Kemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara
yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas.
Kepentingan
Tanpa kemahiran mendengar yang baik, sukar bagi murid menguasai kemahiran berbahasa
yang lain.
Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan.
Halangan
Terdapat beberapa halangan yang mengganggu penguasaan kemahiran mendengar iaitu:
1. Gangguan fizikal murid.
2. Jantina - kanak-kanak perempuan lebih cepat menguasai kemahiran mendengar
berbanding kanak-kanak lelaki.
3. Status sosioekonomi - Kanak-kanak yang berada dalam lingkungan persekitaran
sosioekonomi yang baik lebih terdedah dengan pelbagai kemudahan yang membantu
mereka untuk menguasai kemahiran mendengar dengan lebih pantas begitu juga
sebaliknya.
4. Gangguan bunyi.
5. Masalah mental.
6. Keliru dalam membezakan bunyi.
7. Kelemahan dalam memahami apa yang didengar.
Prinsip-prinsip umum kemahiran berbahasa (mendengar):
1. Guna bahasa standard - yang ditutur oleh penutur asli.
2. Haruslah berdasarkan pengajaran lisan - komunikasi dua hala anda guru dan murid.
(speaker and listener).
3. Mesti mengikut susunan iaitu bermula dengan mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
Mengapa prinsip-prinsip ini disusun sedemikian?
Prinsip-prinsip ini disusun sedemikian kerana ia sesuai dengan sifat semulajadi. Mengikut
kajian yang telah dijalankan oleh pakar perkembangan kanak-kanak, hasil menunjukkan
bahawa antara deria yang terawal yang berfungsi ialah pendengaran.
Selain itu, Firman Allah dalam ayat 78 surah An-Nahlu yang bermaksud : Dan Allah
mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan
Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.
Berdasarkan kepada ayat diatas, ternyata Allah SWT mengurniakan pendengaran terlebih
dahulu sebelum penglihatan.
Proses P&P juga haruslah berasaskan dari yang mudah kepada yang susah. Pendek kata, lisan
mendahului tulisan.
Apa yang guru boleh laksanakan untuk aktiviti kemahiran mendengar?
Main bunyi.
Pertengahan
Mengesan urutan.
Maju
Mentafsir.