Anda di halaman 1dari 4

Kahwin Untuk Apa?

April 8, 2011 at 9:14pm


Temubual:
Zakaria Sungib bersama Dr. Shafie Md Amin Al-Hafiz

Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan mahalnya sebuah
perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin
berkahwin itu membahagiakan dan dapat beri ketenangan. Lalu hati kecilnya
bertanya, Kahwin untuk apa? Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz mengulas
kemelut ini.
Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang
rela tidak berkahwin. Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal
semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah
bersabda, Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari
golonganku. Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia
akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena
tengok yang positif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah
tapi cara melaksanakannya.
Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah kata
dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah akan beri. Apa yang wanita
selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik.
Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat
berhubung, tidak dapat mengingati Allah.
Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh
hidayah Allah. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah
akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau
tak berhubung dengan Allah, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko
kehidupan yang pertama.
Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua musibah. Atau Allah
datangkan istidraj kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang
banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk
ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah.
Ini formula yang tak boleh dilanggar.

Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab Belum ada jodoh atau
Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan. Apa jalan
keluarnya?
Saya kata, you pinanglah orang lelaki! Perkara ini tidak salah. Siti Khadijah
dulu pun pinang Rasulullah. Buatlah dengan cara yang betul, seperti melalui
orang ketiga. Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh
itu?
Usaha ada dua aspek. Usaha nombor satu, hablumminallah. Kita baik dengan
Allah dulu. Kenal pasti apa yang Allah suka. Lepas menyerahkan diri dengan
Allah iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. Solat biar
yang betul-betul diterima Allah.
Betul rukun fili, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama
ada Allah terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh
rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah, kita minta pun
dengan Allah. Allah Ta'ala akan pandu dalam usaha kita. Allah beri panduan.
Allah tidak akan menganiayai kita. Sesungguhnya Allah tidak menganiaya
kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri, maksud firman Allah.
Jadi usaha mesti dengan Allah dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan
dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita,
semak dulu macam mana diri kita dengan Allah. Dalam membuat keputusan,
kita susah hendak nilai. Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran
saja, sebab itu tersalah pilih pasangan.
Dalam soal ini, Allah kata, Kau perlukan Aku. Buatlah istikharah supaya
dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan
zuriat yang baik.
Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah
dianiaya. Dulu orang buat saya, orang sihir saya, luahnya.
Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau
kita baik dengan Allah, Allah tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid
sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah Yang Maha
Perkasa, Yang Maha Kaya segala perbendaharaan berada di tangan-Nya.
Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah. Allah juga Maha
Pemurah. Jadi kalau kita kawan baik dengan Allah, apa yang kita hendak
bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan
bimbang. Mintalah supaya Allah pandu kita. Allah hanya akan memandu
orang yang beriman.
Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik?

Perkara pertama untuk kenal calon pasangan, selidik solatnya. Macam mana
solatnya. Kemudian risik sama ada mengaji Quran atau tidak, dan lain-lain
perkara asas.
Bagaimana kalau dia jaga solat tapi akhlaknya kurang atau dia buat perkaraperkara yang tak sepatutnya?
Saya pernah ditanya oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah NGO.
Mereka buat kajian masalah keluarga di dalam masyarakat. Dia tanya,
Doktor rasa apa punca timbulnya masalah keluarga ini? Kata saya, Senang
saja. Puncanya mereka tidak solat. Dia terperanjat kerana berdasarkan
kajiannya, 50 peratus dari keluarga yang terlibat adalah orang yang tahu
agama. Orang yang solat.
Ini bukan saya yang cakap tapi Rasulullah yang kata: Siapa yang solat yang
solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar,
sesungguhnya dia tidak solat. Atau dalam hadis lain disebut, sesungguhnya
dia bukan semakin hampir dengan Allah tapi bertambah jauh dari-Nya.
Jadi konsep solat adalah mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Kita
berikrar pada Allah lima kali sehari bahawa hidupku, matiku hanya untuk
Allah tapi bila keluar dari solat, kita buat perkara yang tidak selari dengan
ikrar kita. Sebab itu Rasulullah kata, kita sebenarnya tidak solat.
Solat sebenarnya dapat pastikan kita buat amal soleh, punca ketenangan.
Jadi dalam memilih calon pasangan, pertama buat istikharah, kedua selidik.
Selidik biar betul-betul, jangan sambil lewa.
Wanita bagaimana yang menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan pasangan
hidup?
Sebenarnya lelaki berkehendak kepada wanita solehah. Sebab wanita
solehah inilah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga.
Menyejukkan pandangan mata. Untuk memilih calon isteri, manusia memang
sukakan kecantikan tapi nombor satu mesti agamanya.
Agamanya itu yang akan cetuskan ketenangan. Bukan saja lawa fizikal tapi
lawa juga akhlaknya. Lawa yang berkekalan adalah akhlak itu yang
menyejukkan pandangan mata dan hati. Sebab kita hendak tengok dia
bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi sepanjang usia perkahwinan.
Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa kahwin?

Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah. Orang yang
kahwin kerana Allah akan memastikan jenis pasangan yang
dipilihnya. Dia akan kaji aturan Allah untuk mendapatkan pasangan.

Anda mungkin juga menyukai