Anda di halaman 1dari 2

5 Panduan Kebahagiaan Dunia Akhirat 04.09.

07 (9:11 pm)   [edit]

1. Selalu mengucapkan kalimah tayyibah iaitu “La ilaha illallah muhammadar


rasulullah”.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bemaksud: “Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada
setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai oleh Allah dan tidak ada yang
menyelamatkan seorang hamba daripada keburukan di dunia dan akhirat melainkan
berzikir kepada Allah.”

2. Apabila ditimpa sesuatu musibah, ucapkanlah “Innalillahi wa-inna-ilaihi-rojiun.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah memperbanyakkan perkataan


melainkan zikir kepada Allah.

Sesungguhnya banyak ucapan yang bukan zikir kepada Allah menjadikan hati kesat.
Orang yang paling jauh daripada Allah ialah orang yang mempunyai hati yang kesat.”
Hadis riwayat at-Tarmizi.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apakah tiada aku tunjukkan kepadamu kunci untuk
membuka pintu daripada pintu-pintu syurga?” Kata sahabat, “Apakah kunci untuk pintu
syurga itu?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Dengan sentiasa menyebut “Lahaula-wala
quwwata-illa billahil ‘aliyi-azim.” Zikir ini bermaksud, “Tiada daya, tiada kekuatan
melainkan dengan izin Allah.” Apabila zikir ini selalu disebut-sebut, insya-Allah
seseorang itu akan diberi ketenangan dalam menerima ujian dan keredaan daripada Allah.

3. Apabila dikurniakan nikmat, maka ucapkanlah “Alhamdulillah&rdqu o; sebagai


tanda bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada
empat iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Wa la ilahaillallah, Allahu akbar.”
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan
yang berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang daripada umatku, kemudian orang
itu berkata Alhamdulillah, maka ucapan Alhamdulillah itu lebih berharga daripada
seluruh harta itu. Ini kerana harta dunia akan habis, tetapi ucapan Alhamdulillah
itu akan berkekalan selama-lamanya hingga akhirat.”

4. Ucapkanlah Bismillahir-rohmanir-rahi m ketika hendak memulai sesuatu pekerjaan.

Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa setiap pekerjaan baik yang tidak dimulai dengan
menyebut nama Allah, maka pekerjaan itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah.

5. Ucaplah “Astaghfirullahal-a zim wa atubu ilaih” apabila terbuat dosa.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Perlukah aku beritahu kepadamu tentang suatu penyakit
dan ubatnya kepada kamu? Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa, dan
ubatnya adalah istighfar.” Sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan salah
dan dosa, maka cepat-cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Dalam hadis
lain Rasulullah bersabda, yang bermaksud, “Barang siapa yang membiasakan dirinya
membaca istighfar, Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan
terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak
disangka-sangka.” Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.

Mudah-mudahan panduan ini dapat diamalkan untuk mendapatkan kehidupan yang


diredai oleh Allah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai