Anda di halaman 1dari 2

5.

Keperluan Program
Program pendidikan inklusif boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan

menengah bergantung kepada laporan prestasi atau Rancangan Pendidikan Individu


(RPI) oleh guru untuk menentukan sama ada murid itu layak atau sebaliknya. Walau
bagaimanapun, sebelum murid-murid ditempatkan di kelas inklusif sepenuhnya,
guru-guru akan memberi pendedahan kepada murid melalui pra inklusif di kelas
Pendidikan

Khas.

Pra

inklusif

merupakan

penempatan

sementara

pelajar

berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek


kurikulum perdana, masa pembelajaran dan asas kemahiran.
Berdasarkan pemerhatian, pra inklusif ini sering kali dilakukan oleh guru-guru
Pendidikan Khas di dalam kelas bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
bertujuan bagi membiasakan murid-murid Pendidikan Khas yang layak untuk
mengikuti pendidikan inklusif membiasakan diri mereka dengan situasi serta
suasana pembelajaran yang berbeza pada masa akan datang.
Penempatan murid ke dalam pendidikan inklusif adalah bergantung kepada
laporan prestasi yang telah disemak oleh guru-guru Pendidikan Khas. Jika prestasi
pelajar tersebut menepati syarat, maka pelajar tersebut akan ditempatkan ke dalam
pendidikan inklusif. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan,
bilangan pelajar berkeperluan khas yang ditempatkan di dalam kelas inklusif bagi
sesebuah kelas tidak terlalu ramai. Hal ini kerana, dengan bilangan yang minimun
memudahkan guru biasa untuk memberi perhatian kepada pelajar tersebut serta
membantu pelajar berkeperluan khas untuk lebih bergaul dengan pelajar-pelajar
aliran perdana yang lain untuk tujuan sosial, akademik, dan sebagainya.
Para pelajar yang sering mengikuti pendidikan inklusif ini adalah daripada
kategori pintar cerdas, lembam, ADHD dan sebagainya. Meskipun mereka terdiri
daripada kategori yang berbeza, namun begitu pencapaian serta penguasaan
terhadap pendidikan berbeza dan memerlukan bimbingan serta perhatian daripada
guru. Namun begitu, melalui pendidikan inklusif pelajar berkeperluan khas tersebut
dapat berkembang serta meningkatkan prestasi akademik serta sosial mereka. Hal
ini kerana, melalui pergaulan langsung bersama rakan-rakan akan memberi kesan
yang positif kepada diri mereka untuk menjadi lebih yakin dan diterima oleh
masyarakat sekeliling.
Pendidikan inklusif turut memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak. Apa
yang dapat diperhatikan sepanjang kajian berlangsung, sokongan daripada pihak

sekolah seperti Guru Besar sendiri yang sentiasa menyokong dan memberikan
peluang kepada pelajar berkeperluan khas sedikit sebanyak membantu pendidikan
inklusif ini dapat berjalan dengan lancar. Namun begitu, kerjasama dalam kalangan
guru biasa masih perlu ditingkatkan bagi menjalinkan kerjasama yang lebih erat
supaya pendidikan inklusif ini menepati matlamat serta objektif yang telah
disenaraikan.
Selain itu, ibu bapa juga turut memainkan peranan penting. Sikap dan prihatin
ibu bapa terhadap perkembangan akademik anak-anak mereka terutama anak-anak
Pendidikan Khas banyak membantu guru-guru untuk merancang aktiviti atau
program yang lebih sesuai untuk anak-anak Pendidikan Khas tersebut. Sokongan
yang diberikan oleh ibu bapa banyak memberi semangat selain merancang
bersama-sama program yang bersesuaian untuk anak-anak mereka. Setiap
pandangan dan pendapat mereka akan diambil perhatian seterusnya akan dilakukan
pertimbangan oleh guru-guru Pendidikan Khas serta guru biasa. Seterusnya, ibu
bapa juga turut memainkan peranan dengan meneruskan pengajaran di rumah
mereka supaya pelajar berkeperluan khas terus melatih diri mereka dengan
persekitaran yang sebenar.
Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Pendidikan Khas adalah
berbentuk fleksibel bergantung kepada keperluan dan masalah pelajar. Namun
begitu, bagi pendidikan inklusif guru biasa perlu mengikuti kurikulum yang telah
ditetapkan. Oleh yang demikian, sebagai penambahbaikkan bagi pendidikan inklusif
guru perlu lebih kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana, dengan menyelitkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan serta unsur-unsur
terapi yang sesuai akan membantu perkembangan para pelajar termasuk pelajar
berkeperluan khas selain menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dengan seronok dan menarik untuk para pelajar mengikutinya.

Anda mungkin juga menyukai