Anda di halaman 1dari 3

Modul untuk Aktiviti 4

Hari : Jumaat
Tarikh : 27 Februari 2015
Masa : 19.00mlm 20.30 mlm

Aktiviti 1 : Apa yang penting? KERJASAMA


Tempoh perlaksanaan : 20 minit
Bahan:
Pensel bersaiz besar/Marker dan Manila Kad
Perlaksanaan:
1. Para peserta diminta memegang pensil bersaiz besar bersama-sama.
2. Mereka diminta menulis perkataan KERJASAMA dengan syarat tiada seorang
pun yang boleh melepaskan pegangan dari pensel tersebut.
3. Fasilitator perlu memastikan tangan peserta tidak terlepas dari pensil besar.
4. Permainan boleh juga dilakukan dengan menggunakan pen marker yang diikat
pada sebatang kayu penyapu.

Aktiviti 2 : Cabaran Tisu


Tempoh perlaksanaan : 20 minit
Bahan : Tisu dan penanda
Perlaksanaan:
1. Para peserta diminta membentuk satu bulatan yang besar dengan memegang
tangan masing -masing. Para peserta di beri tisu satu setiap seorang.
2. Para peserta diminta tidak lagi memegang tangan rakan mereka tapi perlu
memegang hujung tisu rakan mereka dan rakan mereka turut hujung tisu yang
sama.
3. Mereka perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain yang akan
ditentukan oleh fasilitator.
4. Jika ada tisu yang terputus balik semula ke checkpoint dan ulangi pergerakan
semula.

5. Ulangi sehingga semua berjaya ke checkpoint yang lain tanpa mengoyakkan


tisu.

Aktiviti 3 : Titanic Terbalik


Tempoh Perlaksanaan : 20 minit
Bahan : Tikar
Perlaksanaan:
1. Guru menceritakan situasi
Dalam berkumpulan kamu sedang berlayar, tiba-tiba kapal pelayaran itu terbalik
dan kamu terpaksa menyelamatkan diri dengan berpaut pada belakang kapal
tersebut. Setelah berbincang, kamu membuat keputusan untuk menterbalikkan
kembali kapal itu keatas
2. Bagi menyelamatkan semua, gunakan kebijaksanaan dan kerjasama kumpulan
kamu untuk menterbalikan kembali tikar itu.
3. Semasa menterbalikkan tikar itu, setiap ahli kumpulan tidak dibenarkan terkeluar
daripada tikar ataupun memijak permukaan lantai.
4. Ahli kumpulan yang terkeluar dari tikar dikira mati dan tidak dapat diselamatkan.

Nama aktiviti 4 : Perjalanan sebiji belon


Tempoh Perlaksanaan : 20 minit
Bahan : Belon dan pensel
Perlaksanaan :
1. Fasilitator memberikan arahan,
Anda diminta memindahkan belon berkenaan dengan semua belakang pensil
anda mesti menyentuh belon di tangan saya. Anda perlu memindahkan belon ini
dari garisan mula sehingga garisan tamat.
2. Fasilitator perlu menandakan checkpoint untuk peserta memulakan permainan
dan menamatkan permainan.
Variasi:

Aktiviti ini boleh dipelbagaikan lagi dengan membuat halangan yang perlu
diharungi oleh peserta.

Anda mungkin juga menyukai