Anda di halaman 1dari 1

10 KESALAHAN PALING HIT KETIKA RAMADHAN.

1.Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la
walau dengan segelas air kosong.
2. Sahur terlalu awal
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu
supper.
3. Terlebih tidur
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh
diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.
4. Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih
pun tuang!
5. Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.
6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada
Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal
7. Asyik shopping baju rayatapi lupa nak mencari laylatul qadr
- Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000
bulan tu. Wow!
8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo! Banyak rugi la macha!
9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang
melarang tazkirah ketika Ramadhan.
10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak
dibersihkan.
Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever!

Anda mungkin juga menyukai