Anda di halaman 1dari 5

Nombor pelajar:

Nombor Matrik: BP12110172

Sesi Terapi: Cognitive Behavior Therapy (CBT)

Dalam video ini, terapis menjalankan satu sesi Cognitive Behavior Therapy
(CBT) terhadap 2 orang kanak-kanak. Menurut Nazar Mohamad (2006), Cognitive
Behavior Therapy (CBT) adalah satu pendekatan kauseling yang berasaskan strategi
kenal pasti, mengelak dan mengatasi (recognize, avoid and cope). Menurut Mohd
Jamil Yaacob (2007), pula terapi kognitif tingkah laku adalah merupakan rawatan
yang menumpukan kepada usaha untuk membetulkan salah faham dan kesalalah
kelaziman berfikir. Ini disusuli dengan modifikasi tingkah laku. Sebagai contoh
kemurungan. Mengapa seseorang itu beleh menjadi murung?. Jawapannya adalah
kerana pengaktifan tiga corak pemikiran negatif iaitu:
1. Melihat diri sendiri secara negatif. Mereka merasakan diri mereka bodoh,
gagal, tidak berupaya, dan tidak berguna.
2. Menginterpretasi pengalaman secara negatif. Mereka melihat orang luar
terlalu mendesak, sukar mencapai apa-apa matlamat dan mengelak daripada
bergambira dan mencapai kesempurnaan.
3. Memandang masa hadapan daripada sudut negatif. Mereka mengandaikan
masalah sekarang akan berterusan selama-lamanya dan melihat hidup ini
penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan.
Laporan Pemerhatian:
Sesi Terapi yang dijalankan merupakan sesi terapi tingkah laku kognitif (CBT). Sesi
ini mengambil masa selama 30 minit 20 saat. Klien yang menjalani sesi terapi
dalam video tersebut adalah seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak
perempuan. Terdapat hanya seorang ahli terapi untuk satu sesi terapi yang
dijalankan dan sesi terapi dijalankan adalah hanya secara individu. Ahli terapi yang
menjalankan terapi adalah merupakan seorang wanita. Penglibatan klien sepanjang
sesi terapi adalah sangat aktif dan klien memberikan kerjasama yang baik terhadap
ahli terapi, ahli terapi turut membantu klien sekiranya klien mengalami kesukaran
sepanjang sesi terapi dijalankan.

Bilangan aktiviti yang dijalankan semasa sesi therapi:


Terdapat 4 aktiviti yang dijalankan dalam video Cognitive Behavior Therapy
(CBT) tersebut iaitu:
1. Aktiviti membaca buku The Feelings Storybook.
2. Aktiviti mewarna setiap perasaan dengan warna yang mengambarkan
perasaan tersebut dan melukis bagaimana bentuk muka setiap
perasaan tersebut.
3. Aktiviti menjawab soalan yang berkaitan dengan perasaan dan
jawapan hendaklah diberikan dengan hanya meletakkan sebiji Guli di
setiap warna yang menggambarkan perasaannya terhadap soalan
tersebut.
4. Aktiviti kad tindakan (action cards) yang mana kad tersebut memberi
satu gambaran situasi positif dan negatif terhadap terhadap tingkah
laku.
Maklumat Lengkap daripada Aktiviti yang dijalankan semasa sesi terapi:
Dalam video tersebut, pada permulaan sesi terapi, terapis menerangkan
kepada

kliennya

bahawa

beliau

ingin

becerita

tentang

perasaan

dengan

menjalankan aktiviti membaca buku The Feelings Storybook. Buku The Feelings
Storybook adalah salah sebuah buku yang menceritakan tentang perasaan
manusia berdasarkan kehidupan seharian kita, seperti perasaan gembira, marah,
sedih dan sebagainya. Setiap helaian dalam buku itu mempunyai warna yang
berbeza mengikut perasaan apa yang diceritakan dalam helaian tersebut. Misalnya,
jika helaian buku itu yang berwarna merah, maka cerita dalam helaian tersebut
akan berkaitan dengan perasaan marah dan begitulah dengan helaian seterusnya
(cerita mengikut warna helaian dalam buku). Dalam aktiviti ini, terapis akan
membaca buku tersebut dengan gaya suara yang menarik perhatian kanak-kanak.
Aktiviti kedua dalam video tersebut adalah aktiviti mewarna setiap perasaan
yang dipelajari daripada buku dengan warna yang mengambarkan perasaan
tersebut dan melukis bagaimana bentuk muka setiap perasaan tersebut. Selepas
selesai aktiviti membaca buku tersebut, terapis menyediakan beberapa helai kertas
A4 yang mempunyai garisan bulatan dan pensel warna. Seterusnya terapis akan
memberikan satu pensel warna kepada kliennya dan meminta kliennya tersebut

memikirkan apakah perasaan kita yang sesuai dengan warna pensel tersebut.
Terapis juga meminta kliennya menwarnakannya dalam bulatan kertas tersebut dan
melukis bagaimana bentuk muka bagi perasaan yang dimaksudkannya. Setelah
selesai kliennya mewarna dan melukis dalam kertas pertama, terapis akan
memberikan kertas dan pensel warna yang berwarna lain pula dan memberi arahan
yang sama dengan permulaannya. Jika klien tidak memahaminya terapis akan
membantunya untuk beliau faham dengan jelas.
Aktiviti seterusnya, setelah selesai mewarna dan melukis, terapis meminta
klien menyusun kertas yang diwarna dan dilukis oleh klien tersebut di hadapannya.
Seterusnya terapis membuat satu latihan percubaan untuk aktiviti ini terhadap klien
berkaitan cara untuk bermain dengan aktiviti ini supaya klien memahami
permainan yang akan dilaksanakan. Setelah itu, terapis membaca soalan yang
berkaitan dengan perasaan dan klien harus menjawab soalan tersebut yang
mengambarkan perasaannya dengan meletakkan Guli di atas salah satu kertas
yang diwarnakannya. Sebagai contoh, jika terapis bertanya soalan yang berbunyi
bagaimana jika ada budak membuli kamu, apakah perasaan kamu maka klien
akan meletakkan sebiji Guli di kertas yang berwarna merah (perasaan marah) dan
biru (perasaan sedih) sebagai satu jawapan.
Aktiviti keempat adalah aktiviti kad aksi (action cards) yang mana kad
tersebut memberi satu gambaran situasi positif dan negatif terhadap terhadap
tingkah laku klien. Dalam aktiviti ini terdapat tiga helai kertas yang mengandungi
arahan yang disusun dalam bentuk segi tiga. Setiap satu helaian kertas tersebut
mewakili perkataan Thoughts, Feelings, Behaviors. Pada permulaan aktiviti ini,
terapis membuat latihan percubaan kepada klien untuk aktiviti ini dengan memberi
arahan menggunakan set kad aksi kepada klien dan meminta klien membaca kad
tersebut serta bertindakbalas terhadap arahan yang diberi melalui Thoughts,
Feelings, Behaviors. Terdapat dua set Kad aksi yang mewakili satu situasi positif dan
negatif. Setelah klien memahami bentuk aktiviti ini, terapis akan menjalankan
aktiviti tersebut tanpa menggunakan set kad itu lagi, tetapi terapis sendiri yang
memberikan satu situasi positif dan negatif kepada klien. Aktiviti ini adalah untuk
memberi kesedaran kepada klien bahawa pemikiran kita boleh mempengaruhi
perasaan dan tingkah laku kita. Jika pemikiran klien negatif maka perasaan dan

tingkah lakunya akan menjadi tidak baik atau negatif dan jika pemikiran klien positif
sebaliknya.
Tindak Balas Kanak-Kanak:
Sepanjang sesi terapi dijalankan, klien kelihatan mudah untuk mengikut arahan dan
mudah berinteraksi bersama ahli terapi. Ahli terapi yang mesra dengan klien
meyebabkan klien berasa selesa dengannya dan hampir semua aktiviti yang
dilakukan secara bersama-sama. Selain itu juga, penglibatan klien di dalam sesi
terapi ini sangat aktif. Klien telah mengikuti segala aktiviti yang dilakukan bersamasama. Dalam sesi terapi ini, klien agak kurang menggunakan komunikasi verbal. Hal
ini mungkin disebabkan klien tidak begitu mengenali terapis tersebut. klien juga
amat minimum dari aspek penggunaan hubungan mata. Klien tidak mempunyai
hubungan mata (eye contact) dengan ahli terapi. Namun, klien ini amat mudah
tersenyum. Komunikasi yang dilakukan oleh klien di dalam sesi terapi ini merupakan
komunikasi listening. Hal ini kerana, klien kebanyakannya mendengar segala
percakapan dan arahan yang disampaikan oleh ahli terapi.

Peranan Ahli Terapi:


Terdapat beberapa teknik dan kemahiran yang digunakan oleh ahli terapi
untuk menarik minat klien melakukan aktiviti yang telah dirancang. Semasa sesi
terapi ini berlangsung, ahli terapi telah menggunakan perkataan yang menjurus
kepada arahan. Ini boleh dilihat dalam semua aktiviti yang telah dijalankan
sepanjang sesi berlangsung yang mana ahli terapi telah memberi arahan kepada
klien untuk mewarna dan melukis serta bertindak balas terhadap situasi yang
digambarkan dalam set kad. Ahli terapi juga telah menggunakan kemahiran galakan
untuk menggalakkan klien untuk terus melakukan aktiviti yang telah ditetapkan.
Seperti yang boleh dilihat di dalam sesi terapi yang dijalankan, ahli terapi
memberikan kata-kata pujian seperti very good, that good kepada klien sekiranya
klien berjaya melakukan tugasan dengan jayanya.
Selain

itu,

ahli

terapi

juga

memberi

ganjaran

kepada

klien

seperti

menghadiahkan satu stiker gambar katun. Terapis memberi ganjaran tersebut


selepas sesi terapi tamat untuk menggalakkan klien mengikuti aktiviti sesi terapi di

hari yang seterusnya. Bagi komunikasi verbal yang digunakan oleh ahli terapi,
beliau banyak menggunakan verbal dengan bertanya soalan dan memberi arahan
kepada klien untuk melaksanakan aktiviti yang ditetapkan. Bagi aktiviti bukan
verbal pula ahli terapi banyak melakukan hubungan mata dengan klien bagi
menarik minat klien terhadap aktiviti yang akan dijalankan.

Rujukan:
Mahmood Nazar Mohamed et al. (2006). Mencegah,merawat dan memulihkan
penagihan dadah
beberapa pendekatan dan amalan di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan
Publication &
distributors sdn bhd.
Mohd Jamil Yaacob, (2007). Kerjaya Sebagai Psikiatris, Wangsa Melawatii, Kuala
Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai