Anda di halaman 1dari 8

1.

____________ tidak bersalah, tuanku, kata Dang Melur kepada Permaisuri


Cendana.
A Beta
B Kami
C Kalian
D Patik

2. ______________ hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati ketika


berada di jalan raya, nasihat Cikgu Firdaus kepada sekumpulan murid tahun enam.
A Saya
B Kami
C Kalian
D Mereka

3. Bau ______________ pada daging kambing dapat dihilangkan apabila dicuci


dengan tepung gandum.
A hapak
B hamis
C tengik
D hanyir
4. Ahmad berdiri ___________ memberi hormat kepada tetamu kenamaan itu.
A dan
B ketika
C seraya
D setelah

5. Pak Harun _____________ telah merundingkan perkara itu dengan rakan


niaganya.
A akan
B harus
C belum

6. ______________ pemuda itu berkawan baik tetapi mereka mempunyai minat


yang berbeza.
A Ketiga
B Ketiga-tiga
C Masing-masing

7. Rohani _____________ pandai jika dibandingkan dengan rakan sekelasnya yang


lain.
A agak
B betul
C sekali

8. Apa-apa ________ yang hendak kamu lakukan, fikirkanlah baik dan buruknya
dahulu.
A lah
B tah
C kah
D jua

8. Jalan yang dilaluinya bukan sahaja ber ______________ tetapi mempunyai lopak
yang banyak.
A bolak-balik
B lintang-pukang
C simpang-siur
D pontang-panting

9. Ibu Siti _______________ apabila melihat anaknya terjatuh ke dalam parit.


A jalan buntu
B hilang punca
C kering darah

10. ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas, kata ketua darjah.
A Sila
B Ayuh
C Minta
D Semoga

11. Pendengaran Pak Osman menjadi pekak semenjak dia terlibat dalam satu
kemalangan.
Perkataan seerti bagi pekak ialah
A tuli
B tajam
C kabur
D jelas

12. Bunga cempaka itu kembang dan mengeluarkan bau yang harum.

Perkataan berlawan bagi kembang ialah


A kecut
B kuncup
C mekar
D segar

13. Antara pernyataan berikut, yang manakah ayat pasif ?


A Dia menyikat rambutnya.
B Pakaian Ani belum berbasuh.
C Wanita itu memakai baju kebaya.
D Alif makan nasi di warung Wak Jamal.

14. Kalau tidak silap saya, sejak sebulan yang lalu dia terlantar di hospital.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A Sejak bilakah dia terlantar di hospital?
B Di manakah dia terlantar sejak sebulan yang lalu?
C Siapakah yang terlantar di hospital sejak sebulan yang lalu?
D Kamu menyatakan dia terlantar di hospital sebulan yang lalu?

15. Pak Yunus beritahu saya, dia telah menyewa sebuah teksi untuk ke rumah Borhan.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A Teksi sahajakah yang akan Pak Yunus naiki untuk ke rumah Borhan?
B Mengapa Pak Yunus ke rumah Borhan dengan menaiki teksi?
C Pak Yunus hendak menaiki teksi sahaja ke rumah Borhan?
D Bagaimanakah Pak Yunus hendak ke rumah Borhan?

16. Mengapakah dia bertindak sedemikian rupa sehingga sanggup mencederakan


dirinya sendiri?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A Sebenarnya sudah lama dia hendak bertindak seperti itu kerana mahu menagih
simpati.
B Saya fikir dia berbuat begitu semata-mata hendak menagih simpati daripada
kita.
C Saya yakin tindakannya mencederakan diri sendiri itu akan merugikan dirinya
sendiri.
D Saya pun hairan mengapa dia sanggup bertindak mencederakan dirinya.

17. Kelab Kompang kampung saya telah dirasmikan penubuhannya oleh ketua kampung.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
A Ketua kampung merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
B Ketua kampung akan merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
C Ketua kampung telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
D Ketua kampung saya telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung.

Soalan 18 19
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
18.

I Puan Fauziah menuang air hangat yang telah dijerang itu ke dalam termos.
II Hati Eskandar berasa hangat setelah dicabar oleh kawan-kawannya.
III Berita hangat itu menjadi tajuk utama akhbar pada hari itu.
IV Air itu tidak dapat kami minum kerana terlalu hangat.
A
B
C
D

19.

I dan II
II dan III
II , III dan IV
I, III dan IV

I Ibu memenuhkan barang dengan maklumat peribadinya.


II Barang kemas milik Puan Asmah telah dicuri orang.
III Barang yang lepas usah dikenang, ujar nenek Kiah.
IV Tolong belikan barang sekilo gula, Danial, pinta ibunya.
A
B
C
D

I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV

Pilih ayat yang betul.


20

. I Puan Munah adalah ibu saudara saya.


II Kehadiran pegawai itu adalah untuk menyampaikan hadiah.
III Pulau Tioman adalah antara sepuluh pulau yang tercantik di dunia.
IV Surat permohonan tuan yang bertarikh 15 April 2006 adalah dirujuk.
A
B
C
D

21.

I dan IV
II dan III
I, II dan III
II, III dan IV

. I Azhar merasa kuah sup itu.


II Cikgu Haris mengajar Matematik.
III Ibu menjahiti adik sehelai baju.
IV Bapa membeli abang sebuah komputer.
A
B
C
D

I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV

Soalan Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak
buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah
rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat
tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan
cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara
berkumpulan, " kata Pak Jusoh.
Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail.
Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut
bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya
Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula
diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan
oleh ketua mereka.

Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh


suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak
dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita
dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu
tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan.
Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya
membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah
perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri
yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke
Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki
berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan
kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk
Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak
polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

22. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya
supaya berwaspada setiap masa ?
A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.
B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.
C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.
D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing.
23. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk
menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung
itu?
A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
B Mengadakan kawalan pada waktu malam.
C Membuat jadual rondaan.
D Menangkap orang yang bersalah.
24. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?
A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.
B Di Kampung Kaki Bukit.
C Di Kampung Paya Dalam.
D Di pantai Kampung Paya Dalam.

25.Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksud


A mengalahkan kuasa.
B membuat keputusan.
C mengalihkan pendapat.
D mengalahkan kemahuan.
26. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak
buahnya ?
A Menjalankan kegiatan menyamun.
B Menjalankan kegiatan pecah rumah.
C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.
D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk kampung.

Soalan Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Jenis
pertandingan

Masa

Tempat

Kumpulan Umur

Pertandingan
mewarna

8.00 pagi 12.00 Di kantin sekolah


tengah hari

5 7 tahun

Pertandingan
bercerita

8.00 pagi 10.00 Di dewan sekolah


pagi

8 10 tahun

Mendeklamasikan
sajak

10.00
pagi
Di dewan sekolah
12.00 tengah hari

10 12 tahun

Mencari harta
karun

2.00 petang
4.00 petang

Di tempat
perhimpunan

12 tahun dan
ditemani ibu bapa

Sukaneka

4.00 petang
6.00 petang

Di
sekolah

padang 7 12 tahun dan


para ibu bapa

27. Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang
sama?
A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.
B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.
C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.
D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

28. Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?
A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.
B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, dan mendeklamasikan
sajak.
C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..
D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

29. Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk
menyertai suatu pertandingan.
Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?
A Sukaneka.
B Mendeklamasikan sajak.
C Mencari harta karun.
D Mencari harta karun dan sukaneka.
30. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya
setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?
A Memendekkan masa pertandingan.
B Penyertaan perlu dihadkan.
C Menyediakan petugas yang lebih banyak.
D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.
31. Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan
tersebut diadakan ?
A Untuk beradu kekuatan.
B Untuk mencungkil bakat.
C Untuk mengeratkan hubungan.
D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.

Anda mungkin juga menyukai