Anda di halaman 1dari 2

Laporan Kursus Celik Kewangan

Pada 8 Oktober dan 9 Oktober 2017 yang lalu, satu kursus celik kewangan telah
diadakan di IPG Kampus Tun Hussein Onn selama dua hari dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.
Kursus ini merupakan antara kursus wajib yang perlu diikuti oleh setiap guru pelatih sebelum
menamatkan pengajian di IPG. Peserta-peserta adalah terdiri daripada semua guru pelatih
PISMP Semester 8.

Gambar 1: Semua guru pelatih PISMP Semester 8 duduk secara berkumpulan.

Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Hjh. Zanariah binti Mahyun, yang sudi
berkongsi pengalaman beliau serta memberi tip-tip dan motivasi kepada para guru pelatih
tentang kepentingan menabung. Ini penting untuk memberi pengetahuan dan panduan dalam
pengurusan kewangan apabila di alam pekerjaan kelak.

Gambar 2: Puan Zanariah sedang memberi penerangan mengenai kursus ini.


Kursus Celik Kewangan ini adalah dilaksanakan melalui pelaksanaan sesi latihan
untuk membantu guru pelatih membuat keputusan yang baik dalam kehidupan harian melalui
teknik pengurusan kewangan yang berkesan. Latihan sepanjang kursus ini menggunakan
unsur-unsur latihan praktikal, permainan interaktif, video yang menarik dan contoh-contoh
yang sebenar untuk memudahkan peserta dalam memahami topik-topik yang dibincangkan.
Aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan ini memerlukan guru pelatih untuk menjawab
soalan yang berkisarkan kepada situasi berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Gambar 3: Setiap kumpulan berbincang untuk membuat bajet masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai