Anda di halaman 1dari 28

www.InternetMuda.

com

Kesilapan Usahawan Muda Internet

Cover e-book direkacipta oleh www.CheapestCovers.com

1
www.InternetMuda.com

Disclaimer and Legal Notice

Buku ini adalah hak milik Hafiz Latib a.k.a Bitol. Anda dilarang sama sekali untuk
mengubah atau mengambil apa-apa kandungan yang terdapat di dalam e-book ini.
Buku ini adalah percuma untuk kegunaan anda sahaja. Anda dilarang sama sekali
untuk menyebarkan di forum-forum, rapidshare, portal-portal komuniti, torrent atau
apa-apa jua cara. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat laporan atau pun
ditangkap menyebarkan e-book ini secara percuma.

Walaubagaimana pun, anda diberi peluang untuk menyebarkan secara sah e-book
percuma ini. Segala keterangan boleh didapati di muka surat 25 e-book ini, malah
Kesilapan Usahawan Muda Internet

anda boleh menggunakan e-book ini untuk membuat duit secara percuma!

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah berhubung


kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara peribadi atau
tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi e-book ini secara langsung atau
tidak langsung.

Segala informasi yang terdapat di dalam e-book ini adalah pengalaman dan hasil
usaha beliau sendiri.

Hakcipta Terpelihara 2007 Hafiz Latib


www.InternetMuda.com

Sudahkah anda mendaftarkan diri anda di InternetMuda.com?


Jika belum…

Klik di sini untuk mendapatkan 15 lagi Tips Perniagaan Internet dan Kesilapan-
kesilapan yang pernah saya lakukan!

2
www.InternetMuda.com

Kandungan

1. Ice-breaking 4

2. Kesilapan #1 – Customer Support 6

3. Kesilapan #2 – Penggunaan e-mail marketing 9

4. Kesilapan #3 – Outsource 13

5. Kesilapan #4 – Mengutamakan Yang Seorang 14


Kesilapan Usahawan Muda Internet

6. Kesilapan #5 – Bekerja Secara Manual 15

7. Kesilapan #6 – Pemilihan Hosting 16

8. Kesilapan #7 – Membeli Iklan 18

9. Kesilapan #8 – Name & Password 20

10. Kesilapan #9 – Menjawab Soalan Yang Sama 21

11. Kesilapan #10 – Mempromosikan Website Tanpa Faedah 22

12. Promosi InternetMuda 23

13. Agen InternetMuda 24

14. Penutup 25

3
www.InternetMuda.com

Ice Breaking

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima


kasih kerana memuat turun e-book “Kesilapan Usahawan
Muda Internet”.

Nama saya Muhammad Hafiz Abdul Latib a.k.a Hafiz


Latib a.k.a Bitol dan semasa saya menulis e-book ini saya
berusia 22 tahun. Saya telah menceburi bidang Internet
Marketing ini lebih kurang setahun setengah yang lalu,
bermula Januari 2006 dan bergiat aktif sejak Februari 2006
sehingga lah sekarang.
Kesilapan Usahawan Muda Internet

Sepanjang saya menjalankan perniagaan di Internet,


banyak pengalaman dan pembelajaran yang saya peroleh,
yang baik dan yang buruk, yang gembira saya kongsikan,
yang sedih saya diamkan ;) Dan saya pasti anda juga
bersetuju apabila saya katakan “pengalaman adalah guru
yang terbaik”? Betul kan?

Baiklah, tujuan saya menyediakan report ini adalah


bertujuan memudahkan perjalanan anda sebagai usahawan
Internet. Kita jarang mendengar usahawan-usahawan
Internet tidak kiralah di dalam negara ataupun di luar negara
yang akan berkongsi kesilapan-kesilapan yang mereka
lakukan. Mereka hanya memberikan kata-kata indah dengan
mendapatkan produk mereka, anda akan berjaya walhal
tujuan utama mereka adalah generate money!

Apabila merasakan saya juga seperti anda, masih


baru di dalam perniagaan Internet, saya terpanggil untuk
berkongsi kesilapan-kesilapan yang telah saya lakukan
sepanjang saya menempuhi dunia online business ini. Dan
diharapkan anda mengambil ikhtibar dan tindakan
sewajarnya supaya anda tidak melakukan kesilapan yang
sama seperti yang telah saya lakukan. Maksud saya usaha
macam nak gila, untungnya RM0.00!

4
www.InternetMuda.com

Diharapkan anda mengambil segala isi-isi yang akan


saya huraikan kerana dengan mengaplikasikan segala input
yang saya berikan, anda dapat menjimatkan sebahagian
besar masa dan tenaga anda, di samping melipatgandakan
keuntungan yang anda peroleh.

Tajuk “Kesilapan Usahawan Muda Internet” ini


bukanlah bermaksud golongan-golongan belia sahaja,
berumur 16-25 tahun tetapi kepada semua sekali yang ingin
bermula memperoleh wang di Internet. Tidak kiralah anda
berusia 24 atau 30 atau 43 atau 55 tahun, apabila anda
berkehendakkan wang di Internet, anda dikira sebagai
seorang Usahawan Muda Internet! Usia hanyalah sekadar
angka, you want it, you got it!
Kesilapan Usahawan Muda Internet

Terima kasih.

To your success,
Hafiz Latib

http://www.CheapestCovers.com
http://www.Road2Millionaire.com
http://www.MalaysiaPal.com
http://www.InternetMuda.com

5
www.InternetMuda.com

Kesilapan #1 – Customer Support

Anda tanyalah apa-apa jenis perniagaan sekalipun, perkara


yang paling penting adalah customer support. Sebelum itu
kita berimaginasi sedikit dengan real life. Anda pergi ke
McDonalds, dan anda lihat begitu ramai orang sedang
beratur untuk membuat pesanan. Nak tak nak, anda
terpaksa juga beratur walaupun ada lebih kurang 10 orang
sedang beratur di depan anda! Kemudian datanglah seorang
berpakaian orange, memegang pen dan memo pad
menyapa anda bertanyakan meals apa yang anda
hendakkan ☺

Bukan sahaja mereka mempercepatkan kerja mereka, tetapi


Kesilapan Usahawan Muda Internet

melancarkan perjalanan pelanggan dan itulah salah satu


sebab kenapa orang still pergi ke McDonalds walaupun
ramai orang! Customer support is the main priority in all
businesses.

