Anda di halaman 1dari 69

1.

3 Refleksi Nilai Pendidik

Kajian yang dilaksanakan ini memberi penekanan terhadap bidang Ibadah Solat. Saya
telah memfokuskan kajian tentang kemahiran menyebut lafaz niat solat lima waktu.
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Islam iaitu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan AsSunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai
hamba Allah, maka matlamat ini dapat membantu guru Pendidikan Islam dalam
melahirkan generasi yang berakhlak melalui pendekatan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

Bidang Ibadah di dalam Pendidikan Islam telah memberi tumpuan kepada pengetahuan
mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan melaksanakannya.
Justeru itu, Allah s.w.t mewajibkan kita selaku hamba-Nya untuk mengkhususkan lima
waktu setiap hari untuk menghadapkan hati dan seluruh jiwa raga kita kepada-Nya.
Hukum tentang wajib sembahyang sebagaimana Firman Allah Taala :





Maksudnya : Maka dirikanlah olehmu akan sembahyang sesungguhnya sembahyang itu
difardhukan ke atas orang mukmin pada waktu yang ditetapkan. (Surah An-Nisa : 103)
1

Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan


perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Allah s.w.t menegaskan bahawa
sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh mencegah diri pelakunya daripada
melakukan dosa-dosa dan kemungkaran.

Justeru itu, dalam pengajaran dan pembelajaran bidang Ibadah, penekanan kepada
kaedah pengajaran yang berkesan mampu memberi kefahaman yang lebih jelas tentang
cara pelaksanaan solat yang sempurna. Kaedah bermain sambil belajar dapat
diaplikasikan bagi menimbulkan rasa seronok dan berminat murid terhadap
pembelajaran ibadah solat. Musa Daia (1992), permainan merupakan satu teknik yang
baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Pendekatan
belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, (2003)
adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada
murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Isu Kajian

Fokus kajian adalah satu komponen yang sangat penting dalam sesuatu kajian yang
dijalankan. Oleh itu, di sini saya ingin menyatakan bahawa fokus kajian yang telah
dijalankan adalah berkaitan dengan solat iaitu mengenai menyebut lafaz niat solat.
berdasarkan refleksi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas
Tahun 2 Amanah, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat murid yang tidak dapat
menyebut dan mengingati niat solat dengan betul. Selepas kelas, saya telah memanggil
beberapa orang murid. Setelah dibaiki dengan cara latih tubi, beberapa orang murid
dapat menyebut niat solat dengan kurang lancar tetapi tidak dapat mengingati semula
niat solat dengan betul satu persatu solat lima waktu. Murid-murid yang lemah dalam
sebutan dan pembacaan kalimah Arab tidak dapat untuk mengenal perbezaan niat bagi
setiap solat. Keadaan ini menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjawab
soalan latihan dan lembaran kerja yang diberikan oleh saya.

Masalah penguasaan sebutan

lafaz

niat solat lima waktu yang tidak lancar

menyebabkan murid-murid tidak menunaikan solat dengan sempurna. Ada sesetengah


murid yang menunaikan solat tanpa membaca niat. Oleh itu, amatlah penting bagi guru
memperbetulkan sebutan niat solat kerana lafaz niat solat adalah rukun solat yang mana
perkara yang terpenting dalam mengerjakan solat.
4

Untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran menyebut lafaz niat solat lima waktu
dalam kalangan responden, saya telah melaksanakan tiga aktiviti permainan beserta
beberapa latihan pengukuhan dan ujian. Saya telah mencipta satu intervensi yang
berdasarkan kaedah permainan iaitu Play More, Learn More.

2.2 Tinjauan Literatur

Menurut Mohd Arshad (1999), solat dapat mengukuhkan iman dan memperisaikan diri
dari amalan keji dan mungkar. Meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah
berdosa dan Allah SWT telah mensyariatkan ibadah ini di dalam al-Quran bahawa
barang siapa yang meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja akan mendapat
balasan di dunia dan di akhirat. Malah, orang yang meninggalkan solat fardhu adalah
amat buruk dan sangat keji sekali dan ianya terlebih keji daripada iblis.

Oleh sebab itu, seseorang responden mestilah berusaha memperbaiki daya ingatan
mereka melalui pelbagai teknik mengingat yang berkesan. Menurut Mohd. Yusuf Hj.
Arshad (1991), kemahiran mengingat merupakan salah satu kemahiran belajar yang
diberi secara langsung atau tidak. Kemahiran mengingat harus ada pada responden untuk
mencapai penguasaan dalam sesuatu pembelajaran. Ini kerana proses mengingat
bukanlah sekadar merakamkan maklumat di dalam ingatan semata-mata malah
maklumat tersebut perlu dikeluarkan kembali untuk sesuatu tujuan apabila tiba masanya.

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius sertabertumpu kapada
penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini, perubahan yang
ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan sekarang lebih
mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang
menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Noor Azmi
(1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti
yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan
merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada penguasaan
pengetahuan dan kemahiran asas.

Permainan merupakan satu cara melatih responden sebagai seorang dan merupakan satu
teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis.
Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka
mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka (Musa Daia, 1992).

Bermain secara kreatif melibatkan kemahiran manipulatif yang membolehkan responden


memanipulasikan idea, konsep dan pendapat. Justeru itu, bagi kaedah permainan,
responden secara tidak langsung akan melibatkan diri secara aktif terhadap sesi
pembelajaran. Dari situ, pembelajaran baru yang dipelajari akan memudahkan responden
untuk menguasai.

Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih berkesan
jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian daripada
dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan
6

pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran
dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan.
Apabila kanak-kanak seronok belajar sesuatu perkara, mereka terus berminat untuk
mengambil bahagian dalam pembelajaran, kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara
menjadi semakin baik. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak lebih fokus dengan segala
perkara berkaitan aktiviti permainan yang dilakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat
pengalaman pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih baik.

2.2.1 Kajian Lepas

Kajian terhadap penggunaan kaedah bermain dalam pengajaran dan pembelajaran juga
telah banyak dijalankan oleh para penyelidik.

Antaranya ialah Siti Rosmah (2005) tentang Ting-ting Minda Meningkatkan Penguasaan
Kemahiran Membaca Gabungan Perkataan Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV KVK
Dalam

Kalangan

Responden

Pemulihan

Khas

Melalui

Teori

Kecerdasan

Kinestatik.Kajian ini dijalankan di SK Bandar Mas Kota Tinggi Johor. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa secara keseluruhannya telah menunjukkan kebolehan respondenresponden membaca 4 set bacaan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk
dengan cepat dan lancar dalam permainan ini. Responden tidak lagi merasa takut untuk
menyebut perkataan sambil bermain. Sesungguhnya aktiviti yang tidak membosankan
ini telah menggalakkan responden untuk mencuba dan terus mencuba, untuk terus
7

menghabiskan permainan dan memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material
atau non material ( pujian dan sanjungan ).

Satu kajian yang telah dibuat oleh Linah Summase (2009) yang bertajuk Belajar Sambil
Bermain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan membatang suku
kata. Pelbagai jenis permainan telah digunakan kepada responden yang juga merupakan
murid pemulihan. Hasil daripada kaedah permainan terdapat kesan positif terhadap tahap
pencapaian murid dalam membaca dan membatang suku kata.

Dalam kajian lain bertajuk Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar dalam
Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat yang dijalankan oleh Lau Ging Lim (2012)
pula membuktikan bahawa peningkatan peratusan dalam ujian pos telah menunjukkan
bahawa keberkesanan kaedah bermain sambil belajar dalam meningkatkan pencapaian
responden dalam proses pembelajaran Sains. keberkesanan kaedah bermain sambil
belajar dalam membantu meningkatkan penglibatan responden dalam proses
pembelajaran Sains.

Carrolina Anak Anuar (2012), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk Dadu
Vokal Ajaib. Hasil kajian mereka mendapati bahawa penggunakan kaedah belajar
sambil bermain dalam meningkatkan kemahiran mengenal huruf vokal ternyata berkesan
dalam meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar, sekaligus dapat mengurangkan
tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatkan aktif kanak-kanak sepanjang kajian serta
meminimumkan masalah disiplin di kalangan kanak-kanak.Sebanyak 58% kanak-kanak
menunjukkan minat dalam mengikuti kaedah belajar sambil bermain dengan
8

menggunakan dadu vokal ajaib.Melalui dapatan ini, saya dapat menyimpulkan bahawa
penglibatan responden dapat ditingkatkan melalui penggunaan kaedah belajar sambil
bermain.

Nur Hanis Mohd Hatta (2012) dalam kajiannya mengenai Keberkesanan Penggunaan
Kaedah Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun
4 telah membuktikan bahawa analisis pemerhatian menunjukkan perubahan yang lebih
ketara yang mana keempat-empat peserta kajian berada pada tahap cemerlang. Ini
membuktikan bahawa, kaedah permainan yang dilaksanakan menarik perhatian dan
minat responden terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan serta sedia
memberikan maklum balas.

2.3 ISTILAH KAJIAN

Definisi bagi istilah-istilah yang digunapakai dalam kajian ini ialah :

2.3.1 Meningkatkan

Perkataan meningkatkan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) bermaksud


menaikkan atau meninggikan tahap sesuatu. Dalam kajian ini, perkataan meningkatkan
merujuk kepada proses menaikkan atau meninggikan tahap pencapaian serta daya
ingatan responden Tahun 2 bagi Niat Solat.

2.3.2 Kemahiran

Perkataan kemahiran menurut Kamus Dewan Edisi Kedua bermaksud kecekapan dan
kepandaian melakukan sesuatu. Dalam kajian ini, perkataan kemahiran merujuk kepada
kecekapan dan kepandaian untuk menyebut niat solat mengikut waktu solat yang betul.

2.3.3 Menyebut

Perkataan menyebut menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua bermaksud


mengucapkan sesuatu perkataan, melisankan atau melafazkan. Dalam kajian ini,
perkataan menyebut merujuk kepada responden mengucapkan atau melafazkan niat solat
lima waktu.

2.3.4 Niat Solat

Perkataan niat solat dijelaskan oleh Imam an-Nawawi iaitu makna niat adalah kehendak
(hasrat) untuk melakukan sesuatu. Seseorang yang hendak mengerjakan solat perlu
menghadirkan niat di dalam hatinya dan fikirannya berkenaan solat yang hendak dia
kerjakan dan tata caranya, seperti niat solat zuhur, atau solat fardhu dan solat-solat
lainnya. Seterusnya ia memulakan ibadah ini (solat) dengan takbiratul ihram. Oleh itu,
perkataan niat solat di dalam kajian ini merujuk kepada niat solat Subuh, Zohor, Asar,
Maghrib dan Isyak.

10

2.3.5 Pendekatan bermain

Pendekatan membawa maksud kaedah iaitu cara-cara atau langkah-langkah yang


diambil bagi memulakan serta melaksanakan tugas bagi menggatasi masalah. Menurut
Friendrich Froebel, main dibawah konteks pendidikan , merupakan aktiviti yang boleh
mengembangkan kemahiran psikomotor,bahasa, muzik dan ekspresi kendiri responden
pada peringkat awal. Kajian terhadap permainan sebagai teknik mengajar telah
menunjukkan bahawa permainan adalah penentu penting dalam perkembangan intelek,
jasmani ,rohani, sosial serta daya cipta responden. Menurut kamus dewan (2007)
mentakrifkan pendekatan sebagai kaedah atau cara atau langkahlangkah yang diambil
bagi memulakan atau melaksanakan tugas atau mengatasi masalah.

2.3.6 Play More, Learn More

Play More, Learn More merupakan satu intervensi yang menggunakan kaedah bermain.
Lebih banyak murid bermain, lebih banyak murid dapat mempelajari sesuatu perkara.
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah bermain berdasarkan kepada tiga
aktiviti iaitu Selangkah Niat Solatku, Tik Tok, Masa untuk Solat! dan Roda Jam Niat
Solat.

11

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk :
i) Membantu murid menyebut lafaz niat solat lima waktu dengan betul dan lancar.
ii) Meningkatkan kemahiran menyebut lafaz niat solat mengikut waktu solat yang betul.
iii) Menambahbaik strategi pengajaran ibadah solat melalui penggunaan kaedah
permainan.

3.2 Soalan Kajian


Kajian ini bagi menjawab persoalan-persoalan berikut :
i) Adakah murid dapat menyebut lafaz niat solat lima waktu dengan betul dan lancar?
ii) Adakah murid dapat menyebut lafaz niat solat mengikut waktu solat yang betul?
iii) Adakah kemahiran menyebut niat solat lima waktu dapat ditingkatkan melalui
kaedah permainan ?

3.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya responden-responden Tahun 2


Amanah dalam menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu dengan menyebut lafaz
niat solat secara mudah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat responden
untuk belajar. Di samping itu, dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan
12

menjadi panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti guru-guru sekolah dan
juga guru pelatih dalam menghasilkan satu kaedah pengajaran Pendidikan Islam yang
menyeronokkan serta dapat meningkatkan kualiti guru ke tahap yang lebih professional.

Sekiranya kelemahan penguasaan kemahiran menyebut niat solat dalam responden


Tahun 2 Amanah tidak diatasi, saya merasa bimbang responden-responden tersebut tidak
dapat menguasainya sehingga meningkat ke tahun hadapan.Selain itu, pelaksanaan solat
mereka menjadi tidak sempurna kerana tidak melaksanakan rukun solat qalbi iaitu
menyebut lafaz niat solat. Lebih membimbangkan, responden-responden tidak
mengetahui niat solat yang sesuai dengan waktu solat yang betul. Sekiranya masalah ini
berterusan, mereka tidak akan melaksanakan ibadah solat dengan alasan tidak
mengetahui rukun solat yang betul.

Justeru itu, secara tidak langsung, kajian ini juga diharapkan dapat mengatasi masalah
menyebut lafaz niat solat lima waktu bagi subjek Pendidikan Islam seterusnya dapat
membantu responden dalam pelaksanaan solat yang lebih sempurna. Diharap dapatan
kajian ini juga dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat khususnya pihak
pengurusan sekolah, guru-guru serta responden-responden dalam membawa inovasi
terhadap dunia pendidikan di zaman moden ini.

13

4.0 Kumpulan Sasaran

Seramai 5 orang responden dari kelas 2 Amanah yang terdiri daripada seorang
responden perempuan dan empat orang responden lelaki yang telah dipilih sebagai
responden kajian ini. Responden berumur dalam lingkungan 8 tahun. Kesemua
responden berketurunan Melayu, beragama Islam dan juga dilahirkan di Pasir Puteh.
Mereka juga berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah dimana kesemua mereka
menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Ibubapa responden bekerja
sebagai petani, buruh, dan tukang kayu. Tahap pencapaian responden di dalam pelajaran
adalah berbeza.

Kajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan Gong Manak, Pasir Puteh Kelantan
yang terletak di luar Bandar Pasir Puteh.Sekolah ini mempunyai 22 orang guru, 10
kakitangan serta 150 responden.Terdapat 8 kelas kesemuanya di sekolah ini termasuk
Prasekolah. Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah ini berada
pada tahap sederhana.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


5.1 Perancangan
5.1.1 Metodologi / Reka Bentuk Kajian
14

Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis
& McTaggart (1988) yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan
pada Rajah 1 di bawah :

(1) MERANCANG

(2) BERTINDAK

(4) MEREFLEK

(3) MEMERHATI

Rajah 1 : Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

15

5.1.2 Tinjauan Masalah

Jadual 1 : Kaedah Mengutip Data


Langkah

Cara Penilaian

Kumpulan

dan Tarikh
Langkah 1

Tujuan

Sasaran
Ujian diagnostik

25

orang Mengenal

pasti

masalah

27 Februari

Lisan

murid Tahun 2 sebenar yang dihadapi oleh

2014

bertulis

Amanah

murid dalam menyebut lafaz


niat solat.

Langkah 2
8 Julai 2014

Pengesanan
-

lisan

bertulis

5 orang murid Saya


2 Amanah

menjalankan

ujian

pengesanan ke atas 5 orang


responden tahun 2 Amanah
yang

dikenal

pasti,

iaitu

menyusun semula niat solat


mengikut turutan yang betul.
Tujuan adalah untuk mengenal
pasti masalah yang mereka
hadapi

ketika

mengingati

susunan niat solat.

16

5.1.3 Analisis Tinjauan Masalah

Jadual 2 : Analisis Tinjauan Masalah


Langkah

Cara

Kumpulan

Masalah telah

dan Tarikh

Penilaian

Sasaran

dikenalpasti

Langkah 1

Ujian

25

orang Terdapat beberapa orang

27 Februari diagnostik

murid Tahun murid

2014

2 Amanah

tidak

membezakan

dapat
turutan

potongan niat solat dengan


betul.
Langkah 2

Ujian

8 Julai 2014

Pengesanan murid

orang Setelah

Amanah

membuat

2 pengesanan,

ujian
saya

mendapati hanya dua orang


murid

yang

dapat

menyusun

niat

solat

mengikut

turutan

yang

betul. Selebihnya banyak


kesalahan

seperti

tidak

menyusun mengikut turutan


niat solat yang betul,

17

5.2 Tindakan yang dijalankan

Jadual 3 : Perancangan Tindakan yang dijalankan


Langkah dan

Cara

Kumpulan

Tarikh

Penilaian

Sasaran

Aktiviti 1

Selangkah

Tasmi

Niat Solatku

10 ulai
2014

Tujuan

Ujian 5 orang murid 2 Saya menjalankan aktiviti


Amanah

Latihan ii. Pemerhati :

pengukuhan

Siti Sarah

pertama terhadap 5 orang


responden

dengan

menggunakan

kaedah

permainan

Selangkah

Niat Solatku. Aktiviti ini


mempunyai

pusingan

yang bersumberkan bahan


bantu

mengajar

menggunakan carta niat


solat,

dadu

langkahan.
bertujuan

dan
Aktiviti

tapak
ini

membantu

responden untuk menyebut


niat solat dengan sebutan
yang

betul

mengikut

potongan niat solat. Saya


dapat mengesan potongan

18

niat

solat

yang

lemah

dikuasai oleh responden.


Aktiviti 2

Ujian 5 orang murid 2 Saya menjalankan aktiviti

Tik tok! Masa Tasmi


Untuk Solat

16 Julai 2014

pengukuhan

Amanah

Latihan Pemerhati:
Siti Sarah

kedua terhadap 5 orang


responden

dengan

menggunakan

kaedah

permainan Tik tok! Masa


untuk Solat. Aktiviti ini
bersumberkan bahan bantu
mengajar

menggunakan

big book yang disertakan


cerita

pendek

dengan

gambar jam, waktu solat


serta

ruangan

potongan

niat solat dalam bentuk


model kereta api. Aktiviti
kedua ini bertujuan untuk
membantu

responden

supaya mengenal waktu


solat

bagi

lima

waktu

berdasarkan cerita pendek


dengan

berbantukan

gambar jam. Model kereta

19

api

ini

bertujuan

membantu

murid

menyusun potongan niat


solat dan mengenal pasti
kalimah niat solat yang
sama atau berbeza.
Aktiviti 3

Ujian 5 orang murid 2 Saya menjalankan aktiviti

Roda Jam Niat Tasmi


Solat

6 Ogos 2014

pengukuhan

Amanah

Latihan Pemerhati:
Siti Sarah

ketiga terhadap 5 orang


responden

dengan

menggunakan

kaedah

permainan Roda Jam Niat


Solat.

Aktiviti

ini

bersumberkan bahan bantu


mengajar

menggunakan

roda yang berbentuk jam


serta

mempunyai

bahagian

putaran

2
iaitu

putaran jarum jam serta


putaran

niat

Intervensi

ini

membantu

solat.
bertujuan
responden

mengenal waktu di jam


supaya dapat mengaitkan

20

dengan waktu solat yang


sesuai.

Aktiviti

berkumpulan
carta

niat

melakukan
solat

adalah

sebagai pengukuhan untuk


mengetahui

waktu

bagi

solat Subuh, Zohor, Asar,


Maghrib dan Isyak.

5.2.1 Analisis Tindakan yang dijalankan

Jadual 4 : Analisis Tindakan yang dijalankan


Langkah dan

Cara

Kumpulan

Tarikh

Penilaian

Sasaran

Aktiviti 1

Selangkah

Tasmi

Niat Solatku

10 Julai 2014

pengukuhan

Pemerhatian

Ujian i. 5 orang murid 2 i.


Amanah

5 orang responden

menunjukkan rasa minat

Latihan ii. Pemerhati : Siti dalam melakukan aktiviti


Sarah

permainan

bagi

Selangkah

Niat

Solatku.

ii. 5 orang responden


telah

menyebut

setiap

21

niat

solat

mengikut

turutan

dengan

bimbingan saya.

iii. 4 orang responden


didapati
dalam

masih

lemah

menyebut

niat

solat Subuh dan Maghrib.

iv. Di akhir aktiviti, 5


orang

responden

menunjukkan
peningkatan
menyebut

dapat
niat

solat

dengan baik.
Aktiviti 2

Ujian i. 5 orang murid 2 i.

Tik tok! Masa Tasmi


Untuk Solat

16 Julai 2014

pengukuhan

Amanah

5 orang responden

menunjukkan rasa minat

Latihan ii. Pemerhati : Siti untuk melakukan aktiviti


Sarah

permainan

Tik

Tok!

Masa untuk Solat.

ii. 5 Orang responden


membaca ayat

pendek

22

mengenai setiap waktu


solat.

Saya

peluang

memberi

kepada

responden

setiap
untuk

menyusun

niat

solat

mengikut

waktu

solat

yang

betul

di

dalam

kotak kereta api.

iii. Kesemua responden


telah

dapat

mengenal

waktu solat dengan baik


serta

dapat

menyusun

turutan pecahan niat solat


dengan betul.
Aktiviti 3

Ujian i. 5 orang murid 2 i.

Roda Jam Niat Tasmi


Solat

6 Ogos 2014

pengukuhan

Amanah

5 orang responden

menunjukkan rasa minat

Latihan ii. Pemerhati : Siti dan bersemangat untuk


Sarah

melakukan
permainan

aktiviti
bagi

Roda

Jam Niat Solat.

ii. 5 orang responden

23

dapat menentukan waktu


solat

dengan

berdasarkan

baik
kepada

putaran jarum jam.

iii. 5 orang responden


dapat

membaca

dan

menyusun dengan betul


susunan bagi lima waktu
niat solat.

iv. kerjasama yang baik


semasa

aktiviti

berkumpulan telah dapat


dilihat
menyiapkan

dalam
carta

niat

solat dengan membuat


jam dinding sendiri.

5.2.2 Langkah-langkah perlaksanaan Aktiviti

Berdasarkan tinjauan awal, didapati responden memang lemah dari segi menyebut niat
solat. Ini adalah kerana, mereka kurang minat pada mata pelajaran Pendidikan Islam
yang memerlukan mereka untuk menghafal. Responden juga kurang keyakinan diri
24

untuk menyebut lafaz niat solat yang mereka ingat kerana takut sekiranya salah.
Keadaan persekitaran yang kurang perhatian ibu bapa terhadap pelaksanaan solat di
rumah menyebabkan mereka tidak mengambil kisah terhadap kepentingan mengingati
niat solat yang betul. Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab dalam membimbing
responden supaya dapat menyebut niat solat dengan betul agar mereka dapat
pelaksanakan solat dengan lebih sempurna. Untuk mengatasi masalah ini, saya
menggunakan satu intervensi iaitu Play more, Learn more yang mempunyai tiga
aktiviti dengan mengaplikasikan kaedah bermain.

5.2.2.1 Pelaksanaan aktiviti 1 : Selangkah Niat Solatku

a. Saya telah menyediakan tapak langkahan beserta dengan dadu untuk memilih
niat solat. Carta niat solat yang mengandungi potongan niat ditampal di dinding
kelas.

25

Rajah 2 : Carta Alir Pelaksanaan Aktivti Selangkah Niat Solatku

Jadual 5 : Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti 1 Selangkah Niat Solatku


Langkah 1

Pusingan pertama, responden menyebut lafaz niat solat


dengan bimbingan saya berdasarkan carta niat solat.

Langkah 2

Pusingan kedua, responden berjalan di atas tapak


langkahan sambil menyebut pecahan niat solat di carta
niat solat.

Langkah 3

Pusingan

ketiga,

saya

mengosongkan

beberapa

26

potongan niat solat di carta niat solat. Responden


memutarkan dadu gergasi untuk memilih niat solat.
Responden berjalan di atas tapak langkahan sambil
menyebut niat solat berdasarkan ingatan responden.
Langkah 4

Saya mengedarkan latihan aktiviti pertama kepada lima


orang responden.

Langkah 5

Saya mengadakan tasmi dengan responden untuk


mengetahui

tahap

sebutan

niat

solat

selepas

mengadakan intervensi pertama.

b. Pentadbiran instrumen seperti pemerhatian dijalankan oleh saya.

27

5.2.2.2 Pelaksanaan aktiviti 2 : Tik tok, Masa Untuk Solat

a. Saya telah menggunakan model berbentuk kereta api yang mempunyai ruangan
di gerabak untuk memasukkan kad potongan niat solat. Model kereta api ini
mempunyai cerita pendek yang menerangkan tentang waktu solat bagi setiap
waktu.

Rajah 3 : Carta Alir Pelaksanaan Aktiviti Tik tok; Masa Untuk Solat

28

Jadual 6 : Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti 2, Tik Tok Masa Untuk Solat


Langkah 1

Responden dikehendaki membaca ayat pendek yang menerangkan


tentang waktu solat secara beramai-ramai.

Langkah 2

Responden diminta untuk menyusun semula potongan niat solat


mengikut kotak gerabak yang disediakan.

Langkah 3

Langkah 1 dan langkah 2 diulang semula sehingga semua responden


telah berjaya menyusun untuk lima waktu solat.

Langkah 4

Saya mengedarkan latihan aktiviti kedua kepada lima orang


responden.

Langkah 5

Saya mengadakan tasmi dengan responden untuk mengetahui tahap


sebutan niat solat selepas mengadakan intervensi kedua.

b. Pentadbiran instrument seperti pemerhatian dijalankan oleh saya.

5.2.2.3 Pelaksanaan aktiviti 3 : Roda Jam Niat Solat

a. Saya telah menyediakan bahan mengajar seperti model roda jam serta bahanbahan untuk melakukan carta niat solat.
b. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, semua responden diminta
untuk menyebut kembali niat solat yang telah dipelajari.

29

Rajah 4 : Carta Alir Pelaksanaan aktivti Roda Jam Niat Solat

Jadual 7 : Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti 3 ; Roda Jam Niat Solat


Langkah 1

Secara individu , responden diminta untuk memutarkan jarum jam


kepada waktu solat yang dikehendaki. Kemudian responden akan
memutarkan roda kepada niat solat tersebut serta membacanya secara
kuat.

30

Langkah 2

Responden akan menyusun semula potongan niat solat daripada


waktu solat yang dipilih.

Langkah 3

Secara berkumpulan, responden melakukan aktiviti membuat carta


niat solat yang mempunyai jam. Setiap responden membuat jam
dinding sendiri berdasarkan bahan yang telah disediakan. Responden
menyusun niat solat berdasarkan waktu yang telah dipilih.

Langkah 4

Responden akan menyebut secara berkumpulan niat solat yang telah


siap.

Langkah 5

Saya mengedarkan latihan aktiviti ketiga kepada lima orang


responden.

Langkah 6

Saya mengadakan tasmi dengan responden untuk mengetahui tahap


sebutan niat solat selepas mengadakan intervensi kedua.

d. Pentadbiran instrument seperti pemerhatian dijalankan oleh saya.

5.3 Pemerhatian

Pemerhatian dijalankan sepanjang pelaksanaan intervensi Play more, Learm more


dilaksanakan. Antara aspek yang dinilai adalah kecenderungan minat responden untuk
turut serta dalam aktiviti permainan, kerjasama di antara responden dan guru sepanjang
permainan dijalankan serta keupayaan responden untuk menyebut potongan niat solat
yang diberikan oleh saya. Berikut merupakan hasil pemerhatian bagi setiap aktiviti yang
dijalankan.

31

5.3.1 Perlaksanaan Aktiviti 1 : Selangkah Niat Solatku

Pengajaran dilaksanakan seperti biasa. Responden menyebut potongan niat solat dengan
bimbingan saya berdasarkan carta niat solat di hadapan kelas. Saya mula melakukan
kaedah permainan dengan menggunakan tapak langkah serta dadu gergasi bagi
menyebut niat solat. Pusingan pertama, responden menyebut potongan niat solat
mengikut turutan langkah di tapak langkahan. Pusingan kedua, setiap responden perlu
melalui setiap niat solat serta menyebut niat solat tanpa bantuan carta niat solat.
Pusingan ketiga, setiap responden akan memutarkan dadu gergasi bagi memilih niat
solat. Saya mengosongkan beberapa potongan niat solat di carta niat solat. Responden
perlu menyebut potongan niat solat yang dikosongkan.

Pemerhatian
Tarikh

: 10 Julai 2014

Tempat

: Perpustakaan

Masa

: 9.00 10.00 pagi

Peristiwa :

Semua responden menunjukkan rasa seronok dan tidak sabar melakukan aktiviti
tersebut. Mereka menunjukkan sikap positif terhadap minat belajar Pendidikan
Islam. Apabila aktiviti bermula, semua responden dapat menyebut potongan niat
solat dengan baik mengikut bimbingan guru. Namun begitu, apabila responden

diminta menyebut sendiri, mereka tidak dapat menyebut sesetengah kalimah niat
solat. Responden menunjukkan rasa gembira apabila dapat memutarkan dadu
besar serta bergerak di atas tapak langkahan.

32

Refleksi

Sepanjang aktiviti intervensi pertama dijalankan, responden kelihatan seronok untuk


belajar niat solat berdasarkan aktiviti permainan yang dilakukan. Aktiviti ini dilakukan
di bilik pembacaan di dalam perpustakaan. Keadaan bilik bacaan ini sangat kondusif dan
dilengkapi dengan penyaman udara. Persekitaran yang selesa ini telah membantu
responden menambahkan rasa seronok dan minat untuk belajar kerana berbeza keadaan
di dalam bilik darjah. Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, responden telah
menunjukkan tingkah laku yang pencapaianitif serta dapat mengikuti arahan saya
dengan baik. Melalui aktiviti permainan ini, 3 orang responden masih lemah untuk
menyebut niat solat Subuh dan Maghrib kerana tertukar potongan kalimah bilangan
rakaat dengan niat Solat Zohor, Asar, dan Isyak. Mereka juga sering tertukar menyebut
kalimah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak di dalam Bahasa Arab.

Selepas selesai aktiviti permainan, saya meminta beberapa responden untuk menyebut
kembali niat solat yang telah diingati. Selepas itu, saya telah menjalankan latihan aktiviti
pertama bagi membuktikan keberkesanan aktiviti pertama. Di dalam latihan bertulis, 5
orang responden telah dapat menyusun dengan betul potongan niat solat mengikut waktu
solat yang sesuai. Ini telah menunjukkan peningkatan yang baik berbanding ujian
pengesanan yang dijalankan. Seterusnya, saya melakukan tasmi bagi setiap responden
untuk mengetahui tahap sebutan niat solat lima waktu. Semua responden telah dapat
menyebut niat solat dengan baik. Namun begitu, 2 orang responden masih lagi menyebut
dengan tersekat-sekat kerana tidak yakin.

33

5.3.2 Perlaksanaan aktiviti 2 : Tik tok, Masa Untuk Solat!

Sebelum melaksanakan aktiviti kedua, saya mengulang kembali isi pelajaran niat solat
yang telah dipelajari di dalam pertama. Saya menggunakan big book yang digabungkan
dengan model kereta api bagi aktiviti Tik Tok! Masa untuk Solat. Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dilakukan seperti biasa. Saya membimbing responden dalam
melakukan aktiviti berpandukan big book tersebut. Responden menyebut cerita pendek
bagi setiap niat solat. Cerita pendek tersebut menerangkan tentang waktu pelaksanaan
solat dengan berbantukan gambar rajah jam. Selepas membaca cerita pendek waktu
solat, responden akan dipilih oleh saya untuk menyusun potongan niat solat di dalam
model kereta api.

Pemerhatian

Tarikh

: 16 Julai 2014

Tempat

: Perpustakaan

Masa

: 9.00 10.00 pagi

Peristiwa :
Sepanjang aktiviti kedua dijalankan, responden menunjukkan rasa seronok
untuk belajar. Apabila aktiviti Tik Tok Masa untuk Solat bermula, semua
responden berasa tidak sabar untuk melakukan aktiviti. Saya memulakan
aktiviti dengan meminta responden menyebut kembali niat solat yang sudah
diingati selepas melakukan aktiviti pertama. Melalui aktiviti big book ini,
setiap responden membaca bersama-sama cerita pendek bagi setiap niat solat.
Dalam aktiviti menyusun potongan niat solat, setiap responden dapat
melakukan dengan baik.
34

Refleksi

Berdasarkan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti kedua Tik tok!
Masa Untuk Solat, secara keseluruhannya telah menunjukkan peningkatan penguasaan
menyebut niat solat dengan lebih baik. Aktiviti pembelajaran dilaksanakan di dalam
bilik bacaan di perpustakaan SK Gong Manak. Semasa memanggil responden untuk
mengikuti aktiviti kedua, mereka menunjukkan rasa seronok dan tidak sabar menanti
aktiviti yang bakal dilakukan. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran aktiviti
kedua, saya menguji setiap responden dengan meminta untuk menyebut niat solat yang
sudah diingati. Secara keseluruhannya, kesemua responden dapat menyebut niat solat.
Namun ada 2 responden yang masih tersekat bacaan niat solat dan tidak berapa yakin.
Aktiviti dimulakan dengan membaca cerita pendek mengenai waktu solat berdasarkan
gambar rajah jam. Semua responden membaca dengan bersemangat dan kuat. Setiap
responden diberi peluang untuk menyusun niat solat di dalam model kereta api bagi
waktu solat yang sesuai. Apabila seorang responden cuba menyusun potongan niat solat,
responden yang lain cuba untuk membantu. In telah menunjukkan bahawa mereka
berasa seronok dan mempunyai kerjasama antara responden untuk menyusun setiap
potongan kalimah niat solat ke dalam model kereta api.

Aktiviti permainan ini telah dapat mengeratkan hubungan sosial antara responden.
Aktiviti kedua ini telah menunjukkan peningkatan yang lebih baik daripada aktiviti
pertama. Hal ini telah dibuktikan melalui latihan aktiviti yang dilakukan selepas
35

melakukan aktiviti. Berdasarkan latihan tersebut responden telah berjaya menyesuaikan


niat solat mengikut waktu solat yang betul. Saya juga telah menjalankan tasmi bagi
mengetahui tahap ingatan dan sebutan responden terhadap niat solat berdasarkan aktiviti
kedua. Melalui tasmi, 4 orang responden telah berjaya menyebut niat solat dengan
baik. Seorang responden masih lagi lemah menyebut niat solat Subuh kerana tertukar
sebutan rakaat.

5.3.3 Perlaksanaan Aktiviti 3 : Roda Jam Niat Solat

Sebelum memulakan aktiviti ketiga, semua responden diminta untuk menyebut kembali
niat solat yang telah dipelajari daripada aktiviti pertama dan kedua. Saya menggunakan
model roda berbentuk jam sebagai bahan bantu mengajar dalam aktiviti ketiga. Secara
individu, responden dikehendaki memutarkan jarum jam di atas roda itu menjadi waktu
solat yang dipilih. Kemudian, responden perlu memutarkan roda kepada niat solat penuh
waktu tersebut sambil membaca dengan kuat. Seterusnya, responden perlu menyusun
semula potongan niat solat tersebut di atas roda. Langkah seterusnya, saya mengadakan
aktiviti berkumpulan. Responden dikehendaki untuk membina stau carta niat solat yang
dilengkapi dengan jam yang mewakili lima waktu solat. Semua bahan-bahan telah
disediakan.

36

Pemerhatian
Tarikh

: 6 Ogos 2014

Tempat

: Perpustakaan

Masa

: 9.00 10.00pagi

Peristiwa :
Sepanjang aktiviti ketiga dijalankan, semua responden menunjukkan rasa minat
untuk belajar. Apabila saya membawa model roda jam, semua responden berasa
tidak sabar untuk melakukan aktiviti. Setiap responden perlu memutarkan jarum

jam untuk memilih waktu solat yang dikehendaki sambil memutarkan roda ke
arah niat solat penuh tersebut. Saya meminta responden untuk menyusun
potongan niat solat menjadi susunan yang betul. Melalui aktiviti ini, responden
dapat mengetahui waktu solat yang betul bagi solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib

dan Isyak.

Refleksi

37

Berdasarkan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti ketiga Roda Jam
Niat Solat, secara keseluruhannya telah berjalan lancar dan menunjukkan peningkatan
penguasaan menyebut niat solat dengan lebih lancar. Aktiviti pembelajaran ini
dilaksanakan di bilik bacaan di dalam perpustakaan SK Gong Manak. Semua responden
menunjukkan rasa seronok dan bersemangat untuk melakukan aktiviti ketiga. Sebelum
memulakan aktiviti, seperti biasa, saya akan meminta setiap responden untuk menyebut
kembali niat solat yang telah diingati selepas melakukan intervensi pertama dan kedua.
Kesemua responden dapat menyebut dengan baik walaupun ada yang masih tertukar
sebutan. Aktiviti ketiga ini dimulakan dengan menggunakan model roda berbentuk jam.
Setiap responden akan berpeluang untuk memutarkan jarum jam dalam memilih waktu
solat. kemudian, mereka dikehendaki memutarkan roda ke arah niat solat yang penuh
bagi waktu tersebut. Responden juga perlu menyusun semula potongan niat solat
menjadi susunan yang betul. Dalam aktiviti ini, responden dapat belajar cara membaca
jarum jam di atas jam dinding. Responden menunjukkan rasa minat kerana dapat
mempelajari perkara baru.

Aktiviti ketiga ini teruskan dengan aktiviti berkumpulan bagi memperkukuhkan asas
yang telah dipelajari. Setiap responden diberi peluang untuk membina sendiri jam
dinding untuk dilekatkan di atas kertas manila sehingga dapat membentuk carta niat
solat. keterujaan setiap responden dapat dilihat daripada setiap raut wajah mereka.
Responden melakukan aktiviti berkumpulan dengan penuh semangat dan bekerjasama
antara ahli. Kerjasama yang ditonjolkan dapat menghasilkan nilai sosial yang baik serta
memupuk semangat pembelajaran dalam kalangan mereka. Saya telah memberi latihan
aktiviti ketiga sebagai latihan tambahan. Bagi melihat peningkatan sebutan niat solat,
38

saya mengadakan tasmi bagi setiap responden. Hasil daripada tasmi tersebut telah
menunjukkan mereka semakin lancar dari segi sebutan mengikut niat solat yang betul.
Responden juga telah menunjukkan rasa berani dan tidak malu dalam melakukan tasmi
bagi aktiviti ketiga ini.

39

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA / PENGANALISISAN DATA


6.1 Instrumen Pengumpulan Data

Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang telah dicadangkan, saya telah
meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidakupayaan
reponden dalam menyebut lafaz niat solat. bahagian ini telah menerangkan bagaimana
saya melakukan pengumpulan data. Pengumpulan data adalah bertujuan untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan masalah menyebut lafaz niat
solat.

Saya merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi. Bagi ujian pengesanan dan
ujian pencapaian, analisis dilakukan secara manual memandangkan jumlah responden
yang sedikit. Keputusan ujian pengesanan dan ujian pencapaian direkod dalam bentuk
jadual dan graf. Bagi pemerhatian pula, saya mencatat pemerhatian tentang peristiwa
yang berlaku di dalam bilik darjah semasa aktiviti berlangsung.

Bagi soal selidik pula, data dikutip dan direkodkan berdasarkan tajuk kajian saya dalam
kemahiran menyebut lafaz niat solat sebelum intervensi dilakukan. Dapatan soal selidik
bagi setiap item diinterpretasi dan dianalisis di dalam bentuk jadual dan graf.
Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada setiap instrument kajian dianalisis

40

dan diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas seperti jadual dan graf supaya
ianya dapat dilihat dengan jelas.

6.1.1 Ujian ( Ujian Pengesanan, Ujian Pencapaian dan Ujian Tasmi )

Bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan, saya telah memilih instrument pertama
iaitu dengan melaksanakan ujian pengesanan(rujuk lampiran ) dan ujian pencapaian
(rujuk lampiran). Soalan yang terdapat di dalam ujian pengesanan dan ujian pencapaian
adalah sama. Bezanya, saya memberikan ujian pengesanan kepada responden sebelum
kaedah permainan digunakan bagi menilai tahap ingatan murid terhadap sususan
potongan niat solat bagi lima waktu. Manakala ujian pencapaian pula dilaksanakan
selepas selesai tindakan intervensi untuk melihat peningkatan pencapaian responden
dalam menyusun niat solat.

41

Ujian yang digunakan berdasarkan tajuk Takbiratul Ihram dan Niat Solat bagi Tahun
2. Dalam ujian ini, saya telah membina bentuk soalan yang memerlukan responden
untuk menyusun semula potongan niat solat mengikut susunan yang betul berpandukan
kepada lima waktu solat iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Jumlah
keseluruhan bagi ujian ini adalah 5 soalan.

Saya telah melaksanakan ujian tasmi ke atas responden sebelum dan selepas
melaksanakan intervensi. Ujian tasmi ini dijalankan bagi melihat tahap kelancaran
responden terhadap sebutan lafaz

niat solat mengikut solat Subuh, Zohor, Asar,

Maghrib dan Isyak. Saya akan memanggil setiap responden untuk merekod tahap
sebutan niat solat mereka (rujuk lampiran). Instrumen yang diguna pakai bagi merekod
sebutan niat solat ialah borang senarai semak. Saya telah menyediakan borang berbentuk
skala yang terdiri daripada tiga tahap iaitu lemah, sederhana dan baik.

6.1.2 Pemerhatian

Muhammad Hazman (2009) menyatakan bahawa pemerhatian merupakan satu teknik


pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung.
Pemerhatian dilakukan dengan merekod butiran catatan melalui nota atau sebagainya
tentang situasi yang berlaku di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Saya akan membuat pemerhatian berdasarkan aktiviti
pembelajaran yang saya laksanakan. Instrument yang diguna pakai bagi melaksnakan
pemerhatian saya ialah borang senarai semak. Pemerhatian ini bertujuan untuk

42

memerhati tahap sebutan responden terhadap sebutan lafaz niat solat dan perubahan
penglibatan responden semasa kaedah permainan diaplikasikan.

Hasil dapatan daripada borang senarai semak telah dikaji dan dianalisis supaya saya
dapat melihat tahap penglibatan responden terhadap aktivti yang dijalankan bagi
menyebut lafaz niat solat lima waktu. Saya telah menyediakan borang berbentuk skala
yang terdiri daripada tiga tahap iaitu lemah, sederhana dan baik.

6.2 Cara Menganalisis Data

Saya telah memilih tiga cara dan instrument pengumpulan data. Hasil daripada data yang
diperolehi ini, saya telah memilih kaedah yang paling sesuai untuk menganalisisnya.
Analisis data ini dilaksana berdasarkan tiga aspek kaedah pengumpulan data yang
digunakan oleh saya iaitu ujian dan pemerhatian.

6.2.1 Ujian Pengesanan dan Ujian Pencapaian

Data yang dikumpul dari ujian pengesanan dan ujian pencapaian dianalisis berdasarkan
skema pemarkahan analitik. Menurut Maznah (2006), skema pemarkahan analitik
bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah dalam
pembelajaran dan pengajaran melalui peratusan (%).

Berikut merupakan pecahan skor pemarkahan analitik yang digunakan oleh penyelidik
dalam kajian ini.
43

Jadual 8 : Skor Pemarkahan Analitik

Gred

Peratusan Markah (%)

Tahap Keberkesanan

80 100

Cemerlang

60 79

Sederhana

40 59

Tidak Memuaskan

0 -39

Gagal

Oleh itu, skor markah yang diperoleh pada ujian pengesanan dan ujian pencapaian dapat
menunjukkan sejauh mana pencapaian responden terhadap susunan potongan niat solat.
selepas saya menganalisis data secara peratusan, hasil dapatan tersebut digunakan untuk
membuat perbandingan pencapaian responden dalam bentuk graf.

Secara tidak langsung, saya turut dapat menilai keberkesanan kaedah bermain dalam
meningkatkan kemahiran menyebut niat solat. melalui ujian pencapaian, saya dapat
mengetahui sama ada penyelidikan tindakan yang dijalankan adalah berjaya atau belum
berjaya dengan melihat perubahan peratusan (%) selepas melaksanakan intervensi play
more, learn more.

Di samping itu, ujian tasmi dijalankan ke atas responden bagi melihat tahap sebutan
lafaz niat solat bagi solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Tahap kelancaran

44

sebutan dinilai berdasarkan skala lemah, sederhana dan baik. Saya telah merekod
sebutan lafaz niat solat responden di dalam instrument berbentuk borang senarai semak.

6.2.2 Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian pada setiap aktiviti-aktiviti yang telah


dilaksanakan. Pada setiap pemerhatian yang dilakukan, saya telah membuat refleksi
terhadap reaksi dan tingkah laku responden sepanjang aktiviti dijalankan.

45

7.0 Keputusan Kajian


7.1 Ujian (Ujian Pengesanan, Ujian Pencapaian dan Ujian Tasmi)

Hasil keputusan Ujian Pengesanan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual dan
graf di bawah.

Jadual 9 : Keputusan Ujian Pengesanan

Bil.

Responden

Markah (%)

Gred

1.

Responden 1

67

2.

Responden 2

58

3.

Responden 3

33

4.

Responden 4

42

5.

Responden 5

71

46

Keputusan Markah Ujian Pengesanan


Markah (%)
80
70
60
50

40
Ujian Pengesanan

30
20
10
0

Responden
Responden Responden Responden Responden Responden
1
2
3
4
5

Rajah 5 : Graf Markah Ujian Pengesanan

Berikut merupakan keputusan markah bagi ujian pencapaian menyusun niat solat.

Jadual 10 : Keputusan Ujian Pencapaian


Bil.

Responden

Markah (%)

Gred

1.

Responden 1

100

2.

Responden 2

100

3.

Responden 3

100

4.

Responden 4

100

5.

Responden 5

100

47

Keputusan Markah Ujian Pencapaian


Markah (%)
120
100
80
60

Ujian Pencapaian

40
20

Responden

0
Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5

Rajah 6 : Graf Markah Ujian Pencapaian

Merujuk kepada Rajah 1 dan Rajah 2 diatas iaitu graf markah bagi ujian pengesanan
dan ujian pencapaian, responden 1 mendapat 67% markah pada ujian pengesanan, 100%
pada ujian pencapaian. Bagi responden 2 pula, markah yang diperolehi pada ujian
pengesanan ialah 58% dan 100% pada ujian pencapaian. Seterusnya, responden 3
mendapat 33% pada ujian pengesanan, 100% markah pada ujian pencapaian. Responden
4 pula mendapat markah sebanyak 42% pada ujian pengesanan dan 100% pada ujian
pencapaian. Manakala responden 5 pula, markah yang diperolehi daripada ujian
pengesanan ialah 71% dan 100% pada ujian pencapaian.

Merujuk pada graf perbandingan markah ujian pengesanan dan pencapaian diatas,
peningkatan markah yang berlaku bagi responden 1 adalah sebanyak 33% berbanding
48

dengan ujian pengesanan. Bagi responden 2 pula, peningkatan markah yang berlaku
adalah sebanyak 42%. Seterusnya responden 3 mengalami peningkatan markah
sebanyak 67% berbanding daripada ujian pengesanan. Manakala markah bagi responden
4 berlaku peningkatan sebanyak 58%. Responden yang terakhir iaitu responden 5
mengalami peningkatan markah sebanyak 29%.

Ujian Pengesanan dan Ujian Pencapaian telah dilaksanakan dan saya mendapati
perubahan begitu ketara sekali di mana pada Ujian Pencapaian, lima orang responden
telah berjaya mendapat markah penuh berbanding dengan Ujian Pengesanan. Ini adalah
kerana, semasa Ujian Pengesanan dijalankan responden tidak dapat mengingati niat solat
secara penuh dan keliru dengan susunan niat solat. Ujian pencapaian telah menunjukkan
peningkatan kerana mereka telah mengikuti kaedah pembelajaran secara permainan yang
telah menarik minat dan memudahkan responden untuk meningkatkan penguasaan
sebutan niat solat.

Berikut merupakan keputusan ujian pengesanan tasmi bagi sebutan niat solat lima
waktu.

49

Jadual 11 : Keputusan Ujian Pengesanan Tasmi

SOLAT

LEMAH

SEDERHANA

R1

R2

R3

R4

R5

SUBUH

ZOHOR

ASAR

MAGHRIB

ISYAK

R1

R2

R3

R4

BAIK
R5

R1

R2

R3

R4

R5

Keputusan Ujian Pengesanan Tasmi


Responden
6

Rajah 12 : Keputusan Ujian Pengesanan Tasmi

5
4

Lemah
3

Sederhana

Baik

Solat

0
Subuh

Zohor

Asar

Maghrib

Isyak

Rajah 7 : Keputusan Ujian Pengesanan Tasmi

50

Keputusan Ujian Pencapaian Tasmi


Responden
6
5
4

Lemah
Sederhana

Baik
2
1

Solat

0
Subuh

Zohor

Asar

Maghrib

Isyak

Rajah 8 : Keputusan Ujian Pencapaian Tasmi

Jadual 12 : Keputusan Ujian Pencapaian Tasmi


SOLAT

LEMAH
R1

R2

SEDERHANA
R3

R4

R5

R1

R2

SUBUH

R3

BAIK
R4

R5

ZOHOR

ASAR
MAGHRIB
ISYAK

/
/

R1

R2

R3

/
/

R4

R5
/

51

Panduan Tahap Sebutan :


Lemah

: Tidak dapat menyebut niat solat

Sederhana

: Dapat menyebut niat solat dengan kurang lancar

Baik

: Dapat menyebut niat solat dengan lancar

Merujuk kepada Jadual 9 dan 10 diatas iaitu keputusan ujian pengesanan tasmi bagi
sebutan niat solat. Saya telah mengadakan ujian tasmi sebelum aktiviti bagi mengetahui
tahap sebutan niat solat bagi setiap responden. Bagi responden 1, 2, 3, 4 dan 5 telah
menunjukkan kadar sebutan niat solat bagi lima waktu solat adalah berada pada tahap
lemah. Ini kerana, responden tidak mengingati niat solat bagi solat Subuh, Zohor, Asar,
Maghrib dan Isyak. Ada responden yang tertukar niat solat antara Zohor dan Asar.

Merujuk kepada Jadual 10 diatas iaitu keputusan ujian pencapaian tasmi bagi sebutan
niat solat. Saya telah mengadakan ujian pencapaian tasmi bagi mengetahui tahap
sebutan niat solat selepas melakukan aktiviti 1, 2 dan 3. Bagi sebutan niat solat Subuh,
kesemua responden telah dapat menyebut dengan baik kecuali responden 4 yang berada
pada tahap sederhana. Seterusnya bagi sebutan niat solat Zohor, hanya responden 5
mempunyai tahap sebutan pada kadar sederhana manakala responden 1,2,3 dan 4 berada
pada tahap baik. Bagi sebutan niat solat Asar, kesemua responden dapat menyebut
dengan baik dan lancar. Bagi sebutan niat solat Maghrib pula, responden 1, 3, 4 dan 5
menunjukkan tahap sebutan yang baik. Manakala responden 2 berada pada tahap
52

sederhana. Seterusnya, bagi sebutan niat solat Isyak, responden 1, 4 dan 5 berada pada
tahap sederhana. Manakala responden 2 dan 3 dapat menyebut dengan baik.

Ujian Pengesanan Tasmi dan Ujian Pencapaian Tasmi telah menunjukkan perbezaan
yang sangat ketara. Hal ini telah menghasilkan peningkatan yang sangat baik selepas
melakukan aktiviti 1, aktiviti 2 dan aktiviti 3. Responden berjaya menyebut niat solat
lima waktu dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara permainan.

53

8.0 RUMUSAN
8.1 RUMUSAN DAPATAN

Objektif kajian 1 : Membantu murid menyebut lafaz niat solat lima waktu dengan
betul dan lancar.

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menyebut lafaz niat solat lima waktu
dengan betul dan lancar. Keberkesanan objektif ini dapat diukur berdasarkan instrumen
ujian tasmi. Ujian pengesanan tasmi telah dijalankan ke atas lima orang responden
sebelum sesi intervensi Play More, Learn More bermula yang bertujuan untuk
mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada responden mengenai tajuk yang
dikaji. Manakala, ujian pencapaian tasmi pula dijalankan ke atas lima orang responden
setelah kaedah permainan yang saya pilih selesai dijalankan melalui tiga aktivti untuk
menilai keberkesanan kaedah yang dilaksanakan dalam membantu murid menyebut niat
solat lima waktu. Daripada data yang dikumpul melalui ujian pengesanan tasmi,
didapati majoriti responden tidak dapat menyebut niat solat lima waktu kerana tidak
mengingati. Tahap sebutan responden berada pada tahap lemah . Namun begitu, setelah
menjalankan tiga aktiviti, saya mendapati kelima-lima responden sudah dapat menyebut
niat solat dengan baik. Data yang dikumpul melalui ujian pencapaian tasmi telah
menunjukkan peningkatan tahap sebutan niat solat lima waktu daripada tahap lemah
kepada tahap baik. Hasil analisis membuktikan sama ada kaedah belajar sambil bermain
54

berkesan dalam membantu murid menyebut niat solat lima waktu dengan melihat kepada
peningkatan tahap sebutan sebelum dan selepas intervensi dijalankan berdasarkan
kepada Jadual 9 dan 10.

Objektif 2 : Meningkatkan kemahiran menyebut lafaz niat solat mengikut waktu


solat yang betul.

Kajian ini juga digunakan untuk meningkatkan kemahiran menyebut lafaz niat solat
mengikut waktu solat yang betul. Keberkesanan objektif ini dapat diukur melalui
pemerhatian terhadap pelaksanaan dan penglibatan responden dalam ketiga-tiga aktiviti
yang menggunakan kaedah bermain. Melalui aktiviti Selangkah Niat Solatku, responden
telah diperkenalkan sebutan niat solat mengikut waktu solat Subuh, Zohor, Asar,
Maghrib dan Isyak. Begitu juga dalam aktiviti Tik tok; Masa untuk Solat! , responden
diberi pendedahan mengenai waktu solat berdasarkan kepada cerita pendek. Responden
juga diberi peluang untuk melakukan carta niat solat menggunakan jam bagi mewakili
setiap waktu solat. Melalui aktiviti 1, terdapat tiga orang responden yang masih tertukar
potongan kalimah bilangan rakaat antara solat Subuh dan Maghrib. Namun begitu,
keberkesanan aktiviti ini dapat dilihat berdasarkan peningkatan responden yang dapat
menyebut niat solat mengikut waktu solat yang betul bermula dari aktiviti 1 hingga ke
aktiviti 3. Majoriti responden telah dapat menyebut niat solat dengan betul apabila

55

melalui aktiviti 2 dan 3 yang lebih memberi penerangan yang jelas mengenai setiap
waktu solat.

Objektif 3 : Menambahbaik strategi pengajaran ibadah solat melalui penggunaan


kaedah permainan.

Kajian ini juga bertujuan untuk menambahbaik strategi pengajaran ibadah solat melalui
penggunaan kaedah permainan. Untuk mengesahkan objektif ini, saya telah menjalankan
pemerhatian berdasarkan penglibatan dan minat responden semasa melaksanakan
kaedah bermain dalam intervensi Play More, Learn More. Pelaksanaan aktiviti bermain
telah meningkatkan minat dan keseronokan responden untuk menyebut niat solat lima
waktu dengan betul. Kaedah bermain yang melibatkan pergerakan psikomotor semasa
melaksanakan aktiviti Selangkah Niat Solatku telah mengelakkan kebosanan dalam
mempelajari Ibadah Solat. Begitu juga dengan aktiviti Tik tok; Masa untuk Solat! dan
Roda Jam Niat Solat yang memberi penumpuan kepada aspek kognitif responden untuk
menyusun potongan niat solat mengikut waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan
Isyak. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Musa Daia(1992),
permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan
satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik praktis.
Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka
mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.

56

Secara kesimpulannya, kajian ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai ketiga-tiga
objektif yang telah ditetapkan. Penggunaan kaedah belajar sambil bermain ternyata
berkesan dalam meningkatkan kemahiran menyebut niat solat lima waktu.

8.2 REFLEKSI SELEPAS KAJIAN

Saya berharap hasil kajian ini dapat dimanfaatkan kepada guru-guru, indivdu-individu
serta diri sendiri kelak untuk memperbaiki mutu keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran ketika di dalam bilik darjah. Semoga kajian ini dapat dijadikan rujukan
dan panduan kerana saya telah membuktikan kajian berkaitan kemahiran menyebut niat
solat lima waktu telah banyak member impak dan manfaat terhadap murid terutamanya
dalam bidang Ibadah.

Kekuatan kajian ini dapat diukur apabila ketiga-tiga objektif kajian yang ditetapkan telah
tercapai

iaitu membantu murid menyebut niat solat lima waktu, meningkatkan

kemahiran menyebut niat solat mengikut waktu solat yang betul serta menambahbaik
strategi pengajaran ibadah solat melalui pengunaan kaedah permainan. Saya berpendapat
pencapaian objektif ini adalah satu kejayaan besar kerana saya dapat membantu
meningkatkan kemahiran menyebut niat solat lima waktu. Dengan intervensi Play More,
Learn More yang telah dijalankan dan hasil keputusan kajian ternyata penggunaan
kaedah bermain berjaya membantu murid untuk menyebut niat solat dengan baik.

Saya berpendapat kaedah bermain yang dilaksanakan mampu menarik minat dan
keseronokan responden untuk mempelajari bidang Ibadah. Tiga aktiviti yang
57

dilaksanakan telah mengubah persepsi responden bahawa ibadah solat bukan sesuatu
yang bosan dan sukar untuk diingati malah telah memberi fokus kepada responden untuk
lebih memahami dengan jelas dan betul.

Melalui intervensi Play More, Learn More ini juga, saya melihat responden telah
menunjukkan peningkatan yang begitu ketara dalam menyebut niat solat lima waktu.
Hal ini dapat dilihat sebelum intervensi dilaksanakan, majoriti responden tak mengingati
niat solat dan sering tertukar sebutan niat solat bagi solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib
dan Isyak. Kaedah bermain yang telah saya laksanakan ini telah banyak membantu
responden dalam menyebut serta memahami lima jenis waktu solat. Pengukuhan telah
diberikan melalui latihan dan ujian tasmi selepas aktiviti dijalankan bagi melihat
peningkatan dan keberkesanan bagi setiap aktiviti. Perubahan yang jelas daripada
responden dapat dilihat dari aspek cara menyebut niat solat lima waktu yang betul, minat
dan kesungguhan dalam melaksanakan intervensi. Aktiviti yang menggunakan kaedah
bermain ini telah membantu responden secara berperingkat iaitu bermula dengan belajar
cara sebutan potongan niat solat dengan betul, memahami lima jenis waktu solat serta
mengetahui masa waktu solat bagi solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Tambahan pula, melalui kejayaan intervensi Play More, Learn More ini, saya telah
memerhati respons dan penerimaan responden terhadap pelaksanaan ketiga-tiga aktiviti.
Saya mendapati majoriti responden menunjukkan keseronokkan dalam penglibatan
melakukan aktiviti. Selain itu, kajian lepas daripada Siti Hajar (1996), juga mendapati
bahawa permainan boleh meningkatkan penyertaan murid sehingga membantu mereka

58

untuk memahami pelajaran. Sehubungan itu, apabila permainan dijalankan, responden


kelihatan aktif dalam kumpulan dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

Namun begitu, di sebalik keberkesanan intervensi menggunakan kaedah bermain ini,


saya telah mengenal pasti kelemahan di dalam kajian ini. Antaranya, saya perlu
memperbanyakkan bahan bantu mengajar bagi setiap aktiviti kerana di dalam aktivti
Roda Jam Niat Solat, responden menunjukkan rasa tidak sabar untuk menunggu giliran
melakukan aktiviti kerana bahan bantu mengajar yang digunakan adalah terhad kepada
dua orang responden. Oleh itu, penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan ini akan
dilaksanakan oleh saya bagi cadangan kajian yang seterusnya.

Saya berharap agar

kajian ini nanti sedikit sebanyak mampu untuk memberi sumbangan dalam membantu
murid untuk meningkatkan kemahiran menyebut lafaz niat solat bagi murid Tahun 2.

59

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian yang dijalankan, terbukti bahawa kaedah bermain berkesan dalam
meningkatkan pencapaian dan tahap minat murid terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran ibadah Solat bagi tajuk Niat Solat. Dapatan kajian

menunjukkan

kemahiran menyebut niat solat bagi lima orang responden telah meningkat. Peningkatan
kepada kemahiran menyebut niat solat yang baik ini boleh membantu responden untuk
melakukan pelaksanaan ibadah solat dengan lebih sempurna.

Bagi mengelakkan permasalahan solat tidak sempurna dalam kalangan murid berlarutan,
kajian perlu diteruskan dengan mengukuhkan lagi penguasaan Rukun Solat ini dari segi
Rukun Qauli (lisan) dan Rukun Fili (pergerakan). Perkara ini perlu diberi perhatian
khusus kerana solat merupakan ibadah wajib setiap muslim dan perlu dititikberatkan
sejak kecil lagi kerana amat penting sebagai penghayatan terhadap pembinaan jati diri
murid yang soleh dah solehah. Ditegaskan oleh Asmawati dan Lukman (2009), solat
merupakan keperluan asas bagi pengisian rohani yang perlu dipelihara oleh setiap
muslim. Pelaksanaan solat yang ikhlas dan tawadduk pasti memberi impak positif
terhadap pembangunan insan yang seimbang dan harmonis.

Pada kajian seterusnya, saya bercadang untuk menjalankan aktiviti permainan di luar
bilik darjah agar murid dapat membuat penerokaan terhadap alam sekitar dan
60

membekalkan ruang yang mencukupi untuk bergerak demi keselamatan. Selain


berteraskan kepada kaedah bermain semata-mata, saya ingin menggabungkan unsureunsur seperti warna, lukisan, binaan dan sebagainya agar pengajaran ibadah solat
menjadi lebih menarik.

Bagi memantapkan lagi penggunaan kaedah ini dalam

pengajaran Ibadah, saya berhasrat untuk mewujudkan satu modul khas yang
mengandungi pelbagai jenis permainan khusus bagi pengajaran Ibadah bagi murid
sekolah rendah. Penghasilan modul ini sebagai panduan untuk diri saya dan guru yang
lain agar dapat mengajar bidang Ibadah dengan lebih menarik dan berkesan.

61

SENARAI RUJUKAN

BUKU

Ab. Halim Tamuri.(2011). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam.


Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
Abdul Baqi Shabran. (2008). 77 Petua Meningkatkan Kualiti Solat Anda. Kuala
Lumpur, Jasmin Enterprise.
Asmawati Suhid & Lukman Abdul Mutalib.(2009). Tinjauan Terhadap Pelaksanaan
Kem Bestari Solat. Dalam jurnal of islamic and arabic education 1 (1) 15-28
Azizi Yahaya. (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan . Kuala Lumpur. Percetakan
Zafar Sdn Bhd.

Dato Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab .Hamid, (2009). Indahnya


Hidup Bersyariat.Malaysia : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.(2000). Kamus Dewan (Edisi
Ketiga).Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaruddin Hussin (2004), Psikologi Bilik Darjah: Asas Pedagogi, Kuala Lumpur:
Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Arshad (1999). Solat Fardhu sebagai Wadah Jamaah dan Perpaduan Ummah
Penulisan Ilmiah.
Mohd Uzair Taufik, (2002). Panduan Lengkap Sembahyang Fardhu dengan Bacaan
serta Doa dalam Tulisan Rumi. Malaysia: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Mohammad Yusof bin Hj. Arshad, Prof. Madya Dr. (1991). Kemahiran Generik
dan Atribut Graduan UTM.
Mok Soon Sang (1994), Psikologi Pendidikan 2, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Othman
Moyles, J. (2005). The excellence of play. New York: Open Press University.
Musa bin Daia (1992). Kaedah dan teknik pengajaran, Johor Bahru : Badan Bookstore
Sdn Bhd.
Sulaiman Endut, (2005). Asas-asas Fardhu Ain. Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.
Syeikh Muhammad Mutawalli Syarawi. (2007). Sifat Solat Nabi s.a.w
.Selangor.BERLIAN Publication SDN BHD.
62

JURNAL

Carrolina Anak Anuar. (2012). Dadu Vokal Ajaib.


http://www.scribd.com/doc/196296677/5-Carol . Muat turun pada 26 Februari
2014
Lau Ging Lim. (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar dalam
Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat. Diperoleh daripada
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/16.%20%20LAU%2
0GING%20LIM.pdf Muat turun pada 4 Mac 2014.
Linah binti Summase, (2009) Belajar sambil bermain. Koleksi Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 92-101
Maznah Abd. Samad, Boon Pong Ying, Rafidah Ruhani, Lee Hah, Chuah Kim Hwa &
Noriati Ab. Rashid. (2006). Kursus diploma perguruan Malaysia. Ilmu pendidikan
modul 3/3, unit 2/2 Refleksi pasca praktikum dan penyelidikan tindakan . Kuala
Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia

Muhammad Hazman Muhamad Din. (2009) Tahap Pengaplikasian Perisian Dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Oleh Guru j-QAF: Satu Kajian Kes.
Kuala Terengganu. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
Nur Hanis Mohd Hatta (2012). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Bermain dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PA/4.%20NUR%20HA
NIS%20MOHD%20HATTA.pdf . Muat turun pada 8 Mac 2014.
Noor Azmi Ibrahim. (1998), Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21.Berita Kurikulum 9
(1) : 6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siti Rosmah. (2005). Ting-ting Minda Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca


Gabungan Perkataan Sukukata Terbuka dan Tertutup KV KVK Dalam Kalangan
Responden Pemulihan Khas .
http://www.scribd.com/doc/163410265/Kertas-Siti-Rosmah-2005 . Muat turun
pada 7 Mac 2014.

63

LAMPIRAN A

Carta Alir Intervensi Selangkah Niat Solatku

Saya membentangkan tapak langkahan serta menampal carta niat solat


dihadapan kelas.

Semua responden menyebut kelima-lima niat solat mengikut sebutan


saya berdasarkan carta niat solat di hadapan.

64

Responden berjalan di atas tapak langkahan sambil menyebut


potongan niat solat.

Responden menjawab latihan aktiviti yang diberikan oleh saya


sebagai pengukuhan.

65

LAMPIRAN B

Carta Alir Intervensi Tik tok! Masa Untuk Solat

Responden membaca secara beramai-ramai cerita pendek


mengenai waktu solat.

Responden membaca secara beramai-ramai cerita pendek mengenai


waktu solat.

66

Responden menjawab latihan aktiviti yang diberikan oleh saya


sebagai pengukuhan.

Saya mengadakan tasmi kepada setiap responden untuk mengetahui


tahap sebutan niat solat.

67

LAMPIRAN C
Carta Alir Roda Jam Niat Solat

Responden memutarkan jarum jam kepada waktu solat yang dikehendaki.


Kemudian, responden menyusun semula potongan niat solat menjadi susunan
betul.

Responden melakukan aktiviti berkumpulan untuk membina carta niat solat


dengan mempunyai jam.

68

Secara beramai-ramai, responden menyebut kembali kesemua niat solat


di atas carta niat solat.

Setiap responden diberi latihan aktiviti sebagai pengukuhan. Sebelum tamat


aktiviti, saya mengadakan tasmi bagi setiap responden.

69

Anda mungkin juga menyukai