Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN LAWATAN KE RUMAH SEJAHTERA KAMPUNG BARU SUNGAI LUI,

RAUB, PAHANG

Tarikh

24.04.2013 (Rabu)

Masa

2.00 ptg 4.00 ptg

Tempat

Rumah Sejahtera Kampung Baru Sungai Lui, Raub

Lawatan ke Rumah Sejahtera ini dianjurkan oleh En. S. Ganesan,GPK 1 dan


dibantu oleh guru-guru sekolah dibawah nasihat Guru Besar. Lawatan ini mengambil
masa 1 hari. Perkhidmatan bas telah diuruskan bagi memudahkan perjalanan
lawatan berkenaan. Murid-murid seramai 12 orang telah melibatkan dirinya dalam
lawatan ini. 3 orang guru telah diringi bersama.
Objektif lawatan ini ialah menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan
keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir. Selain itu,
lawatan ini juga dapat menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang
telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik
Tepat pada pukul 1.30 tgh, bas bertolak dari sekolah menuju ke Rumah
Sejahtera, Sungai Lui. Sekitar pukul 1.45 tgh, kami sampai di Rumah Sejahtera.
Pengurus Rumah Sejahtera, Mdm Wong mengalu-alukan kedatangan kami semua.
Beliau memperkenalkan warga emas yang mendiami rumah sejahtera tersebut
kepada kami semua. Seramai 7 orang warga emas berumur antara 60 hingga 80
tinggal di rumah berkenaan.
Sebelum memulakan aktiviti, makanan telah dibekalkan kepada semua orang.
Kami berasa gembira sewaktu makan bersama warga emas. Setelah makan, sesi
perbualan telah diadakan. Warga emas berkongsi pengalaman mereka dengan
kami semua. Mereka menceritakan kisah mereka serta memberi nasihat kepada
kami semua.

Setelah itu, aktiviti gotong royong telah diadakan. Murid-murid bersama para
guru membersihkan halaman Rumah Sejahtera. Warga emas juga turut bersama
kami dalam menjalankan aktiviti gotong-royong.Aktiviti gotong-royong ditamatkan
sekitar pukul 3.30 petang.
Pn. M. Umadevi selaku GPK HEM memberi goody bag kepada semua warga
emas di rumah tersebut. En. S. Ganesan selaku GPK 1 memberi cenderahati
kepada Pengurus Rumah Sejahtera Mdm.Wong. Murid-murid pula berjabat tangan
dengan semua warga emas. Melalui pengalaman yang menarik dijangka dapat
memberikan banyak faedah kepada murid-murid.
Sekitar pukul 3.45 petang, kami bertolak dari rumah sejahtera. Lawatan ini
memberi pengalaman yang berharga kepada kami semua. Kita sebagai manusia
harus mempunyai nilai kasih sayang. Sebagai seorang anak , kita haruslah
menjalankan tanggungjawab dengan sempurna kepada ibubapa. Inilah pengajaran
yang kami dapati melalui lawatan ini. Pada pukul 4.00 petang kami sampai di
sekolah. Semua aktiviti telah dijalankan dengan sempurna seperti yang dirancang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

( Cik. P. Punitha )
Setiausaha lawatan,
SJK (T) Ladang Cheroh

( Pn. M. Umadevi )
GPK Hal Ehwal Murid,
SJK (T) Ladang Cheroh

Disahkan oleh :
( En. L.Karunnanithy )
Guru Besar,
SJK (T) Ladang Cheroh

GAMBAR LAWATAN KE RUMAH SEJAHTERA KAMPUNG BARU SUNGAI LUI,


RAUB, PAHANG

Guru bersama murid sekolah mengambil


gambar di halaman rumah sejahtera

Situasi warga emas di rumah sejahtera

Sesi pengambaran bersama Warga emas, guru


dan murid-murid sekolah

Murid menjalankan aktiviti gotong royong


sekitar kawasan rumah sejahtera

Anda mungkin juga menyukai