Anda di halaman 1dari 5
Disediakan oleh: Lai Jin Man, Lau Kal Xin, Looi Wing Lin, Winnie Kho Jen Nie Tajuk: Irama, Warna dan Ruang Pengenalan Kepada Warna, Irama Dan Pergerakan Warna, irama dan ruang merupakan unsur yang terdapat dalam persekitaran kehidupan harian kanak-kanak, Melalui unsur-unsur ini pelajar akan lebih seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka digalakkan untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu dengan bimbingan guru Warna merupakan satu unsur seni yang terdapat dalam mata pelajaran PSV. Warna terdiri daripada warna asas, wana sekunder dan warna tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran kita. Contohnya, warna daun, wana pelangi, wama bangunan dan sebgainya. Warna memberikan kesan kepada menusia melalui personalit psikologi dan budaya. Warna panas seperti warna merah meggambarkan emosi marah, semangat berani dan juga keceriaan. Wama sejuk seperti warna hijau memberikan kesan emosi yang segar dan nyaman, la juga mengambarkan emosi sedih dan sayu Red Violet Orange Yeiow Blue Yellow abe oner Velo geen Green rama merujuk kepada sesuatu bunyi atau retak berulang. Biasanya irama boleh dinikmati apabila kita mendengar muzik. Dalam kehidupan, kita sering temui pelbagai irama. Contohnya, bunyi tapak kasut orang berjalan, bunyi degupan jantung, bunyi kereta api dan sebagainya. Kanak-kanak juga selalu menghasilkan irama dalam permainan mereka seperti bertepuk, berkawad, mengetuk meja dan sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual, irama dikaitkan dengan susunan sesuatu carak yang berulang- ulang, susunan sekata yang menampakan pergerakan Disediakan oleh: Lai Jin Man, Lau Kai Xin, Looi Wing Lin, Winnie Kho Jen Nie Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama semasa mereka menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak, dan sebagainya. Irama dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan, dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktivii dengan bersemangat dan meningkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak merasa seranok melakukan aktiviti seperti menari dan melampat sambil mengikut irama muzik. Mereka akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka bertindak balas dengan irama yang dimainkan. Ruang ialah kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau jarak antara dua abjek. Kita memerlukan ruang untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Kita juga perlu menggunakan ruang dengan bijak untuk mendapat keselesaan dan keselamatan Menurut Haward Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan- kebolehan melihat dunia ‘visual spatial’ dengan lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap wama, garisan, ruang, bentuk, rupa dan yang berkaitan dengannya. Bilik darjah perlu disusun atur dengan baik untuk memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa. Ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan Di Sekolah Disediakan oleh: Lai Jin Man, Lau Kal Xin, Looi Wing Lin, Winnie Kho Jen Nie Tiga unsur utama iaitu warna, irama dan ruang perlu digabungkan dengan baik untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif. Guru perlu tahu menggunakan wama dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan menggunakan ruang yang sesuai bagi merangsang minda pelajar semasa proses. pengajaran dan pembalajaran, Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dan rasa seronok melakukan aktiviti yang dijalankan. Mereka tidak terikat dengan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan menghubungkitkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama dan pergerakan. Contohnya pengajaran mata pelajaran Sains di bawah tajuk haiwan, iaitu haiwan peliharaan dan haiwan liar. Guru boleh membawa pelajar melawat Taman Sains di sekalah untuk melihat sendin jenis-jenis haiwan yang dipelihara. Pelajar boleh memerhati, membuat catatan mengenai ciri-ciri binatang yang diperhatikan, sama ada dari segi bentuk tubuh badan, warna, saiz dan sebagainya. Demikian juga, pelajar boleh melukis rupa bentuk binatang tersebut. Pelajar diberi peluang untuk melukis dan mewarna haiwan pilih mereka. Mereka boleh menggunakan maklumat hasil daripada pemerhatian yang dilakukan. Guru boleh memberikan bimbingan kepada pelajar yangbermasalah. Murid-murid bebas menggunakan kreativiti mereka memilih dan mencampur warna untuk mendapat hasil yang menarik. Pelajar juga dapat menggunakan daya ingatan dan imaginasi mereka dalam menghasilkan lukisan. Cara ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka Apabila pelajar selesai menjalankan kajian, mereka boleh membentangkan hasil kajiannya. Pembentangan boleh dilakukan dalam kumpulan. Setiap kumpulan boleh memanfaatkan setiap ruang yang ada. Mereka boleh menggunakan kreativiti sendiri semasa melakukan pembentangan di kelas. Langkah seterusnya ialah setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menari dan menyanyi lagu yang berkaitan dengan haiwan yang mereka kaji. Mereka juga boleh meniru pergerakan haiwan, bunyi haiwan dan sebagainya. Mereka boleh berbincang dengan ahli kumpulan untuk memghasilkan bentuk persembahan yang sesuai dan menarik, Setiap Kumpulan boleh mencipta sendiri irama yang akan mengiringi persembahan mereka. Mereka boleh menggunakan alatan yang ada di sekitar mereka. Mereka juga boleh meneroka bunyi-bunyian yang akan dihasilkan dengan menggunakan kertas, plastik yang diranyokkan, bunyi tapak kasut, bunyi batang penyapu yang dilagakan, bertepuk dan juga menghasilkan bunyi dengan mulut Pelajar digalakan mencuba dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan semasa mengadakan persembahan. Mereka akan rasa seronak menjalani aktiviti hasil kreativiti mereka sendiri Dari segi penggunaan ruang pula, pelajar digalakan menggunakan ruang dengan baik. Mereka baleh memilih ruang yang sesuai dengan bentuk persembahan. Sekiranya ruang tidak mencukupi, pelajar boleh mengubah susunan kerusi dan meja. Pengalaman ini banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka Secara keseluruhannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri dengan cara memberikan Disediakan oleh: Lai Jin Man, Lau Kal Xin, Looi Wing Lin, Winnie Kho Jen Nie peluang kepada pelajar membuat kajian, catatan, pemerhatian, penerokaan dan sebagainya. Semnua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi, di samping dapat merangsang deria pelajar untuk memahami pengajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan kondusif Penggunaan irama dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Pelajar lebih aktif melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Pelajar juga berpeluang mencipta aktiviti dan pergerakan sendiri. Biasanya kanak-kanak boleh memberikan reaksi secara spontan apabila dirangsang aleh sesuatu irama muzik. Irama beleh dihasilkan dengan menggunakan alat muzik, alat audio dan juga dihasilkan sendiri oleh guru dan pelajar melalui tepukan, hentakan kaki, mengetuk meja dan sebagainya rama boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran. Irama biasanya dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan juga tarian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, irama digunakan untuk menbangkitkan mad situasi tertentu. Contohnya pengajaran penulisan bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu yang bertemakan Sambutan Hari Kemerdekaan, Aktiviti seperti nyanyian Lagu Kemerdekaan, berkawad seperti anggota tentera dan sebagainya sangat sesuai diringi dengan irama muzik. Ini akan membangkitkan semangat patriotisme dalam diri mereka. Berkenaan seni dalam pendidikan, pelajar digalakkan menghasilkan sendiri irama dan pergerakan. Pelajar boleh menghasilkan alat muzik dengan menggunakan botol mineral yang disi dengan batu kecil. Pelajar boleh mencipta pergerakan yang sesuai dengan irama yang dimainkan. Kreativiti akan dapat ditingkatkan apabila mereka menghasilkan irama dan pergerakan melalui alat yang digunakan Penggunaan ruang secara terancang adalah sangat perlu supaya semua pelajar dapat menyertai aktiviti yang dijalankan dengan lancar. Ruang kosong yang terdapat di bahagian hadapan dan belakang Kelas perlu disusun dengan baik bagi memudahkan guru dan pelajar menjalankan aktiviti dengan seronok dan selamat. Susunan perabut termasuk kerusi dan meja perlu bersesuaian dengan suasana dan corak pembelajaran Guru boleh menggunakan ruang di luar bilik darjah untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Aspek keselamatan perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar Kelas. Ruang yang secukupnya akan membantu pelajar merancang aktiviti seperti pergarakan dan sebagainya dengan lebih kreatif. Pelajar dapat mencuba berbagai-bagai pergerakan yang mereka fikir sesuai dengan irama dan juga mengikut lirik sesebuah lagu Kesimpulan Disediakan oleh: Lai Jin Man, Lau Kal Xin, Looi Wing Lin, Winnie Kho Jen Nie Seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap posttif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekalah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju

Anda mungkin juga menyukai