Anda di halaman 1dari 2

BARU-baru ini kita dikejutkan dengan video yang menjadi viral di media sosial melibatkan beberapa

remaja wanita Islam dipeluk dan dicium artis lelaki bukan Islam atas pentas dalam konsert K-pop.
Merujuk kejadian itu, saya mendapat beberapa soalan menanyakan mengenai hukum lelaki dan wanita
bersentuhan dengan sengaja setelah ada beberapa pihak mengatakan ia dibolehkan.
Apabila kita bercakap atas nama Islam, semaklah dahulu adakah Islam membenarkan atau tidak, Islam
mengatakan ia halal atau haram. Jika Islam mengatakan haram, maka haramlah hukumnya. Tidak boleh
kita
menghalalkan.
Lelaki, wanita bersentuhan
Saya tertarik membaca ulasan Syaikh Muhammad Amin Al-Syanqithi dalam Adwa-ul Bayan apabila dia
membahaskan mengenai menyentuh perempuan bukan mahram. Hukumnya dimaklumi haram dan
beliau
membahaskan
sebab
dan
hujahnya
melalui
beberapa
sudut:
Pertama, kerana dalilnya jelas. Aisyah RA berkata: "Siapa saja wanita Mukminat yang mengikrarkan hal
ini, maka dia telah diuji." Rasulullah SAW sendiri berkata ketika wanita Mukminat mengikrarkan yang
demikian:
"Kalian
boleh
pergi
kerana
aku
sudah
membaiat
kalian".
Namun demi ALLAH, Baginda SAW sama sekali tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun.
Baginda SAW hanya membai'at golongan wanita dengan ucapannya." Aisyah berkata lagi: "Rasulullah
SAW tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang ALLAH perintahkan. Tangan
Baginda SAW tidaklah pernah menyentuh tangan mereka. Ketika bai'at, Baginda SAW hanya membai'at
dengan berkat: "Aku telah membai'at kalian dengan perkataan." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis diriwayatkan Imam Malik bin Anas RA dengan sanad yang sahih, sabda Nabi Muhammad SAW:
"Sesungguhnya aku tidak sama sekali berjabat tangan dengan golongan wanita. Hanyalah ucapanku
kepada seratus wanita seperti ucapanku kepada seorang wanita." (Riwayat Mali, An-Nasa-i dalam
Isyratun Nisa` daripada As-Sunan Al-Kubra, At-Tirmidzi, dll. Lihat Ash-Shahihah no. 529)
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak daripada besi, sungguh
lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya." (Riwayat Thabrani dalam
Mujam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan hadis ini sahih)
Pada hari ini ramai dalam kalangan umat Islam mengambil mudah perihal ini. Itu tiga hadis yang saya
bawakan dan banyak lagi hadis yang lain dan saya tidak bermaksud untuk menceritakan kesemuanya.
Kedua, perempuan itu aurat. Dalam hadis Nabi Muhammad SAW memerintahkan kita menundukkan
mata dan pandangan. Kalau mata pun dilarang melihat, apatah lagi memegang.
Dalam hadis yang masyhur, Jarir bin Abdillah mengatakan: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW
mengenai pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Maka Rasulullah SAW memerintahkan
kepadaku
agar
aku
segera
memalingkan
pandanganku."
(Riwayat
Muslim)
Itu adalah asal hukumnya, jika melihat pun sudah dilarang Nabi Muhammad SAW, apatah lagi
memegang
dan
memeluk
di
khalayak
ramai.
Punca
1.

terjebaknya
Ibu

remaja

Muslim
bapa

ke
konsert
mengambil

maksiat
ringan

Sekiranya ibu bapa menegakkan hukum ALLAH SWT dalam rumah mereka nescaya perkara ini tidak
akan
berlaku.
Ibu
bapa
adalah
orang
yang
paling
hampir
dengan
anak-anak.
Seharusnya ibu bapa perlu tahu apa yang anak mereka lakukan dengan siapa mereka berkawan dan ke
mana
mereka
pergi.
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani RHM pernah mengungkapkan perkataan yang sangat indah,
maksudnya: "Kamu berhukum dengan hukum ALLAH dalam rumah kamu nescaya hukum ALLAH itu
akan
tertegak
di
atas
bumi
kamu."
Ada sesetengah ibu bapa mengambil ringan berkenaan pentarbiahan anak. Dek terlalu sibuk dengan
pekerjaan, sehinggakan isu pentarbiahan ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak lain.
Contohnya diserahkan kepada orang gaji sedangkan bimbingan daripada ibu bapa dalam membentuk
peribadi, jati diri dan akidah dalam diri anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan kepada kita: "Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan tiaptiap pemimpin diminta pertanggungjawabannya." (Riwayat Bukhari & Muslim daripada Abdullah bin Umar)
2.
Kurangnya
kesedaran
agama
Keadaan ini terjadi apabila melibatkan kedua ibu bapa dan juga anak. Jika ibu bapa tidak berkesempatan
untuk mendalami ilmu Islam dan tidak mahu menjadikan Islam itu sebagai cara hidup, janganlah kita
hairan melihat kejadian di pentas K-pop ini.
Hiduplah dengan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah nescaya kita tidak akan tersesat kerana Islam
itu mencakupi seluruh kehidupan kita. Bahkan dalam sekecil-kecil perkara seperti beristinjak pun Islam
ada
mengajarkan
kita
caranya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara
yang kamu tidak akan sesat selamanya jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab ALLAH
dan
sunnah
Rasul-Nya".
(Riwayat
Malik)
Tanggungjawab mentarbiahkan anak dengan didikan agama perlu dipupuk daripada kecil lagi secara
menyeluruh. Bukan dalam sesetengah perkara sahaja seperti bab solat, puasa, haji dan ibadah yang lain.
Ia perlu dilakukan secara keseluruhan.
Jika tidak, itu sebabnya kita lihat remaja yang dipeluk dan dicium di atas pentas itu semuanya memakai
tudung
tetapi
kenapa
mereka
rela
diperlakukan
sedemikian?
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara
keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan: Sesungguhnya syaitan memang musuh
kamu
yang
nyata."
(Surah
Al-Baqarah:
208)
Anak-anak adalah saham akhirat buat ibu bapa. Didiklah mereka mengikut lunas-lunas Islam agar
menjadi insan yang bermanfaat buat ummah. "Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan, dan
sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat". (Riwayat Tirmizi, Ibn Majah,
dinilai hasan oleh al-Albani).

Anda mungkin juga menyukai