Anda di halaman 1dari 3

LARI PECUT

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk
menempa kejayaan. dalam buku ini diterangkan bagaimana untuk
mendapatkan kesan yang maksimum dalam melakukan pecutan dan larian.
Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan
dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa
faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan
taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang
ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat
sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai
ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan
pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan
sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi.
Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi
pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada
dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan
dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari
haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan
merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula
ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa
bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter.
Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada
latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

SEJARAH

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan


olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal
ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada
abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara
acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak
ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara
ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.
Pada zaman olimpil kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang
dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat
daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz
tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki
mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk
memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undangundang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa
yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah
mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan
dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang
paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih
membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal
ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan
memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan.
Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini
dikenali sebagai kangaroo start.
Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,
pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di
Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama
dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan
catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama
dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara
200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang
dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang
pertama yang mencatat 22 saat.

stadium Monte Carlo kini

Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948,
Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun
tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang
pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee
Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari
Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah
diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan
catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah
berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

Anda mungkin juga menyukai