Anda di halaman 1dari 5

i.

Teknik Penyoalan
Kemahiran tenik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran
merupakan antara suatu perkara yang penting dalam menguasai ilmu pengetahuan
dan memahami isi pelajaran. Melalui teknik penyoalan ini, guru akan menerangkan
isi-isi penting agar pelajar dapat memahami serta membolehkan pelajar
meningkatkan pemikiran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Sepanjang pemerhatian
PBS saya dalam kelas KHSR Tahun 5 yang diajar oleh Cikgu Hair di SK Orang Kaya
Ali, didapati bahawa Cikgu Hair betul-betul merupakan seorang guru yang mahir
dalam menguasai teknik penyoalan dalam pdp di kelas.
Sebelum mengemukakan soalan kepada murid, Cikgu Hair akan
merancang soalan terlebih dahulu. Semasa pdp, Cikgu Hair mempelbagaikan soalan
yang ditanyakan kepada pelajar sama ada jenis soalan tertutup ataupun jenis soalan
terbuka. Soalan-soalan ini juga bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar,
iaitu Cikgu Hair akan menanyakan soalan yang beraras rendah dahulu sebelum
menuju ke soalan aras tinggi. Sebagai contoh, dalam tajuk "Pelihara ikan" yang
diajar oleh Cikgu Hair, Cikgu Hair menanyakan murid dahulu tentang apakan bahanbahan yang ada dalam sesebuah akuarium, diteruskan dengan bagaimanakan
menyediakan tempat penternakan ikan yang baik dan akhirnya mengapakah tempat
penternakan yang baik penting untuk ikan.
Bentuk soalan yang berubah-ubah dan kreatif dapat merangsang aktiviti
mental murid-murid. Ini juga menambahkan minat pelajar dan mengelakkan mereka
daripada berasa jemu selain dapat menguji pengetahuan sedia ada pelajar. Akhirnya,
ketika mengemukakan soalan, Cikgu Hair akan memberikan ruang dan masa untuk
murid berfikir dan mencari jawapan. Ini merupakan teknik penyoalan yang baik
supaya membantu proses percambahan dan percetusan idea dalam minda para
murid, bukannya pula kita sendiri yang menyoal dan kita sendiri yang menjawab,

ii. Cara Penerangan


Semasa memberikan penerangan mengenai isi pelajaran, Cikgu Hair amat
memberi perhatian kepada pemeringkatan idea dan pemeringkatan masa. Peristiwaperistiwa dijelaskan mengikut kronologi yang betul dan peristiwa yang disebut
dahulu akan diterangkan dahulu oleh Cikgu Hair.Sebagai contoh, Cikgu Hair telah
menerangkan cara hidup ikan dalam air sebelum memasuki tempat kediaman ikan.
Penerangan Cikgu Hair yang bermula dengan perkara yang mudah yang ada dalam
pengetahuan pelajar yang lepas,kemudian bergerak kepada yang semakin sukar dan
yang di luar pengetahuan pelajar membolehkan pelajar-pelajar dalam kelas mudah
memahami isi pelajaran yang diajarkan pada hari ini.

Dalam penyampaian sesuatu tajuk,Cikgu Hair bertutur dengan penggunaan


kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang
tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efertif, serta nadanya penuh
dengan perasaan yang menarik perhatian murid-murid. Pada pendapat saya, cara
penyampaian ini lebih cepat menerima respon daripada murid-murid. Semasa
memberi penerangan, Cikgu Hair juga menggunakan dalam bahasa yang sesuai
dengan kebolehan murid-murid. Kadar pertuturan guru sejajar dengan penguasaan
bahasa murid-murid.

iii. Penggunaan Bahan Sumber


Dalam Pengajaran KHSR, Cikgu Hair telah mempelbagaikan penggunaan alat dan
bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan
disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh
guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan apa yang difahami itu pula akan
lebih kekal dalam stor ingatan mereka. Sebagai contoh, Cikgu Hair menunjukkan
bahan maujud sebenar yang mempunyai ikan yang sebenar dalam akaurium.
kemahiran varisai rangsangan telah digunakan oleh Cikgu Hair ini membawa kesan
yang baik terhadap pembelajaran murid. Murid-murid akan lebih berminat belajar
tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengar atau menyentuh objek
yang menjadi pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid akan dapat
memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat
mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna.
Selain bahan maujud, pendekatan TMK juga digunakan oleh Cikgu Hair. Untuk
menjadikan pembejaran lebih menarik dan menarik, Cikgu Hair telah menggunakan
persembahan video, pita CD dan penggunaan slaid dalam pengajaranya. Ini bukan
sahaja dapat mempercepatkan penangkapan konsep oleh murid tetapi juga
mencungkil minat dan naluri ingin tahu murid. Apabila minat murid dapat
dibangkitkan, mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan diri secara aktif
dalam aktviti pengajaran dan pembelajaran.

iv. Respon guru terhadap hasil kerja murid


Apabila memberi kerja sekolah, Cikgu Hair akan memastikan tugasan yang diberi
adalah mengikuti kebolehan murid. Untuk murid yang pintar, beliau akan memberi
soalan yang banyak dengan aras tinggi. Untuk murid yang lemah, beliau akan
memberi soalan mengikut kebolehan mereka. Cikgu Hair amat sedar bahawa beliau
perlu banyak bersabar dan terus memberi bimbingan kepada murid-murid
berkenaan. Sekiranya murid beliau berjaya menyiapkan kerja sekolah, beliau akan
memberi pujian dan ganjaran kepada mereka sebagai dorongan dan galakan untuk
mereka membuat lebih baik pada masa yang akan datang. Dengan adanya

peneguhan positif, saya yakin sudah pasti dapat melihat perubahan sikap daripada
murid-murid tersebut.

v. Penggunaan papan tulis, papan kenyataan dan persekitaran pembelajaran


Kemahiran penggunaan papan tulis merupakan kecekapan guru merancang dan
menyusun tulisan, nota dan gambar rajah di tempat papan tulis yang sesuai. Dalam
pengajaran KHSR, apabila murid menunjukkan sesuatu yang tidak faham, Cikgu Hair
akan menerangkan apa yang murid yang tidak faham dalam bentuk gambar rajah
dalam papan tulis. Penerangan melalui papan lukisan pada papan tulis ini yakni
dapat mempermudahkan konsep atau idea yang susah oleh murid-murid. Dalam
penggunaan papan tulis, Cikgu Hair menitikberatkan pengguaan ruang bagi tulisan
dan rajah yang dilukiskan olehnya. Susunan dan tulisan dapat jelas dilihat oleh
seluruh kelas.
Papan kenyataan yang disediakan dalam bilik KH pula adalah menarik kerana
dipenuhi dengan maklumat-maklumat yang berpelbagaian tema dan tajuk seperti
keselamatan am, kerja kayu, eletronik, pengurusan diri dan lain-lain. Maklumatmaklumat yang ditampal pada sudut-sudut pada papan kenyataan ini diselitkan
dengan contoh-contoh gambar yang sesuai dengan tajuk yang dipaparkan. Papan
kenyataan ini menjadi galeri ilmu untuk murid-murid dalam kelas.
Selain itu, Cikgu Hair juga mahir dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif dalam bilik darjah. Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah
penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi telah memberi
pencahayaan yang mencukupi untuk murid-murid meneruskan pembelajaran dalam
bilik.
Dari segi saiz bilik darjah, ruang bilik darjah yang mencukupi telah disediakan oleh
pihak sekolah SK Orang Kaya Ali. Ini memudahkan pergerakan murid dan guru. Guru
boleh berdiri di tengah kelas serta dapat memberi perhatian kepada semua murid
dalam kumpulan atau berpasangan. Dengan ini, murid-murid dapat memberi
sepenuh perhatian kepada guru yang mengajar di hadapan kelas.

vi. Pelaksanaan aktiviti kelas, kumpulan dan individu


Melalui pemerhatian saya semasa PBS, didapati bahawa Cikgu Hair sentisa
bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang dihadapi
dapat diatasi. Untuk mengatasi masalah murid tidak memberi perhatian semasa
proses P&P dijalankan, Cikgu Hair akan membuat pengubahsuaian dalam

pengurusan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,


terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah
dan teknik mengajar yang berpusatkan murid. Tujuannya adalah untuk
merangsangkan murid-murid supaya mereka dapat memberikan tumpuan dan minat
terhadap Pdp. Di samping itu, murid tidak akan berasa bosan dan sebaliknya dia
berasa sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan yang disediakan
oleh guru.
Di dalam kelas KH, meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun
secara berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid
seterusnya menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja kumpulan.
Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan
kelompok membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu
dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan.
Cikgu Hair juga membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri
daripada murid-murid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi
dalam satu kumpulan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan
kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan
susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan
murid dan guru dengan murid.

vii. Hubungan mata ke mata dan intonasi suara guru

viii. lain-lain
Cikgu Hair juga mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan dengan
muridnya. Kemahiran komunikasi berkesan ini mengeratkan perhubungan di antara
guru dengan murid-murid. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra
adalah syarat penting bagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan. Untuk
meningkatkan komunikasi dengan murid, Cikgu Hair mengamalkan kepimpinan
demoraktif iaitu guru sentiasa bersedia berkongsi kuasa dengan murid-muridnya
dalam pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di bawah
kepimpinan guru yang bersifat demokratik, suasana sosioemosi yang kondusif dapat
dipertingkatkan. Murid-murid tidak takut bertanya atau mengemukakan pendapat
mereka. Aktiviti pengajaran pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan

menyeronokkan. Keberkesanan pembelajaran juga dapat dipertingkatkan dan


semangat kerjasama serta sikap toleransi dapat dipupuk dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai