Anda di halaman 1dari 2

Yang Berusaha..En Ahmad Azmi B.

Yahaya , Guru Besar Sk Batu Pekaka, Barisan


Penolong Kanan SKBP, Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum.selamat sejahtera
Hari ini 3 Ogos 2014 bersamaan dengan 6 syawal 1435H.
Minggu ini adalah minggu persekolahan kita yg ke-29.
Guru-guru yg bertugas pada minggu ini adalah
1.
2.
3.
4.
5.

Pn.
Pn.
Pn.
Pn.
Pn.

Norhana Bt Musa
Siti Zamrah Bt Ahmad
En. Din Bin Jusoh
Norhafiza
Kaniama

Sekiranya kamu ada masalah..boleh berjumpa dengan guru-guru yang disebutkan


tadi..
BULAN SYAWAL
Amalan sunat di bulan Syawal :(Amalan Khusus di Bulan Syawal)
Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
a)

Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri

b)

Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik

c)

Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya


Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid

d)

Ada sebuah hadis yg bermaksud bahawa Nabi SAW tidak akan berangkat ke tempat solat
pada hari Aidilfitri sehinggalah baginda makan beberapa biji kurma terlebih dulu.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

e)

Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.
Supaya kita dapat lihat dan rasa suasana atau kemeriahan menyambut Aidilfitri.

f)

Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

g)

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari
pada hari raya tersebut.

Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)


Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian
diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Puasa 6 hari sahaja tetapi ganjarannya allah bagi kamu seperti berpuasa sepanjang
tahun.Hebat.
Sama-samalah kita cuba rebut peluang yg allah bg ini.
Semua ini adalah amalan sunat khusus di bulan syawal.
Sedangkan amalan-amalan sunat lain yg kita buat sebelum ini boleh diteruskan dalam
bulan syawal ini..

Contohnyasepanjang bulan Ramadan kita solat tarawih, witir apasalahnya kita teruskan
dibulan syawal ini dengan solat tahajud dan witir.
Dalam bulan syawal ini juga teruskan dengan amalan membaca al-quran, bersedekah dan
amalan2 sunat lain.

Anda mungkin juga menyukai