Anda di halaman 1dari 5

Kadet Remaja Sekolah

REFLEKSI KESELURUHAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


KADET REMAJA SEKOLAH

NAMA : PARAMESWARY A/P PERUMAL


NO.KAD PENGENALAN: 891201-08-6122
KURSUS: PISMP MATEMATIK SEMESTER 4
AMBILAN : JUN 2013

Sebagai seorang pelajar saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih
kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam
perkhemahanUnit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan
dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini.
Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta perkhemahan unit beruniform
ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan
berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir
bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat
dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan
dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Kem Mutiara, Bukit
Mertajam pada 09 April hingga 12 April 2012. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan
sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh
pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai hal.Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh
semua guru pelatih semester 4.Semua guru pelatih PISMP semester 4 menyertai 4 unit uniform
yang berlainan iaitu badan beruniform Kadet Remaja Sekolah, Pengkap, Pandu Puteri dan juga
Bulan Sabit Merah. Selain itu, guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
semester 4 juga turut mengambil bahagian dalam perkhemahan ini.
Refleksi Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah
Page 1

Kadet Remaja Sekolah


Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan untuk
pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi saya telah
bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan perkhemahan ini sangat
menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis buat saya.Di samping itu, saya
juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan yang lain. Kami yang
kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum telah menjadi rapat di Kem Mutiara, Bukit
Mertajam. Ia telah membina semangat setiakawan di antara satu sama lain.
Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk
mengendalikan perkhemahan kami di kem tersebut. Perkhemahan ini telah diketuai oleh
saudari Logeswari a/p Kanagarajah. Kami telah berbincang mengenai perkara-perkara penting
yang perlu disiapkan untuk perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari IPG Kampus
Pulau Pinang. Kami meneliti perkara-perkara

yang diperlukan satu persatu sebelum

perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan tugas masing-masing dengan
sikap penuh bertanggungjawab. Saya sangat menghormati sikap kawan-kawan Kadet Remaja
Sekolah yang menguruskan perkhemahan ini kerana mereka sangat bertanggungjawab dan
berkaliber.
Saya telah dilantik sebagai AJK Aktiviti dimana saya perlu menguruskan aktiviti-aktiviti
kumpulan yang akan dijalankan oleh para peserta di kem tersebut. Sebelum perkhemahan
dimulakan, AJK Aktiviti telah membuat perbincangan dimana kami meneliti aktiviti yang perlu
dijalankan di Kem Mutiara, Bukit Mertajam dan juga menguruskan jadual aktiviti untuk Kadet
Remaja Sekolah. Di sini, saya telah mendapati kerjasama antara semua rakan-rakan
seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk menjayakan perkhemahan ini.
Saya sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Aktiviti telah mengadakan perjumpaan bersama
semua ahli-ahli KRS untuk mendapatkan penyertaan ahli pasukan. Ahli-ahli KRS yang berminat
telah memasuki pertandingan orentaring dan masakan rimba. Bagi station pertandingan ikatan
dan simpulan, pertandingan pandu arah pula, semua guru pelatih perlu mengambil bahagian
kerana ia adalah aktiviti wajib. Markah juga telah diambil bagi pertandingan ini. Seterusnya bagi
menyeimbangi kemasukan ahli-ahli dalam pertandingan yang diadakan saya mencadangkan
agar semua ahli KRS perlu mengambil bahagian dalam acara Malam Kebudayaan yang akan
diadakan pada hari Sabtu di sebelah malam.
Refleksi Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah
Page 2

