Anda di halaman 1dari 5

Nama: Siti Fadhilah binti Kamarudin

Jawatan: Setiusaha Homebased

Pengenalan
Aktiviti Home-based merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dan aktiviti yang
akan dijalankan dalam Program Khidmat Siswa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
Petaling. Aktiviti ini bertujuan memberi pengalaman kepada mahasiswa Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk beramah mesra dengan keluarga
yang mempunyai ahli keluarga Orang Kelainan

Upaya (OKU). Secara tidak

langsung guru pelatih PISMP dapat belajar dan melihat kehidupan yang dijalani oleh
warga OKU semasa di rumah.
Dengan program yang

dijalankan, guru pelatih PISMP dapat pengalaman baru

terutamanya kepada guru pelatih dari kelas penglihatan dan pendengaran. Guru
pelatih akan dapat bergaul dengan pelbagai murid yang mempunyai masalah yang
berlainan dan pergaulan sosial antara masyarakat akan dipertingkatkan.
Selain itu, guru pelatih PISMP juga boleh memberi maklumat kepada keluarga OKU
yang telah dipilih tentang cara-cara meningkatkan kemahiran warga OKU agar dapat
berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Di samping itu, program ini
bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Objektif
Program ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif yang ingin
dicapai iaitu:1. Menjalin hubungan erat antara mahasiswa PISMP dengan warga PDK
Petaling.
2. Berkenalan dengan keluarga OKU dan mendalami latar belakang warga
OKU.
3. Meningkatkan kesedaran mahasiswa PISMP mengenai kehidupan warga
OKU sebenar.

Laporan Sebelum Aktiviti Homebased


Tarikh:
Hari: Khamis
Masa: 8.OO Pagi 10.00 Pagi
Tempat: Dewan Kuliah IPG Kampus Ilmu Khas

Aktiviti homebased merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh ahli
kumpulan

kami

dalam

program

kali

ini.

Kali

pertama

mesyuarat

dijalankan, kami telah berbincang tentang jumlah rumah yang akan


dilawati, waktu dan tarikh serta beberapa aktiviti yang akan dijalankan di
rumah tersebut. Walaubagaimanapun, setelah merujuk dan berbincang
dengan

pihak

pengurusan

dan

pentadbiran

PDK

Petaling

telah

mencadangkan sebuah rumah sahaja kerana rumah ahli pelatih PDK


tersebut terletak di Punchong. Tambahan lagi, perjalanan untuk ke sana
mengambil masa yang lama.
Setelah berbincang dengan ahli kumpulan, kami telah bersetuju untuk
melawat sebuah rumah sahaja kerana ini dapat menjimatkan masa. Di
samping itu, rumah pelatih PDK

ini dipilih adalah kerana pada setiap

minggu guru di PDK tersebut akan dating dan membuat terapi Dossa
kepada pelatih berkenaan. Menurut guru PDK yang lebih mesra dengan
panggilan Kak Nor , pelatih berkenaan tidak dapat hadirkan diri ke PDK
kerana mempunyai masalah fizikal yang besar dan mempunyai masalah
untuk datang ke PDK

kerana susah untuk bergerak. Pelatih ini

mempunyai masalah cereberal palsy.


Dalam mesyuarat yang dijalankan, kami telah bersetuju bahawa semua
guru pelatih akan menyertai rombongan ke rumah pelatih PDK berkenaan.
Walaubagimanapun, kekangan masa untuk menyiapkan aktiviti keceriaan,
kami bersetuju memilih 7 orang guru pelatih sahaja yang ke rumah
tersbut.

Pada mulanya aktiviti yang dirancang oleh kami adalah membuat terapi
herba tetapi

setelah berbincang aktiviti dirancang tidak sesuai dengan

keadaan pelatih berkenaan. Jadi kami telah berbincang dengan Kak Nor
untuk meneruskan terapi yang dijalankan olehnya. Secara tidak langsung
kami guru pelatih dapat mempelajari perkara yang baru dan pada masa
hadapan boleh mempraktikkan kepada murid di sekolah setelah mahir.
Sebelum ke sana, kami telah menyediakan sedikit buah tangan untuk
meringankan beban pelatih berkenaan. Pengangkutan untuk ke sana turut
diuruskan supaya supaya aktiviti dapat dijalankan seperti yang dirancang
dan sampai pada masa yang telah ditetapkan.

Laporan Semasa Aktiviti Homebased


Tarikh

: 4 Oktober 2012

Hari

: Khamis

Masa

: 10.00 pagi 12 tengahari

Tempat

: Rumah Warga PDK

Pada 4 oktober 2012 bersamaan hari Khamis , seramai 7 orang guru


pelatih telah bergerak ke rumah warga OKU yang terletak di Punchong.
Kami menaiki 2 buah kereta untuk ke sana. Perjalanan untuk ke sana
megambil masa 30 minit dari PDK Petaling.
Kami bergerak ke sana pada pukul 9.30 pagi. Rumah warga OKU tersebut
terletak ditingkat 4. Sampai di rumah berkenaa, kami telah berkenalan
dengan ahli keluarganya iaitu ibu, abang dan kakaknya. Warga OKU
tersebut lebih dikenali dengan nama Banu. Kami telah dibawa ke biliknya
oleh ibu dan abangnya. Banu kelihatan gembira dengan kehadiran kami.
Untuk menjalankan terapi Dossa yang dikendalikan oleh Kak Nor, Banu
telah dibantu oleh ibu dan abangnya untuk ke ruang tamu. Maklumat
yang diperolehi daripada Kak Nor dan keluarga Banu, Banu telah berjaya
mengurangkan berat badannya atas nasihat doktor. Setiap bulan Banu
akan dibawa oleh keluarganya membuat pemeriksaan kesihatan.

Sesi terapi tersebut dijalankan setelah Banu duduk dengan selesa dan
bersedia menerima uruan Terapi Dossa ini merupakan terapi Jepun dan
urutan yang dilakukan adalah daripada atas kepala sehingga bawah kaki.
Sebelum memulakan terapi, Kak Nor telah memberi beberapa penerangan
kepada guru pelatih. Guru pelatih didedahkan kepada kepentingan
menjalankan terapi tersebut kepada murid OKU.
Selesai membuat terapi dossa kepada pelatih berkenaan, kami telah
dijamu selera oleh keluarga pelatih. Kami turut bertanyakan keluarga
tentang perkembangan yang telah dapat dilihat kepada Banu. Menurut ibu
dan abangnya, Banu tidak mempunyai penyakit lain dan ahli keluarga
telah mengawal cara pemakanan Banu. Banu telah mempunyai masalah
creberal palsy ini semenjak dilahirkan. Masalah ini telah menyebabkan dia
tidak dapat mneguruskan diri. Setelah keluarga mengawal pemakanan,
Banu hanya makan roti dan milo sahaja.

Laporan Selepas Aktiviti Homebased


Setelah selesai membuat terapi tersebut, kira-kira pukul 12.00 tengahari,
guru pelatih telah berangkat pulang. Kami berasa sungguh terharu dan
sedih melihat keaadaan pelatih tersebut. Pada masa akan datang kami
berharap pelatih boleh bergerak dengan sendiri. Pengalaman yang
diperolehi akan menjadi kami guru pelatih untuk bersedia dengan
pelbagai keadaan murid tidak kira besar atau kecil.

Disediakan oleh,
.......................................
( SITI FADHILAH BINTI KAMARUDIN)

Setiusaha Homebased,
Pemulihan Dalam Komuniti Petaling.

Anda mungkin juga menyukai