Anda di halaman 1dari 20

BAHAGIAN 1

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TEKNIK MEMBINA LIMA


AYAT BERDASARKAN GAMBAR DALAM BAHAGIA A (KERTAS 2) BAHASA
MALAYSIA.
Oleh
KAMARUL AMIR RAZAIZAT BIN KAMALUDIN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) BAN FOO, KAMPUNG BAN FOO, 81800
ULU TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHOR
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid kelas 5 Merah di dalam meningkatkan penguasan murid dalam teknik
membina lima ayat berdasarkan gambar dalam bahagia A, kertas 2 Bahasa Malaysia.
Seramai 10 orang murid 5 Merah, SJK (C) Ban Foo, Ulu Tiram dan seorang guru terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian bulanan,
latihan kerja rumah yang diberikan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid
tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab
soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Penulisan Bahasa Malaysia
dikalangan pelajar sangatlah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
penulisan Bahasa Malaysia, para pelajar dapat meningkatkan penguasaan mereka
membina ayat seterusnya berinteraksi sesama rakan-rakan dan guru dengan
menggunakan ayat yang betul. Perancangan tindakan di fokuskan kepada teknik untuk
meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam membina lima ayat berdasarkan
gambar dalam Bahagian A, Kertas 2, Bahasa Malaysia. Meskipun perancangan ini
bertujuan baik, namun terdapat rintangan berupa masalah kemampuan para pelajar dalam
menguasai kemahiran tersebut. Masalah ini tentunya akan menghalang kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran. Walaupun murid boleh berkomunikasi dan berinteraksi
bersama rakan-rakan atau guru dalam Bahasa Malaysia, namun penguasan murid
terhadap kemahiran menulis masih tidak memberangsangkan. Murid telah didedahkan
kepada teknik ini selama 6 jam dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 6 minggu.
Melalui kaedah-kaedah yang telah dicadangkan dalam proses pelaksanaan kajian
tindakan seperti temubual dan pemerhatian, saya kemudiannya telah menganalisis dan
membuat rumusan. Berdasarkan rumusan itulah, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi
membantu para pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam penulisan Bahasa
Malaysia terutamanya dalam membina ayat berdasarkan gambar iaitu dibahagian A,
kertas 2 Bahasa Malaysia.

BAHAGIAN 2

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Analisa keputusan Ujian Penilaian Pencapaian Murid (UPPM1) tahun 2009 untuk kelas
Tahun 5 Merah tetap dengan perasaan yang berbaur. Ada rasa kecewa, sedih, marah dan
seribu satu macam perasaan yang melingkari diri ini hanya Tuhan sahaja yang
mengetahuinya. Dengan kertas soalan yang begitu senang untuk dijawab pun mereka
tidak dapat jawab dengan baik. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya pada rakanrakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu. Saya memang tidak puas
hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah memarahi, mendenda
dan meminta pelajar menyatakan sebab-sebab mereka gagal ujian Bahasa Malaysia. Saya
juga meminta guru lain memberi pandangan mereka mengenai sikap dan pencapaian
pelajar Tahun 5 Merah. Kesemua guru menyatakan ada pelajar yang rendah motivasi diri,
tidak serius terhadap pelajaran, suka membuang masa dan pencapaian mereka adalah
agak rendah. Walaupun masih ada pelajar yang lebih berdisiplin dan rajin berusaha tetapi
pencapaian mereka masih kurang memuaskan. Antara sebab-sebab gagal Bahasa
Malaysia yang telah dinyatakan oleh pelajar Tahun 5 Merah ialah murid tidak membaca
buku dan tidak membuat ulangkaji, tidak memahami soalan, kurang membaca bahan
bacaan dalam Bahasa Malaysia serta kurang berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysia
yang betul.
Saya yakin kegagalan ini berpunca daripada saya sendiri untuk memenuhi peruntukan
masa yang diberikan selain tidak dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada mereka.
Maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai
kelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengesan faktor kelemahan murid dalam
membina ayat. Hal ini adalah kerana, murid tidak dapat membina ayat seperti yang
diinginkan oleh guru. Hasil ayat yang dibina melalui latihan yang diberikan amat tidak
memuaskan. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid apabila membuat
latihan membina ayat. Murid tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami
teknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Senario
ini menyebabkan hasil jawapan murid tidak menarik dan kurang tepat. Kesukaran murid
untuk membina ayat adalah disebabkan kurangnya imaginasi murid, kurang pembacaan
bahan Bahasa Malaysia dan kekurangan penguasaan pembendaharan kata Bahasa
Malaysia. Selain itu, murid juga tidak mengetahui teknik-teknik yang betul untuk
mengetengahkan idea mereka dalam bentuk rangka ayat terlebih dahulu sebelum
membina ayat yang lengkap. Justeru itu, murid ketandusan idea ketika membina ayat.
Pertautan idea diantara ayat juga sukar dilakukan kerana murid tidak dapat berfkir dalam
ruang lingkup yang lebih besar. Idea mereka hanya terbatas kepada contoh yang
diberikan oleh guru.
Melalui pemerhatian yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,
murid tidak berfikir secara kreatif untuk membina ayat yang menarik dan gramatis.

BAHAGIAN 3

2.0

PERNYATAAN MASALAH

Untuk mengenalpasti masalah, adalah penting bagi saya membuat tinjauan masalah
supaya perkara tersebut dapat dikenal pasti. Saya telah melakukan beberapa tinjauan awal
tentang beberapa aspek yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran,
daerah kelemahan murid serta pandangan murid serta guru lain terhadap tanggungjawab
yang diberikan kepada saya. Langkah-langkah yang saya ambil adalah seperti berikut;

2.1

Tinjauan Masalah

Saya mengesan masalah daripada latihan yang diberi semasa pengajaran dan
pembelajaran, latihan kerja rumah dan juga ujian bulanan
2.2

Analisis Ujian Penilaian (UPPM 1)

Saya juga telah menggunakan keputusan UPPM 1 kertas 2 Bahasa Malaysia


sebagai asas kepada kajian ini. Dapatan daripada ujian tersebut adalah seperti
berikut:

Jadual 1: Keputusan UPPM 1 Kertas 2 Bahasa Malaysia


BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8
9.
10.

NAMA
SIAK YAW
JOE
TYE ZHI
YONG
LING KAH YI
CHONG SHI
QI
LOOI ZI QING
NEO YONG
TING
POH WEN LI
POON KAH
YEE
SAW CHING
CHUAN
SOH QIAO
SHI

KERTAS 2
B
C

1%

11%

1%

1%
3%

0%
11%

1%
4%

3%
3%

10%
11%

1%
8%

4%
3%

5%
11%

4%
1%

2%

10%

1%

2%

16%

4%

1%

10%

1%

GRED

22.0%

3.0%

30.0%

23.0%

37.0%

22.0%

25.0%

22.0%

37.0%

20.0%

2.3

Ujian Pra (pre test)

Satu ujian telah dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah murid
yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bilangan ayat adalah lima.

Jadual 2: Keputusan Ujian Pra


BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8
9.
10.

2.4

NAMA
SIAK YAW
JOE
TYE ZHI
YONG
LING KAH YI
CHONG SHI
QI
LOOI ZI QING
NEO YONG
TING
POH WEN LI
POON KAH
YEE
SAW CHING
CHUAN
SOH QIAO
SHI

Ujian Pra
Markah
2%
1%
2%
2%
3%
3%
3%
2%
3%
1%

Teknik menjawab

Teknik membina lima ayat akan diajar kepada murid. Setiap murid akan
menerima satu soalan untuk membina ayat. Guru meminta murid meneliti aktivitiaktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Murid akan mengenalpasti aktivitiaktiviti dan kata kerja serta nilai murni yang sesuai. Murid juga akan diminta
membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar
tersebut. Seterusnya semasa murid menulis, mereka akan menulis ayat
berdasarkan nombor dan aktiviti-aktivi ang telah bertanda. Justeru itu, murid akan
mendapat idea untuk menulis. Akhir sekali sebagai galakan dan untuk
menimbulkan keseronokan kepada murid mereka diminta mewarnakan gambar
tersebut. Aktiviti boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan atau
berpasangan.

2.5

Ujian (post test)

Satu ujian atau peperiksaan sebenar telah dijalankan untuk menilai kefahaman dan
penguasaan murid berdasarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
dicadangkan.

Jadual 3: Keputusan Ujian Pos


BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8
9.
10.

NAMA
SIAK YAW
JOE
TYE ZHI
YONG
LING KAH YI
CHONG SHI
QI
LOOI ZI QING
NEO YONG
TING
POH WEN LI
POON KAH
YEE
SAW CHING
CHUAN
SOH QIAO
SHI

Ujian Pos
Markah
2%
2%
8%
1%
4%
6%
8%
4%
2%
6%

BAHAGIAN 4

3.0

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian dan juga refleksi yang telah dibuat, suatu langkah yang
sewajarnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Justeru itu, kajian yang akan
dijalankan nanti menekankan kepada aspek membina ayat. Hal ini adalah penting kerana
dapat melatih murid dari peringkat awal supaya mereka dapat membina ayat yang
menarik dan bermutu.
Masalah ini berlaku kerana mereka tidak dapat memahami konsep pembendaharaan kata
yang mana di dalam sesuatu ayat mestilah mengandungi subjek dan predikat. Jika perkara
ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk dan akan menjejaskan prestasi pelajar
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan menjejaskan keputusan Bahasa Malaysia
dalam kertas penulisan amnya.Jika dilihat, kebanyakkan kesalahan adalah berkenaan 3
aspek sahaja. Kesilapan yang sering dilakukan dalam pembinaan ayat ini ialah:

Kesilapan ejaan
Kesilapan penggunaan perkataan
Kesilapan struktur ayat (Subjek dan Predikat)

Fokus kajian yang akan dijalankan ini menekankan supaya murid dapat menguasai lima
ayat berpandukan gambar. Hal ini penting kerana membina lima ayat berpandukan
gambar merupakan komponen penting daripada soalan kertas 2 dan sekiranya murid
menguasai kemahiran ini maka peratusan murid untuk lulus dengan baik dalam kertas 2
adalah tinggi.
Saya yakin jika saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah P&P, Sikap
negatif dan pencapaian pelajar Tahun 5 Merah yang rendah akan dapat diperbaiki.
Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil
kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat
terhadap sesuatu subjek.

BAHAGIAN 5

4.0

OBJEKTIF KAJIAN
4.1

OBJEKTIF AM

Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dengan menggunakaan pelbagai kaedah dan
pendekatan agar dapat mengatasi permasalahan kelemahan murid dalam membina
ayat. Hal ini bertujuan supaya dapat meningkatkan peratus kecemerlangan murid
dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.
4.2

OBJEKTIF KHUSUS
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk;
4.2.1

Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa


Malaysia

4.2.2

Meningkatkan pengguasaan murid ketika membina ayat

4.2.3

Memantapkan kreativiti murid ketika membina ayat dengan


perkataan yang sesuai dan bermutu

4.2.4

Meningkatkan peratusan murid yang lulus dalam matapelajaran


Bahasa Malaysia

4.2.5

Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran

4.2.6

Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok.

4.2.7

Memberi bimbingan dan panduan kepada guru-guru lain yang


mengambil alih tugasan ketika ketiadaan saya.

4.2.8

Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berlaku


ketika ketiadaan guru di dalam kelas

4.2.9

Memberi peluang kepada guru menumpukan perhatian kepada


murid lemah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
7

BAHAGIAN 6

5.0

KUMPULAN SASARAN.

Kajian ini melibatkan 10 daripada 27 borang murid tahun 5 Merah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Ban Foo, Ulu Tiram, Johor. Kelas ini mempunyai tiga kumpulan murid
yang berbeza pencapaiannya. Kumpulan murid yang disasarkan dalam kajian ini adalah 8
orang murid daripada kelas 4 Merah. Hal ini kerana murid ini menunjukkan potensi yang
memberangsangkan untuk lulus di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.

Jadual 4: Bilangan Murid Mengikut Kumpulan


kumpulan
Cemerlang
Sederhana
Galus

Bilangan Murid
1
16
10

Jadual 5: Bilangan Murid Yang Disasarkan Berdasarkan Gender


Gender
Lelaki
Perempuan

Jumlah
2
8

BAHAGIAN 7

6.0

PERLAKSANAAN TINDAKAN
6.1

Menentukan Fokus

Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan saya telah memfokuskan


kajian tindakan ini kepada perkara berikut:
6.1.1
6.1.2
6.1.3

Mengenal pasti daerah kelemahan murid secara keseluruhan


Menentukan langkah-langkah serta aktiviti yang perlu saya
jalankan
Menentukan cara atau kaedah yang sesuai untu menjalankan
aktiviti

Fokus ini saya susun saupaya murid-murid dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan sama ada saya ada atau tiada semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini penting kerana mereka sendiri kurang
mendapat bantuan dari keluarga dan rakan-rakan, mereka hanya bergantung
sepenuhnya kepada guru subjek (saya) di sekolah untuk menambahkan kemahiran
dalam bahagian ini.

6.2

Langkah Melaksanakan Tindakan

Bagi meningkatkan pencapaian murid melalui kelemahan yang telah saya kenal
pasti, saya telah merangka Modul B5a-BM dalam satu bentuk yang mudah untuk
membantu murid disamping mengatasi masalah kekangan masa selain dapat
dijadikan rakan bantu untuk menguasai kemahiran membina ayat. Bentuk Modul
B5a-BM tersebut ialah:
6.2.1
6.2.2

Modul helaian lembaran berupa modul bercetak


Bahan bergambar

Bentuk modul ini akan saya berikan kepada murid agar proses pengajaran dan
pembelajaran akan terus berlaku mengikut perancangan walaupun tanpa atau
adanya guru ganti. Saya hanya perlu meninggalkan Modul B5a kepada guru yang
terlibat untuk menggantikan saya atau ketua kelas. Untuk melicinkan
perlaksanaan Modul B5a ini, beberapa langkah telah difikirkan supaya murid
serta guru yang terlibat benar-benar faham serta mencapai objektif yang saya
kehendaki. Langkah-langkah tersebut ialah:

langkah 1 : memahami dan meneliti gambar


Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar
Berdasarkan soalan di atas, bahan bergambar
______________________

tentang

aktiviti

Guru meminta murid merangka idea seperti siapa / apa / di mana / bila /
mengapa.
Langkah 2 : Baca dan cari kunci soalan

Guru akan meminta murid membaca keseluruhan soalan dan cari kunci
soalan sama ada aktiviti, situasi atau tentang
Kunci soalan bagi soalan perbincangan ialah aktiviti. Oleh itu, ayat yang
dibina mestilah mengandungi kata kerja dan watak.
Guru juga akan meminta murid membulatkan dan menomborkan aktivitiaktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut
Langkah 3 : Bina rangka ayat

Guru juga akan meminta murid membulatkan dan menomborkan aktivitiaktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut
Murid akan membina rangka ayat berdasarkan jadual dibawah

Jadual 6: Bina Rangka Ayat


Bil

subjek

kata kerja

kata nama am

kata
hubung

situasi/tempat/keadaan

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Langkah 4 : Bina lima ayat lengkap

Guru akan meminta murid menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan
rangka ayat
Guru meminta murid pastikan setiap ayat mempunyai nombor
Jawapan: contoh
Ayat tunggal

:1] Ali sedang menggunting rumput.

Ayat majmuk

:2] Ali menggunakan gunting besar untuk mengguting rumput

10

dipadang supaya kawasan menjadi bersih.


1. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
2. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
3. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
4. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
5. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
Langkah 7 : Menyemak
Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca,
imbuhan dan ejaan
Pastikan ayat yang dibina betrkaitan gambar dan gramatis

Akhir sekali, sebagai galakan dan untuk menimbulkan keseronokan kepada


murid, mereka dibenarkan mewarnakan gambar tersebut.
6.3

Perlaksanaan Tindakan

Modul B5a yang telah disediakan ini telah banyak membantu untuk murid
memahami setiap kemahiran serta menjawab soalan di Bahagian A, Kertas 2
Bahasa Malaysia. Murid telah dibimbing secara berperingkat dan berterusan.
Ianya bermula dengan memahami konsep asas kemahiran seterusnya memahami
soalan yang dikemukakan, menyatakan maklumat yang terdapat dalam soalan dan
gambar. Dengan itu, murid secara amnya akan dapat membina ayat mudah dalam
semasa menjawab. Perkara ini sentiasa diberikan penekanan supaya sentiasa
menjadi amalan mereka.
Murid juga digalakkan memperbanyakkan bacaan bahan-bahan atau buku-buku
dalam Bahasa Malaysia. Ini bertujuan untuk memperkayakan penguasaan
pembendaharaan bahasa murid supaya murid senang dan mudah untuk menjawab
soalan di bahagia A, kertas 2 Bahasa Malaysia seterusnya dalam memperolehi
keputusan yang baik dalam peperiksaan.

11

BAHAGIAN 8

7.0

RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Analisis ini dibuat berdasarkan jumlah markah skor yang diperolehi oleh respoden dalam
menjawab soalan-soalan Ujian Pra dan Ujian Pos dan diguna pakai dalam proses
pengauditan prestasi murid-renpoden ini.
7.1

Kaedah Interpretasi

Bagi tujuan memudahkan analisis dibuat, adalah dicadangkan interpretasi keputusan


dibuat seperti berikut:
Jadual 8 : Kaedah Interpretasi Tahap Pencapaian Prestasi Murid
MARKAH
%
10
7-9
4-6
0-3
7.2

TAHAP PENCAPAIAN PRETASI


Cemerlang dan perlu dikekalkan
Boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan
Perlu penambahbaikan dengan pemantauan
Sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan

Keputusan

Selepas 6 minggu murid saya dilatih menggunakan Modul B5a-BM, saya telah
menjalankan penilaian yang pertama melalui ujian pos yang diberikan untuk mengetahui
sejauh mana murid saya benar-benar memahami kaedah menggunakannya. Jadual 5
menunjukkan data ujian pos yang telah saya kumpulkan berbanding ujian pra yang telah
saya jalankan sebelum menggunakan Modul B5a-BM. Taburan markah / gred bagi ujian
pra dan ujian pos tersebut adalah seperti berikut;
Jadual 9: Perbandingan Pencapaian Prestasi Murid
BIL

NAMA

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8
9.
10.

SIAK YAW JOE


TYE ZHI YONG
LING KAH YI
CHONG SHI QI
LOOI ZI QING
NEO YONG TING
POH WEN LI
POON KAH YEE
SAW CHING CHUAN
SOH QIAO SHI

Markah
Ujian Pra

Ujian Pos

2%
1%
2%
2%
3%
3%
3%
2%
3%
1%

2%
2%
8%
1%
4%
6%
8%
4%
2%
6%

12

Jumlah

22%

43%

Setelah berakhirnya kedua-dua ujian ini, dapatlah dinyatakan bahawa terdapat banyak
perbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Perbandingan dapat dibuat dengan
melihat peratus markah, peningkatan dan juga penyediaan soalan ujian.
7.3