Kadet Remaja Sekolah


Saya berasa sangat mudah untuk berkomunikasi dengan semua ahli KRS apabila saya
dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Aktiviti. Tidak banyak masalah yang
timbul semasa saya membahagikan tugas kepada semua ahli KRS mengikuti aktiviti yang akan
diadakan. Semua ahli memberikan komitmen yang tinggi apabila diberikan satu tanggungjawab
kepada mereka. Menguruskan jadual aktiviti menjadi satu pengalaman yang berguna kepada
saya dan apabila saya berada di sekolah kelak saya dapat mengaplikasi ilmu yang saya
perolehi. Cara menguruskan sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira keperluan semua
orang tanpa menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut saya pelajari.
Pada 09 April 2015 Program Perkhemahan Unit Beruniform telah bermula secara
rasminya. Pada pukul 2 petang semua guru pelatih PISMP semester 4 telah diminta untuk
berkumpul di gelenggara IPGKPP. Saya telah bersiap dengan beg galas dan berkumpul di
gelenggara. Kemudian semua ahli yang berkumpul di gelenggara telah bergegas ke Unit
Kokurikulam untuk mengambil barang-barang perkhemahan yang telah dipinjam dari unit itu.
Kami ke bilik stor untuk memungah semula semua barang-barang tersebut ke gelenggara.
Selepas memeriksa semua barang-barang yang diperlukan kami menyusun semua
barang-barang tersebut di dalam bakul yang disediakan. Kemudian kami menunggu
kedatangan bas dengan penuh rasa sabar. Bas telah sampai pada pukul lebih kurang 2.00
petang. Kami telah disediakan dengan sebuah bas dan 3 buah van. Kami telah menyusun
semua barang-barang perkhemahan di dalam bas. Seterusnya saya menaiki van yang
disediakan oleh IPGKPP dan mendapatkan tempat duduk bersebelahan tingkap. Pada pukul
2.15 pagi bas dan van-van yang ditempah khas itu telah mula beredar dari Institut Pendidikan
Guru Kampus Pulau Pinang. Perjalanan selama 40 minit telah diambil untuk sampai ke tapak
Perkhemahan Mutiara Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Selepas sahaja sampai ke tapak perkhemahan, kami telah mendapat arahan untuk
memilih khemah yang telah siap dipasang. Selepas khemah telah dipilih oleh semua guru
pelatih, kami telah membersihkan khemah tersebut dengan menyapu dan lap kotoran yang
terdapat. Di dalam khemah kami tersebut semua ahli KRS iaitu pelajar perempuan tinggal di
khemah tersebut. Khemah kelihatan agak kotor dan air bertakung di atas tanah. Khemah
tersebut tidak mempunyai sebarang kemudahan. Walaupun khemah kami tidak begitu baik
seperti unit beruniform lain, kami dapat sesuaikan diri dengan khemah yang diberikan untuk
Refleksi Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah
Page 3

Kadet Remaja Sekolah


kami.Kebersihan khemah yang kami tinggal sentiasa dijaga dengan baik. Semangat tolongmenolong antara satu sama lain juga turut dipraktikan.
Selepas khemah dibersihkan semua guru pelatih telah dipanggil oleh En. Zaki untuk
memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan juga peraturan-peraturan
yang perlu kami diikuti sepanjang perkhemahan. Penerangan yang terperinci telah diberikan
kepada semua guru pelatih. Selepas selesai perjumpaan itu, semua guru pelatih telah pergi
untuk menyiapkan diri untuk memasang khemah dan juga membina gajet. Saya bersama
rakan-rakan yang lain telah bergegas ke kawasan memasang khemah dan juga membuat
gajet..Kami telah diberi 2 buah khemah.Kami telah diberikan tugas untuk memasang khemah
dan juga membina gajet dalam masa 2 jam. Kami juga telah dibahagikan kepada dua
kumpulan. Kumpulan kami terdiri daripada 10 orang. Semua ahli dalam kumpulan mengambil
bahagian dalam membuat pelbagai gajet dengan menggunakan beberapa ikatan yang kami
telah dipelajari. Akhirnya, kami dapat berjaya menghiaskan kawasan khemah kami,. Sepanjang
membina gajet, kami berasa sangat gembira kerana dapat pengalaman yang sangat ternilai.
Banyak aktiviti telah dijalankan selama 4 hari tersebut. Refleksi semua aktiviti tersebut telah
saya nyatakan dan juga telah disertakan dalam refleksi harian.

Pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan ini. Saya melihat
perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada diri saya dimana saya telah mempelajari
banyak perkara dan benda baru dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat
kali pertama tetapi saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu
dalam dada. Memang pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan
ini namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan
ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini. Semua ahli
dalam KRS juga saling bantu membantu dan juga saling bekerjasama antara satu sama lain
semasa menjalankan aktiviti. Disinilah saya memahami betapa pentingnya hubungan antara
kawan dan juga nilai-nilai murni yang patut ada pada setiap orang. Pensyarah-pensyarah juga
turut membantu kami semasa kami melakukan aktiviti. Pensyarah sangat bersabar terhadap
semua kesalahan yang kami buat sewaktu aktiviti dan mereka masih mengajar kami tentang
sesuatu ilmu supaya tidak berlaku sebarang kesalahan dalam sesuatu aktiviti seperti ikatan dan
juga memasang khemah. Memang tidak boleh dinafikan bahawa jika ketiadaan pensyarah
maka tiadalah kami.
Refleksi Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah
Page 4

Kadet Remaja Sekolah


Sepanjang perkhemahan kami, juga terdapat beberapa kelemahan. Kelemahan utama
adalah kekurangan makanan yang telah disediakan untuk kami. Kuih muih hanya disediakan
dalam kuantiti yang sangat sedikit iaitu seorang satu. Memang kesihan melihat pelajar lelaki
yang minta kuih daripada pelajar lain. Makanan pagi juga tidak cukup untuk kami. Sebagaimana
kita tahu bahawa kita perlu mengambil makanan pagi dengan kuantiti yang banyak. Hal ini
kerana badan kita berfunsi dengan kadar pantas pada waktu pagi dan juga mudah berasa lapar
apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang kuat. Tidak sampai pukul 10pg kami berasa sangat
lapar dan apabila kami pergi untuk minuman pagi, kami hanya diberikan satu kuih.
Ancaman yang kami mengalami sewaktu perkhemahan kami adalah hujan lebat. Hujan
sangat lebat pada hari Jumaat, Sabtu. Semasa aktiviti masakan rimba, kami terpaksa
mempercepatkan masakan kita akibat hujan yang lebat. Selain itu, bumbung tempat tinggal
kami bocor dan beg-beg kami telah basah akibat kebocoron bumbung. Suasana pada masa itu,
sangat menjadi kelam kabut apabila kain-kain dan semua peralatan kami basah akibat hujan.
Kami berasa sangat sejuk semasa tidur dan kami mengalami kesakitan bahagian tumit akibat
kesejukan yang teruk .
Beberapa perkara yang boleh diperbaiki semasa perkhemahan. Antaranya ialah,
penasihat unit beruniform perlu memberi masa yang mencukupi untuk tidur sekurangkurangnya 7 jam. Hal ini kerana, ketidakcukupan tidur membawa keletihan kepada kami untuk
menjalankan aktiviti dan juga tidak dapat menumpukan perhatian semasa berlaku pembelajaran
teori. Jika seseorang mencukupi tidur, maka kita dapat menujukkan kekuatan kita sepenuhnya
sepanjang aktiviti. Selain itu, kami juga perlu bangun pada pukul 5.30pg. Jika kami pergi tidur
pada pukul 12am lebih dan bangun awal pagi 5.30, kami berasa sangat mengantuk dan
langsung tidak boleh memberi perhatian yang sepenuhnya sewaktu latihan CPR yang diberikan
untuk kami. Oleh sebab itu, pihak penganjur perlu memberi masa yang secukupnya kepada
para pelatih guru yang akan datang menjalani perkhemahan.

Refleksi Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah


Page 5

Anda mungkin juga menyukai