Anda di halaman 1dari 19

‫جابنت اضام اسالم نضري جوهر‬

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN IBADAH KORBAN
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
NEGERI JOHOR DARUL TA`ZIM
_________________________________________________________

1. TUJUAN

Garis panduan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada Ahli
Jawatankuasa Pengurusan Masjid atau Surau yang berhasrat melaksanakan
ibadah korban serta menyelaras segala bentuk aktiviti pelaksanaannya dalam
Negeri Johor.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Ibadah korban merupakan ibadah umat Islam apabila tiba hari raya
Aidiladha. Ibadah korban kebiasaannya dilaksanakan di masjid dan
surau secara bergotong-royong menyembelih, melapah, memasak dan
kemuncaknya diagih-agihkan daging korban tersebut kepada yang
berhak.

2.2 Sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini agak berbeza dengan
tahun-tahun sebelum ini disebabkan pelaksanaan PKPP dan penularan
wabak Covid-19 yang belum dapat ditangani dengan sepenuhnya.
Semua peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (K.K.M) dan Majlis Keselamatan Negara (M.K.N) hendaklah
dipatuhi untuk keselamatan dan kemaslahatan semua.

1
2.3 Berdasarkan perkembangan semasa Covid-19, maka tempoh PKPP
akan bermula pada 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 bersamaan 18
Syawal 1441 sehingga 12 Muharam 1442 sebagaimana pengisytiharan
oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 7 Jun 2020 bersamaan 15
Syawal 2020.

2.4 Justeru jawatankuasa ibadah korban masjid dan surau hendaklah


meminimakan jumlah haiwan korban dan pelaksanaan sembelihan
korban di Pusat Penyembelihan adalah amat digalakkan.

2.5 Sehubungan dengan itu, satu garis panduan pelaksanaan ibadah


korban yang selaras dalam tempoh PKPP disediakan untuk rujukan dan
panduan masyarakat serta penyelarasan pelaksanaan ibadah korban di
negeri Johor.

3. OBJEKTIF

3.1 Memastikan Jawatankuasa Ibadah Korban dan masyarakat memahami


dan mematuhi segala bentuk garis panduan yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa.

3.2 Menyesuaikan peraturan dan norma baharu kehidupan dalam


pelaksanaan ibadah korban berteraskan maqasid syariah dan kaedah
fiqh sebagai langkah pencegahan.

3.3 Menjaga kesucian dan kebersihan kawasan masjid dan surau dari
sebarang najis dan bau yang kurang menyenangkan;

3.4 Memastikan semua pihak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan


Pemulihan (PKPP).

4. UNDANG-UNDANG TERPAKAI

4.1 Undang-undang dan peraturan yang terpakai bagi setiap penganjuran


ibadah korban di mana-mana kawasan di negeri Johor ialah:
2
(a) Akta Binatang 1953 (semakan 2006) [Akta 647] dan dibaca bersama
Akta Binatang (Pindaan) 2013 [Akta A1452];

(b) Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009:

(c) Akta Kerajaan Tempatan 1976;

(d) Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Qurban, Jabatan


Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2013;

(e) Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan;

(f) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003;

(g) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997;

(h) Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Johor; dan

(i) Mana-mana undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dari


semasa ke semasa.

5. PANDUAN AWAL SEBELUM PELAKSANAAN IBADAH KORBAN

5.1 Tempat Pelaksanaan Sembelihan Korban:

(a) Rumah Sembelihan (Abbattoir) Jabatan Perkhidmatan Veterinar


Negeri Johor sebanyak sebuah; (Lampiran 6)

(b) Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan


sebanyak 8 buah dalam Negeri Johor; (Lampiran 6)

(c) Rumah Sembelih Swasta Sementara Di Bawah Kebenaran Negeri


sebanyak sebuah; (Lampiran 7)

3
(d) Rumah Sembelih Sementara diluluskan bagi tujuan penyembelihan
Sempena Perayaan Aidiladha Tahun 2020 sebanyak 22 buah
dalam Negeri Johor; (Tarikh laksana 31 Julai hingga 3 Ogos
2020),(Lampiran 7)

(e) Tempat penyembelihan di masjid atau surau yang mendapat


kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Kadi Daerah dan
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT);

5.2 Pematuhan Peraturan Ibadah Korban:

(a) Kawasan masjid dan surau dalam negeri Johor yang tidak
mempunyai kemudahan dan tempat penyembelihan korban yang
diluluskan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah serta
tidak ada kebenaran daripada Pejabat Kadi Daerah, tidak
dibenarkan melaksanakan ibadah korban;

(b) Jawatankuasa Ibadah Korban Masjid dan Surau yang akan


melaksanakan ibadah korban hendaklah mengisi dan
menghantar Borang Permohonan Ibadah Korban ke Pejabat Kadi
Daerah beserta dokumen iaitu;

i. Susun atur khemah atau meja berdasarkan keperluan;


ii. Gambar kandang ternakan korban;
iii. Gambar tempat sembelihan ternakan korban;
iv. Gambar tempat melapah;
v. Gambar tempat memotong daging korban; dan
vi. Gambar tempat membuang sisa pepejal dan cecair kotoran
ternakan korban.

(c) Borang Permohonan Permit Penyembelihan Luar, Sijil Kesihatan


Veterinar dan Akuan Pemindahan Ternakan dari Pejabat
Perkhidmatan Veterinar Daerah;
4
(d) Surat kelulusan permit penyembelihan ibadah korban daripada
pihak Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah akan dikeluarkan
setelah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Kadi Daerah;

(e) Bagi pergerakan ternakan yang telah disembelih, perlu


mendapatkan permit pemindahan hasil haiwan (percuma) di
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah;

(f) Syarat kelayakan petugas:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur dari 18 hingga 70 tahun;

iii. Tidak bergejala seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak


dan penyakit kronik;

iv. Rekod bacaan suhu badan tidak melebihi 37.5°c;

v. Petugas yang masih dalam tempoh kuarantin tidak


dibenarkan hadir; dan

vi. Bilangan petugas dalam satu-satu masa hendaklah tidak


melebihi 20 orang dan jawatankuasa korban hendaklah
membuat penggiliran petugas mengikut kesesuaian.

5.3 Sebaran Maklumat:

(a) Sebaran maklumat seperti promosi, pendaftaran, notis dan


peraturan hendaklah disebarkan melalui aplikasi media sosial
seperti facebook, whatsapp, instagram dan sebagainya;

(b) Pengesahan penyertaan, akad atau wakalah dan pembayaran


hendaklah dilakukan secara atas talian (online) adalah
digalakkan;
5
(c) Resit dan kupon penyertaan peserta ibadah korban akan
diserahkan secara atas talian (online) adalah digalakkan.

5.4 Pengurusan Haiwan Korban:

(a) Pemilihan haiwan korban di pusat penternakan hanya terhad


kepada empat (4) orang sahaja;

(b) Penetapan waktu penghantaran ditetapkan pada jam 8.30 pagi


sehingga 9.00 malam sahaja dan perlu diawalkan
penghantarannya sebelum hari pelaksanaan ibadah korban;

(c) Memastikan kebajikan haiwan terpelihara seperti makan dan


minum yang mencukupi; dan

(d) Menempatkan haiwan korban didalam kandang yang dikhaskan.

6. PANDUAN SEMASA PELAKSANAAN IBADAH KORBAN DI MASJID DAN


SURAU

6.1 Ahli Jawatankuasa Korban Masjid dan Surau yang telah mendapat
kebenaran dan kelulusan melaksanakan ibadah korban hendaklah
melaksanakan perkara berikut:

(a) Peserta korban dan orang awam tidak dibenarkan berada di


lokasi pengurusan ibadah korban melainkan mereka merupakan
sebahagian daripada petugas yang dilantik, tetapi boleh hadir
secara berperingkat untuk mengambil bahagian daging korban
sekiranya diarah berbuat demikian oleh jawatankuasa;

(b) Jumlah kehadiran pada satu-satu masa tertakluk kepada


kesesuaian kawasan dan tempat dengan mengelakkan elemen
3S (Sesak, Sempit dan Sembang Dekat);

6
(c) Merekod kehadiran dan bacaan suhu badan dalam buku rekod
atau mengimbas kod QR yang disediakan oleh pihak
Jawatankuasa Ibadah Korban;

(d) Memakai pelitup hidung dan mulut (face mask) dan memastikan
penjarakan sosial (social distancing);

(e) Memakai kelengkapan diri seperti apron dan sarung tangan


kepada petugas;

(f) Menggunakan hand sanitizer yang disediakan secara berkala;

(g) Peserta yang mengambil bahagian dalam ibadah korban


hendaklah mewakilkan kepada penyembelih atau wakil yang
dilantik;

(h) Proses lapah hendaklah dalam keadaan digantung dan proses


keratan bahagian daging korban boleh dilakukan di tempat atau
khemah yang dikhaskan di masjid atau surau;

(i) Pengagihan daging korban hendaklah dibuat melalui


penghantaran secara langsung oleh jawatankuasa atau petugas
kepada peserta yang mengambil bahagian dan fakir miskin serta
orang ramai berdasarkan senarai nama yang telah ditetapkan;

(j) Sebarang bentuk jamuan untuk petugas hendaklah dibungkus


dan di agihkan manakala aktiviti memasak di masjid dan surau
adalah dilarang;

(k) Setiap kawasan penyimpanan ternakan, penyembelihan,


pelapahan, pemotongan dan pengagihan yang dibenarkan
hendaklah melalui proses sanitasi sebelum dan selepas
perlaksanaan ibadah korban dilaksanakan.

7
6.2 Bagi sembelihan yang dilakukan di Pusat-Pusat Penyembelihan
Jawatankuasa Korban Masjid dan Surau dibenarkan melaksanakan
proses pemotongan daging dan pengagihan di khemah atau tempat
yang dikhaskan di masjid atau surau.

7. PANDUAN SELEPAS PELAKSANAAN IBADAH KORBAN

7.1 Memastikan keseluruhan tapak penyembelihan, melapah, memotong,


mengagih dan tempat pengurusan korban dibersihkan;

7.2 Sisa pepejal dan sisa cecair seperti darah, tulang, kulit, isi perut yang
tidak diperlukan hendaklah ditanam dalam lubang dengan kedalaman
satu (1) meter bagi seekor haiwan korban kemudian dikambus dan
ditaburkan kapur pertanian;

7.3 Memastikan semua peralatan yang digunakan perlu dibersihkan,


disusun rapi dan disimpan;

7.4 Membuang peralatan yang digunakan dengan cara yang betul seperti
apron, pelitup hidung dan mulut (face mask) dan sarung tangan di
tempat yang sesuai atau disediakan;

7.5 Meninggalkan segera kawasan pengurusan penyembelihan sebaik


selesai pelaksanaan ibadah korban; dan

7.6 Melakukan proses sanitasi sebelum dan selepas perlaksanaan ibadah


korban dilaksanakan.

8. RUJUKAN

Garis panduan ini akan menjadi rujukan semua Ahli Jawatankuasa Ibadah
Korban Masjid dan Surau di Negeri Johor;

8
9. PELANGGARAN

9.1 Pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (P.D.R.M), Jabatan


Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta Pihak
Berkuasa Tempatan (P.B.T) akan memantau pelaksanaan garis
panduan ini;

9.2 Mana-mana pihak yang gagal mematuhi garis panduan ini dalam
pelaksanaan ibadah korban, maka boleh diambil tindakan oleh
jabatan ini atau agensi-agensi berkuasa yang lain seperti berikut:

(a) Memberi amaran kepada mereka yang gagal mematuhi garis


panduan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Daerah; atau

(b) Mengenakan apa-apa tindakan dibawah Pekeliling, Enakmen


atau akta yang dikuatkuasakan oleh agensi masing-masing
kepada mana-mana pihak yang ingkar;

10. TARIKH BERKUATKUASA

10.1 Garis panduan ini mula berkuatkuasa pada 1 Zulkaedah 1441


bersamaan 23 Jun 2020.

10.2 Pelaksanaan ibadah korban di kawasan yang di isytiharkan


sebagai Zon Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD)
adalah tidak dibenarkan.

11. PENUTUP

Semoga garis panduan ini dipatuhi oleh semua pihak yang melaksanakan
ibadah korban dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(P.K.P.P) Bagi Memutuskan Rantaian Covid-19 di Negeri Johor.

Sekian.
9
“MUAFAKAT ITU BERKAT. KEPADA ALLAH SWT KITA BERSERAH”

Disediakan oleh :

(DATO` HAJI MD. ROFIKI BIN DATO` HAJI A. SHAMSUDDIN)


Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Disahkan:

(DATO` HAJI YAHYA BIN AHMAD)


Mufti Negeri Johor.

Tarikh: 30 Syawal 1441 bersamaan 22 Jun 2020

10
Lampiran 1

CONTOH GAMBAR TEMPAT DAN PERALATAN PENYEMBELIHAN (ABBATTOIR)


DI BAWAH KELOLAAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

11
Lampiran 2

CONTOH GAMBAR TEMPAT DAN PERALATAN PENYEMBELIHAN


DI BAWAH KELOLAAN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA (RUMINAN)

12
Lampiran 3

CONTOH GAMBAR TEMPAT DAN PERALATAN PENYEMBELIHAN


DI MASJID AL-JAWAHIR TAMAN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU

13
Lampiran 4

‫جابنت اضام اسالم نضري جوهر‬


BORANG PERMOHONAN KEBENARAN
PELAKSANAAN IBADAH KORBAN DI MASJID DAN SURAU
NEGERI JOHOR

Daerah :
Nama pemohon :
No K/P pemohon :
No tel :
Alamat Masjid / Surau :

Tarikh pelaksanaan : Hari :


Jenis haiwan : Jumlah ekor :
Kemudahan yang sedia : 1. Plan susun atur meja dan khemah
ada (nyatakan) 2. Gambar kandang
3. Gambar tempat sembelih
4. Gambar tempat melapah
5. Gambar tempat memotong daging
6. Gambar tempat pelupusan sisa
Pengisytiharan pemohon : Saya yang bertandatangan di bawah ini, mengisytiharkan
bahawa semua butiran dan maklumat yang diberikan dalam
permohonan ini adalah betul dan benar. Saya selanjutnya
memahami arahan Pekeliling Tempat Penyembelihan dan
Pengurusan Haiwan Korban Di Negeri Johor Darul Ta’zim
2019 serta memahami pihak berkuasa Agama boleh
menolak atau membatalkan permohonan saya jika mana-
mana maklumat yang diberikan palsu.
Tandatangan pemohon :

Tarikh permohonan :
Kegunaan Pejabat Kadi
Status permohonan : Lulus Gagal
Tarikh :
Tandatangan pegawai yang
memberi kebenaran :

14
Lampiran 5

CONTOH BORANG JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

APTVM Kebenaran Sembelih [APTVM 21(a):1/2010]


BORANG 4
[SUBKAEDAH 13(2)]
AKTA BINATANG 1953
KAEDAH-KAEDAH BINATANG (KAWALAN PENYEMBELIHAN) 2009
PERMOHONAN BAGI PERMIT UNTUK MENYEMBELIH BINATANG Dl LUAR RUMAH
PENYEMBELIHAN DILULUSKAN ATAU RUMAH PENYEMBELIHAN
DILESENKAN
(PEMOHON HENDAKLAH MELENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN INI)

15
Lampiran 6

SENARAI RUMAH SEMBELIHAN (ABBATTOIR) DI BAWAH KELOLAAN


JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR

TEMPAT NO. TELEFON

KOMPLEKS ABATTOIR JOHOR BAHRU


Batu 4, Jalan Kempas Lama, Kawasan Perindustrian Kampung 07-5576128
Maju Jaya, 81300 Johor Bahru, Johor

SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN


OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020

BIL NAMA ALAMAT DAERAH NO.TEL

Rumah Penyembelihan Khatij


Abdul Jalil bin
1 Goat Farm, PTD 3744 Kota Tinggi 013-7735022
Mohamed Moideen
Kg Sri Aman 81900

Mohd Yusof bin Parit Sumarto 013-7706002


2 Batu Pahat
Dazdat Pari Raja 86400 012-3235489

Ajuni Enterprise, Pos 55, Kg Sri


3 Sarjuni bin Karjani Batu Pahat
Belahan Tampok, Rengit 83100

Syarikat Osman Goat Farm


Osman bin Cheya
4 No 38, Jalan Enau Johor Bahru 07-3542828
Kutty
Kangkar Tebrau 81100

Perniagaan Md Sangidi, No 81, 016-7844733


5 Md Sangidi bin Kamari Kluang
Kg Tengah Renggam 86300 07-7535335

Ladang Alifah, Batu 3 07-7056808


6 Lazuli Sdn Bhd Kluang
Jalan Mersing 86000 07-7056881

Rumah Penyembelihan UK
Farm, Plot 8 07-7597555
7 Goh Un Keng Kluang
Projek Pertanian Moden Kluang 012-3420616
KM 13 Jln Batu Pahat 86000

Hj Mohd Janis Abu Kg Parit Kasan 012-6125334


8 Bukit Gambir 84800 Tangkak
Bakar 06-9761213

16
Lampiran 7

RUMAH SEMBELIH SWASTA SEMENTARA


DI BAWAH KEBENARAN NEGERI

BIL NAMA ALAMAT DAERAH NO. TELEFON

1 Kluang Beef No. 5, Jalan Langsat, 86000 Kluang Kluang 013-7667444

SENARAI RUMAH SEMBELIH SEMENTARA DILULUSKAN


BAGI PELAKSANAAN PENYEMBELIHAN IBADAH KORBAN TAHUN 2020 M / 1441 H
OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR
(TARIKH LAKSANA 31 JULAI 2020 HINGGA 3 OGOS 2020)

BIL NAMA ALAMAT DAERAH NO. TEL

Mohd. Aliffi bin Abu No. 24, Kampong Jawa Ulu, Pulai Sebatang
1 Pontian 012-7480286
Hari Ayer Baloi 82100

Mohd. Zulfadli bin


2 Kampong Parit Mokhayat, Ayer Baloi 82100 Pontian 012-7267190
Supardi

No. 102A, Jalan Rizab 1, Kg. Melayu Raya


3 Saéman bin Mansor Pontian 019-7854741
Pkn Nanas 81500

Mujir Javanese Farm, No 82, Kg Sri Bunian 012-7627011


4 Zamallulaill bin Sawal Pontian
Batu 33, Jalan Johor 82000 019-7277441

Syarikat Yousuf Jantan


5 Lot 9432, Kg Sawah, Mukim Pekan Nenas 82000 Pontian 013-7226296
Enterprise

6 Nurazam bin Jamil Kg Sungai Tuan She, Tanjung Sedili 81910 Kota Tinggi 013-7578709

Mohammad Hafis bin


7 No 1843, Blok 15, FELDA Papan Timur 81900 Kota Tinggi 012-7968465
A. Kadir

Desa Selatan Beef Sdn Bhd, Lembah Bio-Tek 012-7693947


8 Hairi bin Abdullah Kota Tinggi
Peladang Johor, Sg Lebak 81900 019-7505919

KM 16, Jalan Mersing, Projek Pertanian Moden


9 D.K Ternak Sdn Bhd Kluang 03-33717755
Padang Hijau 86000
Muhammad Luqman
016-3531262
10 Nuk Hakim bin JPK 74/4, Jalan Parit Kangkong, Bukit Pasir 83000 Batu Pahat
016-6405104
Muhamad Toha
017-7225344
11 Mohd Idrus bin A. Jalal Kg Parit Ju, Sri Medan 83400 Batu Pahat
011-35148645

17
Lampiran 7-samb

SENARAI RUMAH SEMBELIH SEMENTARA DILULUSKAN


BAGI PELAKSANAAN PENYEMBELIHAN IBADAH KORBAN TAHUN 2020 M / 1441 H
OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR
(TARIKH LAKSANA 31 JULAI 2020 HINGGA 3 OGOS 2020)

BIL NAMA ALAMAT DAERAH NO. TEL

12 Musa bin Khalid PDS 12, Kg Sungai Jambi, Rengit 83100 Batu Pahat 012-7143256

012-6392983
13 Ang Ting Chong No. 18, Jalan Ismail 84800 Muar
019-6271012

Mohd Sadruddin bin Hijrah Farm Enterprise


14 Muar 017-2836364
Rusdan TL 2, Kg Parit Sudah Laut, Jalan Muar-Batu Pahat 84800

Mohd Nizam Al Bakri Nizam Al-Bakri Enterprise, No 75, Jln Parit Mohamad
15 Muar 012-6800965
bin Ali Jalan Bakri 84800

Mohammad Zini bin Zini Farm Enterprise No 10, Jln Ahmad


16 Muar 013-6232088
Abdullah Kg Sri Muhibbah, Batu 23, Pagoh 84600

Lot 298, Lrg Haji Ishak, Kg Pt Lanjut


17 Harlina binti Jaafar Muar 012-4389116
Sg Terap, Bkt Pasir 84800

Md Lazim bin Awang Syarikat Suria Irani Enterprise, MLO 759, Jalan Tg Kempit
18 Mersing 019-7007111
Chik Kg Belukar Juling, Endau 86900

Muhd Shukri bin Hj


19 Kg Pauh Pinang 85000 Segamat 019-7602485
Zakaria

20 Puteh bin Ahmad Lot 5097, Kg Paya Lebar, Batu Anam 85100 Segamat 019-7083140

21 Rosli bin Hasim Kg Padang Lerek II 84900 Tangkak 012-3297985

22 Ali Ahmad Alifah Jalan Simpang Bekah Tangkak 84900 Tangkak 013-6305246

18
Lampiran 8

CARTA ALIRAN
PERMOHONAN KEBENARAN PENYEMBELIHAN BINATANG KORBAN
DALAM TEMPOH PKPP DI MASJID DAN SURAU
NEGERI JOHOR DARUL TA`ZIM

Mula

Melengkapkan Borang Permohonan beserta


dokumen sebagaimana Perkara 5.2(b)

Hantar ke Pejabat Kadi Daerah dalam tempoh


4 minggu sebelum Hari Raya Aidiladha

Semakan oleh Pejabat Kadi Daerah

Tidak lengkap Lengkap

Pemeriksaan oleh Pejabat Kadi Daerah dan


Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah ke
lokasi sembelihan

Tidak lulus Lulus

Hantar permohonan ke Pejabat Pejabat


Perkhidmatan Veterinar Daerah

Tamat

19

Anda mungkin juga menyukai