Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI LAWATAN ILMIAH Mohd Azizi B.

Mat Arshad @ Hashim Pada 23 Februari 2013 bersamaan dengan hari khamis, saya dan rakan sekelas saya serta pensyarah pembimbing bagi subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM 3112) telah mengadakan program lawatan akademik di Escape, Teluk Bahang iaitu setengah jam daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Lawatan ini merupakan lawatan wajib kerana lawatan ini merupakan salah satu tugasan yang harus saya dan rakan sekelas saya selesaikan bagi subjek PJM 3112 ini. Lawatan ini telah dirancang terlebih dahulu dan perancangan dimulakan dengan perlantikan ahli jawatankuasa bagi menguruskan program lawatan ini agar berjalan dengan lancar. Setelah selesai perlantikan ahli jawatankuasa, ketua program telah memulakan tugas dengan memberikan tugasan kepada ajk kecil. Setelah itu, ajk kecil mula bergerak dan akhirnya program lawatan ini dapat dijalankan seperti yang dirancangkan. Pada hari sabtu bersamaan dengan 23 Februari 2013, saya dan rakan sekelas telah bertolak ke Escape, Teluk Bahang pada jam 8 pagi dengan menaiki kenderaan sendiri. Perjalanan kesana mengambil masa selama setengah jam dan kami tiba disana pada jam 10.30 pagi. Tiba sahaja di sana, bendahari dan ketua projek telah berurusan dengan pihak Escape mengenai pembayaran. Setelah selesai kesemuanya, kami memulakan langkah untuk memasuki pintu gerbang Escape. Alangkah terpegun dan terujanya saya apabila melihat pelbagai permainan mencabar disitu dan perasaan membuak-buak dan tidak sabar mula menyelubungi diri saya. Malangnya, di dalam tentatif program, program lawatan bermula dengan sesi taklimat selama satu jam di bilik yang telah disediakan oleh pihak Escape. Semasa taklimat, pelbagai input yang telah diberikan oleh pihak Escape iaitu Mr Tan dan perkara yang menarik perhatian saya adalah perbezaan antara karakter dan personaliti.

Setelah selesai taklimat, saya dan rakan-rakan bergerak ke tapak permainan untuk mencuba semua halangan yang disediakan. Halangan terdapat tiga aras dan aras ketiga merupakan aras paling tinggi dan sangat mencabar. Saya dan rakan-rakan saya berjaya melepasi halangan dan mencuba semua halangan yang disediakan. Semasa halangan yang terakhir, saya hampir-hampir jatuh kerana pegangan saya terlepas, tetapi saya bangkit semula dengan cuba memaut semula pada batang kayu yang telah disediakan dan akhirnya saya berjaya melepasi semua halangan. Pada mulanya saya berasa amat letih dan menyesal tetapi perasaan itu dapat diatasi dengan satu permainan dan permainan ini amat seronok sekali. Permainan ini seperti permainan di taman tema air. Saya dan rakan saya Hakeem dapat mencubanya sebanyak dua kali. Saya juga tidak terlepas untuk mencuba permainan jungle swinger dan permainan ini juga amat seronok sekali. Setelah selesai mencuba kesemua permainan, saya dan rakan-rakan menjamu makan tengahari yang telah ditempah beberapa hari sebelum kami menjejakkan kaki disitu. Makanan yang disediakan agak tawar dan kurang sedap, tetapi disebabkan terlalu penat dan banyak tenaga hilang, makanan yang tidak sedap akan bertukar menjadi sedap dan enak. Kami bertolak balik selepas solat zohor iaitu pada jam 3.30 petang. Secara kesimpulannya, walaupun harga barang di Escape sangat mahal, permainan yang disediakan amat berbaloi dengan harga yang kami bayar disamping permainan di situ dapat menghilangkan rasa takut apabila berada di tempat tinggi. Saya berasa amat seronok dan saya juga tahu bahawa rakan-rakan saya dan pensyarah pembimbing turut berasa seronok ketika disana. Saya harap dapat peluang sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai