Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI


TAHUN 2007
1.

MATLAMAT
Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan
membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

2.

OBJEKTIF
2.1 Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat
muzik tradisional.
2.2 Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman
sesama mereka.
2.3 Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.
2.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.
2.5 Mengamalkan semangat toleransi , berdisiplin dan bekerjasama.
2.6 Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.
2.7 Memperluaskan intergrasi nasional.

3.

PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN
FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2007.
Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan
kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain.
3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni
budaya tradisional.
3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
3.4 Pertandingan Akhir Paluan Kompang dan Formasi Sekolah-Seklah Rendah
Peringkat Kebangsaan akan di adakan pada 15 18 Julai 2007 di Negeri Kelantan

4.

PENYERTAAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan
kerajaan.
4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 dan
maksimum seramai 16 orang.
4.3 Anggota pasukan adalah bebas dari segi jantina dan mestilah terdiri dari pelbagai
kaum. (minimum 2 kaum).

5.

PERSEMBAHAN
5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan
sendiri oleh pasukan masing-masing.
5.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci. (boleh dipelbagaikan dalam pasukan)
5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit .
5.4 Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-mana
kompang dari pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang
pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter.
5.5 Irama adalah bebas.
5.6 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluan iaitu
MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG.
5.7 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.
5.8 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan.
5.9 Nyanyian atau Dikir tidak dibenarkan.

BAHAGIAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PELAJARAN

6.

PAKAIAN
6.1. Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan.

7.

SKIMA PERMARKAHAN
7.1 Markah dibahagikan seperti berikut :
7.1.1
a.
b.
d.
c.
e.

Gubahan Pola irama (Kreativiti)


Bentuk paluan
Kualiti ton
Tempo
Dinamik & Ekspresi

7.1.2
a.
b.
c.
d.

Paluan Kompang
: 15 markah
: 15 markah
: 15 markah
: 10 markah
: 5 markah

Formasi

Kreativiti
Keseragaman
Kesesuaian Gerakan dengan Paluan
Ketrampilan

: 15 markah
: 10 markah
: 10 markah
: 5 markah

7.2 Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka
pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan
pemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1. di atas dan keputusan hakim
adalah muktamad.
7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah akan
ditolak bagi setiap minit selepas itu.
7.4 Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah
8.

HADIAH PEMENANG.
8.1
8.2
8.3
8.4

9.

Johan
: Piala Iringan, Sijil
Naib Johan : Piala Iringan, Sijil
Ketiga
: Piala Iringan, Sijil
Sijil Penyertaan kepada yang tidak berjaya.

HAL-HAL LAIN.
Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata di dalam syarat-syarat pertandingan, pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap
keputusan adalah muktamad.

Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia

BAHAGIAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PELAJARAN

Anda mungkin juga menyukai