Anda di halaman 1dari 7

2.

0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI


2.1 Pernyataan sebelum program Pengalaman Berasaskan Sekolah
Fokus utama aktiviti yang dapat dikenal pasti ialah:
a. Tugasan yang diberikan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Aktiviti kolaborasi, refleksi, pemerhatian dan laporan akhir yang perlu
dilaksanakan

dan

disediakan

selepas

Program

Pengalaman

Berasaskan Sekolah.
b. Tugasan Pengajian Profesional
Perkembangan Kanak-kanak (EDU 3102) yang melibatkan interaksi
dengan dua orang murid yang berlainan tahap yang berada pada
peringkat umur tujuh hingga dua belas tahun bagi memerhatikan
perkembangan sosioemosi dan bahasa mereka.
Tujuan aktiviti atau tugasan yang diberikan oleh IPGM:
1.
2.
3.
4.

Memahami budaya sekolah.


Menyesuaikan diri di sekolah dan di dalam bilik darjah.
Memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Membina kemahiran berinteraksi dengan murid-murid,

guru,

kakitangan sekolah dan pihak pengurusan sekolah.


5. Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara
kritis dan analitikal.
6. Membina sikap positif terhadap profesion keguruan.
7. Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.

Tujuan aktiviti atau tugasan Pengajian Profesional:


1. Memahami peringkat-peringkat proses perkembangan kanak-kanak.
2. Memahami prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak.
3. Memahami implikasi perkembangan sosioemosi dan bahasa kanakkanak terhadap pengajaran dan pembelajaran.
4. Mengenal pasti teori perkembangan kanak-kanak dan perkaitannya
dengan pendidikan.
5. Mengaitkan kefahaman tentang perkembangan kanak-kanak dalam
membantu meningkatkan pembelajaran guru-guru pelatih.
6. Mengaplikasikan teori dan proses pembelajaran dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh murid-murid di dalam bilik darjah.

Merancang Strategi Pelaksanaan


Untuk menjalankan dua tugasan yang diberikan tersebut, saya telah memilih
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Cheng di Kota Bharu, Kelantan yang
berdekatan dengan rumah saya. Sebelum memulakan pelaksanaan program
Pengalaman Berasaskan Sekolah

di sekolah tersebut, saya telah

mendapatkan maklumat-maklumat asas tentang sekolah tersebut terlebih


dahulu. Sebagai contohnya, alamat lengkap dan nombor telefon sekolah
tersebut. Hal ini dilakukan supaya dapat memudahkan rujukan pihak Institut.
Seterusnya, untuk memastikan tugasan tersebut dapat disiapkan dalam masa
yang telah ditetapkan, saya telah menyediakan draf awal bagi setiap perkara
yang perlu saya lakukan dalam tempoh pelaksanaan PBS. Misalnya,
menyediakan borang pemerhatian dan temu bual kanak-kanak.

Instrumen penilaian kendiri


Setiap perkara yang akan dilakukan sepanjang PBS akan direkodkan dalam
laporan refleksi selepas selesai sahaja melakukan sesuatu perkara itu. Hal ini
bertujuan untuk memotivasikan diri saya dan memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada diri saya.

2.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus


Bi

Tarikh

l
1

30 Mac 2014

Tindakan
-

Menghadiri perhimpunan mingguan sekolah.


Melaporkan
diri kepada Penolong
Kanan

Pentadbiran.
Mendapatkan maklumat umum sekolah daripada

31 Mac 2014

PK Pentadbiran.
Berjumpa dengan mentor dan menemu ramah

beliau.
Menemu ramah PK Pentadbiran.
Meninjau dan mengambil gambar

persekitaran sekolah.
Meninjau dan mengambil gambar infrastruktur

sekolah.
Menemu ramah pengawal keselamatan.
Menemu ramah tukang bersih sekolah.
Menemu ramah guru-guru.
Menemu ramah PK Kokurikulum.
Mengumpul maklumat sekolah seperti sejarah,

carta organisasi dan kemudahan.


