Anda di halaman 1dari 9

0

NAMA:.

TING:

UJIAN FORMATIF 1
SEJARAH TINGKATAN LIMA
ARAHAN

Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan


bahagian B. Sila jawab semua soalan dibahagian yang telah disediakan.

BAHAGIAN A (SOALAN OBJEKTIF)


1 Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15, apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika
Latin, Afrika dan Asia. Menurut pengetahuan sejarah anda, apakah imperialisme?
A Dasar menguasai sumber ekonomi
B Dasar meluaskan pengaruh dan wilayah
C Tindakan mengembangkan pengaruh agama
D Tindakan untuk mengembangkan idea ke negara lain
2 Mengapakah imperialis Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia Tenggara?
A Melambangkan kekuatan dan kekayaan negara
B Galakan daripada pemerintah dan raja di Eropah
C Menghapuskan monopoli negara China dan India
D Saingan dengan pedagang-pedagang Arab dan India
3 Slogan beban orang putih digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam menjalankan imperialisme. Apakah
maksud beban orang putih?
A Bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera
B Bertanggungjawab untuk memodenkan kehidupan
C Bertanggungjawab untuk menyebarkan tamadun
D Bertanggungjawab untuk menyebarkan agama
4 Mengapakah kuasa Barat yang berjaya menguasai Asia Tenggara ingin menggantikan sistem pemerintahan beraja
tempatan?
A Ingin memantapkan sistem politik tempatan
B Ingin menjajah semua negara Asia Tenggara
C Ingin memperkenalkan sistem birokrasi Barat
D Ingin bekerjasama dari segi politik dan ekonomi
5 Manakah antara berikut adalah berkenaan dengan Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara?
I Gabenor Jeneral menjadi ketua pentadbir di tanah jajahan
II Undang-undang Barat bercampur aduk dengan adat resam tempatan
III Kerajaan pusat dibentuk melalui penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
IV Pegawai Barat menjadi ketua biro dan berkongsi kuasa dengan pembesar tempatan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

...... negara ini terdiri daripada barangay yang diperintah oleh golongan
datu. Di selatannya pula tidak wujud kerajaan-kerajaan Islam...
Manakah antara berikut sesuai dengan pernyataan di atas?
A Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Indonesia
B Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Vietnam
C Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Filipina
D Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Burma
9 Apakah tujuan Belanda menubuhkan Volksraad di Indonesia?
A Penasihat pentadbiran Belanda
B Langkah ke arah kemerdekaan
C Pembahagian kuasa pemerintah tempatan
D Usaha menghapuskan golongan nasionalis
10 Antara berikut, yang manakah tugas Raja Burma sebelum penjajahan British?
I Penaung kepada sami Buddha
II Mengetuai Persatuan Belia Buddha
III Menjadi penasihat angkatan tentera
IV Pentadbiran dibantu oleh Majlis Diraja Tentera
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
11 Apakah sistem pentadbiran kerajaan Melaka yang menjadi ikutan kebanyakan negeri-negeri Melayu sebelum
kedatangan Portugis?
A Empat Pembesar Pusat
B Negeri Jajahan Naungan
C Pembesar Empat Lipatan
D Pentadbiran Daerah dan Jajahan
12 Mengapakah penduduk Filipina yang beragama Kristian menentang penjajah Sepanyol?
A Kekurangan gereja untuk beribadat
B Mungkir janji untuk memberi kemerdekaan
C Mubaligh Kristian melakukan penyelewengan
D Beranggapan penganut tempatan adalah kelas rendah
13

Pengangkutan
Jalan raya

Perhubungan

Kereta api

Telegraf

Telefon

Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesan perkembangan infrastruktur ke atas perkembangan nasionalisme?
A Membincangkan idea nasionalisme
B Memudahkan rakyat dan pemimpin
C Menghubungkan pelbagai kaum di kawasan terpisah
D Menyekat perkembangan nasionalisme di kawasan pedalaman

14

Sistem Tanaman
Paksa

Indonesia

Filipina

Sistem Polo

Pelaksanaan sistem di atas oleh penjajah mempunyai satu persamaan. Apakah persamaan tersebut?
A Kemasukan ramai imigran
B Menindas penduduk peribumi
C Menggunakan kaedah tradisional
D Penjajah memonopoli hasil keluaran pertanian
15

Vietnam
Tribune Indigene

Tanah Melayu

Clochefelee

al-lkhwan

Saudara

Majlis

Penjajah menganggap media massa di atas mengancam politik mereka. Sikap ini bertentangan dengan amalan di
negara mereka sendiri. Apakah amalan tersebut?
A Diskriminasi kaum
B Hak asasi manusia
C Kebebasan akhbar
D Humanisme

16 Mengapakah gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara lebih radikal?


A Penjajah mula menghapuskan bangsa dan negara jajahan
B Nasionalisme tahap pertama yang lebih sederhana sifatnya gagal
C Usaha menuntut kemerdekaan dipengaruhi perjuangan pemimpin tertentu
D Nasionalisme tahap pertama hanya tertumpu kepada usaha menuntut kemerdekaan

17

Tokoh X
Menuntut Filipina
menjadi wilayah
Sepanyol

Menubuhkan
Liga Filipina

Tokoh di atas merupakan pejuang nasionalis Filipina yang menghadapi penjajahan Sepanyol. X ialah
A Emilio Aguinaldo
B Andres Bonifacio
C Sergio Osmeno
D Jose Rizal

18 Apakah persamaan perjuangan nasionalisme Raden Adjeng Kartini dan Pertubuhan Muhammadiyah?

A
B
C
D

Membela nasib kaum wanita


Menegakkan Islam yang sebenar
Menerapkan idea moden dan sekular
Memberi tumpuan isu-isu pendidikan

19 Siam tidak pernah dijajah oleh kuasa asing. Oleh itu gerakan semangat nasionalisme di Siam bukanlah kerana
penentangan penjajahan. Apakah faktor yang menyebabkan para nasionalis Siam menentang?
I Raja berkuasa mutlak
II Pemimpin berhaluan kiri
III Revolusi rakyat siam
IV Cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
20 Apakah tujuan dasar penaklukan British di daerah dan negeri seperti di Naning, Terengganu, Sarawak dan Sabah?
A Untuk memaksa rakyat menentang raja
B Untuk mengukuhkan kedudukan politik British
C Untuk menunjukkan kehebatan sistem politik British
D Untuk melonggarkan perintah dan peraturan tempatan
21 Bagaimanakah eksploitasi terhadap ekonomi tempatan yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu?
A Perjanjian dengan pemimpin tempatan membawa masuk saudagar luar
B Ambil alih penguasaan pemerintah tempatan dalam perdagangan
C Usahasama dengan pemimpin tempatan dalam perlombongan
D Melalui rampasan dan paksaan
22 Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh apabila British menjajah kawasan mereka sehingga mereka
kehilangan kuasa untuk mentadbir
I negara
II jajahan
III kawasan
IV anak buah
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
23 Mengapakah Rentap terpaksa berundur ke Bukit Sadok setelah berjaya menewaskan James Brooke di Kubu Nanga
Skrang?
A Mendapat sokongan penduduk tempatan
B Untuk menyusun semula angkatan tentera
C Tempat strategik untuk melancarkan serangan
D Kampung halaman mereka dibakar oleh musuh

24 Setelah British mentadbir Tanah Melayu, pembesar tempatan diberi

A
B
C
D

jawatan pembantu pegawai


imbuhan berbentuk pencen
gelaran tertinggi tempatan
tempat tinggal percuma

25 Mengapakah penduduk tempatan menentang pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941?
A Sikap Jepun yang mungkir janji dalam memberi kemerdekaan
B Kesengsaraan kehidupan rakyat untuk mendapat makanan
C Menyekat rakyat daripada penghijrahan ke negara jiran
D Memberi layanan istimewa kepada golongan imigran
26 British menggunakan tipu helah kuasa dan nama sultan bagi mematahkan pemberontakan di Terengganu dan
Kelantan. Mengapakah penjajah British menggunakan sultan dalam situasi tersebut?
A Penjajah dalam keadaan amat terdesak
B Penjajah sedar rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan
C Penjajah bekerjasama dengan sultan dan menjamin kedudukan mereka
D Penjajah sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat mereka
27 Gerakan Pan-Islamisme sedunia merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia yang membangkitkan
pemahaman terhadap Islam menentang penjajahan Barat. Siapakah yang memulakan gerakan ini?
A Syed Sheikh al-Hadi
B Sheikh Tahir Jalaludin
C Syeikh Muhammad Abduh
D Dr. Burhanuddin al-Helmy
28 Kaum Muda menggesa orang Melayu memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial. Mereka turut
mengkritik golongan yang menghalang kemajuan orang Melayu. Siapakah pihak yang dikritik?
I Imigran India
II Imigran Cina
III Raja Melayu
IV Pembesar Melayu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

29 Kaum Muda bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat tetapi beberapa undang-undang yang dikeluarkan oleh
Negeri-Negeri Melayu telah menghalang pengaruh Kaum Muda. Apakah halangan tersebut?
I Undang-undang melarang golongan yang menentang Kaum Tua masuk ke Negeri-Negeri Melayu
II Undang-undang menghalang Kaum Muda bekerjasama dengan British di Negeri-Negeri Melayu
III Undang-undang tidak membenarkan kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan
IV Undang-undang melarang risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Negeri-Negeri Melayu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
30 Mengapakah isu pendidikan menjadi fokus utama dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan rakyat Tanah
Melayu?

A
B
C
D

Kekurangan institusi pendidikan di bandar


Rakyat dibelenggu dengan pendidikan pondok
Pengabaian British terhadap pendidikan sekolah Melayu
Masyarakat Melayu mementingkan pendidikan Inggeris

RUANGAN JAWAPAN (SOALAN OBJEKTIF)

1. _______________

11._______________

21._______________

2. _______________

12._______________

22._______________

3. _______________

13._______________

23._______________

4. _______________

14._______________

24._______________

5. _______________

15._______________

25._______________

6. _______________

16._______________

26._______________

17._______________

27._______________

18._______________

28._______________

9. _______________

19._______________

29._______________

10._______________

20._______________

30._______________

7. _______________
8. _______________

BAHAGIAN B (SOALAN STRUKTUR)

1 Thailand merupakan sebuah negara yang tidak dikuasai oleh penjajah Barat. Raja Chulalongkorn
telah memperkenalkan birokrasi Barat.
(a) Senaraikan tiga perubahan yang diperkenalkan oleh Raja Mongkut dalam pentadbirannya.
(i)
(ii)
(iii)
[3 markah]
(b) Semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn, baginda telah memperkenalkan dua majlis.
Apakah fungsi majlis-majlis tersebut?
(i) Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi.
[1 markah]
(ii) Kabinet Menteri
[1 markah]
(c) Namakan perubahan yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn dalam tahun 1932.
[1 markah]
(d) Apakah kesan terhadap sistem pemerintahan di Thailand akibat perubahan yang dilakukan
oleh Raja Chulalongkorn?
[1 markah]
(d) Pada pendapat anda, mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaan negaranya?
(i)
(ii)
(iii)
[3 markah]

Gerakan nasionalisme terus berlaku di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah sehingga Perang
Dunia Kedua.
(a) Nyatakan empat faktor yang menjadi pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu.
(i) Pengenalan sistem politik Barat
(ii) Perkembangan sistem pendidikan
(iii) Dasar British
(iv) Pendudukan Jepun
[4 markah]
(b) Bagaimanakah kemunculan mesin cetak menjadi pemangkin nasionalisme?
Penyebaran melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain
-__________
[2 markah]
(c) Senaraikan gerakan-gerakan yang telah memainkan peranan aktif dalam menentang
penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
(i) Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA)
(ii) Force 136
[2 markah]
(d) Apakah matlamat gerakan Pan-Islamisme?
Membangkitkan pemahaman yang lebih pr
ogresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
[2 markah]
-SOALAN TAMAT-SELAMAT MENJAWAB-

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..

(SITI RUZITA BT MOHAMED SARIP)


KETUA PANITIA SEJARAH

(ARPAH BINTI ABAS)


GURU KANAN BIDANG
SAINS KEMASYARAKATAN

Anda mungkin juga menyukai