Baiklah kita kembali kepada bisnes…

Perkara yang saya nyatakan tidak akan menjadi masalah


jika pelanggan anda hanyalah 10-20 orang sahaja sebulan
tetapi akan timbul apabila anda perlu melayan lebih dari 30
e-mail sehari dan mempunyai pelanggan ataupun prospek
melebihi 6,000 orang!

Di dalam perniagaan Internet, anda juga perlu professional.


Laman web saya seperti www.MalaysiaPal.com, setiap e-
mail yang saya terima, saya akan reply menggunakan
support@malaysiapal.com. Saya sama sekali tidak akan
menggunakan Yahoo Mail dan Gmail supaya bakal
pelanggan lebih yakin dengan produk yang saya tawarkan.

Dan inilah realiti yang saya hadapi setiap hari! Sekurang-


kurangnya 30 e-mail sehari yang perlu dibalas!

6
www.InternetMuda.com

Pengalaman pertama

Setiap hari saya akan login ke dalam akaun cPanel, klik


“Manage Account”, masukkan password, klik SquirrelMail
dan barulah dapat check e-mail. Jikalau ada saya reply terus
dan jika tiada, saya membazirkan masa sahaja!

Pengalaman kedua

Saya sudah pandai menggunakan forwarders :D Maka, e-


mel yang saya terima dari support@malaysiapal.com akan
diforwardkan terus ke akaun Yahoo Mail kerana saya lebih
kerap membuka Yahoo Mail dari Webmail cPanel. Jikalau
ada e-mail yang perlu dibalas, barulah saya login ke cPanel.
Kesilapan Usahawan Muda Internet

Pengalaman ketiga

Tahukah anda yang Gmail menyediakan perkhidmatan yang


anda boleh reply e-mail menggunakan profile anda yang
lain? Contohnya, akaun Gmail saya ialah xxx@gmail.com.
Semasa saya hendak menghantar e-mail kepada pelanggan
MalaysiaPal, saya boleh ubah dari xxx@gmail.com kepada
support@malaysiapal.com. Ini lebih menjimatkan masa
saya!

Jadi, saya ubah forwarders ke Gmail. Saya reply di situ


sahaja ;)

Pengalaman keempat

Saya menggunakan osTicket dan saya begitu gembira


menggunakan sistem customer support ini! Usahawan-
usahawan Internet yang terkenal di dunia, mereka
menggunakan satu domain hanya untuk membalas segala
pertanyaan tentang kesemua produk mereka.

Contohnya Mike Filsaime, semua pertanyaan perlu dihantar


ke www.ReplyToMike.com untuk kesemua produk beliau.
Contoh tempatan, saudara Gobala Krishnan. Segala

7
www.InternetMuda.com

pertanyaan hendaklah dihantar di www.AskGobala.com dan


beliau hanya menjawab di situ sahaja.

Lihat berapa banyak masa yang mereka jimatkan? Tak perlu


login sana sini, klik itu ini. Hanya fokuskan kepada satu
sahaja dan kesemua e-mail yang anda terima di situ
tersusun. Anda tidak akan terlepas setiap e-mail yang anda
terima ;)

Gambarajah di sebelah adalah contoh osTicket yang saya


gunakan. Dengan menggunakan osTicket, segala e-mail
yang saya terima begitu tersusun, tidak bercampur dengan
e-mail SPAM, e-mail JV partner, e-mail daripada
subscription Internet Marketer, e-mail peribadi dan
sebagainya. Saya gunakan osTicket hanya untuk menjawab
Kesilapan Usahawan Muda Internet

persoalan sahaja ☺

8
www.InternetMuda.com

Kesilapan #2 – Penggunaan E-Mail Marketing

Ini adalah kesilapan yang terbesar yang pernah saya alami.


Dan sejujurnya saya katakan masih ramai usahawan-
usahawan Internet di Malaysia yang mengabaikan perkara
ini.

First thing first, ada perkara penting yang perlu diberitahu.

E-mail yang anda hantar dikira SPAM sekiranya anda


menghantar e-mail kepada orang yang anda tidak kenali. Ini
adalah yang paling basic.

Untuk maksud yang lebih mendalam, e-mail yang anda


Kesilapan Usahawan Muda Internet

hantar dikira SPAM apabila anda mempromosikan website,


produk, blog dan sebagainya kepada orang yang tidak anda
kenali, TERMASUK anda mengumpulkan e-mail yang
diforward kepada anda dan promosikan produk anda kepada
mereka.

Untuk itu, cara paling beretika untuk anda menghantar e-


mail ialah pada website anda, anda sediakan ruang bagi
pelawat-pelawat mengisikan nama dan alamat e-mail
mereka. HANYA ini sahaja cara untuk anda mendapatkan
nama dan e-mail mereka secara legal.

Maknanya pelawat tersebut sudah mula mengenali anda,


sudah bersedia untuk menerima e-mail daripada anda ☺

Inilah yang dipanggil autoresponder! Autoresponder


memberikan ruang untuk mengumpul nama dan e-mail di
website anda, dan anda boleh menghantar e-mail kepada
mereka secara sah!

Tetapi, saya tetap melakukan kesalahan menggunakan


autoresponder

9
www.InternetMuda.com

Pengalaman Pertama

Menggunakan autoresponder percuma. Mulanya saya


gembira kerana saya tidak mengeluarkan satu sen pun
untuk mengumpulkan nama dan e-mail. Kemudian saya
sedar, kebanyakan e-mail yang saya hantar kepada prospek
saya tidak sampai kepada mereka.

E-mail yang dihantar juga masuk ke dalam Bulk/SPAM


folder. Biasanya kita jarang membuka Bulk/SPAM folder. Ini
menunjukkan bakal pelanggan kita tidak membaca e-mail
yang kita hantar.

Lagi, pemberi autoresponder percuma tersebut


menggunakan prospek yang kita kumpul untuk
Kesilapan Usahawan Muda Internet

mempromosikan produk mereka pula.

Pengalaman Kedua

Saya menggunakan autoresponder berbayar sebanyak


USD6.00 sebulan. Mulanya saya agak gembira kerana e-
mail yang dihantar masuk ke dalam Inbox folder tetapi
kegembiraan saya bersifat sementara sahaja kerana…

Saya perlu menunggu melebihi 5 jam di depan PC just untuk


memastikan autoresponder tersebut menghantar e-mail
kepada setiap prospek. Jika e-mail tidak dapat dihantar,
saya menerima bounced back e-mail “Mail Error – Returning
Back to Sender” dan bukan satu dua tetapi beratus-ratus e-
mail yang terima dan saya perlu buang.

Lagi, e-mail berjaya dihantar tetapi saya menerima beratus-


ratus autoreply e-mail seperti “Terima kasih, anda akan
dihubungi secepat mungkin”, “Saya tiada di pejabat”, “Anda
dijemput menyertai program XXX” dan sebagainya. Satu
kerja lagi saya perlu membuang segala e-mail tersebut

10
www.InternetMuda.com

Pengalaman Ketiga

Akhirnya, inilah autoresponder terbaik yang saya gunakan


dan saya akan kekal dengan autoresponder ini sepanjang
saya menjalankan perniagaan Internet.

Dalam dunia e-mail marketing, HANYA 3 sahaja company


yang reliable, yang dipercayai seluruh dunia iaitu Aweber,
GetResponse dan EmailAces.

Dan saya menggunakan Aweber kerana Aweber adalah


penyedia terbaik untuk kesemua autoresponder. Aweber
mengenakan caj sebanyak USD14.95 sebulan. (RM621
setahun)
Kesilapan Usahawan Muda Internet

Sekali lagi nasib malang menimpa saya iaitu saya


kehilangan lebih kurang 4,000 prospek kerana kesilapan
tidak menggunakan Aweber dari mula lagi. Aweber
menitikberatkan e-mail yang diimport dari autoresponder
lain, maknanya e-mail yang diimport ke Aweber mestilah
disahkan oleh prospek tersebut kembali (Double Opt-In).

Semasa pengesahan kembali (Autoresponder percuma


Aweber) inilah saya kehilangan 4,000 prospek

Namun demikian, saya tetap gembira menggunakan Aweber


kerana e-mail yang saya hantar, 99.9% diterima oleh
prospek saya, di dalam Inbox mereka. Lagi, saya tidak
menerima autoreply e-mail, tiada lagi
“Mail Error – Returning Back to Sender”,
dan tidak perlu menunggu 5 jam di depan
computer untuk menghantar e-mail! :D

Efeknya sekarang, dengan satu e-mail


sahaja dengan mudah saya memperoleh
RM500 ke RM1,000 dan cuba bayangkan
jika saya tidak kehilangan 4,000 prospek
tersebut? Dan saya hantar 4 e-mail dalam
masa sebulan?

11
www.InternetMuda.com

Gambar di atas menunjukkan hasil peraduan affiliate


RahsiaMLM. Saya hanya menghantar satu e-mail sahaja the
very last minute untuk peraduan tersebut ;)

Jadi, saya memaksa anda untuk tidak mengikuti kesilapan


yang saya lakukan. Skip Pengalaman Pertama dan
Pengalaman Kedua saya, dapatkan Aweber terus. Saya
janji anda tidak akan kerugian apa-apa.

Dapatkan Aweber di:

http://www.internetmuda.com/Recommends/Aweber

Saya ingin memberikan RM50.00 kepada anda...


Kesilapan Usahawan Muda Internet

Jika anda mendapatkan Aweber melalui di atas, saya akan berikan RM50 direct to
your bank. Selepas anda membuat pembayaran, hantarkan resit pembayaran
tersebut kepada support@internetmuda.com dan saya akan berikan RM50.

Bukan itu sahaja, saya akan berikan e-book temubual eksklusif antara saya dan
Gobala Krishnan tentang bagaimana dalam masa sebulan saya berjaya peroleh
4,000 subscribers dari 1 website dan dengan menghantar satu e-mail sahaja,
saya boleh peroleh RM500 ke RM1,000. Semuanya diterangkan di dalam e-book
tersebut.

Sebahagian bukti pembayaran di PayPal pada 4 Februari 2007. Name/Email terpaksa


disorokkan supaya tidak melanggar polisi PayPal.

12
www.InternetMuda.com

Kesilapan #3 – Outsource

Bagi kesalahan ini, bukanlah bermaksud kesilapan dari segi


outsource tetapi kesilapan anda membuat kerja seorang diri.
Contohnya:

a) Anda sendiri menulis sales letter


b) Anda sendiri menulis e-book
c) Anda sendiri mengolah e-book dari BM ke English
d) Anda sendiri membuat grafik
e) Anda sendiri membuat website
f) Anda sendiri setup affiliate program
g) Anda sendiri mempromosikan website
Kesilapan Usahawan Muda Internet

Anda lihat di sini berapa lama masa yang anda perlukan


untuk kerja-kerja yang saya nyatakan di atas? Saya yakin
dalam masa sebulan pun tidak siap untuk kerja-kerja ini ;)

Itulah pentingnya outsource! Saya berani jamin anda


bukanlah pakar untuk segala benda. Biar saya dedahkan
rahsia saya. Untuk melancarkan MalaysiaPal, saya bukan
bekerja seorang diri tetapi saya mengupah beberapa orang
untuk menjimatkan masa dan tenaga saya. Kak Galadriel
untuk translate e-book saya dari BM ke English dan
salesletter kerana saya tahu beliau pakar dalam bidang
translation and copywriting.

Saya sedar yang saya bukan pakar dalam bidang grafik, jadi
saya mengupah partner saya Najmi untuk membuat grafik
bagi website MalaysiaPal.

MalaysiaPal juga bertindak sebagai agen jualan Accent Card


untuk MK Deals Sdn Bhd, jadi saya menjimatkan masa
untuk pengeposan produk kerana urusan jual beli Accent
Card diuruskan oleh mereka.

Saya juga mengupah beberapa orang untuk menguruskan


affiliates dan customer support bagi website MalaysiaPal ;)
Jadi anda lihat berapa banyak masa dan tenaga saya

13
www.InternetMuda.com

jimatkan dengan hanya mengupah pakar-pakar untuk


melaksanakan produk saya berjalan lancar dan memperoleh
keuntungan yang maksimum!

Kesilapan #4 – Mengutamakan Yang Seorang

Ini adalah perkara yang normal, dalam 100 orang yang


membeli produk kita, mungkin seorang atau 2 yang akan
komplen produk kita tidak bermutu. Face it! Ini perkara-
perkara yang biasa berlaku di dalam dunia perniagaan.

Kesilapan yang pernah saya lakukan ialah saya terlalu


mengambil kira seorang pelanggan yang tidak berpuas hati
dengan produk saya berbanding 99 yang lain, yang
menyukai produk saya sehingga saya tidak boleh tidur
Kesilapan Usahawan Muda Internet

HANYA memikirkan seorang ini ;)

Dan apabila saya teringatkan kembali perkara tersebut, saya


akan tersengih sendirian, “Kenapalah aku fikir masalah dia
ni, padahal lebih baik aku fokuskan pada 99 yang menyukai
produk aku?”

So be professional!

Sekarang saya langsung tidak kisah dengan pelanggan


yang tidak berpuas hati dengan produk saya.

Jika mereka meminta kembali wang mereka, saya berikan


terus kerana saya menjual digital produk, kosnya tidaklah
seberapa dengan syarat orang tersebut memberikan alasan
yang kukuh kenapa tidak berminat dengan produk kita dan
berjanji tidak akan menggunakan segala info yang saya
berikan.

Jadi, fokuskan kepada 99 abaikan yang 1 kerana 99 itulah


yang boleh membantu anda untuk leverage kan lagi income
anda, di samping membantu menyelesaikan masalah
mereka.

14
www.InternetMuda.com

Kesilapan #5 – Bekerja Secara Manual

Keseronokan berniaga di Internet terutamanya produk digital


ialah semuanya boleh di-integratekan secara automatic.
Maksud saya, anda hanya membuat sekali sahaja produk
tersebut tetapi wang sentiasa datang selagi anda
mempromosikan website anda.

Contohnya saya menulis e-book tentang “Petua Mengetahui


Perempuan Yang Curang”. Jadi saya hanya menulis petua-
petua tersebut di dalam Microsoft Word, convert kepada pdf,
saya sediakan salesletter, cara-cara pembayaran dan
download page. (Sila rujuk kembali Kesilapan #3 tentang
outsource)
Kesilapan Usahawan Muda Internet

Siap!

Tugas saya hanyalah mempromosikan website tersebut.


Selagi saya mempromosikan website saya, pada pelawat-
pelawat yang betul, saya akan memperoleh wang tanpa
saya sedari ;)

Teknik ini berkesan hanya dengan menggunakan PayPal,


2CheckOut dan apa-apa cara yang menggunakan kad kredit
sahaja. Bagi cara pembayaran bank in (Maybank2U,
CIMBClicks, PBe), anda perlu mengingatkan pembeli-
pembeli anda menghantar resit pembayaran kepada anda.

Jadi, saya sarankan anda untuk menggunakan PayPal dan


2CheckOut.

Anda bekerja sekali sahaja tetapi wang tetap masuk


berulang-ulang kali.

Pengalaman saya melalui MalaysiaPal, saya tak perlu ambil


kisah dengan pembeli yang membayar menggunakan
PayPal kerana saya tahu mereka akan terus download e-
book tersebut.

15
www.InternetMuda.com

Bagi pembayaran secara bank in, saya telah menyediakan


template untuk saya hantarkan e-mail kepada pelanggan
tersebut. Sebaik saya menerima e-mail untuk bukti
pembayaran, saya hanya copy paste sahaja alamat e-mail
dan template e-mail yang telah saya buat. (Rujuk Kesilapan
#1 Pengalaman 3 dan 4)

Anda lihat berapa banyak masa yang anda jimat jika anda
lakukan secara manual dan automatic.

...dan inilah yang dikatakan AutoPilot ;)

Kesilapan #6 – Pemilihan Hosting


Kesilapan Usahawan Muda Internet

Inilah perkara paling remeh tetapi ramai yang terbantut


untuk menjalankan online business, hanya semata-mata
tidak tahu hosting mana yang ingin digunakan.

Terlalu banyak cerita yang saya dengar, idea bisnes dah


menarik tetapi kerana tak tahu hosting dari company apa
yang ingin digunakan.

Anda akan rambang mata melihat begitu banyak company


yang menawarkan harga yang murah, harga yang mahal, file
storage yang kecil/besar dan bandwith yang kecil/besar.

Ya! Saya mengaku saya juga pernah rambang mata tak tahu
hosting mana yang ingin saya gunakan sehinggalah terabai
online business saya.

Remember!

Anda bukanlah Google, Youtube ataupun eBay. Anda


hanyalah orang persendirian sahaja. Jadi jangan
terpengaruh dengan hosting yang menawarkan size-size
yang besar kerana anda tidak memerlukan size sebesar itu.

16
www.InternetMuda.com

Untuk satu mukasurat yang basic hanya memerlukan 5kb -


10kb sahaja. Dan jika website anda mempunyai 1,000
mukasurat sekalipun, size yang anda gunakan di hosting
hanyalah 5mb sahaja ☺

Jadi usah terpengaruh dengan company yang menawarkan


storage 2GB, bandwidth 2000 GB. Itu hanyalah tarikan
semata-mata, terdapat agenda tersembunyi di belakang
tabir.

Ini petua peribadi saya. Jika website anda mempunyai


pelawat (unique visitors) melebihi 1,000 sehari, barulah anda
consider hosting yang menawarkan bandwidth melebihi
30GB sebulan. Dan kebiasaannya untuk memperoleh
pelawat seramai ini, anda perlu bekerja keras melebihi
Kesilapan Usahawan Muda Internet

setahun barulah anda akan lihat hasilnya.

Jika anda masih baru di dalam dunia online business, saya


sarankan anda mendapatkan size yang rendah sahaja.

Selama saya menjalankan dunia online, saya begitu gembira


dengan EcommerceMastery. Sistem support mereka begitu
bagus sekali sehingga saya tak tergerak untuk menukarkan
lagi kepada hosting-hosting yang lain.

Pakej yang mereka tawarkan juga teramatlah murah! Tidak


pernah saya menjumpai hosting yang menawarkan RM50
setahun dan mempunyai sistem support yang boleh saya
katakan sempurna.

Sepanjang saya menggunakan EcommerceMastery, website


saya pernah melebihi bandwidth kerana membuat satu
promosi besar-besaran sehingga website saya tertutup.
Baiknya, mereka telah menaiktaraf website saya daripada
“Beginner” kepada “Medium” secara percuma. Thanks Brian!

Dan saya pernah menerima satu hosting baru secara


percuma kerana membantu mereka mempromosikan
website mereka kepada kenalan-kenalan saya ;)

17
www.InternetMuda.com

Jadi saya sarankan anda untuk mendapatkan hosting dari


EcommerceMastery. Dapatkan dotcom anda sendiri di:

http://www.internetmuda.com/Recommends/EcommerceMastery

Kesilapan #7 – Membeli Iklan


Pernahkah anda mendengar konsep “Nilai RM1.00 pada hari
ini tidak sama dengan RM1.00 pada 10 tahun akan datang”?
Inilah kesilapan yang sering saya lihat. Ramai usahawan-
usahawan Internet tidak menggunakan wang mereka untuk
mempromosikan website ataupun link affiliate mereka
dengan membeli ruang iklan.
Kesilapan Usahawan Muda Internet

Ayah saya sering menceritakan kisah hidup beliau yang


semasa beliau remaja, harga nasi lemak hanyalah RM0.10
dan harga nasi lemak sekarang boleh mencecah RM5.00!

Maka, konsepnya sama sahaja. Jika satu laman yang


mempunyai trafik yang tinggi, kena dengan niche yang kita
miliki, menyediakan ruang iklan, tidak mustahil website
tersebut akan menaikkan harga bagi ruang iklan website
mereka. Ini kerana semakin hari, trafik ke website mereka
semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Jadi sebaiknya anda membeli iklan pada masa sekarang ;)

Satu lagi contoh iaitu Google Adwords (pay per click). Jika 4
tahun dahulu kos bagi satu keyword “webhosting” boleh
dikatakan murah (USD0.10), sekarang bagi keyword
tersebut sahaja boleh mencecah USD10 bagi satu klik!

Jadi saya sarankan lebih baik anda membeli iklan sekarang


dari anda tunggu 10 tahun akan datang. ☺

Di sini saya menyediakan beberapa tips untuk anda membeli


iklan secara efektif, yang boleh menjana kewangan untuk
website ataupun affiliate link anda.

18
www.InternetMuda.com

1. Pastikan anda membeli iklan yang mempunyai niche


yang sama tentang produk/affiliate anda. Contohnya
website anda menjual pakaian wanita. Jadi, anda
boleh membeli ruang iklan pada forum-forum yang
sering dikunjungi oleh wanita, tempat-tempat wanita
berdiskusi tentang alat solek, aksesori, kesihatan
wanita dan sebagainya.

2. JANGAN sesekali membeli iklan pada website yang


tidak bertepatan terus dengan produk anda.
Contohnya anda menjual produk kesihatan tetapi
anda membeli iklan pada website Internet Marketing.

3. Jika website tersebut memberikan ruang iklan dalam


bentuk grafik, pastikan iklan (banner) anda nampak
Kesilapan Usahawan Muda Internet

professional. Jika anda tidak mahir untuk membuat


banner iklan yang menarik, dapatkan graphic
designer kerana kos membuat banner adalah murah
(RM10-RM50)

4. Pastikan anda membeli ruang iklan pada website


yang mempunyai trafik yang baik. Untuk mengetahui
website tersebut baik atau tidak, anda boleh dapatkan
Google Toolbar dan check Page Rank mereka. Jika
Page Rank tersebut melebihi 4 daripada 10, boleh
dikira sebagai baik. Anda juga boleh ke
www.alexa.com untuk melihat trafik website mereka.

5. Kekerapan iklan memainkan peranan penting.


Semakin banyak pelawat sesuatu website melihat
iklan anda, semakin banyak klik iklan anda. Itulah
sebabnya setiap hari mesti ada iklan telekomunikasi
di TV dan radio!

6. Anda sama sekali tidak perlu membeli iklan pada


website-website yang fokus iklan percuma dan
menjual iklan sahaja. Pelawat-pelawat website
tersebut terdiri daripada pengiklan, sama ada ingin
meletakkan iklan ataupun membeli iklan. Jadi kuasa

19
www.InternetMuda.com

membeli pelawat-pelawat website tersebut amat


kurang.

7. Terdapat perbezaan besar di antara ciri-ciri dan


faedah. Jadi pada iklan anda, pastikan anda
meletakkan faedah daripada ciri-ciri. Orang tidak akan
kisah sama ada produk anda adalah produk terbaik di
dunia tetapi yang penting apa faedah yang akan
mereka peroleh dengan mendapatkan produk anda.
Contoh iklan “Save RM3,000 For Your New Car”
adalah LEBIH baik dari “99 Useful Tips to Buy New
Car”.

Kesilapan #8 – Name and Password


Kesilapan Usahawan Muda Internet

Anda pergi ke Google Mail, anda masukkan name and


password. Kemudian anda buka satu lagi browser, anda
masuk ke Yahoo Mail. Sekali lagi anda memasukkan nama
dan password. Anda buka pula forum yang sering anda
kunjungi, anda masukkan login dan password.

Very simple mistake tetapi jika dikira walaupun sesaat, anda


tetap membazirkan masa iaitu kekerapan menulis nama dan
password. Membuat kerja yang sama adalah satu perkara
yang membosankan bukan? Tahukah anda dengan
menggunakan RoboForm, dengan hanya satu klik sahaja
anda mampu untuk menjimatkan masa anda menulis name
and password?

Dan mampukah anda untuk mengingat kesemua username


and password jika anda menggunakan lebih 20 username
and password yang berbeza-beza?

Itulah saya gunakan RoboForm dan saya teramat berpuas


hati kerana saya tidak perlu lagi untuk ingat kesemua
username dan password saya.

Saya boleh masuk e-mail, cPanel, PayPal, Aweber,


NameCheap, membership site yang saya join dan

20
www.InternetMuda.com

sebagainya dengan hanya satu klik sahaja. Saya tak perlu


lagi untuk mengingat kesemua username dan password
saya. ☺

Download dan install PERCUMA di sini:

http://www.internetmuda.com/Recommends/RoboForm

(Keselamatan username dan password anda terjamin


kerana RoboForm digunakan secara meluas di seluruh
dunia. Butiran username dan password disimpan di
dalam komputer anda sahaja)

Kesilapan #9 – Menjawab Soalan Yang Sama


Kesilapan Usahawan Muda Internet

Kesinambungan kepada Kesilapan #1, saya percaya anda


juga akan menerima soalan yang hampir sama walaupun
daripada individu yang berbeza.

Sebab itu jika anda menghantar soalan kepada PayPal,


mereka tidak akan menjawab soalan anda (jangan kata
mereka sombong pula) kerana mereka menyediakan
ruangan Help. Di situ mereka telah menyediakan kesemua
jawapan bagi pertanyaan anda. Saya boleh katakan ruangan
Help di PayPal cukup lengkap, segala pertanyaan ada
jawapannya di sana.

Jadi di sini, pada website anda juga perlu menyediakan


ruangan F.A.Q. (Frequently Asked Question). Pada ruangan
F.A.Q. anda boleh menyediakan jawapan bagi kesemua
soalan yang bakal anda terima.

Maka tak perlulah anda membazirkan masa menjawab


soalan-soalan yang sama. Jika mereka tetap menanyakan
soalan yang sama, berikan sahaja link F.A.Q. dan suruh
mereka merujuk jawapan di situ.

Contoh soalan yang sering saya peroleh bagi website


MalaysiaPal ialah “Bagaimana mempromosikan

21
www.InternetMuda.com

MalaysiaPal?”, “Akaun apa yang perlu saya buka”,


“Bagaimana untuk membayar menggunakan Maybank2u”
dan sebagainya.

Jadi solution terbaik ialah setiap soalan, saya jawab e-mail


tersebut, di samping saya masukkan jawapan tersebut di
ruangan F.A.Q. Selepas ini bukan salah saya lagi kerana
tidak menjawab soalan tetapi salah pelawat tidak membuka
ruangan F.A.Q.

Kita latih pelawat-pelawat tersebut untuk explore segala


yang ada pada website kita ;)

Kesilapan #10 – Mempromosikan Website Tanpa Faedah


Kesilapan Usahawan Muda Internet

Inilah perkara yang paling saya kesalkan dan sampai bila-


bila saya akan ingat. Semasa mula-mula saya menjalankan
perniagaan Internet, saya berminat dengan paid-to-read,
paid-to-surf, paid-to-click program dan sebagainya.

Maksud saya ialah program di mana saya membaca e-mail


saya akan peroleh USD0.50 dengan satu e-mail. Saya
begitu teruja kerana begitu mudah untuk peroleh duit
sehingga saya terlalu promosikan website tersebut walhal
saya tidak pernah mendapat apa-apa bayaran.

Setiap kali saya login akaun saya di website tersebut,


kelihatan wang saya bertambah dan saya sanggup untuk
menggunakan debit kad saya membeli iklan dan upgrade
akaun untuk mendapatkan lebih banyak e-mail.

Semasa hampir tiba masa pembayaran, saya peroleh e-mail


yang mereka tidak dapat membuat pembayaran kerana
akaun PayPal mereka dibekukan dan tidak dapat membuat
pembayaran. WTH??!!!

Saya search website tersebut di Google, ternyata website


tersebut adalah salah satu website scam. Barulah saya
sedar yang saya telah ditipu dari awal lagi. Saya telah sia-

22
www.InternetMuda.com

siakan hampir 3 bulan membaca e-mail, klik website yang


dinyatakan, promosikan link affiliate untuk website tersebut.

Inilah yang saya nyatakan mempromosikan website tanpa


faedah dan sehingga sekarang saya menyesal dengan apa
yang pernah saya lakukan dahulu.

Jadi jika anda menjumpai website get paid-to-read e-mail,


get paid-to-surf, get paid-to-click dan sebagainya, sila lah
abaikan sepenuhnya kerana anda tidak akan peroleh apa-
apa faedah dari website-website tersebut.

Usah terpedaya dengan tawaran-tawaran beribu-ribu,


berjuta-juta dollar kerana anda tidak akan dapat walau satu
sen pun dari website sebegini.
Kesilapan Usahawan Muda Internet

Promosi InternetMuda

Jika anda membaca dari mula sehinggalah bahagian ini,


anda akan sedar bahawa terdapat 3 link yang amat berguna
iaitu:

1. Aweber – Lihat Kesilapan #2


2. EcommerceMastery – Lihat Kesilapan #6
3. Roboform – Lihat Kesilapan #8

Ketiga-tiga website di atas banyak membantu saya


sepanjang saya menjalankan perniagaan Internet, dan
memberikan saya sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

Bagi Roboform, tiada apa yang boleh saya tawarkan kerana


anda boleh download secara percuma. Download percuma
di sini.

Jika anda mendapatkan Aweber, janji saya seperti yang


saya nyatakan di atas iaitu saya akan memberikan RM50 ke
dalam akaun bank anda.

23
www.InternetMuda.com

Dan ini bonus jika anda mendapatkan Aweber dan/atau


hosting dari EcommerceMastery iaitu “Interview Gobala Bonus dapatkan Aweber:
Krishnan with Hafiz Latib”. 1) RM50 ke bank anda
2) E-book “Interview Gobala
Semasa interview tersebut saya ceritakan bagaimana saya Krishnan and Hafiz Latib”
jalankan bisnes Internet dan 1st version MalaysiaPal.
Kiranya MalaysiaPal blueprint, step-by-step bagaimana saya
peroleh 4,000 subscribers dalam masa sebulan, dan
mendapat keuntungan hasil pemberian e-book percuma.

Seperti perjanjian di antara saya dan Gobala bagi website


TheMalaysianRevolution.com, saya diberikan hak untuk Bonus dapatkan
membuat apa sahaja hasil dari interview tersebut. EcommerceMastery:
Memandangkan isi-isi temubual tersebut agak personal dan 1) E-book “Interview Gobala
Kesilapan Usahawan Muda Internet

mempunyai pelbagai input, jadi bonus ini hanya diberikan Krishan and Hafiz Latib”
jika:

a) Anda mendapatkan Aweber untuk mailing list anda,


atau;
b) Anda mendapatkan dotcom anda sendiri di
EcommerceMastery, atau; Hantarkan resit pembayaran
c) Anda mendapatkan kedua-duanya sekali. kepada

Untuk claim bonus anda untuk Aweber dan/atau sales@internetmuda.com


EcommerceMastery, sila hantarkan resit pembelian kepada
sales@internetmuda.com

Menjadi Agen InternetMuda

Saya ada offer yang begitu menarik untuk anda. Selepas


anda membaca e-book ini, anda diberikan peluang untuk
menjadi agen InternetMuda.

Caranya mudah sahaja, anda daftarkan diri anda di:

http://www.internetmuda.com/affiliate

24
www.InternetMuda.com

Selepas anda mendaftarkan diri, anda akan diberikan


affiliate link InternetMuda. Di dalam akaun anda, anda akan
diberikan cara-cara bagaimana untuk mempromosikan
InternetMuda.

Konsep InternetMuda mudah sahaja, anda mempromosikan


e-book percuma ini kepada sesiapa sahaja rakan-rakan
anda, pelawat-pelawat blog anda, rakan-rakan Friendster &
Myspace, dan sebagainya.

Jika mereka mendapatkan autoresponder dari Aweber


ataupun hosting dari EcommerceMastery, anda akan
diberikan komisen iaitu:

a) RM30 bagi Aweber


Kesilapan Usahawan Muda Internet

b) RM10 bagi EcommerceMastery (Efficient Package)

Jadi dalam 1 masa, dengan menyebarkan link affiliate anda


untuk mendownload e-book percuma ini, secara tidak
sengaja anda juga mempunyai peluang untuk menjana wang
mudah dengan InternetMuda.

Segala komisen yang diterima akan diteliti dengan telus


supaya tiada penyelewengan berlaku.

Daftarkan diri anda secara percuma di:

http://www.internetmuda.com/affiliate

Penutup

Selepas anda membaca kesemua kesilapan yang pernah


saya lakukan di atas, diharapkan anda mengambil perhatian
dan iktibar supaya anda juga tidak terjebak dengan
kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan.

Dan jika anda sedar, kesemua kesilapan yang saya


nyatakan di atas mempunyai kaitan dengan masa. So don’t
waste your precious time melakukan kesalahan yang sama ,

25
www.InternetMuda.com

kesalahan yang telah saya lakukan. Betullah apa yang kita


belajar dari kecil lagi, “Masa Itu Emas”. Jadi janganlah
bazirkan masa anda ☺, selain dari 7 kesilapan yang pernah
saya lakukan, anda juga perlu mendapatkan ketiga-tiga
perkara yang saya promosikan iaitu Aweber,
Ecommercemastery dan Roboform. Ketiga-tiga perkara
tersebut banyak membantu saya.

Dan jangan lupa untuk mendaftarkan diri anda sebagai agen


InternetMuda. Inilah cara termudah untuk anda peroleh
wang di Internet!

Terima kasih.

To your success,
Hafiz Latib
Kesilapan Usahawan Muda Internet

http://www.CheapestCovers.com
http://www.Road2Millionaire.com
http://www.MalaysiaPal.com
http://www.InternetMuda.com

Sebarang pertanyaan ataupun pendapat, beritahu saya melalui SMS ke:


HAFIZ<jarak>Nama Anda<jarak>Email Anda<jarak>Soalan/Pendapat Anda
Hantarkan kepada 32781

Pertanyaan atau pendapat anda akan dibalas secepat mungkin.


Terima kasih.

26
www.InternetMuda.com

Sumber-sumber Rujukan Terbaik

Di sini disenaraikan beberapa sumber rujukan yang boleh


anda buat untuk meningkatkan atau menjalankan
perniagaan Internet

http://www.saifulsham.com
Tips perniagaan dan perniagaan internet terkini praktikal
percuma untuk keuntungan maksimum dengan usaha
minimum buat usahawan dan bakal usahawan Berjaya

http://bloggingsteps.com/kit
Bina blog dot com anda sendiri dengan panduan langkah
demi langkah yang
Kesilapan Usahawan Muda Internet

mudah difahami. Panduan yang terbukti telah banyak


membantu ramai newbie
membina blog mereka sendiri. Lawati link di atas untuk
mendapatkan panduan ini dan dapatkan juga 7 tips hebat
'blogging' secara percuma!

http://www.szab.net
Inginkan website anda dimasukkan di dalam search engine
dengan kurang dari 48 jam? Pastikan website anda
dimasukkan di dalam direktori di atas.

http://www.MohdAmirol.com
Journal Online Mohd Amirol dalam kehidupan dunia internet.
Blog yang berkongsi cerita tentang aktiviti - aktiviti berkaitan
dunia perniagaan secara online.

http://www.ideabisnesluarbiasa.com
Tampilkan Bisnes Anda Dengan Kelainan!

http://www.smswang.com
Rahsia Buat Duit Dengan SMS! Ebook Rahsia SMS Yang
Pertama di Malaysia

http://www.internetmelayu.com/blog
Blog Internet Melayu

27
www.InternetMuda.com

http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com
At Last... Learn a Simple and Effective Way to Build Your
First Recurring Online Income System to Generate Multiple
Streams of Cash on the Internet Every Month...

http://www.rajaadsense.com
Raja Adsense: Rahsia Menjana Wang dengan Google
Adsense. Panduan Menjana Wang Di Internet Tanpa Modal
dengan Adsense.

http://www.wangcyber.com/forum
Sertai forum kami untuk berkongsi maklumat dan menimba
ilmu mengenai perniagaan internet dan menjadi usahawan
internet yang berjaya.
Kesilapan Usahawan Muda Internet

Earnings Disclaimer

EVERY EFFORT HAS BEEN MADE TO ACCURATELY REPRESENT THIS PRODUCT AND IT'S POTENTIAL.
EVEN THOUGH THIS INDUSTRY IS ONE OF THE FEW WHERE ONE CAN WRITE THEIR OWN CHECK IN
TERMS OF EARNINGS, THERE IS NO GUARANTEE THAT YOU WILL EARN ANY MONEY USING THE
TECHNIQUES AND IDEAS IN THESE MATERIALS. EXAMPLES IN THESE MATERIALS ARE NOT TO BE
INTERPRETED AS A PROMISE OR GUARANTEE OF EARNINGS. EARNING POTENTIAL IS ENTIRELY
DEPENDENT ON THE PERSON USING OUR PRODUCT, IDEAS AND TECHNIQUES. WE DO NOT
PURPORT THIS AS A “GET RICH SCHEME.”

ANY CLAIMS MADE OF ACTUAL EARNINGS OR EXAMPLES OF ACTUAL RESULTS CAN BE VERIFIED
UPON REQUEST. YOUR LEVEL OF SUCCESS IN ATTAINING THE RESULTS CLAIMED IN OUR
MATERIALS DEPENDS ON THE TIME YOU DEVOTE TO THE PROGRAM, IDEAS AND TECHNIQUES
MENTIONED, YOUR FINANCES, KNOWLEDGE AND VARIOUS SKILLS. SINCE THESE FACTORS DIFFER
ACCORDING TO INDIVIDUALS, WE CANNOT GUARANTEE YOUR SUCCESS OR INCOME LEVEL. NOR
ARE WE RESPONSIBLE FOR ANY OF YOUR ACTIONS.

MATERIALS IN OUR PRODUCT AND OUR WEBSITE MAY CONTAIN INFORMATION THAT INCLUDES OR
IS BASED UPON FORWARD-LOOKING STATEMENTS WITHIN THE MEANING OF THE SECURITIES
LITIGATION REFORM ACT OF 1995. FORWARD-LOOKING STATEMENTS GIVE OUR EXPECTATIONS OR
FORECASTS OF FUTURE EVENTS. YOU CAN IDENTIFY THESE STATEMENTS BY THE FACT THAT THEY
DO NOT RELATE STRICTLY TO HISTORICAL OR CURRENT FACTS. THEY USE WORDS SUCH AS
“ANTICIPATE,” “ESTIMATE,” “EXPECT,” “PROJECT,” “INTEND,” “PLAN,” “BELIEVE,” AND OTHER WORDS
AND TERMS OF SIMILAR MEANING IN CONNECTION WITH A DESCRIPTION OF POTENTIAL EARNINGS
OR FINANCIAL PERFORMANCE.

ANY AND ALL FORWARD LOOKING STATEMENTS HERE OR ON ANY OF OUR SALES MATERIAL ARE
INTENDED TO EXPRESS OUR OPINION OF EARNINGS POTENTIAL. MANY FACTORS WILL BE
IMPORTANT IN DETERMINING YOUR ACTUAL RESULTS AND NO GUARANTEES ARE MADE THAT YOU
WILL ACHIEVE RESULTS SIMILAR TO OURS OR ANYBODY ELSES, IN FACT NO GUARANTEES ARE
MADE THAT YOU WILL ACHIEVE ANY RESULTS FROM OUR IDEAS AND TECHNIQUES IN OUR
MATERIAL.

28

Anda mungkin juga menyukai