Anda di halaman 1dari 3

ONE PAGE PROJECT MANAGER (OPPM)

Teoh Hong Kean, Ph.D; Razak b Manaf, Ph.D; Nor Rajiah bt Ahmad Dawa, Hamizi bt
Osman

One Page Project Manager (OPPM) LCML adalah berlandaskan buku The One-page
Project Manager (2007) oleh Calrk Addison Campbell. OPPM digunakan sebagai alat
untuk merancang, memantau dan berkomunikasi tentang status perkembangan
projek. OPPM merumuskan maklumat penting projek tersebut dalam satu muka surat
dan dapat dikongsi bersama pihak pengurusan tertinggi dan juga ahli kumpulan.
OPPM memaklumkan tugasan urus niaga, jadual dan garis masa di samping
memupuk pemahaman bersama (shared understanding).

OPPM mudah dan dapat digunakan oleh semua di samping persembahan visual
meningkatkan pemahaman. Tambahan pula, OPPM merupakan suatu dokumentasi
yang berguna untuk menerangkan dan mendedahkan permasalahan projek melalui
komunikasi dan secara kolaboratif. Konsep utama OPPM adalah ringkas dan
tepat. Pengurus projek harus berfikir mendalam dan menulis dengan ringkas dan
keterangan OPPM menjelaskan intipati projek.

Matriks merupakan elemen terpenting dalam OPPM kerana menggabungkan segala


butiran penting projek. Inisiatif atau aktiviti utama projek dijalankan untuk mencapai
bidang keberhasilan. Inisiatif ini tidak seharusnya terlalu banyak memandangkan
OPPM hanya dalam satu muka surat.

OPPM dapat diguna sebagai pelan taktikal dan pelan operasi sesuatu projek.
Sebagai contoh, jika disediakan oleh pengurusan tertinggi untuk suatu projek
penambahbaikan sekolah, maka OPPM ini adalah pelan taktikal yang menyenaraikan
segala inisiatif atau projek sekolah. Dalam senarai tersebut, ada diisi Profesional
Learning Community (PLC) dan Lesson Study sebagai inisiatif serta mempunyai
pegawai yang bertanggungjawab. Oleh itu, pegawai yang bertanggungjawab akan
menyediakan OPPM PLC yang berfungsi pelan operasi. Beliau akan menyenaraikan
inistiatif untuk melaksanakan PLC tentang Lesson Study, seperti mengadakan
mesyuarat, membina kumpulan, menentukan fokus pembelajaran, membuat
inkuiri tentang permasalahan, menjana idea inovasi, mengajar di samping
memerhati dan akhir sekali membuat refelksi penambahbaikan untuk kitaran
Lesson Study tersebut. Jadual pelaksanaan / status pencapaian adalah laporan
prestasi kualitatif daripada pemantauan yang dijalankan. Penilaian terhadap
keberkesanan Lesson Study akan dibuat dengan merujuk sasaran yang ingin dicapai.

Insiatif ini adalah nadi kepada sesuatu projek. Penambahbaikan sekolah melibatkan
banyak inisitif dan perlu dilaksanakan dengan sempurna, menepati masa dan bajet
yang diperuntukkan.
Tempoh merujuk kepada tarikh projek itu perlu diselesaikan. Tarikh sasaran
adalah perincian setiap inisiatif perlu dijalankan. Bahagian ini memberi gambaran
garis masa untuk setiap inisiatif. Kos dan bajet disenaraikan untuk keseluruhan
projek dan inisiatif yang dijalankan.

Kriteria kejayaan ETR/indikator merupakan sasaran prestasi projek. Indikator perlu


ditulis dengan tepat, dapat diukur dan disahkan agar refleksi dan tindakan
penambahbaikan dapat diadakan apabila projek tersebut selesai.

Matriks

Langkah-langkah penyediaan OPPM:

Langkah 1

Peserta dikehendaki mengisi maklumat tentang sekolah, ketua, nama projek, tempoh
masa dan bidang keberhasilan (KRA) atau matlamat yang ingin dicapai.

Langkah 2

Peserta menngisi bidang focus atau objektif projek dan menyenaraikan indikator
(ETR) yang ingin dicapai. Bidang fokus dan indikator harus dinyatakan dengan
jelas (dalam bentuk yang dapat diukur) agar bidang berhasilan dapat dicapai.
Indikator (ETR) dirujuk apabila selesai projek dan ketua bertanggungjawab untuk
membuat refleksi kepada projek yang dijalankan. Refleksi ini penting agar tindakan
penambahbaikan projek dapat dijalankan.
Langkah 3

Peserta menyenaraikan inisiatif, tugas atau aktiviti utama projek penambahbaikan


tersebut. Inisiatif, tugas atau aktiviti mesti dijajarkan dengan bidang fokus yang telah
dikenal pasti agar bidang berhasilan dapat dicapai.

Langkah 4

Peserta kemudiannya menyenaraikan pegawai yang bertanggungjawab untuk


setiap inisiatif/aktiviti utama disenaraikan. Pegawai yang paling utama dilabel
dengan ‘A’ manakala pegawai kedua yang bertanggungjawab dilabel dengan huruf
‘B’, yang ketiga ‘C’ dan seterusnya.

Langkah 5

Seterusnya, peserta melengkapkan tarikh sasaran projek untuk setiap inisiatif/aktiviti


utama agar bidang keberhasilan dapat dicapai pada tempoh masa yang ditetapkan.

Langkah 6

Peserta harus mengambil kira sumber kewangan dan bajet projek agar pembaziran
tidak berlaku.

Rujukan

Campbell, C. A. (2007). The One-Page Project Manager. New Jersey: Wiley & Sons.

Campbell’s Resources at www.onepageprojectmanager.com/oppm/resource.html

Balanced customer review on Amazon.com dimuat turun pada 27 Julai 2018 http://
www.amazon.com/review/R1M1BI11AF4D7N

Anda mungkin juga menyukai