Mendapatkan seorang murid tahap
menemu

bual

dan

perkembangannya
3

1 April 2014

3 April 2014

untuk

memerhatikan
sosioemosi

dan

pembelajaran yang dijalankan di kelas Tahun 4.


Mengemas kini laporan.
Menemu ramah pengurus kantin.
Meninjau keadaan di kantin.
Mendapatkan seorang murid tahap 1 untuk

proses

bual

perkembangannya
2 April 2014

segi

bahasa.
Memerhatikan

menemu

dari

kawasan

pengajaran

dan
dari

segi

dan

memerhatikan
sosioemosi

dan

bahasa.
Menemu ramah pembantu tadbir.
Menemu ramah pembantu am pejabat.
Menyemak bahan-bahan atau maklumat-maklumat

yang telah diperoleh.


Menemu ramah Guru Besar.
Menemu ramah PK HEM.
Mendapatkan tandatangan PK Pentadbiran tentang

pengesahan kehadiran sepanjang PBS.


Mendapatkan laporan perkembangan

pelajar

daripada PK Pentadbiran. (Guru Besar perlu


-

menguruskan hal-hal am yang lain)


Meninjau dan mengambil gambar infrastruktur

sekolah.
Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah

atas bimbingan, kerjasama dan bantuan yang


diberikan.

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


3.1 Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan di SJKC Chung Cheng,
saya telah mengambil gambar-gambar yang berkaitan sebagai instrumen
pelengkap tugasan. (Rujuk Lampiran Bahagian 1)

3.2 Senarai semak


Saya mendapatkan dan mengumpul bahan-bahan serta melengkapkan
data-data yang diperlukan dengan berdasarkan senarai semak yang telah
disediakan. (Rujuk Senarai Semak Penyediaan Portfolio - Lampiran 1-3)

3.3 Temu bual


Bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan, saya telah
menemu bual beberapa orang guru, kakitangan sekolah, dan murid. Temu
bual saya dengan guru dan kakitangan sekolah telah saya catatkan dalam
bentuk soalan dan jawapan dengan menggunakan tulisan tangan (Rujuk
rekod kolaborasi / interaksi / perbincangan) sementara temu bual saya
dengan murid-murid telah saya catatkan dalam bentuk jawapan ke dalam
borang pemerhatian yang bertaip yang telah saya sediakan sebelum itu
(Rujuk Lampiran Bahagian 2).

4.0 KOLABORASI
Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi saya
dengan pengurusan sekolah, mentor, guru-guru, dan kakitangan sekolah ke
dalam borang-borang rekod kolaborasi yang telah disediakan. Borang-borang
tersebut telah dilengkapkan dengan tandatangan pengesahan responden
yang telah saya temu bual. (Rujuk rekod kolaborasi / interaksi / perbincangan
di muka surat sebelah)

5.0 Ilmu / Pengetahuan Baharu


5.1 Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, saya memperoleh
pengalaman tentang suasana dan budaya di sekolah tersebut. Seterusnya,
saya juga dapat memerhatikan perkembangan sosioemosi dan bahasa dua
orang murid yang saya pilih untuk dikaji dan dianalisis.

5.2 Senarai semak


Melalui senarai semak yang telah saya sediakan sebagai suatu
panduan untuk memerhatikan perkembangan sosioemosi dan bahasa dua
orang murid yang saya pilih untuk dikaji dan dianalisis, saya telah dapat
memahami dan mengkaji mereka dengan lebih mendalam dan menyeluruh.

Dalam pada itu, saya juga telah memperoleh suatu pengalaman baharu
tentang cara untuk menjalankan sesuatu temu bual secara sistematik.

5.3 Temu bual


Melalui temu bual yang telah saya jalankan, saya telah memperoleh
pengetahuan dan pengalaman baharu tentang cara untuk mengajukan soalan
kepada kanak-kanak.

6.0 REFLEKSI
Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan
setiap tugasan. Dalam pada itu, saya menjadikan refleksi sebagai asas untuk
memperbaiki dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.
Selain itu, refleksi juga dapat meningkatkan kualiti insan guru yang
mempunyai ilmu profesional keguruan yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai