Anda di halaman 1dari 48

TEORI KONFLIK

(Conflict Theories)

ASAS TEORI KONFLIK


Teori ini menganggap konflik adalah
satu aspek utama (fundamental) dalam
kehidupan masyarakat, dan ia tidak
mungkin dapat diatasi sepenuhnya.
Mengikut teori ini, konflik itu paling
tidak dapat dibendung apabila agensi
kawalan sosial yang bersifat formal
(seperti polis, badan penguatkuasa dll)
memaksa anggota masyarakat supaya
tunduk dan akur kepada peraturan yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Dari perspektif teori konflik, undangundang menjadi alat penting yang


digunakan oleh pihak berkuasa bagi
menjaminkan supaya anggota
masyarakat tidak melanggar
peraturan atau melakukan sesuatu
yang menjejaskan keutuhan institusi
utama dalam masyarakat.

Dilihat dari aspek ini, ketenteraman


sosial (social order) itu wujud bukan
atas dasar keinginan atau
persetujuan (consensus) masyarakat
untuk melaksanakannya atau
berbuat demikian, tetapi wujud atas
dasar penggunaan kuasa melalui
undang-undang.

Mereka yang berkuasa sentiasa


bertindak mempastikan agar
kedudukan mereka terus kekal
begitu.
Segala struktur yang mereka bina
dan gunakan ke atas masyarakat
memberi banyak faedah kepada diri
mereka sendiri.

INTIPATI TEORI KONFLIK


1. Masyarakat terdiri daripada
kelompok sosial yang berbagai
ragam. Kepelbagaian (diversity) ini
wujud atas dasar perbezaan yang
difikirkan oleh masyarakat sebagai
penting. Ini termasuk perbezaan
gender, orientasi seksual, kelas
sosial, dll.

2. Setiap kelompok mempunyai


tafsiran tersendiri terhadap buruk
baik sesuatu fenomina sosial.
Dengan demikian ukuran moral dan
tingkahlaku yang standard adalah
berbeza dari satu kelompok dengan
kelompok lain.

3. Konflik antara kelompok tidak


dapat dielakkan. Konflik ini
berpunca daripada kepelbagaian
dan perbezaan seperti dinyatakan
dalam (1) di atas. Kelompokkelompok yang wujud atas dasar
kepelbagaian ini sentiasa bersaing
untuk mendapat kuasa, kekayaan,
dan lain-lain kepentingan.

4. Sifat utama konflik antara


kelompok berpusar kepada
penggunaan kuasa politik. Kuasa
politik adalah punca bagi
pengumpulan kekayaan dan lainlain bentuk kuasa.

5. Undang-undang adalah alat


kuasa, dan dipergunakan bagi
menjaga dan mengawal kepentingan
mereka yang berkuasa. Undangundang memberi ruang kepada yang
berkuasa untuk memperolehi
sesuatu atau memberi akses kepada
mereka mendapat sesuatu secara
sah (atau yang mereka tafsirkan
sebagai sah), di samping menyekat
orang lain (melalui undang-undang)
daripada memperolehinya.

6. Mereka yang berkuasa akan


sentiasa berusaha untuk menjaga
dan mengekalkan kuasa mereka
supaya tidak jatuh ke tangan orang
lain.
Sumber
(http://wps.prenhall.com/chet_schmalleger_crimtoday_3/
0,8087,907545-,00.html)

TOKOH-TOKOH UTAMA
TEORI KONFLIK
Antara tokoh utama teori konflik
termasuk: Karl Marx, Weber (kelasik),
Simmel, Dahrendorf, dan Coser,
(moden)

KARL MARX
Perkara terpenting berkaitan dengan
pemikiran intelek Karl Marx adalah
seperti berikut:
Teori Kelas
Kaedah Dialectic
Konsep Alienation

Teori Kelas
Mengikut Marx, ekonomi merupakan
faktor utama atau "basic structure"
dalam masyarakat.
Faktor-faktor lain seperti politik,
agama, dll. yang disebut sebagai
super structure adalah bergantung
kepada faktor utama tersebut.

Marx mengatakan perkembangan


modal yang membawa kepada
kekayaan material, dapat
membebaskan manusia daripada
kesempitan hidup.
Tetapi keadaan ini dikatakan akan
membawa kepada penindasan
golongan minoriti yang menguasai
modal/ kekayaan ke atas golongan
majoriti (yang tidak menguasai
modal/ kekayaan)

Golongan yang menguasai modal/


kekayaan adalah disebut kelas
borjuis, dan golongan yang tidak
menguasai modal/kekayaan disebut
kelas proletar (kelas pekerja).
Marx mengatakan, kelas proletar
tertakluk kepada pelbagai tekanan
dan ekploitasi daripada kelas borjuis.
Kelas borjuis yang kecil (minoriti)
memperalatkan kelas proletar untuk
menambah modal/kekayaan mereka.

Akibatnya, golongan proletar akan


sedar bahawa mereka ditindas oleh
golongan borjuis, dan kesedaran kelas
(class consciousness) ini akan
membawa kepada perasaan kelas
(class feeling).
Akhirnya wujud tindakan bagi
menghapuskan masyarakat yang
berkelas (class society) serta
menggantikannya dengan masyarakat
tanpa kelas (classless society)

Masyarakat tanpa kelas (masyarakat


sosialis) wujud atas asas sistem
pemerintahan pekerja, oleh pekerja
dan untuk pekerja.
Ia beroperasi atas prinsip "from each
according to his abilities to each
according to his needs".

Marx mengatakan, untuk mencapai


tahap masyarakat baik (good
society), perlu satu peringkat
pengwasan (peringkat tutorial)
sehingga golongan pekerja dapat
mempelajari cara-cara yang baik
untuk hidup bersama dan mendapat
faedah bersama.

Kaedah Dialektik
Marx memperluaskan gagasan
"dialectic of ideas" yang
dikemukakan oleh Hegel kepada
aspek material - dikenali dengan
konsep "dialectical materialism".
Mengikut Marx, manusia tidak puas
dengan apa yang diperolehinya, dan
sentiasa berjuang secara berterusan
untuk memenuhi keperluan baru.

Ini dapat diperturunkan dalam satu


rangkaian perubahan berikut:
Thesis

antithesis

synthesis

Idea dialectik ini tidak melihat


hubungan antara fenomina sosial
dalam bentuk satu hala (one-way)
sahaja seperti dalam huraian sebab
musabab.
Dalam huraian sebab musabab satu
fenomina boleh menjadi penyebab
berlakunya fenomina lain, iaitu A
menyebabkan B.
Tetapi dalam hubungan dialectik A
boleh menyebabkan B, dan sebaliknya
B juga boleh menyebabkan A.

Contohnya: Borjuis menidas proletar,


dan ini membawa kepada wujudnya
reaksi dari proletar dengan
mengambil tindakan menghapuskan
borjuis.
A(thesis) B(antithesis) A(synthesis)

Idea dialectic tidak mengenepikan


soal nilai dalam fenomina yang
dikaji.
Bagi Marx, apabila membuat
penelitian tentang satu-satu
fenomina sosial, seseorang itu tidak
boleh memisahkan nilai daripada
fenomina tersebut, malah ia menjadi
sebahagian daripada kajian. (contoh:
nilai-nilai Proletar).

Idea dialectic juga tidak memisahkan


satu fenomina sosial dengan
fenomina lain dengan jelas, malah
semuanya berkaitan (Borjuis boleh
jadi proletar & sebaliknya).
Selain itu, idea dialectic tidak melihat
keadaan semasa sahaja, malah juga
keadaan masa lalu, dan masa akan
datang.

Alienation
Alienation adalah keadaan di mana
manusia dikuasai oleh gerakuasa
(force) yang dicipta sendiri - yang
berdepan dengan mereka sebagai
kuasa-kuasa alien.

Contoh yang dikemukakan oleh Marx


ialah wang- yang dicipta oleh manusia
dan akhirnya menguasai diri mereka
sendiri.
Kekuasaan seseorang itu bergantung
kepada kuasa wang yang dimilikinya.

Kuasa wang (the power of money)


dapat mengabui mata manusia.
Yang bodoh boleh mengupah yang
pandai bekerja untuknya;
Yang keji dianggap mulia kerana
mempunyai wang, sebab wang itu
sesuatu yang amat dihargai; dan
Yang hodoh boleh berkahwin dengan
yang cantik kerana ada wang.

Mereka terasing dengan rakan


sekerja kerana menumpukan
perhatian kepada tugas masingmasing. Kadang-kadang tidak
mengenali antara satu sama lain.
Pekerja terasing dengan potensi
yang ada pada diri mereka sendiri
(human potential). Mereka bekerja
sebagai mesin yang tidak berpeluang
menzahirkan potensi/kualiti yang ada
pada diri masing-masing.

Bagi Marx, proses alienation ini


diperluaskan ke peringkat
pengeluaran, di mana manusia
dikatakan terasing dengan perkara
berikut:
Pekerja terasing dengan pekerjaan
mereka. Mereka bekerja untuk
golongan kapitalis. Minat mereka
hanya mendapat upah.
Pekerja terasing dengan hasil
keluaran mereka akibat pengkhususan
(division labour).

RALF DAHRENDORF
Ralf Dahrendorf mengatakan
masyarakat mempunyai "dua muka"
(two faces) atau dua dua model, di
satu pihak wujudnya persetujuan
(consensus), dan di satu pihak lain
pula wujudnya konflik.

Two Faces of Society


Jika teori structural-functional
menumpukan perhatian kepada soal
ketenteraman (orderliness) dan
persetujuan (consensus) dalam
masyarakat, teori konflik
menumpukan kepada soal
perselisihan pendapat, perbalahan
dan konflik dalam masyarakat.

Jika teori functionalist


menitikberatkan soal kestabilan dan
integrasi dalam masyarakat, teori
konflik pula menitikberatkan soal
perubahan dan disintegrasi pada
pelbagai unsur dalam masyarakat.

Jika teori functionalist melihat


masyarakat sebagai satu entiti yang
berpadu (integral entity) yang diikat
oleh nilai, norma dan moraliti yang
dikongsi bersama oleh anggota
masyarakat, teori konflik
mengatakan jika pun terdapat
ketenteraman dalam masyarakat,
ketenteraman tersebut lahir daripada
tekanan beberapa orang individu
yang memegang kuasa dari atas.

Dengan kata lain, jika golongan


fungsionalis mengatakan
ketenteraman yang wujud dalam
masyarakat itu disebabkan setiap
anggota masyarakat akur kepada
sistem nilai yang dipegang bersama,
pendokong teori konflik sebaliknya
mengatakan ketenteraman itu wujud
atas dasar kuasa (role of power)
yang dipegang dan dilaksanakan
oleh pihak tertentu (iaitu
pemerintah) dari atas.

Dahrendorf mengakui masyarakat


tidak boleh wujud tanpa dua faktor
ini, yang masing-masing dikatakan
menjadi pra-syarat kepada satu
sama lain.
Persetujuan membawa kepada
konflik dan seterusnya konflik
membawa kepada persetujuan.
Ini dirumuskan seperti berikut:

CIRI-CIRI PERSETUJUAN
(CONSENSUS)
Setiap masyarakat mempunyai
susunan unsur-unsur yang
berterusan
Setiap masyarakat merupakan
susunan unsur yang berpadu
Setiap unsur dalam masyarakat
memberi sumbangan
(berfungsi) ke arah kewujudan
masyarakat sebagai satu entiti
yang fungsional
Setiap masyarakat wujud atas
dasar persetujuan
(consensus) di kalangan
anggotanya.

CIRI-CIRI KONFLIK
Setiap masyarakat tertakluk
kepada perubahan pada
setiap detik. Perubahan
tidak dapat dielakkan
Setiap masyarakat mengalami
konflik sosial, juga pada
setiap detik. Oleh itu konflik
sosial tidak dapat dielakkan
Setiap unsur dalam masyarakat
memberi sumbangan ke
arah perubahannya sendiri
Setiap masyarakat wujud atas
dasar adanya tekanan
(constraint) ke atas
sesetengah anggotanya
daripada anggota yang lain

Apabila Dahrendorf mengatakan


ketenteraman (orderliness) yang
wujud dalam masyarakat disebabkan
oleh tekanan (enforced constraint)
daripada mereka yang mempunyai
kuasa atau autoriti dari atas, maka
bagi beliau soal agihan autoriti yang
berbeza (differential distribution of
authority) merupakan faktor penentu
bagi wujudnya konflik dalam
masyarakat.

Dahrendorf menegaskan bahawa


pelbagai kedudukan atau position
yang dipegang oleh anggota
masyarakat menyebabkan
terdapatnya perbezaan-perbezaan
dari segi autoriti, dan justeru itu
membawa kepada wujudnya konflik.

Perkara yang menimbulkan konflik


disebabkan perbezaan kedudukan
dan autoriti ini dihubungkan dengan
soal domination (dominasi) dan
subjugation (keadaan didominasikan).
Yang penting bagi Dahrendorf bukan
individu yang mendominasi atau yang
didominasi, tetapi struktur autoriti
dalam masyarakat yang
menyebabkan domination dan
subjugation itu berlaku.

Dengan kata lain, wujudnya struktur


autoriti yang memperlihatkan
adanya unsur super-ordination
(kedudukan di atas) dan subordination (kedudukan di bawah)
dalam masyarakat.

Sesiapa sahaja yang memegang


kedudukan tertentu dijangka akan
mengenakan tekanan atau
mendominasikan mereka di
bawahnya, bukan kerana ingin
berbuat demikian atas dasar
peribadi, tetapi semata-mata untuk
memenuhi jangkaan (expectation)
kedudukan atau peranan yang
dipegangnya.

Seperti juga autoriti, jangkaan ini


dihubungkan dengan kedudukan atau
peranan, bukan individu yang
memegang peranan tersebut.
Autoriti dan juga jangkaan memenuhi
kedudukan itu adalah sesuatu yang
sah.
Oleh yang demikian, hukuman boleh
dikenakan kepada mereka yang engkar
atau yang tidak menurut arahan
daripada autoriti yang sah tersebut.

Dahrendorf seterusnya mengatakan


oleh kerana autoriti itu dikaitkan
dengan kedudukan atau peranan,
maka ia bukan sesuatu yang tetap
dipegang oleh individu tertentu.
Seseorang individu itu mempunyai
autoriti selagi beliau memegang
peranan atau menduduki position
yang membolehkannya mendominasi
atau dijangka mendominasikan orang
lain di bawahnya.

Seseorang itu juga boleh dalam satu


keadaan mendominasikan, tetapi
dalam keadaan lain pula
didominasikan oleh orang lain.
Misalnya, di pejabat seorang pegawai
wanita boleh memberi arahan
(mendominasikan) kepada staf
bawahannya, tetapi di rumah, beliau
didominasikan pula oleh suami.

Dalam masyarakat terdapat pelbagai


pertbuhan, organisasi, institusi dll.,
dengan demikian seseorang individu
itu boleh menduduki atau memegang
peranan superordination (atasan),
DAN pada masa yang sama
menduduki atau memegang peranan
subordination (bawahan).

Autoriti yang terdapat dalam satusatu persatuan atau pertubuhan itu


adalah sesuatu yang berdikotomi
(dichotomous), iaitu terletak pada
dua penghujung yang berbeza.
Oleh yang demikian, hanya dua
kelompok yang berbeza akan wujud
dalam persatuan atau pertubuhan
tersebut, iaitu kelompok
superordination dan kelompok
subordination.

Kelompok-kelompok yang mewakili


kepentingan yang berbeza ini disebut
sebagai kelompok-kelompok
sekepentingan (interest groups).
Kelompok sekepentingan akhirnya
menjadi kelompok berkonflik (conflict
groups).

Anda mungkin juga menyukai