Perbandingan

Jadual 9 menunjukkan keputusan dan markah yang diperolehi oleh 10 orang murid dalam
kajian ini. Keputusan ini terbahagi kepada 2 tahap ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos.
Berdasarkan analisis di atas terdapat peningkatan pada Ujian Pos berbanding dengan
Ujian Pra. Bagi Ujian Pra purata markah yang dikumpul oleh semua murid adalah 22%
daripada markah keseluruhan iaitu 100%. Begitu juga dengan Ujian Pos di mana purata
markah yang berjaya di perolehi kesemua murid adalah 43% berbanding markah
keseluruhan iaitu 100%.
Berdasarkan keputusan Ujian Pra (rujuk jadual 9), kesemua murid mendapat markah
yang rendah dan berada pada paras sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan
dalam kemahiran membina lima ayat. Walaubagaimanapun, setelah Modul B5a-BM
diketengahkan dan diajar kepada murid, maka perubahan yang ketara dapat dilihat pada
keputusan Ujian Pos yang telah dilaksanakan. Hanya 4 murid sahaja yang mendapat
markah yang rendah dan berada pada paras sangat perlu penambahbaikan dengan
pemantauan. Namun begitu, terdapat 2 orang murid telah menunjukkan penurunan
prestasi jika dibandingkan dapatan keputusan Ujian Pra dengan Ujian Pos. Murid tersebut
ialah Chong Shi Qi, semasa Ujian Pra, murid telah mendapat markah 2% tetapi semasa
Ujian Pos dijalankan respoden telah mendapat markah 1%. Begitu juga kedaan yang telah
belaku kepada murid yang bernama Saw Ching Chuan, semasa Ujian Pra dijalankan
murid telah mendapat markah 3% tetapi telah mengalami penurunan semasa Ujian Pos
iaitu dengan mendapat markah 2%. Penurunan markah yang diperolehi oleh kedua-dua
respoden ini adalah sebanyak 1%. Berdasarkan pengamatan dan permerhatian saya,
penurunan markah yang diperolehi oleh kedua-dua murid dalam Ujian Pos adalah
disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi oleh murid semasa menjalani Ujian
Pos. Walaubagaimanapun, berdasarkan keputusan yang telah kedua-dua murid perolehi
maka mereka berdua terpaksa saya berikan perhatian yang khusus dalam meningkatkan
kemahiran dalam membina lima ayat.
Berdasarkan jadual 9 juga, didapati 4 orang murid telah mendapat keputusan pada tahap
perlu penambahbaikan dengan pemantauan iaitu memperolehi markah antara 4%6%.Contohnya, markah Ujian Pra Looi Zi Qing sebanyak 3% sahaja tetapi bagi Ujian Pos
Murid berjaya meningkatkan jumlah markah menjadi 4%. Begitu juga dengan Neo Yong
Teng di mana murid hanya memperoleh markah 3% sahaja untuk Ujian Pra, namun
markahnya meningkat pada Ujian Pos di mana markahnya meningkat kepada 6%.
Manakala murid bernama Poon Kah Yee pula meningkat dari 2% kepada 4% dan murid
Soh Qiao Shi pula meningkat dari 1% markah yang diperolehi semasa Ujian Pra kepada
6% semasa Ujian Pos.

13

Dua orang murid telah memperlihatkan peningkatan yang amat ketara iaitu berada pada
tahap pencapaian prestasi boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan ialah
Ling Kah Yi, murid telah mendapat markah 2% semasa Ujian Pra tetapi telah mengalami
peningkatan yang menggalakkan semasa Ujian Pos, iaitu 8%. Perbezaan markah yang
diperolehi ialah sebanyak 6%. Manakala seorang lagi murid yang berjaya memperolehi
peningkatan yang tinggi ialah Poh Wen Li, murid hanya mendapat markah 3% semasa
Ujian Pra tetapi melonjak ke paras markah 8% semasa Ujian Pos. Perbezaan tersebut
ialah sebanyak 5%. Hasil dapatan ujian ini menunjukkan perubahan yang positif.
Perbandingan dari segi penyediaan soalan juga adalah berbeza di antara Ujian Pra dan
Ujian Pos. Soalan bagi Ujian Pos adalah lebih sukar jika hendak dibandingkan dengan
soalan Ujian Pra kerana bahan bergambar yang digunakan adalah lebih kompleks. Bagi
bentuk soalan Ujian Pra, murid telah diberi klu. Murid diminta membina ayat
berdasarkan klu tersebut. Hal ini bertujuan untuk membantu murid membina ayat dengan
mudah. Berlainan pula bagi soalan Ujian Pos di mana bentuk soalannya tidak mempunyai
klu dan murid diminta menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan bergambar dan
soalan Ujian Pos adalah berdasarkan kepada soalan peperiksaan sebenar.
7.4

Rekod Maklum Balas Murid

Setelah ujian pos selesai di analisis, saya belum berpuashati dan tidak bergantung sematamata di atas pencapaian tersebut. Langkah seterusnya saya telah membuat satu tinjauan
ringkas menggunakan borang soal selidik untuk melihat prestasi saya serta menilai
kemahiran murid menguasai kemahiran menjawab soalan. Ianya bertujuan untuk
mendapat maklum balas ke atas punca yang mempengaruhi minat dan pencapaian murid
serta reaksi guru-guru lain terhadap diri saya sendiri. Jadual 7 menunjukkan keputusan
ringkas murid terhadap strategi pengajaran saya serta program yang telah saya jalankan.
Jadual 10 : Sikap dan Minat Murid Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
Respon

Bil.

Kenyataan

Saya bersedia untuk belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia

Tidak
Setuju
0

Guru memberi penjelasan yang tepat

Saya begitu seronok apabila dapat membuat latihan dengan betul

Saya tidak risau jika guru saya tidak ada di dalam kelas

Pencapaian Bahasa Malaysia saya semakin meningkat setelah


belajar menggunakan modul ini
Saya senang membuat rujukan sekiranya saya tidak memahami
sesuatu kemahiran
Modul yang guru saya berikan cukup mudah dan menyenangkan

Guru berusaha untuk memudahkan pemahaman saya dalam


mata pelajaran Bahasa Malaysia
Kerja rumah yang guru berikan kepada saya tidak mencukupi

6
7
8
9

Setuju

14

Tidak
Pasti
3

10

Modul yang guru saya sediakan cukup menarik

Analisis daripada jadual 11 di atas menunjukkan hampir keseluruhan murid saya begitu
gembira dengan program yang telah saya jalankan. Purata 9 orang murid telah cukup
bersedia untuk belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia selain gembira dan seronok
dengan pencapaian mereka.
Modul B5a-BM akan saya teruskan walaupun perbandingan pencapaian antara ujian pra
dan ujian pos menunjukkan satu perubahan yang membanggakan begitu juga hasil soal
selidik terhadap sikap dan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bahanbahan tambahan dan kaedah aktiviti serta perlaksanaan akan saya tambah,ubah suai dan
perbaharui agar murid saya memperolehi kemahiran-kemahiran baru dan keseronokan
belajar secara berterusan.

15

BAHAGIAN 9

8.0

REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan dapatan ini, bolehlah dikatakan bahawa saya berpuas hati kerana terdapat
peningkatan dari segi markah dan bilangan murid yang memperolehi gred tinggi. Namun
begitu, terdapat segelintir murid masih tidak mencapai objektif yang dikehendaki.Muridmurid ini boleh membina ayat yang betul sekiranya mereka diberikan perhatian yang
sewajarnya bukan sahaja daripada pihak guru dan sekolah malahan juga pihak ibu bapa
dan penjaga. Mereka juga memerlukan masa yang mencukupi menguasai sesuatu aspek
dalam Bahasa Malaysia. Adalah tidak wajar untuk meletakkan segala-galanya dipikul
oleh sebelah pihak sahaja. Selain daripada memberikan latihan tambahan, mungkin
murid-murid ini boleh diasuh minat mereka dengan memberikan ganjaran yang tidak
bersifat kebendaan. Pujian dan dorongan adalah penting bagi menggalakkan mereka terus
berminat dalam menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu.
Walau bagaimanapun, saya berpendapat masih ada ruang yang perlu diperbaiki sekiranya
diberikan masa yang lebih ketika menjalankan kajian ini. Ini kerana mengikut
peningkatan markah yang diperolehi, mereka mampu menulis ayat yang baik walaupun
kerja tambahan yang dibuat adalah secara sukarela. Sebagai guru, saya perlu mencari
pelbagai alternatif yang lebih merangsang minat murid untuk mempelajari Bahasa
Melayu. Masa yang diperuntukkan untuk saya ketika proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas adalah tidak mencukupi. Saya mempunyai masa yang terhad untuk saya
memberi lebih tumpuan kepada setiap murid. Saya yakin jika guru diberi peluang untuk
memberi tunjuk ajar kepada setiap murid, masalah-masalah ini mungkin dapat diatasi
sedikit demi sedikit.
Saya berasa bertuah kerana telah dapat menuntut sesuatu yang baru sepanjang kursus ini.
Walaupun saya menghadapi masalah kekangan masa ketika menjalankan kajian ini.

