Anda di halaman 1dari 3

Sekolah Lestari - Anugerah Alam

Sekitar

Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama antara Kementerian
Pelajaran, Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005.
Definisi Sekolah Lestari
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan
nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara
berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Definisi Pendidikan Alam Sekitar
Pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar
diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini
melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
Objektif
1. Memupuk nilai murni alam sekitar dalam kalangan warga sekolah;
2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar;
3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan;
4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan
alam sekitar; dan
5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempraktikkan amalan hidup lestari.
Konsep
1. Pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga,
komuniti setempat, kerajaan, pihak swastadan badan bukan kerajaan
2. Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum,
kokurikulum dan penghijauan sekolah.
Komponen
1. Pengurusan
2. Kurikulum
3. Kokurikulum
4. Penghijauan
Penilaian
1. Peringkat Negeri: wakil JAS Negeri, JPN dan NGO/PBT
2. Peringkat Kebangsaan: wakil NGO Alam Sekitar, KPM dan LESTARI/JAS
Pensijilan dan Penganugerahan
1. Pensijilan Peringkat Negeri
Kategori Gangsa - Dikategorikan LAYAK oleh Panel Penilai Negeri
Kategori Perak - Hadiah untuk sekolah dengan markah keseluruhan tertinggi di peringkat negeri
2. Penganugerahan Peringkat Kebangsaan

Kategori Emas - Hadiah untuk sekolah dengan markah keseluruhan tertinggi di peringkat
kebangsaan
Read more: http://ibuberbicara.blogspot.com/2013/04/sekolah-lestari-anugerah-alamsekitar.html#ixzz3Rm0ydBRT

Anda mungkin juga menyukai