Anda di halaman 1dari 7

ISL Minggu 2

Tajuk: Asimilasi dan Integrasi


Maksud Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan
etnik yang mempunyai berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala
individu/kelompok ke dalam kelompok yang lain. Menurut seorang pakar sosiologi, Vander
Zanden menyatakan, asimilasi ialah satu proses dalam mana-mana kelompok yang berfikir,
berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta
budaya yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
berbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah
mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hamper semua aspek
cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang
Thai. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C = A, di mana A mewakili golongan dominan
sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.
Pada dasarnya proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara
ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang agak lama. Kejayaan dan
keberkesanan asimilasi pada umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti
menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti dan
kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

Asimilasi di Malaysia
Di negara kita Malaysia, seperti apa yang berlaku ke atas masyarakat Cina Kelantan,
Jawa, Baba dan Nyonya merupakan salah satu contoh berlakunya proses asimilasi. Walau
bagaimanapun ianya hanya berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama. Dalam sesetengah kes masyarakat Cina di Malaysia telah
mengamalkan kepelbagaian kebudayaan yang umum di mana pemikiran dan sentimen
mereka walaupun bersifat kecinaan dari segi etnik namun mereka dikatakan berkongsi

ISL Minggu 2
sentimen bersama dan beberapa cara hidup orang Melayu, India dan penduduk-penduduk
Malaysia yang lain dan begitu juga sebaliknya samada dari segi pemakanan, pakaian dan
sebagainya.
Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi adalah salah satu pendekatan
yang terbaik di dalam usaha membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurangkurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Contohnya apabila dilihat
melalui konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga Pulau Pinang, golongan India
peranakan atau Mami di Pulau Pinang dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga
mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Di sini amat jelas bahawa budaya golongan
minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun
secara halus terdapat perbezaannya. Budaya Bab Nyonya, India Peranakan dan Arab
Peranakan ini dengan jelas telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan
tulen.

Halangan Asimilasi
Kurangnya pengetahuan kebudayaan sesama kaum sehingga menimbulkan
perasaan takut terhadap budaya kaum lain memang tidak dapat dinafikan dirasai oleh setiap
rakyat atau kaum di Malaysia. Malahan timbul juga perasaan bahawa budaya etnik mereka
lebih tinggi daripada budaya etnik lain dan sebagainya dan ini menimbulkan perbezaan
kepentingan antara etnik-etnik yang terlibat. Ini merupakan halangan tersirat yang
menghalang proses asimilasi daripada berlaku.
Pada pendapat saya, proses asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi
serta semula jadi. Sebarang percubaan atau usaha untuk mewujudkan asimilasi secara
paksaan pasti akan menemui banyak halangan dan kegagalan. Yang pasti konsep asimilasi
yang diamalkan oleh Malaysia adalah berbeza dengan konsep yang diamalkan oleh negaranegara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik tidak dilenyapkan malahan digabung dan
disatukan menjadi identiti dan budaya Malaysia seperti Gagasan 1Malaysia yang
diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak.

ISL Minggu 2
Maksud Integrasi
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah.
Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks.
Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang
politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan
mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.
Konsep Integrasi adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan
dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan
budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks
Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah
unit politik. Terdapat 6 bentuk integrasi yang wujud di negara kita.

a) Integrasi Wilayah
Antaranya ialah intergrasi wilayah. Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang
mengandungi 14 negeri.Perkembangan sosio-ekonomi tiap-tiap negeri ini tidak seimbang
dan setara di antara satu sama lain. Oleh yang demikian ,maka wujudlah keadaan di mana
terdapatnya negeri-negeri maju dan negeri-negeri yang kurang maju di negara ini. Oleh itu,
strategi pembangunan untuk Integrasi wilayah adalah untuk mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi dan struktur di antara wilayah-wilayah dalam negara ini.
Struktur ini dilaksanakan atas asas keupayaan setiap wilayah atau negeri untuk
menggerakkan pembangunan sektor pertanian dan perusahaan khususnya di negeri-negeri
yang kurang maju. Integrasi wilayah ini sangat penting agar hilang rasa kebencian, cemburu
antara satu sama lain dan wujudnya perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan
sebagainya. Sebagai contoh, jurang dalam aspek pembangunan ekonomi dan kemudahan
sosial. Jika di wilayah semenanjung terdapat kemudahan pendidikan tinggi maka di wilayah
timur juga turut didirikan institusi tersebut seperti adanya Institut Pendidikan Guru Malaysia

ISL Minggu 2
Kampus Sabah dan Sarawak, Universiti Malaysia Sabah / Sarawak. Begitulah juga dalam
aspek lain.

b) Integrasi Ekonomi
Bentuk integrasi yang kedua ialah Integrasi ekonomi .Proses perkembangan
ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kumpulan kaum menyertai semua bidang dan
peringkat ekonomi.Kerajaan telah melaksanakan proses ini melalui Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Dasar ini mengandungi dua matlamat utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di
berbagai-bagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan. Kedua, hak milik hartaharta produktif yang terdapat di dalam negara ini disusun semula supaya pada tahun 1990
orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hak milik
tersebut. Untuk mencapai matlamat ini, penyusunan semula tenaga mengikut susunan
kaum di negara ini adalah satu tindakan yang penting. Kepentingan ini amat perlu
memandangkan proses penjajahan Inggeris telah mewujudkan perbezaan yang ketara dari
segi penyertaaan kumpulan kaum majoriti di dalam berbagai-bagai sektor ekonomi di
Malaysia. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat
mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meninggikan taraf
pembangunan ekonomi negara.

c) Integrasi Kebudayaan
Bentuk integrasi yang ketiga ialah integrasi kebudayaan. Hal ini perlu dilakukan
kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik/kaum seperti Melayu, Cina, India
dan pelbagai etnik lagi di Sabah dan Sarawak. Kaum Mijoriti ialah orang Melayu dan yang
lain merupakan kaum minoriti. Intergrasi kebudayaan ini penting dalam usaha membentuk
kebudayaan kebangsaan iaitu satu kebudayaan yang diterima oleh semua kaum di
Malaysia. Matlamat utamanya ialah perkongsian budaya yang sama dan memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kerajaan turut melaksanakan
dasar kebudayaan kebangsaan sebagai platform kearah tersebut.

ISL Minggu 2

d) Integrasi Sosial
Seterusnya ialah intergrasi sosial. Integrasi ini merupakan satu langkah bagi
mewujudkan satu kelompok atau komuniti yang terdapat pelbagai kaum dalam satu satu
kelompok masyarakat seperti dalam program/ projek perumahan, sukan, pendidikan dan
kesihatan. Dalam proses pemilikan rumah,misalnya imbangan pemilikan rumah dalam
kalangan berbagai kaum adalah penting. Ini kerana, sekiranya wujud sesuatu keadaan di
mana kadar pemilikan perumahan dimonopoli oleh satu-satu kaum tertentu sahaja, maka
akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum-kaum yang lain.Ini akan
merumitkan lagi proses perpaduan rakyat. Oleh itu, dalam program pembangunan
perumahan adalah penting diwujudkan kadar pemilikan perumahan yang seimbang dalam
kalangan kaum-kaum di negara ini. Sebagai contoh dalam projek perumahan, kerajaan telah
memberi penetapan bahawa kawasan perumahan yang didirikan perlu dimiliki oleh pelbagai
kaum mengikut peratusan yang tertentu. Harapan utama dalam hal ini, komunikasi antara
kaum akan berlaku lantas mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Begitulah juga integrasi
sosial dalam sukan. Kita tidak mahu sesuatu permainan itu dimonopoli oleh satu satu
kaum sahaja sebaliknya melibatkan pelbagai kaum. Contohnya dalam permainan ping pong,
bola keranjang dan bola tampar, dahulunya dikuasai oleh pemain berketurunan Cina namun
kini sudah ada orang Melayu dan India mula menyertai permainan permainan ini.

e) Integrasi Pendidikan
Integrasi pendidikan merupakan salah satu bentuk integrasi yang sangat penting.
Integrasi pendidikan bertujuan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak
kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani. Sistem pendidikan yang
berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan, berhasrat untuk mewujudkan keselarasan
dalam pendidikan. Sistem ini digubal supaya dasar-dasar dan program-program pendidikan
dan latihan yang diadakan di semua peringkat persekolahan, kolej dan universiti akan
tertumpu kepada perpaduan. Ini kerana pendidikan merupakan proses penting bagi

ISL Minggu 2
menyemai dan memupuk benih-benih perpaduan dalam kalangan generasi muda,di
samping menjadi daya penggerak bagi melahirkan warganegara yang berdisiplin. Di negara
kita kini terdapat sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan namun dalam masa
yang sama pengintegrasian pendidikan turut diwujudkan. Kerajaan juga turut melaksanakan
memperkasakan sekolah kebangsaan yang merupakan satu tindakan untuk menggalakkan
kaum lain menghantar anak anak ke sekolah kebangsaan. Apabila penyertaan pelbagai
kaum dalam sekolah kebangsaan satu aliran,ini akan pasti memantapkan perpaduan dalam
kalangan pelajar.

f) Integrasi Politik
Seterusnya integrasi politik. Seperti juga negara-negara moden yang lain, Malaysia
mempunyai berbagai-bagai kumpulan kaum yang berbeza dari segi agama, wilayah,
pekerjaan dan kepentingan-kepentingan lain. Oleh itu tugas pentadbiran politik yang utama
ialah untuk mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat majmuk di
negara ini dapat hidup aman dan makmur. Satu kaedah yang mana perpaduan politik
negara dapat diwujudkan ialah menerusi konsensus atau persetujuan rakyat. Sistem
pilihanraya diadakan setiap lima tahun sekali supaya rakyat dapat memilih pemimpinpemimpin politik pilihan mereka.
Pemimpin-pemimpin politik yang memerintah negara ini hendaklah sentiasa
mengamalkan semangat perundingan dan kerjasama dalam kalangan parti-parti politik bagi
memastikan penyertaan bersama dalam proses pemerintahan negara. Ini dapat dibuktikan
pada peringkat awal di mana parti-parti orang Melayu iaitu UMNO, parti-parti orang-orang
Cina MCA dan parti orang-orang India MCA telah bergabung untuk melahirkan parti
Perikatan. Gabungan ini telah dapat mewujudkan kerjasama antara tiga buah parti politik
yang terbesar di negara ini.
Kesan daripada proses ini telah memberi kestabilan dan taraf pencapaian yang tinggi
dalam perpaduan dan pembangunan negara. Untuk memperluaskan asas perpaduan dalam
pentadbiran politik negara, struktur perikatan parti UMNO. MCA, dan MIC telah diperluaskan

ISL Minggu 2
dengan penubuhan Barisan Nasional.Terdapat juga beberapa buah parti yang dahulunya
menjadi parti pembangkang, turut menyertai Barisan Nasional. Parti-parti ini telah berikrar
untuk bekerjasama bagi melaksanakan proses pembangunan negara. Persetujuanpersetujuan politik yang telah dicapai oleh parti-parti di dalam Barisan Nasional ialah untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, sosial
dan kebudayaan. Masalah-masalah ini diselesaikan menerusi meja rundingan. Dengan
wujudnya kerjasama, persefaham dan persetujuan di kalangan berbagai-bagai parti politik,
maka lahirlah suasana yang tenteram dan perpaduan politik yang kukuh.
Secara ringkasnya, integrasi politik bermakna integrasi antara berbagai-bagai parti
politik supaya asas-asas pertikaian dan pertelingkahan dapat dibanteras bagi mewujudkan
sebuah negara yang aman dan makmur.

Petikan dirujuki dari: http://cjahaniblog.blogspot.com/p/waj-3106.html

Anda mungkin juga menyukai