Anda di halaman 1dari 6

1. 1.

Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia PengenalanSuasana


pembelajaran di negara kita sekarangsudah jauh berubah. Kita berinteraksi
denganpelbagai latar budaya masyarakat.
2. 2. Pembelajaran dalam bilik darjah pula mendedahkan murid kepada pola hubungan
kepelbagaian kaum. Pendedahan kepada pelbagai latar belakang masyarakat
memerlukan para pendidik mengetahui konsep budaya di Malaysia serta kepelbagaian
kelompok tersebut untuk membentuk 1Malaysia seperti yang disarankan oleh
Pemimpin negara.
3. 3. Pengertian dan Konsep Budaya Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan
masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan
budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang
membawa pergertian: Kecergasan Fikiran dan Akal. Budaya memberi maksud
seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh
semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka.
4. 4. Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga
dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani
sesuatu permasalahan. Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota
masyarakat akan menjadi amalan bersama. Amalan yang diterima ini seterusnya
dijadikan Budaya dalam kehidupan mereka.
5. 5. Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup masyarakat yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan dapat
dibahagikan kepada 2 benda iaitu: i. Kebendaan ii. Bukan Kebendaan
6. 6. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain. Namun
begitu, terdapat juga beberapa persamaan yang wujud dalam masyarakat dari segi
bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan
lain- lain. Persamaan ini dikenali sebagai Pola Kebudayaan Sejagat.
7. 7. Terdapat 2 peranan utama bagi pembentukan kebudayaan baru yang boleh
diterima oleh komuniti setempat. Tujuan utamanya adalah untuk membina imej
negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti. Budaya juga merupakan
sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Namun begitu,
Budaya sering berubah mengikut peredaran masa yang dapat diterima secara kolektif
oleh masyarakat.
8. 8. Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah tenaga fikiran, usaha
rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Hasrat serta nilai yang diingini itu pula
seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan
diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk
Norma dalam masyarakat.
9. 9. Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran,
akal budi, cara berfikir, kelakuan, dll. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara
hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

10. 10. Sementara itu, dalam Dictionary of Philosophy (1996), turut dijelaskan maksud
Budaya sebagai: The way of Philosophy (1996), The way of life of people,
including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits
of thought and activity. . Amalan yang dibentuk ini akan menentukan hala tuju
bersama dalam masyarakat berkenaan.
11. 11. Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Selo Soemardjan
dan Soelaiman Soemardi (1984), bersepakat bahawa Budaya merupakan alat
penghasilan karya seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah masyarakat.
12. 12. Menurut E.D. Tylor (1947), Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang
mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang- undang, adat
serta amalan kebiasaan yang lain. Ini merujuk kepada perkataan Bourdieu yang
membawa maksud satu proses sosial yang membolehkan Budaya dan struktur sosial
saling berinteraksi. Nilai dalam masyarakat adalah terlalu kompleks. Proses
Sosialisasi akan turut membantu memperkembang Budaya yang terdiri daripada Latar
Bangsa dan Agama.
13. 13. L.A. White (1956), menjelaskan bahawa Budaya merupakan satu pola tingkah
laku, objek, alat, idea, sentimen, yang bergantung kepada simbol-simbol. Tindakan
dan Tingkah Laku tersebut akan menunjukkan nilai yang diterima secara bersama
oleh setiap individu yang terdapat dalam masyarakat. Kroeber & Kluckohn (1954),
berpendapat bahawa Budaya sebagai sebagai satu Entiti yang mengandungi pola
Implisit serta Eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui
Simbol serta berbentuk Material.
14. 14. Malinowsky (1965), dalam bukunya A Scientific Theory of Culture,
mengkelaskan Budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia.
Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah, kesusteraan,
institusi politik, muzik, lukisan, falsafah, dll. Budaya secara umumnya adalah cara
atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.
15. 15. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang
termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang
dalam menghadapi sesuatu situasi. Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman
interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya adalah hak
masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.
16. 16. Dalam konteks pendidikan semasa, Budaya di sekolah merupakan sebahagian
daripada Budaya masyarakat. Murid-murid akan dididik untuk berbudaya
sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga
akan mempengaruhi Budaya di sesebuah sekolah.
17. 17. Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menerapkan nilai-nilai pendidikan
yang mempunyai Nilai Material dan Bukan Material. Guru seharusnya
merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang
bakal memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat tanpa menyalahi
Budaya yang diterima bersama. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia,

Budaya meliputi aspek lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan, status ekonomi, sosial,
keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.
18. 18. Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang
mengandungi unsur Budaya Rakyat Asal. Terdapat Unsur Budaya Asing dari kaum
lain yang sesuai dan yang tidak bercanggah, diterima dalam Budaya masyarakat di
Malaysia. Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsi oleh semua
rakyat.
19. 19. Budaya yang terdapat dalam sesuatu kelompok mempunyai ciri-ciri berikut: i.
boleh dipelajari ii. boleh dikongsi iii. bersifat sejagat iv. boleh diwarisi v. sentiasa
berubah vi. mempunyai unsur simbolik vii. mempunyai pandangan semesta
20. 20. Pemupukan Kesedaran Kebangsaan dan Kenegaraan dalam kalangan murid
berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Guru perlu
menerapkan nilai murni dalam masyarakat supaya mereka kelak dapat menyesuaikan
diri dengan Budaya masyarakat. Kita perlu menyatukan penduduk berbilang etnik
yang mempunyai Budaya berlainan di bawah satu bentuk Identiti Nasional yang
khusus tetapi dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik di negara ini.
21. 21. Pengalaman penjajahan telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat
kita. Ilmu Kolonial telah mencipta himpunan maklumat dan analisis mengenai
Etnisiti iaitu Etnik. Masalah Perhubungan yang timbul di kalangan Etnik adalah
berpunca daripada Interaksi Sosial yang tidak mesra serta kebudayaan yang berbezabeza.
22. 22. Jenis dan Demografi Kelompok Kelompok Sosial didefinisikan sebagai dua
individu atau lebih, yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk
mencapai sasaran tertentu. Kelompok bersifat: Formal dan Tidak Formal Kelompok
Formal merujuk kepada kelompok yang ditentukan oleh Struktur Organisasi serta
Pengkhususan Tugas (Division of Labour) untuk mencapai objektif Organisasi.
23. 23. Klasifikasi Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat diklasifikasikan kepada
beberapa kumpulan: i. Kelompok Tugas: Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas.
ii. Kelompok Kepentingan: Individu bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus. iii.
Kelompok Persahabatan: Kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama kerana
memiliki satu atau lebih sifat yang sama.
24. 24. Alasan orang untuk saling bergantung dan bergabung dalam kelompok adalah
seperti berikut: i. Keamanan ii. Status iii. Harga Diri iv. Afiliasi: (Dapat memenuhi
keperluan Sosial). v. Kekuatan vi. Pencapaian Tujuan
25. 25. Pengelasan Kelompok Ras dalam masyarakat pula boleh dilihat kepada beberapa
bahagian seperti:- i. Caucasoid- (Orang-Orang Eropah) ii. Negroid- (Orang-Orang
Kulit Hitam) iii. Mongoloid- (Orang-Orang Asia) iv. American Indian-(Orang Asli
Amerika) v. Austroloid-(Orang Asli Australia)
26. 26. Antara permasalahan yang dikenalpasti telah diringkas seperti berikut:- i.
Perbezaan Pencapaian ii. Jurang Sosial iii. Monopoli iv. Budaya iv. Pengekalan
Identiti v. Prasangka vi. Ethnocentrisme vii. Stereotaip

27. 27. Pengelompokan masyarakat ini juga boleh dibincangkan secara bersama dengan
Demografi. Achille Guillard (1885), pertama menggunakan istillah Demografi ini
dalam karyanya yang berjudul Elements of Human Statistics or Comparative
Demography. Kata Demografi berasal dari bahasa Yunani demos bermaksud
penduduk di sesuatu kawasan. Grafein pula bermaksud menulis tentang sesuatu
perkara.
28. 28. Demografi Kelompok merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan
komposisi penduduk di sesuatu kawasan. Kajian Saintifik dan Statistikal meliputi
soal Fertiliti (kelahiran), Mortaliti (Kematian), Perkahwinan serta Imigrasi dan
bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan
taburan penduduk manusia.
29. 29. Demografi Kelompok di Malaysia pula terdiri daripada pelbagai bangsa dan
agama. Golongan Bumiputera Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, suku kaum etnik di Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak. Masyarakat di
Malaysia boleh diklasifikasikan kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu Melayu
(54%), Cina (25%), India (7%), Suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak ialah
sebanyak (14%).
30. 30. Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan Masyarakat Majmuk.
Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Suku
Kaum di Sabah dan Sarawak. Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam
Melayu ini telah membina asas peradaban yang mantap sebelum bertembung dan
melalui Proses Difusi Budaya.(Menerima Budaya orang lain ke dalam Budaya
sendiri). Peradaban Islam serta Peradaban India amat mempengaruhi pembangunan
peradaban Melayu di Asia Tenggara.
31. 31. Di Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik manakala di Sarawak terdapat
kira-kira 17 suku kaum etnik yang menetap di sini. Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum
etnik yang terdapat di Malaysia. Pada tahun2006, terdapat jumlah orang Asli seramai
141, 230 orang. Ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan sara diri.
32. 32. Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai matlamat akhirnya. Matlamat
akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu Bangsa Malaysia yang terdiri
daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera dan
mempunyai identiti nasional tersendiri. Proses perpaduan negara dalam kalangan
negara yang berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik masing- masing. Mereka
mengamalkan budaya, agama, bahasa dan orientasi pemikiran masing-masing.
33. 33. Perbezaan inilah dikatakan sebagai penghalang kepada masalah dalam proses
penyatuan, perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia. Teori Hubungan Kaum
merupakan teori yang terdapat dalam menyatupadukan masyarakat Malaysia dan
membentuk hubungan atau kepelbagaian kaum.
34. 34. Peringkat proses seterusnya dinamakan: Sergresi. Hubungan yang bersifat
Pemisahan antara etnik dalam sebuah negara seperti pemisahan kawasan tempat
tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Akomodasi
adalah satu keadaan yang mana kelompok yang berkonflik bersetuju untuk
menghentikan konflik apabila adanya interaksi secara aman.

35. 35. Masyarakat Majmuk hidup berdekatan, saling bekerjasama tetapi tidak bersatu
padu. Mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain.
(Furnival, 1949). Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari tentang
kepentingan norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap
mempertahankan Budaya hidup masing-masing.
36. 36. Institusi-Institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan saling bergantungan
antara satu sama lain. Contohnya, negara Switzerland. Negara Switzerland
mempunyai hubungan etnik bersifat Akomodasi, di mana etnik-etnik di dalamnya
seperti Etnik Jerman, Peranchis dan Itali saling membuat penyesuaian antara satu
sama lain dan hidup dalam keadaan aman.
37. 37. Akulturasi pula merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai
Asimilasi Budaya yang terjadi apabila manusia dalam Kumpulan Minoriti menerima
norma, nilai dan pola-pola tingkah-laku dan Budaya dari Golongan Majoriti. Proses
ini merupakan proses meminjam dan menerima unsur-unsur Budaya golongan
Majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur Budaya Asal. Asimilasi adalah Proses
Percantuman dan Penyatuan antara kelompok dan individu yang berlainan
kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok yang mempunyai identiti yang
sama.
38. 38. Amalgamasi Budaya merupakan satu proses yang terjadi apabila Budaya dan
Ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis Budaya dan Ras yang baru. Cara utama
untuk menentukan Proses Amalgamasi terjadi ialah Perkahwinan Campur antara Etnik
dan Ras. Perbezaan Sosio-Ekonomi, Budaya, Segregasi, Pemisahan Fizikal, Agama,
Dasar Kerajaan,dll turut menjadi faktor penghalang ketara.
39. 39. Pelbagai usaha Sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi
mencapai matlamat pembentukan Budaya ini. Pelbagai usaha sosial dan Kebudayaan
turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan Budaya ini.
Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan Nasional. Penggunaan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Rasmi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan telah diakui dan
diterima oleh semua lapisan masyarakat.
40. 40. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjejaskan hubungan antara etnik. Kemajuan
ekonomi sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang.
Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan sejak
dari bangku sekolah lagi. Murid perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan
memahami hubungan Etnik.
41. 41. . Antara usaha yang telah dijalankan ke arah memupuk Perpaduan Nasional yang
telah dijalankan oleh kerajaan adalah: i. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negaraii.
Rukun Negaraiii. Dasar Ekonomi Baruiv. Dasar Pendidikan Kebangsaan v. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
42. 42. vi. Gabungan Parti-Parti Politik. vii. Integrasi antara Wilayah. viii. Integrasi
Semenanjung Malaysia dengan Sabah/Sarawak. Usaha kerajaan (Top-Down) sahaja
tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk (bottom-up)
menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan
semua parti politik.

43. 43. Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial yang berbeza seperti Kelas Atasan,
Kelas Menengah serta Kelas Bawahan perlu ditingkatkan. Hubungan Etnik
merupakan satu ciri penting yang mencorakkan Sistem Sosial di Malaysia. Walaupun
tahap Perpaduan Nasional di negara kita sukar diukur, Malaysia berjaya mewujudkan
hubungan etnik yang harmonis.
44. 44. Abdul Rahman Embong (2001), menjelaskan bahawa bangsa yang terdiri
daripada semua kaum di Malaysia yang terbentuk dalam sejarah dan mempunyai
perasaan sebangsa dengan nama Kolektif (Bangsa Malaysia) yang sama serta
berkongsi wilayah, ekonomi, Budaya dan nasib masa depan dengan rupa bangsa yang
sepunya.
45. 45. Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building) melibatkan satu proses yang
panjang dan merupakan satu keperluan bagi Malaysia. . Pembinaan Negara Bangsa
(Nation Building) memerlukan penyertaan menyeluruh setiap anggota masyarakat dan
penglibatan sepenuhnya jentera kerajaan.. Satu Nilai dikongsi bersama perlu
diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai