Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KEPONG

JALAN KELICAP, KEPONG BARU,


52100 KEPONG,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tel / Fax : 03 - 6275 6122

____________________________________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKTK 600-4/2/2(01)
Tarikh : 20 Januari 2020
Ibu bapa / Penjaga
__________________
__________________

Tuan/Puan,

TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas Sekolah telah melantik
anak tuan/puan sebagai Pengawas Sekolah bagi sesi persekolahan 2018.

3. Walaubagaimanapun, pelantikan ini adalah berdasarkan kepada beberapa syarat iaitu:

a. Ibu bapa atau penjaga perlu memastikan bahawa pengawas sekolah ini hadir awal ke sekolah
pada setiap hari, iaitu selewat-lewatnya pada jam 7.20 pagi.
b. Pengawas sekolah ini dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan
baik.
c. Pengawas sekolah tidak mengabaikan pelajarannya.
d. Lantikan dari setahun ke setahun berikutnya tidak secara automatik tetapi akan dinilai
prestasinya dari semasa ke semasa.
e. Sekiranya seseorang pengawas sekolah ini melakukan sebarang salah laku dan tidak
menjalankan tugas seperti yang dipertanggungjawabkan, maka pihak Jawatankuasa Displin dan
Pengawas Sekolah berhak menarik balik pelantikan jawatan tersebut (melucutkan jawatan)
serta merta.
f. Peletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah tidak dibenarkan.
g. Seseorang pengawas sekolah wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa Displin dan Pengawas Sekolah atau pihak sekolah seperti yang ditetapkan.
h. Dengan pelantikan sebagai pengawas, pihak sekolah berharap akan dapat melatih dan
melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa yang akan datang.

4. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas Sekolah ingin memohon
kebenaran tuan/puan atas pelantikan tersebut. Tuan/Puan adalah dipohon untuk melengkapkan Keratan
Jawapan Kebenaran dan Persetujuan Pelantikan Pengawas Sekolah. Keratan jawapan anak
tuan/puan harus diserahkan kepada Guru Pengawas ,Cik Chiah Siew Fei a/p Chiah Suphon
pada 28 Januari 2020 (Selasa).

5. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai demi kebaikan
bersama.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HALIMI BIN MD RASIP)


Guru Besar
SK Taman Kepong
LAMPIRAN 1

Etika Pakaian Pengawas Sekolah Sesi 2018

Pengawas Lelaki

1. Baju kemeja lengan panjang (warna biru muda)


2. Seluar panjang (warna biru tua)
3. Vest (warna biru tua)
4. Tali leher pengawas berwarna merah (dibeli di kedai buku)
5. Kasut hitam
6. Stoking hitam

Pengawas Perempuan

(Wajib pakai pada hari Isnin)

1. Baju kemeja lengan panjang (warna biru muda)


2. Kain ’A shape’ atau skirt panjang (warna biru tua)
3. Tudung (warna biru muda)
4. Vest (warna biru tua)
5. Tali leher pengawas berwarna merah (dibeli di kedai buku)
6. Kasut hitam
7. Stoking hitam

Pakaian Pilihan (Hari Selasa – Jumaat)

1. Baju kurung (warna biru muda)


2. Kain (warna biru tua)
3. Tudung (warna biru muda)
4. Kasut hitam
5. Stoking hitam

Keratan Jawapan
...................................................................................................................................................................
Guru Besar
SK Taman Kepong.

Tuan / Puan,

Kebenaran Persetujuan Dilantik Sebagai Pengawas Sekolah 2020

Setelah membaca dan memahami syarat-syarat pelantikan, saya ______________________________


ibu bapa / penjaga kepada ______________________________ dari tahun
_________________________ *membenarkan/ tidak membenarkan anak saya dilantik sebagai
Pengawas Sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Tandatangan Ibu bapa / Penjaga)


No. Tel Rumah : ______________
No. Tel Pejabat : ______________

Anda mungkin juga menyukai