Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN

SEKOLAH

Nama : Asnah binti Rohim


Sekolah : SMK DatoAbdul Rahman Yassin

A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod


Tarikh
: 27 Januari 2015 (selasa)
Waktu
: 8.10 9.20 pagi.
Tingkatan/kelas : Tingkatan 5 / 5 Cemerlang
Tajuk PdP
: Sinopsis Novel Kabus di Perbukitan
Objektif PdP

: Pada akhir pelajaran, murid dapat :1) Menghuraikan sinopsis novel kabus di perbukitan bab 2,3 dan 4 dengan
tepat.
2) Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 peristiwa penting yang terdapat
di dalam novel.
3) Menyatakan enam watak dan perwatakan watak sampingan dengan
tepat.

Refleksi PdP

: Guru gembira kerana semua aktiviti yang dirancang telah dapat


dilaksanakan dengan lancar. Walau bagaimanapun terdapat 4 orang murid
tidak menguasai. Bimbingan telah diberi dan akan diteruskan.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah:i) Tinjauan masalah


a. Ujian pra sebelum aktiviti.
Pelajar akan menjawab soalan ujian pra sebelum permainan Teka dan
Menang
dijalankan.
b. Ujian pasca selepas aktiviti.
c. Pemerhatian semasa sesi penyelesaian masalah di hadapan kelas serta
penilaian
terhadap latihan dan kerja rumah yang diberikan.

ii ) Permainan Teka dan Menang


Cara pelaksanaan .
-Permainan dijalankan dalam dua pusingan.
Pusingan 1 :
a. Hanya pelajar yang mendapat markah 60 ke atas semasa ujian pra
layak menyertai permainan.
b. Guru akan mengedarkan soalan silang kata kepada pelajar.
c. Pelajar mengisi tempat kosong mengikut panduan ringkas yang diberi.
d. Pelajar yang dapat mengisi semua soalan dengan betul layak masuk
pusingan dua.
Pusingan 2.
a. Pelajar diminta mencabut salah satu soalan berbentuk huraian di
dalam kotak yang disediakan.
b. Pelajar membaca soalan yang diperolehi dengan kuat di hadapan
kelas.
c. Seterusnya pelajar dikehendaki menjawab soalan tersebut secara
spontan di hadapan kelas.
d. Pelajar yang mendapat markah 3 tertinggi akan diberi hadiah dan
dianggap sebagai pemenang.

C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah:1. Murid seronok belajar dan menunjukkan minat untuk
mencuba setiap aktiviti.
2. Murid menunjukkan komitmen dan kerjasama yang baik
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Murid lebih mudah memahami sinopsis novel serta dapat
menjawab soalan yang diberi dengan baik dan tepat.
4. Murid lebih berdikari dan berani tampil di hadapan kelas untuk
menjawab soalan.

Anda mungkin juga menyukai