-kanak
semakin membesar, aktiviti yang disediakan perlulah melibatkan
penggunaan lebih banyak anggota badan mereka. misalnya, aktiviti seperti
memanjat mainan sarang lelabah memerlukan penggunaan kemahiran
motor kasar pada tangan, kaki dan badan. Kemahiran motor kasar pada
tangan melibatkan kebolehan kanak-kanak untuk berpaut dan memegang
dengan stabil. Kanak- kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap.
Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga
akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan
badan untuk memastikan mereka dapat memanjat.

16 Rajah 2.3: Aktiviti memanjat seperti ini akan membantu kanakkanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan kebolehan
mengimbangkan badan. Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan
mengembangkan kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan
badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan
bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka
juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang
rata, di atas palang, atau semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007)
kebolehan motor termasuk keseimbangan, kawalan postur badan, agility,
koordinasi badan, koordinasi mata-anggota badan, dan kekuatan dan
kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkan kebolehan motor anggota
bdan. Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan
locomotor) juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak.

Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk merangkak atau melompat


seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan motor kasar.
Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan fizikal dalam
aktiviti seperti ini. Jadual 2.2 berikut merupakan contoh aktiviti yang dapat
meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak;
Jadual 2.2: Aktiviti motor halus dan motor kasar Motor halus Motor
kasar16. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 Bermain pasir Berjalan (lurus atau bengkang- bengkok)


Mengikat tali kasut Berkawad seperti askar Memasang butang baju Berlari
dan berhenti mengikut arahan Mengguna sudu dan garpu Melompat
setempat Membentuk objek dari plastisin Melompat seperti katak
Memotong kek atau mainan Meniru gerakan haiwan (kucing, plastisin
arnab, ular) Melekatkan gambar Memegang palang dan berhayun
Menggunakan mouse komputer Memanjat tempat mainan Menulis nama
Membaling dan menangkap bola Melorek atau mewarna gambar
Menendang dan menolak pelbagai objek seperti gelung rotan 2.3.3Deria
Motor Perkembangan fizikal kanak-kanak juga melibatkan perkembangan
deria motor mereka. Kanak-kanak perlu menyelaraskan antara
pengesanan rangsangan oleh deria dengan tindakan oleh motor anggota
badan. Kecekapan motor adalah tindakan saling interaksi antara motor
kasar dan motor halus. Melalui pengesanan rangsangan oleh lima organ
deria yang telah dibincangkan sebelum ini, badan akan bergerak balas
bagi menentukan keadaannya serta membuat penyelarasan gerak balas
yang bersesuaian. Contohnya, apabila kanak-kanak berasa tidak selesa
kerana keadaan persekitaran yang panas, mereka akan bergerak untuk
mencari tempat yang lebih selesa. Dalam sistem saraf kita terdapat
beberapa reseptor yang memberikan maklumat untuk kita bertindak balas,
antaranya;17. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 a) Proprioceptors memberikan maklumat berkenaan


ketegangan otot, kedudukan, dan pergerakan antara sendi b) Nocioceptors
- memberikan rangsangan berkaitan kesakitan otot atau tisu badan c)
Sistem vestibular terdapat di dalam telinga dalam dan memberi

maklumat tentang graviti, keseimbangan dan pergerakan badan Deria


motor yang berlaku pada kanak-kanak dipengaruhi oleh jenis gerakan yang
diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Contohnya, sekiranya kanakkanak tersebut dikehendaki untuk bermain alat muzik seperti rekoder ia
akan mengerakkan jari mengikut not muzik yang diberikan. Kecekapan
kanak-kanak bertindak terhadap deria motor juga dipengaruhi pengalaman
mereka yang lepas. Latihan yang kerap dan bersesuaian akan
membolehkan kanak-kanak ini membuat gerakan jari yang lebih mahir dan
baik. Tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak juga merupakan
proses deria motor mereka berfungsi. Selain pengalaman dan latihan,
kecekapan deria motor ini juga dipengaruhi oleh keinginan mereka,
perhatian yang diberikan, serta kesan dan akibat yang dialami hasil
tindakan tersebut. Setiap gerakan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini
merupakan contoh deria motor mereka. Justeru, setiap gerakan dan deria
motor yang terlibat dalam gerakan tersebut akan menambahkan
pengalaman kanak-kanak ini mempelajari sesuatu yang baru. SEMAK
KENDIRI 2.3 Apakah deria utama kanak-kanak untuk mengesan
rangsangan dari persekitaran ? Apakah aktiviti di luar bilik darjah yang
sesuai untuk meningkatkan kecekapan visual kanak-kanak?18. TOPIK 2
PERKEMBANGAN FIZIKAL

16 SEMAK KENDIRI 1.5 Pengawalan anggota dan otot badan


merupakan perkara asas yang dilakukan oleh kanak-kanak yang sedang
membesar. Melalui pengawalan dan gerakan anggota badan, kanak-kanak
akan dapat menunjukkan kemahuan mereka. Kanak-kanak juga dapat
meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran m19. TOPIK 2
PERKEMBANGAN FIZIKAL ereka. Kanak-kanak juga perlu
mengembangkan kemahiran kawalan manual mereka. Kebolehan mereka
menggunakan jari dan tangan untuk memanipulasikan objek akan
meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka. Perkembangan organ
deria kanak-kanak berlaku sangat pesat di awal peringkat tumbesaran
mereka. Pembelajaran dan interaksi pada kanak-kanak sebahagian besar
bergantung kepada penggunaan organ deria mereka. Gerakan kinestetik

merupakan antara perkembangan awal yang dapat diperhatikan berlaku


pada kanak-kanak. Mereka akan menggunakan kemahiran kinestetik bagi
meningkatkan kemahiran yang lain seperti bermain, berinteraksi dan
menambah pengalaman pembelajaran mereka. Rangsangan yang
diterima oleh kanak-kanak akan diinterpretasikan sebagai persepsi
mereka. Kemahiran membuat persepsi ini menentukan cara mereka untuk
bertindak dan membuat gerakan. Cara mentafsir persepsi yang betul
membolehkan kanak-kanak bertindak dengan tepat, stabil, yakin dan
menggunakan daya dan tenaga yang bersesuaian. Pergerakan anggota
dan otot kanak-kanak melibatkan penggunaan motor kasar dan motor
halus. Motor kasar melibatkan penggunaan otot anggota badan seperti
tangan dan kaki untuk membuat pelbagai pergerakan. Motor halus pula
merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuat genggaman,
memegang atau memanipulasikan jari mereka.

16 Kawalan anggota Kawalan manual Organ deria Gerakan


kinestetik Persepsi Motor kasar Motor halus Deria Motor Bucher, C.A.
(1979). Physical Education for Children: Movement Foundations and
Experiences. Basingstoke:Macmillan Doherty, J.20. TOPIK 2
PERKEMBANGAN FIZIKAL & Brenan, P. (2008). Physical education and
development 3-11: London: Routledge Gabbard, C. (2004). Lifelong
motor development (4th ed.) New York : Pearson/Cummings Horvat, M.,
Martin, E. & Luke, E. (2007). Development and Adapted Physical Activity
Assessment. Champaign, IL : Human Kinetics. Tansley, A.E. (1967).
Reading and Remedial Reading. London: Routledge and Kegan Paul

Anda mungkin juga menyukai