Anda di halaman 1dari 10

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan

kehidupan. Manusia bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini.


Tuhan

telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Sebagai

manusia di sekeliling kita untuk air, udara, makanan, tenaga, tempat tinggal, kesihatan
dan hamper semua yang berkaitan dengan kehidupan manusia.
Perhubungan atau hubungan antara manusia dengan alam sekitar ini mestilah
merupakan satu perhubungan yang berpanjangan. Masalah persekitaran akan wujud
sekiranya hubungan ini diganggu. Misalnya, penggunaan tenaga dan teknologi serta
keinginan materialistic tanpa batasan boleh menyebabkan masalah persekitaran secara
tempatan, wilayah, dan juga global.
Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai
pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam
sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan.
Alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan
menjamin keseimbangan ekosistem. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora
dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi
dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti
yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna
daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu
daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara
yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita
mendapat bekalan oksigen secukupnya. Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan
segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada
gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan
suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan
cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan
perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan
bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.
Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari
semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana
persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu
persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan
pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global
dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan
sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai
masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga
menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang
mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat,
nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia
seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan
kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah
keracunan makanan dapat dielakkan.
Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh
hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita
mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan
mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia
malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut
memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di
muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia,
masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air
terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.
Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuhtumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.
Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat
haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai
contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber
makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi
negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan
dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam
negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat
memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga
dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan
peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat
ditingkatkan.
Negara kita, Malaysia begitu pesat membangun. Banyak kemajuan yang dapat
kita lihat hasil daripada pembangunan tersebut. Kini, kita mempunyai kereta buatan
sendiri, bangunan-bangunan pencakar langit, kilang-kilang berteknologi tinggi dan
sebagainya. Tetapi tahukah anda kesan di sebalik rancangan pembangunan tersebut?
Disebabkan oleh keghairahan mengejar kemajuan, kita seolah-olah telah lupa untuk
menjaga keindahan flora dan fauna. Hal ini dianggap demikian berdasarkan laporan
oleh Sahabat Alam Malaysia(SAM) yang mengatakan bahawa pencemaran yang
berlaku sudah sampai ke tahap yang membimbangkan. Sebahagian besar daripada
sungai utama di Negara kita telah dicemari dengan sisa-sisa pembuangan toksik dan
sampah sarap. Hutan-hutan semula jadi dan hidupan liar musnah kesan daripada
aktiviti pembalakan. Masalah pencemaran belaku di lapisan atmosfera. Asap daripada
kenderaan dan kilang perindustrian menebabkan atmosfera dipenuhi unsur serta
sebatian kimia yang berlebihan. Selain itu masalah hakisan tanah semakin meruncing
akibat projek pembangunan seperti pembinaan kawasan perumahan dan padang golf.

Sekarang kita perlu meneliti masalah-masalah tersebut lebih mendalam.


Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan
Pengguna,

jumlah

keluaran

bahan-bahan

pencemaran

udara

bagi

Malaysia

dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan
punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%),
pembakaran bahan api industry (9.4%), pemprosesan industry (3.9%) dan pembakaran
terbuka (4.9%). Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam
kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan,
binatang dan harta benda. Bendasing ini adalah dalam bentuk asap, habuk, wap dan
gas atau ap-apa campuran bahan-bahan ini.
Selanjutnya, pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi
kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan
terhadap manusia apabila digunkan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi
biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu
gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat
berair. Antara punca-punca pencemaran air ialah pembuangan bahan-bahan buangan
seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan
penyumbang ke arah pencemaran air. Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid
yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan
ini dianggap mudah kerana tidak mermerlukan kos pelupusan.
Pencemaran tanah pula bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran
jni disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan

pencemar pula terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik. Antara punca-punca
berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang,
pembuangan sampah merata-rata, dan penggunaan racun seranggan secara berlebihlebihan. Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-niali maksum yang terdapat di
kawasan menarik dan indah. Pembalakan yang bertujuan untuk menggerakkan industry
hiliran bagi mambangunkan ekonomi juga mengubah rupa bumi di kawasan berkenaan.
Pencemaran tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian manusia. Jika hampir
kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat
keindahan alam ini.
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju
dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak
menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.
Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran
udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan
pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan
mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan
pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,
kegiatan perladangan dan sebagainya.
Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia
yang tidak mempunyai nilai-nilai moral. Oleh yang demikian nilai-nilai moral seperti
peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.sayang pada alam sekitar, patuh
kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka
manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini. Sekarang, kita akan melihat

tentang nilai-nilai moral yang dapat mengekalkan keindahan flora dan fauna serta alam
sekitar daripada terpupus.
Nilai moral yang pertama yang masyarakat perlu patuhi untuk mengekalkan
keindahan flora dan fauna ialah menyayangi dan menghargai alam sekitar. Masyarakat
Malaysia haruslah sedar tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekeliling untuk
megekalkan keseimbangan ekosistem kerana alam sekitar serta flora dan fauna
merupakan warisan kita. Keseimbangan alam sekitar juga menjamin kesejahteraan
semua hidupan seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Kita juga
harus menyayangi dan menjaga keindahan flora dan fauna supaya anak cucu dan
generasi yang akan datang masih dapat melihat kehijauan dan kepelbagaian alam.
Di samping itu, nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar juga patut
dipatuhi oleh rakyat Malaysia bagi menjaga keindahan flora dan fauna. Ini kerana
keadaan saling memerlukan hubungan yang hormonis antara manusia dengan alam
sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara. Perkara ini
akan membantu manusia untuk memelihara oersekitaran yang bersih dan selesa serta
mewujudkan suasana yang harmonis. Masyarakat juga akan bertanggungajawab
menjaga persekitaran untuk keselesaan hidup seperti rumah, sekolah dan tempattempat awam. Nilai ini juga akan menolong untuk memperbaiki mutu flora dan fauna
supaya sentiasa di tahap yang baik.
Selanjutnya, nilai kemapanan alam sekitarjuga perlu diamalkan olh setiap
masyarakat Malaysia bagi mengatasi pelbagai pencemaran alam skitar untuk
mengekalkan keindahan dan kesegaran flora dan fauna. Pada masa yang sama,

pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk


kesejahteraan hidup. Rakyat perlu melibatkan diri dalam sebarang kempen misalnya,
melalui kempen Hijaukan Bumi Kita dan sebagainya. Ini akan meningkatkan kesedaran
masyarakat tentang pentingnya menjaga flora dan fauna.
Seterusnya, nilai yang masyarakat patut

mengamalkan untuk mengekalkan

keindahan flora dan fauna ialah peka terhadap isu-isu alam sekitar. Masyarakat yang
bertaggungjawab harus prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam
sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan
ataupun langkah-langkah yang efektif serta segnfikan bagi mengelakkan dengan
daripada pelbagai pencemaran. Sehubungan itu, dengan mengekalkan keindahan flora
dan fauna kita juga dapat mengalakkan pelancong berkunjung ke Negara ini. alam
sekitar yang bersih serta flora dan fauna yang bahagia dan bumi yag hijau dengan
pokok-pokok yag hidup subur sesuai untuk beristirehat dan menenangkan fikiran.
Selain itu, masyarakat perlu mematuhi nilai bertaggungjawab. Rakyat Malaysia
patut mempunyai tanggungjawab terhadap penjagaan flora dan fauna di Negara kita. Ini
akan membantu untuk menjaga keceriaan nnegara kita. Kita juga harus memastikan
agar hutan di Negara kita tidak diteroka sewenang-wenangnya kerana hutan
memainkan peranan penting dalam mengekalkan kehijauan alam sekitar. Pada masa
yang sama, kita harus menggiatkan usaha menanam pohon-pohon hijau atau pokokpokok bunga di kawasan Bandar. Ini dilakukan untuk memastikan keindahan flora dan
fauna terpelihara dan dapat memberikan pemandangan yang indah.

Pada masa yang sama, masyarakat harus mengamalkan nilai rasional untuk
mengekalkan keindahan flora dan fauna. Rakyat hendaklah berfikir berdasarkan alasan
dan buki yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang
wajar. Rakyat harus berikir rasional tehadap flora dan fauna yang sangat penting dan
berfaedah kepada kehidupan manusia. Sebagai rakyat Malaysia yang percaya kepada
Tuhan(rukun Negara yang pertama), kita boleh merujuk kepada cara hidup masingmasing untuk berurusan dengan flora dan fauna.
Sekarang, kita akan lihat beberapa cara hidup dan tanggungjawab penganutnya
terhadap flora dan fauna melalui kepercayaan agama masing-masing. Islam
menyatakan manusia dicipta untuk menjadi Khalifah Allah(viceroy of God) di muka
bumi ini. ia juga menyatakan peranan manusia adalah untuk menguruskan alam ini
mengikut cara yang telah diamanahkan oleh penciptanya iaitu Tuhan. Tao pula
mengalakkan kehidupan yang tenang dengan aktiviti sederhana. Ini menekankan
hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam semula jadi. Ia juga menyatakan
masalah akan timbul apabila manusia cuba melawan arus in. Agama hindu pula
percaya kepada kuasa dalaman yang tidak terlihat oleh mata kasar menguasai dunia
yang sebenarnya. Oleh itu, semua perkara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
perkara yang nyata dan tidak nyata. Kebanyakan amalan agama ini adalah untuk
menyatukan kedua-dua perkara ini. apabila ini tecapai manusia akan memperoleh
kebebasan dari roda kehidupan.

Menurut Buddha kehidupan yang baik adalah

kehidupan yang sederhana dan kurang penggunaan(reduced consumption). Cara hidup


ini tidak akan memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.

Konklusinya, keindahan flora dan fauna perlu diutamakan dalam kehidupan


setiap insan. Kebersihan alam sekitar sememangya menjadi tanggungjawab kita
bersama untuk menjaga dan memastikan agar bumi sentiasa bersih daripada sebarang
pencemaran. Oleh itu, saya menyeru segenap lapisan masyarakat agar sama-sama
berusaha menjaga keindahan flora dan fauna ini dengan mewujudkan suasana alam
sekitar yang bersih, kehidupan yang selesa, lebih sempurna dan lebih bermakna.

Anda mungkin juga menyukai