Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN GURU BESAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Syukur Alhamdulillah, akhirnya terbit juga Buletin SK Taman Kepong Edisi Pertama
menggantikan majalah Sri Kejora untuk tahun 2014. .Buletin ini dibuat khas untuk buah
tangan kepada murid-murid Tahun 6 SKTK yang saya sayangi. Di samping itu buletin ini
diedarkan juga kepada semua warga SKTK sebagai kenang-kenangan.Jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam
menjayakan penerbitan Buletin SKTK ini. Sesungguhnya kejayaan akan tercapai hasil
daripada usaha, komitmen dan semangat berpasukan yang diamalkan oleh warga sekolah.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada murid-murid Tahun 6
yang akan ke sekolah menengah pada tahun 2015.Mengenai keputusan UPSR yang akan
diumumkan pada 26.November 2014, doa warga SKTK dan ibu bapa sentiasa mengiringi
murid-murid . Semoga kalian akan mencapai kejayaan cemerlang.
Sebagai penutup bicara, saya memohon berbanyak maaf andai terdapat salah silap dari
segi perbuatan atau tutur kata. Sesungguhnya SKTK akan sentiasa di hati saya kerana di
sini banyak pengalaman dan seribu cerita yang saya perolehi. Saya bangga menjadi warga
SKTK. Pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sentiasa member semangat dan
kekuatan kepada saya dalam menerajui pengurusan sekolah. Terima kasih semua.
Semoga SKTK sentiasa cemerlang pada masa akan datang. Insyaallah.
Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai