Anda di halaman 1dari 11

Bagi gigitan yang tidak serius, antibiotik tidak diperlukan,

sebaliknya suntikan kancing gigi (tetanus) diperlukan.


Sekiranya berlakunya kecederaan pada lidah, doktor akan
membuat keputusan sama ada luka tersebut memerlukan
jahitan ataupun tidak dengan mempertimbangkan risiko
jangkitan kuman ke atas luka tersebut.

Gigitan binatang / haiwan


Semua mulut haiwan mengandungi kuman. Gigitan daripada gigi yang tajam dan runcing boleh
mengakibatkan berlakunya luka berlubang atau luka terkoyak yang boleh membawa bakteria dan
mikroorganisma (kuman) yang lain yang menjangkiti ke dalam tisu.
Sebarang gigitan yang mengoyakkan kulit memerlukan rawatan pertolongan cemas yang serta-merta kerana
terdapat risiko jangkitan kuman.
Anjing ialah haiwan yang biasanya menggigit manusia berbanding dengan kucing.
Gigitan anjing boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang boleh membawa kepada penyakit rabies.

Rawatan pertolongan cemas untuk penyakit rabies


* Tiada rawatan yang sesuai untuk penyakit rabies.

1. Gunakan sarung tangan pakai buang jika ada.


2. Cuci luka gigitan dengan air suam dan sabun untuk mengurangkan risiko jangkitan
kuman.
3. Lap luka dengan kapas kesut yang bersih dan tutup luka dengan pembebat
berpelekat (plaster) atau pembebat steril yang kecil.
4. Hantar mangsa ke hospital jika luka lebar dan dalam.

Tahap-tahap terbakar
Tahap pertama (superficial burn)

Kecederaan terbakar / melecur pada


bahagian kulit luar sahaja.
Melibatkan bahagian epidermis dan terasa sakit.

Tahap kedua (intermediate burn)

Kecederaan sampai ke tisu dan otot-otot


kerana lapisan atas kulit telah musnah.
Kulit kelihatan kemerahan dan menggelembung.
Terasa sangat sakit.

Tahap ketiga (deep burn)

Terbakar sampai ke tulang.


Kulit kelihatan merah, lepuh, dan nampak keputihan. Kulit akan kelihatan kehitaman seperti arang.
Terjadi kerana epidermis, dermis, dan lapisan sel yang membentuk kulit yang mengandungi folikel bulu
roma dan saraf musnah.
Tidak terasa sakit.

Kecederaan sampai ke tisu dan otot-otot


kerana lapisan atas kulit telah musnah.
Kulit kelihatan kemerahan dan menggelembung.
Terasa sangat sakit.

Rawatan tercekik mangsa tidak sedar

Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya. Periksa sama ada mangsa boleh bernafas atau tidak.
Lakukan pemeriksaan ABC.
Baringkan mangsa supaya dia berada dalam kedudukan terlentang.
Buang sebarang benda asing daripada mulut.
Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kita.
Pastikan mulut mangsa terbuka. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan nafas ke dalam mulut mangsa sehingga
kita dapat melihat dada mangsa bergerak naik. Pastikan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
Biarkan udara keluar daripada paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang
reaksi yang akan ada pada mangsa.

Jika tiada sebarang reaksi, kita hendaklah melutut dan membongkok di paha mangsa. Letakkan pangkal tapak
tangan di tengah-tengah abdomen mangsa, iaitu antara pusat dengan penghujung hulu hati.

Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.

Segera ulangi langkah 4 hingga langkah 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik.

Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan. Periksa pernafasan dan
kadar denyutan nadi setiap 10 minit.

Patah

Punca patah tulang


Jenis patah
Racun
Sifat-sifat racun
1. Racun membakar (corrosive)
Memusnahkan tisu-tisu mulut dan saluran pemakanan.

- Asid dan alkali

2. Racun tidak membakar (non-corrosive)


Ubat-ubatan, racun serangga, makanan tercemar, dan lain-lain.

Jenis-jenis racun
1. Pepejal
Racun tikus, ubat-ubatan, cendawan

2. Cecair
Bahan peluntur, cuka getah, asid asetik

3. Gas
Karbon monoksida, ammonia, nitrogen dioksida

Definisi keracunan
Sesuatu bahan apabila
masuk ke dalam badan
dengan cara-cara tertentu
boleh membawa
kecederaan kepada tisu

badan dan merosakkan


tubuh badan.

Anda mungkin juga menyukai