16

BAHAGIAN 10

9.0

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Setelah melakukan kajian ini, saya rasa perlu diadakan kajian-kajian lain untuk mengenal
pasti masalah-masalah lain yang mungkin tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Oleh
itu, terdapat beberapa cadangan untuk kajian-kajian yang akan dijalankan pada masa
hadapan. Beberapa perubahan lagi perlu saya lakukan dalam melengkapkan Modul B5aBM saya ini. Antaranya ialah;
i)

Saya perlu memikirkan dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih


menarik serta pengajaran mereka yang bermakna kepada kumpulan
sasaran. Sebagi contoh ialah penggunaan bahan bantu mengajar
terutamanya penggunaan LCD bagi menarik minat murid untuk mengikuti
roses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti dalam kumpulan.

ii)

Saya perlu memastikan diri dalam keadaan bersedia sepenuhnya. Pengkaji


juga perlu memastikan keadaan kumpulan sasaran dalam keadaan bersedia
dan selesa, di mana keadaan persekitaran yang kondusif.

iii)

Masa yang mencukupi juga perlu diperuntukkan supaya kajian dapat


berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

iv)

Melengkapkan modul ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih
menarik, meyusun semula perjalanan modul dengan kaedah yang
mencabar dan kreatif.

17

BAHAGIAN 11

10.0 PENUTUP
Keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa kajian tindakan yang dijalankan ini berjaya
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ia membuktikan bahawa aktiviti
penambahbaikan bina ayat yang dijalankan dapat membantu murid-murid dalam menulis
ayat yang lengkap. Kajian tindakan ini merupakan satu aktiviti yang seharusnya
dilakukan oleh setiap orang guru sama ada secara formal ataupun tidak. Ini adalah bagi
meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang akademik. Selain itu, ia juga dapat
memperbaiki teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam
kelas. Melaluinya juga, para guru akan lebih mengenali kekurangan dan kelebihan setiap
orang muridnya walaupun tidak secara mendalam. Para guru juga akan lebih mengetahui
teknik mengajar yang sesuai yang patut diambil setelah mengetahui kelebihan dan
kekurangan murid.
Kajian ini juga diharap dapat memberi kepekaan dan ransangan kepada pihak sekolah dan
guru-guru Bahasa Malaysia di sekolah saya khasnya dan daerah saya amnya. Setiap
program yang dijalankan seharusnya memerlukan komitmen yang kuat dalam diri sendir
bukan shaja sebagai guru tetapi sebagai pembimbing yang mana pendidik harus
mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjaya hasrat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

18

BIBLIOGRAFI
Atan Bin Long (1976). Psikologi pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur
__________, (2006). Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ee Ah Meng, (1992). Siri Pendidikan Fajar Bakti, Pedagogi, Satu Pengenalan .
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia, (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
Maktab Perguruan Perlis, (2004). Jurnal Kajian Tindakan Guru. Jabatan Penyelidikan
dan Pembangunan Profesional Perguruan. Maktab Perguruan Perlis, Perlis.
Mohd Najib Abdul Ghafar, (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbit UTM Skudai.
Johor.
Mohd Nasir Bin Yaacob. Modul Pembelajaran Kendiri Matematik (e-Math): Langkah
Meningkatkan Penguasaan Menjawab Soalan Matematik UPSR.
Sek.Keb.Penghulu Jusoh.Kedah

19

20

Anda mungkin juga menyukai