Anda di halaman 1dari 3

Komponen Kecergasan

Terdapat 5 komponen kecergasan.


1) Daya Tahan Kardiovaskular
Kecekapan jantung dan sistem perdaran darah berfungsi dengan sistem respiratori
untuk memenuhi keperluan oksijen dalam tubuh badan supaya kerja untuk jangka
masa yang panjang dapat diteruskan.
Komponen ini melibatkan sistem tenaga aerobic yang mana memerlukan kehadiran
oksigen untuk proses penghasilan tenaga. Dayatahan CVR boleh dibina dengan
melakukan latihan atau gerakkerja fizikal secara berpanjangan seperti aktiviti berikut:
a) Jogging sejauh 5 km
b) Berbasikal sejauh 20 km
c) Berenang sejauh 600 meter
d) Senamrobik selama 60 minit
Terdapat beberapa ujian yang mampu menguji dayatahan kardiovaskular
a) Cooper test (lari selama 12 minit)
b) Lari 2.4 km
c) Ujian Bleep (Pace Run)
d) Renang 600 meter.
2) Dayatahan Otot
Kebolehan sesuatu atau sekumpulan otot menghasilkan daya kerja secara berulangulang bagi satu masa tertentu atau penguncupan otot untuk satu jangka masa yang
lama.. Dayatahan Otot boleh dibentuk melalui latihan fizikal terhadap otot atau
kumpulan otot tertentu seperti
a) latihan bebanan (beban kurang, ulangan banyak)

b) Latihan rintangan (rintangan yang rendah, masa yang panjang)


c) Ulangan perlakuan sehingga lesu.
Dayatahan otot boleh diuji melalui beberapa ujian yang telah dikenalpasti
a) Tekan tubi tanpa henti selama 1 minit
b) Harvard step up dengan mengikut rentak metronome
c) Dan lain-lain lagi.
3) Kekuatan Otot
Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).
Kekuatan otot boleh ditingkatkan melalui latihan bebanan dan rintangan
a) Isotonik
b) Isometrik
c) Isokinetik
Beban mestilah berkadaran dengan kerja dan mengikut objektif latihan
a) Ujian Kekuatan Otot
b) Bangkit tubi bervariasi
c) Dynometer test
d) Set ujian kekuatan.
4) Kelenturan
Keupayaan sesuatu sendi untuk membenarkan pergerakan berlaku melalui satu julat
atau sudut yang seluas mungkin dengan licin tanpa sebarang rintangan. Hasil
pergerakan ditentukan oleh kebolehan otot, ligamen dan tendon untuk memanjang.
Latihan meningkatkan kelenturan
Kekerapan untuk melakukan senaman regangan otot, ligamen dan tendon semasa
sesi memanaskan badan. Kekerapan melakukan kelonggaran sendi-sendi.
Ujian Kelenturan
a. Terdapat banyak ujian kelenturan namun yang paling popolar ialah duduk dan

jangkau.
b. Flexometer adalah alat yang direka untuk mengukur tahap kelenturan seseorang.
5)Komposisi Badan
Kadar peratusan lemak dalam badan berbanding dengan berat badan (otot dan
tulang)
Latihan Pembakaran Lemak
Pembakaran lemak melalui kegiatan fizikal.
Mengawal kadar pengambilan kalori dengan kadar pembakaran kalori.
Meningkatkan kadar metabolisme.
Ujian Komposisi Badan
Ukur lilit pinggul
Berat / tinggi

Anda mungkin juga menyukai