Anda di halaman 1dari 5

Apa Yang Terjadi Pada Akaun

Facebook Selepas Kita Mati ?


Masa aku tengah dok online Facebook tadi, terbaca la benda ni daripada wall kawan-kawan.
Macam tertarik pulak dengan apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Jadi aku ingin berkongsi
untuk renungan kita bersama. Kalaulah kita mati, apa yang akan terjadi pada akaun Facebook
kita kelak ? Sempat ke korang nak delete akaun tu sebelum mati ? Tahu pulakkan kita nak mati
bila. Jom baca
mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..
dan
selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari
akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih


Suami Orang
1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN
DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa
amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi
sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti
saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini
mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi,
percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta
kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk
dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia
sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau

perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk


mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia
menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu
ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam
perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang
meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan
membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan
dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan
berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa
diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu
berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang
sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya.
Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami kerugian kerana
terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu
tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan
membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat
kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena
ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan
dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya?
Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas
menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan
diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan
jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk
tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia
sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan
dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU


Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat
kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita
seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya.
Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak test market saja. Tak
sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup
menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul
soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan
naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami
wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu
sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang
lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk
menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak
mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti!
Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak
menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama
masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang
dikatakan sebagai Action that speak louder than words (pandai cakap tapi
buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN BOOMERANG KESALAHAN
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap
sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang
mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari
kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia
diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia
menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala
derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang
menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIASIAKANNYA


Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama
beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila
kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan
diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut
kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu
menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Anda mungkin juga menyukai