Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Syukur kepada Tuhan, kerana telah berjaya menyiapkan Tugasan Budaya Dan
Pembelajaran

ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Ribuan terima kasih saya

ucapkan kepada Puan Jamilah Ismail, pensyarah bagi mata pelajaran ini kerana telah
memberi tugasan ini dan telah banyak memberi bimbingan yang sepenuhnya sepangjang
tempoh menyiapkan tugasan ini. Pada pandangan saya tugasan ini sangat berguna dan banyak
manfaatnya kerana saya telah mendapat banyak ilmu sepanjang proses membuat tugasan ini.
Saya dan kawan-kawan saya mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bagi
memastikan tugasan ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Saya dan
kawan-kawan juga turut berbincang dengan rakan-rakan sekelas memandangkan kami semua
perlu mempunyai persefahaman yang betul tentang kehendak soalan yang diberikan. Setelah
berbincang dengan rakan-rakan dan berkolaborasi dengan pensyarah, akhirnya kami
memahaminya.
Untuk pertama, saya berpeluang menghasilkan rancangan pengajaran harian yang bagi
aktiviti berkumpulan yang dapat mewujudkan interaksi murid pelbagai kaum dengan
mengguanakan bahan bantu mengajar yang telah saya bina. Saya mendapati cara yang terbaik
untuk mewujudkan interaksi antara murid pelbagai kaum ialah dengan aktiviti berkumpulan.
Dengan ini saya membina saya bahan bantu mengajar yang berbentuk mainan. Murid-murid
prasekolah lebih suka dan lebih berminat dengan cara pengajaran yang bernentuk mainan. Dan
permainan yang seronok dan bermakna mampu untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran.
Tugasan ini membolehkan saya mengkaji dengan lebih mendalam tentang amalanamalan dan aktiviti sekolah yang boleh merapatkan hubungan murid berbiang kaum. Selain itu,
saya mendapati begitu pentingnya bagi seseorang guru dan sekolah dalam meningkat tahap
perpaduan bagi rakyat berbilang kaum yang bermula dari tahap prasekolah. Anatar aktiviti dan
rancangan yang menjadi pilihan kajian saya termasuklah sambutan hari kemerdekaan,
sambutan hari guru, hari sukan, gotong royong. Serta rancangan 1 murid 1 sukan. Sebenarnya
cikgu perlu mengetahui ilmu-ilmu sebegini dengan sepenuhnya untuk masa depan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, tugasan ini membuka ruang kepada kami untuk
memantapkan persefahaman pelaksanaan pendidikan jasmani dalam kalanga kanak-kanak
prasekolah.

Namun walaubagaimanapun, saya mendapati tugasan kedua mungkin tidak dapat


menghasilkan data yang tepat disebabkan hanya menggunakan penelitian gambar-gambar dan
sedikit sebanyak informasi yang dipapar dan dibekal oleh pihak sekolah-sekolah dari sumber
internet
Tugasan ini juga mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam melakukan tugasan,
menyesuaikan diri dengan idea-idea dan maklumat baru yang diterima sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Di samping itu juga membentuk diri saya untuk memperbaiki
prestasi dari semasa ke semasa sebagai memenuhi piawai kecemerlangan yang ditetapkan.
Selain itu juga membuatkan diri saya untuk bersedia, bertindak dan merebut peluang yang
datang bagi mendapatkan maklumat. Tugasan ini mengajar saya untuk mengatasi halangan
dan cekal dalam usaha bagi mencapai objektif, membentuk saya untuk menjadi seorang yang
bersifat pemimpin yang mempunyai ciri-ciri bersifat amanah, jujur, bertolak ansur dan
dipercayai.
Pelbagai perkara yang dilalui sepanjang tugasan diberi ini diharapkan dapat
mematangkan kami dalam menempuh alam perguruan kelak. Pelbagai kemahiran baru dapat
dicapai antaranya kemahiran membuat keputusan, kemahiran pengurusan masa, malah
meluaskan lagi pengetahuan dengan lebih mendalam khususnya dalam pengetahuan yang
berkaitan dengan pedagogi pendidikan jasmani sebegini dapat memberi pengalaman yang
tiada nilainya malah dapat dijadikan panduanm yang amat berguna pada masa yang akan
datang supaya ia dapat membantu saya menjadi guru yang cekap dalam melaksanakan proses
pengajaran yang mantap dan bernas bagi memudahkan proses pembelajaran pelajar-pelajar
khas ke arah cemerlang dan gigih.
Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan tugasan ini
dirahmati oleh Tuhan. Saya berharap tugasan ini akan menjadi satu medan buat saya sebagai
seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang sesuai sebelum bertugas. Saya berharap
agar saya dapat mengaplikasikan konsep-konsep daripada apa yang telah dikaji dalam tugasan
ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Anda mungkin juga menyukai