Bincangkan Konsep Budi
Bincangkan Konsep Budi
Konsep Budi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) Edisi Ketiga 2002, budi didefinisikan
sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan yang tercantum
dalam kata-kata akhlak mulia. Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain
dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada .
Seterusnya, budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi
perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci. Selain itu, budi juga merupakan suatu tabiat ,
kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun pertuturan .
Sehubungan itu, budi merupakan salah satu nilai murni yang perlu dimiliki dan diamalkan oleh
setiap lapisan masyarakat.Di samping itu, budi Bahasa merupakan salah satu perkataan dalam
kata majmuk budi Bahasa yang merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan
tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan.Kedua-dua perkataan ini tercantum
dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, pemikiran dan perasaan
baik terhadap orang lain. Oleh itu, nilai budi Bahasa adalah amat tinggi dan penting dalam
masyarakat dan perkara ini telah menyebabkan terciptanya Pantun Budi yang secara tidak
langsung memperinci konsep budi seperti contoh di bawah:
PANTUN BUDI
Buah cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang,
Pantun Budi tersebut menceritakan budi yang ditabur dengan hati yang ikhlas tanpa
mengharapkan apa-apa balasan. Selain itu, budi ditunjukkan berdasarkan pelbagai aspek
terutamanya dari segi perbuatan mahupun kewangan. Konsep budi juga memberi penekanan
tentang sejauh mana ikhlasnya hati budi seseorang terhadap apa yang telah diberi seperti
menolong seseorang yang amat memerlukan. Selain itu, budi juga tidak dapat ditukar dengan
wang ringgit kerana budi akan dibawa mati dan dikenang untuk jangka masa yang lama.
Konsep Bahasa
Bahasa adalah milik manusia yang manusia yang paling penting untuk membezakan
manusia dengan makhluk-makluk lain. Manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan,
perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu dan menciptakan keindahan melalui
kesusasteraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban dari satu generasi kepada satu
generasi.
Bahasa boleh didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi Bahasa,
peranan dan fungsinya. Namun demikian, kebanyakan ahli bahasa dan ahli linguistik telah
memberi konsep dan takrif bahasa yang hamper sama . Bahasa boleh diertikan sebagai satu
system bunyi terdiri daripada alat-alat artikulasi yang ada pada mereka.Bahasa juga digunakan
dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-masing mempunyai
makna, iaitu hubungan abstrak antara kata.Seterusnya, Bahasa berbeza mengikut bangsanya
dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.Justeru, bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi
sesebuah negara.Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta
dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta
menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Seawal 1916, Ferdinand de Saussure telah menyatakan bahawa bahasa merupakan
satu sistwm isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan erti dengan
bayangan bunyi ( bersifat psikologi) . Menurut beliau lagi, erti dan bayangan bunyi tidak terpisah
tetapi tergabung dalam satu rantaian ucapan menurut hokum-hukum tatabahasa.Bloch dan
Trager ( 1942) mendefinisikan bahasa sebagai system lambing-lambang vokal yang digunakan
oleh manusia untuk berkomunikasi.Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur
dan pendengar. Sementara itu, menurut Noam Chomsky(1957), setiap penutur dan pendengar
mempunyai dua perkara penting, iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa. Kecekapan
bahasa berada dalam otak manusia dan ia diertikan sebagai satu sistem rumus bahasa yang
mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas banyaknya.
lirik
lagu
putisdaripada
lagu
Budaya
Berbudi
Bahasa
untuk