Anda di halaman 1dari 4

SWOT

Pengenalan.
Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats) kekuatan,
kelemahan, kesempatan/peluang, dan ancaman (juga dikenal sebagai analisis
TOWS dalam beberapa buku), menyediakan sebuah kerangka pemikiran untuk para
pengkaji pendidikan dalam memfokuskan secara lebih baik pada kepentingan dalam
masyarakat.
Analisis SWOT juga difahami sebagai pengujian terhadap kekuatan dan
kelemahan internal sebuah organisasi, serta kesempatan dan ancaman lingkungan
eksternalnya. SWOT adalah peringkat umum yang diciptakan dan digunakan
sebagai

langkah

awal

dalam

proses

pembuatan keputusan

dan

sebagai

perencanaan strategi dalam berbagai bentuk (Johnson, dkk., 1989; Bartol dkk.,
1991).
SWOT adalah sebuah teknik yang sederhana, mudah dipahami, dan juga biasa
digunakan dalam merumuskan strategi dan kebijaksanaan dalam mengukur atau
menganalisis program baru yang inovatif. SWOT tidak mempunyai akhir,
bererti akan selalu berubah sesuai dengan tuntutan zaman.
Analisis Teori Kognitif Wofgang Kohler menggunakan teknik SWOT.
Strengths-KEKUATAN
Setelah melihat kepada kajian yang dijalankan oleh Woffgang Kohler, terdapat
beberapa kekuatan yang dapat kita rungkaikan. Woffgang Kohler telah menjalankan
eksperimen berdasarkan celik akal keatas cimpanzi. Seperti yang kita tahu,
mengikut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji, cimpanzi merupakan
salah satu haiwan yang tergolong dalam golongan haiwan yang pintar. Oleh sebab
itulah, pemilihan cimpanzi dalam eksperimen ini adalah merupakan satu keputusan
yang bijak.
Selain daripada itu, kekuatan yang terdapat pada kajian ini ialah teori ini
menekankan kajian mengenai cara otak manusia berfungsi terhadap sesuatu
perkara. Sebagai manusia kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Oleh
kerana

itu,

proses

pembelajaran

dapat

disifatkan

sebagai

pengumpulan,

penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian


masalah. Hasil kajian yang dijalankan ini dapat digunakan sebagai panduan kepada
tenaga pengajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian Kohler juga menunjukkan bahawa pembelajaran yang kompleks berlaku


bukan semata-mata melalui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai kebolehan
mental yang istimewa yang disebut celik akal yang membolehkan mereka
memperoleh pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks. Mengikut
teori kognitif celik akal membolehkan kita menghayati perkaitan unsur-unsur di
dalam persekitaran untuk membentuk erti dan menyelesaikan masalah.
Tidak dinafikan, cipanzi berpeluang mempelajari sesuatu yang baru.
Penghayatan terhadap unsur di persekitaran membolehkan cipanzi mempelajari
sesuatu

yang

baru.Penghayatan

amat

penting

dalam

memahami

sesuatu

permasalahan seterusnya membentuk pelajaran yang baru sama ada bermanfaat


kepada diri sendiri mahupun orang-orang di sekeliling.
Weaknesses-KELEMAHAN
Kelemahan yang dapat kita lihat daripada kajian yang dilaksanakan oleh
Kohler ialah cipanzi terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat
pemerhatian dan pengamatan. Contohnya, pisang yang digantung dan pisang yang
diletakkan di luar sangkar membuatkan cipanzi perlu berfikir tentang strategi untuk
mendapatkan pisang tersebut.
Selain itu, situasi permasalahan yang rumit dan sukar boleh membuatkan
cipanzi berputus asa. Bayangkan sekiranya cipanzi telah berusaha mendapatkan
pisang, namun masih gagal. Pastinya haiwan ini akan berusaha sekadar yang
termampu dan seandainya masih belum berjaya, usahanya untuk mendapatkan
pisang akan terhenti begitu sahaja. Hal ini sedemikian kerana haiwan juga
mengalami rasa putus asa untuk mencuba lalu akan membiarkan bahan rangsangan
(pisang) terbiar begitu sahaja atau akan melengah-lengahkan usahanya untuk
mendapatkan

rangsangan

(pisang).

Malah, sekiranya situasi permasalahan yang dialami begitu menyukarkan, hal ini
akan menghalang cipanzi daripada mencapai tahap pembelajaran celik akal. Hal ini
sedemikian kerana permasalahan yang diberi haruslah bersesuaian dengan
kebolehan

dan

kemampuan

haiwan

tersebut

untuk

diselesaikan.

Opportunities-PELUANG
Antara peluang yang teradapat dalam eksperimen Wolfgang Kohler ialah
pembelajaran yang dialami sendiri oleh cipanzi memperkaya pengetahuan dan
pengalaman. Hal ini sedemikian kerana melalui pengalamanlah, mereka dapat
mempelajari sesuatu dengan lebih bermakna dan akan terus mengingati hasil
pembelajaran dalam tempoh yang lama kerana mereka sendiri merasakan situasi
itu.
Tambahan pula, cipanzi dapat membuat tanggapan dan pengamatan
sepanjang sesi pembelajaran. Pengamatan penting untuk merangsang proses
pemikiran yang berkualiti. Seterusnya, pemikiran akan terhasil secara berperingkatperingkat. Bermula dari permasalahan yang dihadapi, idea awal akan dibentuk
seterusnya digabung jalin dan disusun atur sehingga menjadi strategi.
Pemerhatian dan pengamatan yang dilalui cipanzi sepanjang tempoh
pembelajaran membolehkan proses berfikir berlangsung sesuai dengan keupayaan
sendiri. Jika dibandingkan dengan haiwan lain, cipanzi antara haiwan yang cerdik.
Justeru, tidak mustahil cipanzi berjaya memikirkan cara bagaimana untuk
mendapatkan pisang. Misalnya, buluh yang pendek disambung supaya menjadi
panjang untuk mengambil pisang yang berada di luar sangkar.
Pengajaran yang diperoleh cipanzi disusun selangkah demi selangkah
mengikut kesinambungan sebelum terbentuknya satu hasil atau lebih hasil
pembelajaran dalam minda mereka. Contohnya, cipanzi menyusun bongkahbongkah kayu bermula dari satu bongkah sehinggalah ke bongkah yang terakhir.
Kemudian, mereka telah mendapat satu lagi pengetahuan baru iaitu susunan
bongkah kayu yang bertingkat mampu menambah ketinggian mereka dari paras
lantai untuk mengambil pisang yang tergantung.

Proses pembelajaran secara celik akal akan lebih berkesan sekiranya cipanzi
dilazimkan dengan pelbagai contoh atau latihan yang lebih khusus sekaligus
mendorong cipanzi membuat generalisasi tentang sesuatu situasi dengan betul.
Pelakuan yang tidak terlazim, jika dilazimkan akan menjadikan cipanzi terlazim
dengan sesuatu pembelajaran.
Eksperimen Kohler ini menggalakkan pemikiran kritikal dalam kalangan
cipanzi untuk berfikir cara mendapatkan buah pisang yang digantung tinggi dan
bagaimana mahu mencapai pisang yang berada di luar sangkar. Sekiranya tiada
proses pemikiran kritikal, pastinya cipanzi tidak berjaya mendapatkan pisang yang
diingini.
Naluri ingin tahu dan menerokai sesuatu dengan lebih mendalam berjaya
diterapkan dalam diri cipanzi. Hakikatnya, apabila haiwan diberikan satu situasi,
mereka akan mengalami satu situasi iaitu rasa ingin tahu dan akan berusaha
menerokai apa yang dialami. Bermula dari melihat pisang tergantung, cipanzi mula
mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan pisang tersebut. Walaupun telah
mencuba berkali-kali, namun penerokaan yang semakin bertambah berjaya
membuatkan cipanzi mendapatkan pisang tersebut.

Threats-ANCAMAN
Ancaman yang dikenal pasti menerusi eksperimen Wolfgang Kohler ialah
tahap pemikiran haiwan pada masa kini. Dewasa ini kami berpendapat melihat
bahawa haiwan semakin cerdik. Sekiranya eksperimen ini dijalankan kepada
cipanzi, kemungkinan besar cipanzi tersebut mampu melakukan yang lebih hebat
daripada Sultan dan rakan-rakannya. Peredaran zaman menjadikan sesutatu
berubah ke arah yang lebih hebat. Bentuk eksperimen atau aktiviti yang diuji kapada
haiwan mesti diubah selaras dengan peredaran zaman. Oleh itu, bentuk eksperimen
tidak boleh sama kerana cipanzi dewasa ini semaakin bijak.

Anda mungkin juga menyukai