Anda di halaman 1dari 4

BAGAIMANA MEMBUAT "PERANGKAP"

KE ATAS LAWAN DENGAN BIJAK


Salam motivasi dan hebat sekali untuk anda semua... Bertemu kita lagi
malam Jumaat ni dalam blog "RAHSIA MENJADI JUARA CATUR" dibawa khas oleh sailorman . Untuk post kali ni, saya nak kongsikan
dengan anda satu lagi rahsia penting yang MESTI anda ketahui sebelum
bergelar juara. Apa dia? Ya... Tepat sekali !!! KUASA UNDANGUNDANG. Mungkin anda sudah mengetahui HAL ini. Tapi ramai yang
memandang remeh HAL ni. Itu pasal ramai yang tewas. Didalam hidup
kita pun, ada undang-undang. Ia bertujuan untuk memberi kestabilan dan
keadilan kepada kita semua. Begitu juga dengan dunia catur. Ia juga
mempunyai undang-undang tersendiri. Ingat !!! Selagi anda tidak belajar
untuk memahami undang-undang dalam permainan catur, selagi itulah
anda tidak akan berjaya meningkatkan tahap keupayaan anda. Ini kerana
semua juara-juara catur "tak terpandang" amat memahami kuasa
undang-undang permainan catur.
" Jangan bermimpi untuk anda bergelar juara catur selagi anda
tidak memahami undang-undang dalam permainan ni "
- sailorman
Apa yang perlu anda pelajari tentang kuasa undang-undang ni adalah
APA YANG DIBENARKAN dan APA YANG DILARANG dalam
permainan ini. Inilah sebab utama kenapa ramai juara catur tewas
dalam satu-satu pertandingan. Jika dilihat pada skil dan taktik permainan
yang dipertontonkan oleh juara-juara catur, semua tampak hebat-hebat
belaka. Tapi sayang, mereka kurang mengambil berat tentang
PERATURAN PERTANDINGAN - APA YANG DIBENARKAN dan APA
YANG DILARANG. Ini menyebabkan mereka telah memberi "peluang
keemasan" kepada juara-juara catur "tak terpandang" untuk membina
"perangkap" ke atas mereka. Akhirnya, "perangkap" berkenaan telah
menewaskan mereka dengan begitu aib dan memalukan sekali. Sebagai
contoh, juara-juara catur "terpandang" TAHU cara "KNIGHT" bergerak dan
"makan" secara HURUF L. Jadi, mereka berfikir selagi "musuh" berada
dalam lingkungan HURUF L, mereka akan berjaya "makan". Tapi mereka
TIDAK FAHAM bahawa juara-juara catur "tak terpandang" tidak kisah
sangat jika "KNIGHT" yang dimiliki diberi "makan" asalkan "king musuh"

berjaya dibunuh (checkmate). Ini bermakna juara-juara catur "tak


terpandang" lebih fokus untuk "membunuh king musuh" berbanding
juara-juara catur "terpandang" yang lebih menumpukan untuk "makan".
Nampak tak perbezaannya ? Ini baru satu contoh. Banyak lagi contohcontoh lain.
" Undang-undang catur bermaksud anda memahami apa yang
dibenarkan dan apa yang dilarang dalam permainan ni "
- sailorman
Ingat !!! Anda sedang belajar untuk menjadi Juara Catur Yang
Sebenar iaitu "Juara Catur Tak Terpandang". Jadi, anda mesti
memahami apa yang dibenarkan (dilakukan) dan apa yang dilarang
(tidak dilakukan) oleh "Si Juara Catur Tak Terpandang". Sebagaimana
anda boleh memahami dan mematuhi undang-undang jalan raya seperti
papan tanda lampu isyarat jalan ( merah - kuning - hijau ), begitu juga
dengan undang-undang catur ni. Jika anda melanggar undang-undang,
bermakna anda sengaja menempuh kekalahan. Ok... Untuk memudahkan
anda memahami kuasa undang-undang ni, saya akan berikan beberapa
lagi contoh di bawah :
APA YANG DIBENARKAN (DILAKUKAN)
OLEH SI JUARA CATUR SEBENAR
Fokus untuk membunuh "king lawan"
Bergerak dengan tujuan yang jelas
Setiap pergerakan ada "back up"..."back up"... "back up"... ( 3 x
back up )
Hargai setiap nyawa "senjata" yang dimiliki
Bunuh terus ( KO TERUS ) "senjata" musuh yang merbahaya tanpa
banyak soal
Hargai masa 1 saat ( 1 step pergerakan ) untuk menembusi
"pertahanan" lawan @ "checkmate" kan "king lawan"

DIBAWA KHAS OLEH : http://www.e-potion2u.biz/?ref=sailorman

APA YANG DILARANG (TIDAK DILAKUKAN)


OLEH SI JUARA CATUR SEBENAR
Fokus untuk membunuh SEMUA "senjata lawan" tanpa sebab yang jelas
Bergerak TANPA tujuan yang jelas atau HILANG ARAH
Membina "back up" yang tidak cukup kuat dan mudah ditembusi ( 1 x back up
SAHAJA )
Setiap nyawa "senjata" yang dimiliki diberi "makan" sesuka hati dan sesedap
rasa tanpa sebab yang jelas
Suka simpan "senjata" musuh yang merbahaya walaupun menyedari
"senjata" berkenaan mampu menghuru-harakan "pertahanan" yang telah
dibina
TIDAK manfaatkan sepenuhnya masa 1 saat untuk "menyerang" @
melakukan "checkmate" ke atas "king lawan"
Ok... Saya harap apa yang dikongsi ni bukan sekadar dibaca sahaja.
Yang paling penting adalah MESTI DIPRAKTIKKAN TERUS.
InsyaAllah... Dengan berbuat demikian, peluang untuk anda bergelar
juara catur adalah sangat tinggi. Telah terbukti !!!
" Apabila anda berjaya menguasai emosi, BERMAKNA anda telah
berjaya menguasai permainan. Dan apabila anda telah berjaya
menguasai permainan, BERMAKNA anda akan menjadi JUARA
CATUR sailorman
Tahukah anda sebenarnya sekarang anda hanya mengetahui 10% SAHAJA
rahsia menjadi juara catur ? 90% rahsia lagi saya masih simpan.
InsyaAllah... Pada post akan datang, saya akan kongsikan dengan anda
"Bagaimana Menjadi Juara Catur Sebenar Melalui Taktik Perang
Psikologi ?" Dan inilah 90% rahsia yang saya maksudkan itu ( tunggu
tau... jangan lupa untuk baca keluaran akan datang pasal ia merupakan
90% rahsia kejayaan saya menjadi juara catur "tak terpandang"... ) .
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dan setiap ilmu yang anda
pelajari disini, jangan lupa tau untuk sebarkan kepada kawan-kawan lak.
Pasal saya mahu ilmu ini diwarisi oleh seluruh Juara-Juara Catur Sedunia.
Ok... Wassalam

Anda mungkin juga menyukai