Anda di halaman 1dari 7

SEK. KEB.

SEMERAH PADI,
JALAN DEPO, PETRA JAYA,
93050 KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
SKSP 2014 / 1435 H

TARIKH
1435H

15 Januari 2014 / 13 Rabiulawal

MASA

07.15 pagi 8.45 pagi

TEMPAT

Dataran Perdana SKSP

WASATIYYAH TONGGAK
KESATUAN UMMAH

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


SK SEMERAH PADI 2014 / 1435 H
________________________________________________________
1. PENDAHULUAN
Maulidurrasul adalah suatu peristiwa yang disambut oleh seluruh umat Islam
di dunia pada setiap tahun. Ia bertujuan untuk memperingati sejarah
kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal setiap tahun hijrah.
Selain mengingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW, ia juga bertujuan
untuk memperingati dan mencontohi perjuangan nabi dalam menyebarkan
agama Islam dan mengamalkan segala ajaran serta sunnahnya.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan
aktiviti tahunan yang diadakan di peringkat sekolah. Pada tahun ini,
beberapa aktiviti telah dirancang yang melibatkan semua guru dan pelajar
sekolah bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu Wasatiyyah Tonggak
Kesatuan Ummah. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati
hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. disamping menghayati sirah hidup
baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid
supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh
Rasulullah s.a.w..
2. OBJEKTIF
2.1 Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci
junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam.
2.2 Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang di bawa
Baginda.
2.3 Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw.
2.4 Mewujudkan suasana keislaman dan meninggikan syiar Islam di kalangan warga sekolah.
3. TEMA
WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.

4. KUMPULAN SASAR
Semua murid beragama Islam Sekolah Kebangsaan Semerah Padi
5. HARI DAN TARIKH
Rabu , 15 Januari 2014 ( 13 Rabiulawal 1435 H )
6. MASA
07.15 Pagi 8.45 Pagi
7. TEMPAT
Dataran Perdana SK Semerah Padi (Tahap Satu, Pra Sekolah, PPKI)
Kantin

(Pelajar Tahap Dua)

8. JAWATANKUASA PELAKSANA
Lampiran A
9. TENTATIF PROGRAM
Lampiran B
10.

BELANJAWAN

Lampiran C
11.

PENUTUP

Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan dapat memotivasikan murid-murid untuk
lebih mengenali Rasulullah sebagai utusan Allah dan juga dapat mendidik dan membangunkan
diri mereka serta membentuk ketahanan jiwa dalam menghadapi pengaruh persekitaran.
Selain itu mereka dapat menjadikan Rasulullah sebagai contoh dan tauladan dalam
kehidupan seharian.
Disediakan Oleh,
_________________________________
(UST.HAFIZ AMRI BIN ABD RAHIM)

PENGERUSI
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2014
SK SEMERAH PADI
LAMPIRAN A
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT
Tuan Haji Abang Sapali bin Haji Abang Sepawi
(Guru Besar SK Semerah Padi)
Pn. Rufiah Asenah bt. Saruji
(Penolong Kanan Pentadbiran)
En. Razaleey bin Amin
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
En. Hatta Anand bin Kamal
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Pn. Dayangku Noreza binti Awang Ahmad
(Penolong Kanan PPKI)
PENGERUSI
Ust. Hafiz Amri bin Abd. Rahim
En. Ibrahim bin Nudin
SETIAUSAHA
Siti Hafsyah bt Idris
Rosshafikah binti Rosli
BENDAHARI
Noor Farahhana binti Mohd Saidi
Rabiatun Adawiyah bt Mohd Idris

BIDANG-BIDANG TUGAS
KESELAMATAN / KAWALAN MURID

Memastikan

keselamatan

murid

terjamin

sepanjang

program

berlangsung.
PERSIAPAN TEMPAT

Menyediakan kerusi dan meja untuk VIP.


Menghampar tikar untuk tempat duduk murid-murid dan guru

BACKDROP / PENTAS UTAMA

Menyediakan dan menghias paparan belakang pentas.


Menyediakan perhiasan meja VIP dan air minuman.
Menyediakan alas lantai pentas.

JAMUAN

Menyediakan makanan untuk VIP dan pihak pentadbir.

JURU FOTO

Mengambil gambar setiap sudut dan peristiwa majlis yang bersesuaian


untuk simpanan sekolah.

JURU VIDEO

Merakam setiap peristiwa yang penting sepanjang majlis yang


bersesuaian untuk simpanan sekolah.

PENGACARA MAJLIS

Mengacara sepanjang majlis perasmian dan aktiviti majlis.

SIARAYA

Menyediakan sistem bunyi memenuhi piawaian dan kualiti majlis.


Menyediakan muzik yang beriringan yang bersesuaian dengan majlis
keagamaan.
LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


PERINGKAT SK SEMERAH PADI 2014 M / 1435 H

07.15 Pagi :

Perhimpunan di Dataran Perdana Sekolah.

Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku

Bacaan doa
Ustaz Abdul Halim bin Yunus

Pertandingan Mewarna (Dataran Perdana)


(Murid Tahap Satu, PPKI , Pra Sekolah dan Pra PPKI)

Ceramah Maulidur Rasul (Kantin SKSP)


(Murid Tahap Dua)

Selawat

08.45 Pagi :

Bersurai

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT


SK SEMERAH PADI 2014 M / 1435 H

1. PERUNTUKAN
- Sumbangan / Derma ( Semua Guru)

2. KOS PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

1
2

HADIAH
KOS PENCERAMAH
(CENDERAHATI & JAMUAN)
MEWARNA (REZO)
JUMLAH

PERBELANJAAN
RM 170.00
RM 180.00
PERUNTUKAN SEKOLAH
RM 350.00

Anda mungkin juga menyukai