Anda di halaman 1dari 9

PENYATAAN SEBELUM PBS

Amalan Profesionalisme adalah komponen penting dalam kurikulum latihan


perguruan

praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian


Pendidikan Guru, serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Program seperti
Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 ini merupakan landasan untuk pelajar
mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima di dalam bilik kuliah ke situasi
pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah.
Program ini juga bertujuan untuk melahirkan insane guru yang professional,
dan memiliki sahsiah guru yang unggul dan bukan sebagai guru di dalam bilik darjah
semata-mata. Oleh yang demikian, program amalan profesionalisme perlu
dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu serta melibatkan usaha sama
antara IPG, JPN dan sekolah.
Bagi penyertaan kali pertama pada tahun 2012 ini, saya telah memilih
Sekolah Kebangsaan Kayang, Perlis selama seminggu. Fokus saya di sini adalah
untuk menghayati peranan dan tugas seorang guru di sekolah. Sebagai seorang
bakal guru, proses mempelajari dan ingin mendalami kerjaya seorang guru sebenar
adalah

salah satu cara kepada saya untuk menjadi seorang yang lebih

bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Sepanjang melakukan PBS fasa 1 ini saya telah melakukan beberapa


pemerhatian mengenai tugasan yang diberikan. Pemerhatian yang dilakukan adalah
berlandaskan kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak dan Falsafah Pendidikan di
Malaysia. Pemerhatian yang dilakukan adalah berdasarkan perkembangan kognitif
kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Kayang. Hasil daripada pemerhatian tersebut
mendapati tahap perkembangan kognitif murid-murid di sekolah tersebut adlah
cemerlang.
Selain itu, saya telah menggunakan kaedah temu bual. Temu bual yang
dijalankan adalah melibatkan guru-guru di sekolah tersebut. Rata-rata guru yang
ditemu bual merupakan guru yang mengajar subjek KSSR. Segala maklumat yang
diperolehi amat berguna dan membantu dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Di samping itu, sedikit kaji selidik diadakan untuk menyiapkan tugasan
Perkembangan Kanak-kanak. Melalui teori yang telah diungkapkan oleh seorang ahli
pengkaji barat terkenal, sedikit kaji selidik diadakan untuk memastikan teori tersebut
sahih ataupun tidak. Kaji selidik dilakukan ketika proses p&p sedang dilaksanakan
dengan bantuan guru sekolah tersebut.

INSTRUMEN
PENGUMPULAN DATA
BERHUBUNG TUGASAN

1) PEMERHATIAN
2) TEMU BUAL

1- PEMERHATIAN
Saya telah menjalankan beberapa pemerhatian berkenaan pengumpulan tugasan
yang diberikan. Antaranya ialah dengan cara memerhati :
Perkembangan kognitif kanak-kanak di sekolah tersebut berdasarkan
tugasan Perkembangan Kanak-kanak.
Tahap kebolehan serta kepantasan berfikir terhadap ujian yang diberikan
kepada murid-murid ketika di dalam kelas.
Perkembangan kognitif murid-murid adalah mengikut peringkat umur
Cara seseorang murid pada tahap operasi konkrit mennyelesaikan suatu
masalah yang diberikan oleh guru.

2- TEMU BUAL

Selain itu,beberapa temu bual telah dijalankan bersama guru-guru sekolah tersebut
mengenai Transformasi KSSR di dalam bidang pendidikan. Hasil temu bual tersebut
adalah seperti berikut : Apakah yang dimaksudkan dengan KSSR?
KSSR merupakan kurikulum baru yang berbentuk didikan yang berterusan.

Apakah implikasi kepada guru selepas kurikulum baru ini dilaksanakan?


P&P guru meliputi semua aspek.
Guru banyak melakukan penyelidikan.
Guru membimbing murid untuk berfikir secara inovasi.
Jadual waktu guru menjadi fleksibel.

Apakah kesimpulan daripada KSSR ini?


KSSR merupakan satu usaha kerajaan untuk menjadikan pelajar berdaya
saing dengan negara-negara maju dan pencetus pembaharuan dalam
kehidupan masa hadapan.

KOLABORASI

ILMU/PENGETAHUAN
BARU
1) PEMERHATIAN

Sepanjang saya melakukan PBS di sekolah tersebut, saya mendapati bahawa beberapa
budaya yang selalu dilakukan oleh guru mahupun murid-murid di situ. Antaranya, pada
setiap hari jumaat, mereka akan mengadakan bacaan Yassin secara beramai-ramai. Budaya
tersebut amat baik dan penglibatan program tersebut adalah kepada semua pelajar islam.
Selain itu, budaya beratur ketika hendak membeli makananan pada waktu rehat
menunjukkan pelajar di sekolah tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Secara
tidak langsung, sikap sabar akan terlihat daripada perlakuan mereka.
Di samping itu, waktu rehat adalah berlainan di antara
pengawas sekolah dan murid biasa. Kebiasaanya, pengawas
akan keluar 10 minit awal daripada murid lain untuk memberi
peluang kepada mereka mengawasi rakan-rakan yang lain
ketika hendak membeli makanan.
Setiap hari isnin, mereka mengadakan Program Anak Emas yang melibatkan kesemua murid
Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Program tersebut berbentuk dorongan
serta motivasi daripada guru yang diberikan kepada pelajar. Melalui
program tersebut, sedikit sebanyak akan membantu persiapan
mereka menghadapi peperiksaan dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai